Tuesday, May 31, 2011

Mentor 5




29 hb hari tu semua orang tau yang Mentor 5 Final berlangsung di TV3. Apa lagi keluarga aku pun sibuk la jugak masak awal lepas tu makan depan TV untuk tengok Mentor final. Haha..
Macam tidak sangka pulak kami sekeluarga boleh semangat begini untuk sebuah rancangan realiti TV (kecuali Maharaja Lawak...you are the only exception..heheee).
Kali kami begini sebab minat sama Salma :D :D :D
Kami suka ba sama dia sebab dia punya suara tu power.. :D

Sepanjang main Mentor tu aku sama husband main-main SMS sama macam zaman becinta dulu..weewiitt..Kami memang begini kalau ada rancangan yang best main di TV, beSMS untuk becerita pasal rancangan TV tu...

"Uiii..mantap la Salma bawak ni lagu bang.."
"Yala syg...kalau ndak menang ni ndak taulaaa..."

kunun-kunun kami tengah berborak depan TV yang sama la..padahal, satu di Tawau..satu saaaana di Klang..

Kami satu family puas hati sama perfomance Salma malam tu. Maka, kami pun pura-pura sibuk SMS untuk undi dia. Padahal, undi satu jak..hehe. Undi sebab kecewa markah Salma last week aka result semi final. Masa tu Salma dapat nombor 3 daripada 4.


Nah, sibuk sudah anakku SMS Salma..hehe.



Nasib la malam tu Salma menang.. Kalau tidak, datang kami pegi TV3 ni tunjuk perasaan. Haha..



Tuesday, May 24, 2011

Masa & Penat


Tadi lama aku duduk di depan diari ku. Tujuan mau tulis something pasal time management ku. Due to banyak benda mau di buat dengan 24 jam yang sekejap ni.
Tapi, lama aku depan diari..aku ndak dapat cari macamana mau manage masa ku.
Actually, aku masih lagi 'culture-shock' dengan pekerjaan tetap baruku ni iaitu menjadi Mama kepada dua bayi-bayi.
Bunyinya sweet..tapi, penatnya boleh tahan. Ini bukan mengeluh, cuma mau bercerita..ahaha.

Bangun pagi. Kemas bilik, mandikan anak-anak, uruskan susu Eizz yang mana ambil masa setengah jam jugak untuk dia kenyang. Lepas tu, temankan Alya susu pulak sebab dia mau jgak Mamanya teman dia everytime menyusu. Buat benda-benda ni sampai jugak la jam 10pagi.

Selepas 10 pagi.
Masa ni aku selalu makan-makan & minum-minum. Then, Alya pun makan n minum sekali. Maka ambil masa sejam jugak untuk makan-layan-cleaning. Taula budak umur setahun setengah. Ndak sah kalau betumpahan di sana sini. Maka harus kerja-kerja pembersihan dibuat berkali-kali. Oh.Saya ibu yang sabar :D

Jam sudah lebih jam 11.
Masa ini Alya mula la mau menulis la, mau main itu ini. Lepas tu mau tidur. Mau jugak Mama yang ayun. Tidak mau orang lain okeh. Sambil layan ngantuk Alya, layan jugak lapar Eizz. Layan punya layan 12 lebih jugak setel.

Jam 12 lebih seterusnya.
Masa ni tolong-tolong Mama di dapur. Ndak dapat tolong, teman Mak masak pun jadilaaa..Ops.hehe. Masa ni both them sleep.Leganyaaa..hihi.
Then, baring-baring jugala di depan TV rehat-rehat..hehe. Tapi, ndak lama.. Alya bangun kejap lagi and Eizz mau nenen lagi.. Rehat-rehat ni dalam setengah jam seja begitu.

Jam 1 lebih seterusnya.
Online sekejap. Lunch. Buat kek/roti. Layan Alya & Eizz. Susu-tidur-tukar diaper-main.

Jam 5 petang.
Mandikan babies.

Jam 6.30 petang.
Tengok TV.

Jam 7.30 petang.
Tolong masak. Dinner.

Jam 9 malam.
Siap-siapkan tidur anak-anak. Layan dorang sampai dorang tidur.

Nah.. Jadi, bila masa rehat ku? Masa untuk aku belajar DSLR, blogging, buat-buat kerja di laptop & internet pun sangat sikit.
Sekarang ni la masanya. Jam 1 pagi.

Sepanjang malam jugak, aku perlu bangun 3-4 kali untuk susukan Eizz & tukar diaper.

Actually, aku exhausted akhir-akhir ni..
Aku ingat mau cari supplement yang bagus untuk bagi tenaga sama aku. Ada suggestion? :D
Until now aku masih lagi tercari-cari cara untuk manage all this things dengan lebih baik n bertenaga. Aku baru jumpa 3 benda yang aku perlu buat :

1. Ambil supplement.
2. Jaga tidur. Sleep at least 6 hrs. Try hard untuk dapatkan 7 hrs.
3. Makan makanan berkhasiat.


Nah, Siapa bilang jadi surirumah n tidak bekerja itu banyak rilex..huhu.

Saya mau jadi SUPERMOM.Hiyarkhhh...!!!

**Mau mintak hadiah buku tajuk supermom la sama abang.
**Aku suka betul sama buku.(eih,siapa tanya.)




Sunday, May 22, 2011

Again..Banjir.

Kemarin hujan-hujan lagi. Dalam 2 jam begitu hujan..Tidak la lebat pun. Tapi, ada macam ribut sikit. Bila nampak seja ada hujan... Mama pun suruh aku siap-siap packing, takut-takut ada banjir. Tapi, ayun Alya..aku tertidur.

3.30am.
Mama ketuk pintu bilik bagitau sama kami banjir. AGAIN.
Aku sudah bingung mau lari ka ndak. Aku tengok ada sudah pakaianku, Eizz n Alya dalam beg. Mamaku bilang, dia sudah pack kan untuk aku masa aku tertidur semalam. Huh. Thanx Makk.



Tengok anakku yang tengah nyenyak tidur, macam kesian pulak mau bawak dorang keluar rumah subuh-subuh ni. Kalau kereta parking depan rumah ndak apa la jugak. Ni kena jalan lagi dalam 30 meter ke kereta. Hmmm..

Nah. tidak sampai hati ba angkat budak-budak ni keluar rumah dengan keadaan yang gelap + sejuk.

Aku belegar-legar dalam rumah sambil baca ayat 1000 dinar + doa banyak2 supaya air ndak bertambah naik. Doa supaya kami semua selamat dari di tenggelami banjir.
Sambil-sambil tu sempat juga la ambil beberapa pic.

Depan rumah.

Depan rumah juga. Sudah tenggelam..uhuhu.
Tu pagar rumah mak aku...kecik seja. Biasalah rumah kampung..hehe.


4 anak tangga sudah tenggelam.


Barang-barang sudah di angkat tinggi, ready kalau air sampai rumah... (-.-")

Begitula...kesian kan.

Ya Allah, janganlah Kau datangkan banjir lagi. Kasihani keluargaku & anak-anakku... Jauhkan la kami dari bala bencana.

Friday, May 20, 2011

Long distance relationship.

Malam ni, tiba-tiba seja aku terfikir macamana la long distance relationship ni boleh succcess. Yalah, tidak tinggal sama. Teknologi jak la yang menghubungkan. Sms, Call, Video Call, chat..

Hurmm..
Kalau bejauh ni macam-macam benda boleh di salah faham kan. Kadang kita mau cakap gini, pemahamannya gitu. Yalah, tidak tengok muka kan. Tidak tengok gerak laku nya.. Macam bilang orang putih,
"Action speaks louder than words.."


Ini la sebab utama kenapa aku masih ndak kerja sampai sekarang. Ndak sanggup bejauh. Tidak berbaloi kejar gaji 2k then tinggal jauh dari husband. Husband pulak ndak dapat tengok anaknya membesar. Banyak masa tidak dapat dihabiskan bersama. Ruginya sebelum tidur malam tidak dapat nampak muka husband, double rugi sebab masa bangun pagi pun sama.. Ruginya tidak dapat makan bersama, tengok TV bersama, bergaduh bersama..Eh,eh.. hehehee..
Cuma sedihnya.. at 25, aku belum bina apa-apa karier.. Hurm, tidak apa la. Usaha lagi :)

Aku befikir, macam mana LDR ni boleh berjaya. Tidak tinggal sama.
" Sori sayang.. Abang tertidur tadi, sebab tu ndak jawab phone."

Macam mana mau tau yang dia ndak menipu? Bukan nampak pun..

Orang bilang, kita mesti percaya pasangan kita.
Sejauh mana kena percaya?
Orang kata lagi, kena fikir positif.
Setiap masa ka kena fikir positif?

Soalan-soalan begitula yang buat aku respect betul dengan orang-orang yang berjaya dengan LDR ni. Kamu memang hebatlaa.. :)
Kepada semua ahli-ahli LDR, I wish kamu berjaya-sukses-ke pelamin. :D

**Terima kasih Tuhan sebab masih dekatkan aku dengan roommate ku.
**12.31 mlm, apalah roommate aku tengah buat sekarang? Harap2 dia tengah tidur seperti selalu-Eipp..lain macam jak soalan ni. Macam sangsi. haha..



I wish Im good at writing...pheww (-.-").

Wednesday, May 18, 2011

wishlist.


Kebelakangan ni handphone ku sudah mula rosak2..
Kadang-kadang mati sendiri.
Kadang-kadang tidak boleh ambl pic.
Kadang-kadang tidak boleh caj.
Kadang-kadang...

Eih.itu sejala..sengaja lagi mau tulis lebih-lebih..hehe

Hmm...aku dapat rasakan tidak lama lagi, koma la handphone ni.. Handphone aku ni sebijik macam pic di bawah ni. Kaler pun sama. Aku sudah pakai 3 tahun..hehe.


Jadi, berbalik kepada tajuk untuk entry ni. Maka, one of wishlist aku is handphone la serasi dengan keperluan semasa kan..hehe.
Next time, bila mau cari pengganti handphone ni..ciri-ciri pertamanya mestilah ada kamera yang bagus. Sebabnya, senang aku mau ambil pic anak-anakku...hehe

Yalah, budak-budak kan banyak gayanya..lepas tu mana boleh suruh ulang lagi dia buat aksi spontannya tu. Tiada masa budak-budak ni mau tunggu aku ambil dslr lagi untuk rakam.. Lepas tu senang terus send pic sama abah..hehe... Sangat rasional. :D

Ciri-ciri lain, ada wifi.. ini sebabnya cuma untuk kepentingan diri sendiri, tiada kaitan sama orang lain..kikiki..

Lepas tu, ndak kisahla yang lain tu.. Asalkan dua ni ada. Aku ni bukannya kisah pasal handphone, asal boleh pakai.. ( <--- ciri-ciri isteri mithali)

Lepas tengok ciri-ciri handphone di atas, aku rasa aku ada jawapan kepada pencarian ini..
Calon-calonnya adalah :

Calon kedua pulak :


Wahaaaha.. :D :D :D

Hadiah hari jadi this year pun belum dapat ni...weeee..

Emm, tiadalah.. aku memang mau handphone. Mau yang biasa seja.. Sebab mama ku selalu pesan, "Lia, simpan duit beli rumah". Pheww.. (-.-") Lagipun, aku sendiri yang rasa sayang duit mau beli handphone mahal-mahal begini..hehe. Plus, memang tidak mampu jugala...hihihi. Tapi, tulis seja di blog, manatau ada yang mau kasi hadiah..hehe.

p/s : Abang..belikan aku handphone.. :) xoxo. Tenkiuu abang, u r the best husband in the world.
kalau mau minta apa-apa, baru mau puji2..

Sunday, May 15, 2011

banjir lagi.

14 may 2011.

Jam 7.30 petang tadi, tengah kami sefaily syok-syok tengok cerita Cinta Melody di 104..baru terperasan macam ada bunyi riuh-riuh di luar. Check di luar, then rupanya banjir. Air mengalir deras..Biasalah kalau di sini banjir mesti banir kilat. Masa tu aku tengah susukan Eizz, Alya pulak tengah tidur. Baru jak tidur dalam 15-20 miniti begitu. Aku sudah bingung mau stay jak ka or lari ke rumah kakak…

Bila teringat balik banjir teruk stgah tahun lalu..Teruk sangat sampai familyku bertarung nyawa panjat ke bumbung untuk selamatkan diri.. Buat aku takut untuk stay. Eizz yang masa tu tidak pakai stokin, tidak berseluar, Cuma pakai pampers jak pastu tengah menyusu plak. Aku tarik dagunya supaya dia berhenti menyusu, tapi Eizz makin hisap dengan kuat. Aduh..Eizz.. Lepas cubaan beberapa kali. Dia lepas jugak. Terus capai tudung n selipar turun dari rumah ke kereta. Kesian aku tengok anak-anakku..satu tengah tidur satu masih mau mnyusu lagi..huhu. Air mata macam mau mengalir jak rasanya..

Beginila keadaan kami kalau dating banjir. Banjir pulak bukannya bagi masa yang lama untuk kita lari. Dalam 10-15 min, jalan keluar sudah dipenuhi air.. memang jenis banjir kilat la..huhu.

Mudah-mudahan la anak-anakku ndak jumpa dengan banjir. Amin. Mudah-mudahan banjir ndak datang lagi..Aminnn..

2 oz only.

11.30 pm. Alya n eizz sudah aku tidurkan. Eizz mau tidur dengan cara sambil menyusu sampai tertidur. Alya di ayun aka buai..Biasalah budak2 sebesar dia tu..mau main jak. Kalau ndak di ayun, maka main terus la ndak tau sampai jam berapa..huhu.

Besok mau pegi pendaftaran untuk daftar sijil kelahiran my boy. Nama sudah decide, and I officially announce his name :

Eizz Eirfan Dhani Bin Muslimin.

Nampak macam panjang kan..tp, bila kita sebut..ndak la panjang pun..Cuma ada 5 suku kata. My name Maslianah. Ada 4 suku kata. Oklaa… J

Sebab besok mau keluar, so aku terpaksa tinggalkan Eizz di rumah dengan mamaku. So, aku terpaksa pump susu untuk stok bekalannya esok. Aku belum pernah lagi pump susu sejak lahirkan Eizz. And pengalaman aku pump susu masa Alya pun ndak sampai 5 kali..huhu.

Aku belum lagi ajar Eizz hisap botol. Hopefully he can manage to hisap putting botol..and yet still mau direct breastfeeding.Amin.

But, bad news… tonight pump I just got 2 oz..uwaaa… :’(

I don’t know why.. Is it my susu memang sikit..or, aku ndak tau how to pump well..isk2.

But, aku rasa sebab susu yang sikit. How come my frens boleh pump sampai 12oz.isk2..

Ndak pa la..first try. Maybe we can do some effort in future..

Mudah-mudahanla rezeki Eizz murah untuk breastfeeding. Ya Allah, murahkan lah rezeki anakku Eizz.. aku betul2 mau execlusive breastfeeding him.. I want it so bad..

Aminnnnn.

Monday, May 9, 2011


Video ni di ambil jam 11 malam tadi. Dalam masa-masa ni, alya terus dengan gayanya..lari-main-jatuh-nangis-main lagi. Eizz pulak steady di atas katil, cuma sekali sekala merengek minta perhatian ndakpun susu. Sometime dorang menangis serentak, bila ni jadi, aku ibu yang baru jak ber-anak dua ni memang bingung. Ndak tau mau layan yang mana satu dulu. Si kakak ka..Si adik. Setakat ni aku layan ikut keperluan. Tengoklah yang mana penting dulu. Kalau Alya nangis sebab dia jatuh, layan la Alya dulu.. So, Eizz yang maybe lapar time tu..tunggu kejap ya.

I can say, ndak senang mau jadi ibu kepada dua orang anak yang umurnya dekat-dekat begini. Satu berumur setahun 6 bulan.. satu lagi umur 10 hari. Beza ndak jauh, cuma setahun setengah. Bantuan husband, jauh sekali la..sebab dia pun sibuk. Balik kerja after 7pm, pegi keja 6.30am.. Mak aku balik-balik suruh aku ambil pembantu untuk bantu aku jaga anak-anak aku ni. Bila dia suggest macam tu, aku ndak pikir pun..terus aku reject cadangan Mama ku tu. Aku rasa idea mak aku tu ndak patut and aku rasa malu kalau aku ada pembantu untuk jaga dorang. Yalah, first sebab..aku bukan bekerja pun. Aku ada di sisi dorang 24/7.. Second, rumah aku ada cleaner setiap hari..Cleaner ni buat semua kerja-kerja rumah kecuali memasak. Maka aku malu mau ada pembantu..huhu.

Bila rasa tegang jaga anak-anak aku ni, ada jugak suara hati berkata.. "huh, camanala aku nanti di sana(rumah sendiri).. sekarang ni ok la sebab mak banyak tolong. Bestnya kalau ada pembantu.."
Nah. Mulala mengidamkan pembantu..hahaha.
Tapi, tu cuma suara-suara daripada nafsu.. Bukan dari hati dan akal..

Hmmm..aku kena banyak berdoa ni supaya aku dikurniakan kesabaran dalam menjaga dan mendidik anak-anak ku.. Kan sesungguhnya ndak ada satu benda pun yang mampu kita lakukan tanpa bantuanNya.. :)

Mudah-mudahan la aku boleh bersabar dengan penat lelah yang bakal tiba.amin.

Gud nyte!

Sunday, May 8, 2011

Apa dosa ku.

Petang ni tengok cerita tajuknya Apa dosaku. Drama ni selalu di iklankan di astro. And cerita ni sudah lama pun.. Maybe about half year sudah. Tapi, Citra ulang lagi cerita ni petang ni. It is about pejuang-pejuang di zaman Jepun menakluk Malaya.


Cerita ni banyak penyiksaan.. Sampai satu tahap, I cant stand anymore to watch. Hmm, ndak sanggup rasanya tengok penyeksaan begitu. Di pukul setiap hari, kuku di cabut, di cucuk pakai besi panas, anak diseksa dll. Fuh..Airmata mau mengalir tengok.

Cerita ni buat aku rasa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang. Ada suami yang baik, anak-anak yang sihat, keluarga.. Alhamdulillah.

Aku bilang sama anakku Eizz (masa tu dia tgah breastfeeding),
"Selagi kita sihat, selagi kita ada makanan untuk di makan, dan paling penting selagi ada iman di dada..Bersyukurla. Sebab kita jauh lebih beruntung dari orang lain..."

Alhamdulillah.

Saturday, May 7, 2011

Perasan kuat.

Hari ni Eizz sudah 9 hari. Anduu baaa.. Kita ni sudah umur puluh-puluh, dia baru 9..heheee..

Jadi, maksudnya sudah 9 hari aku dalam pantang. Makin hari aku rasa makin sihat. Luka pun rasa makin sembuh, Oh.Bestnya. Dengan rasa diri yang mau-mau sihat ni buat aku rasa aku sudah sihat. Bila sudah begitu, mula la mau buat-buat kerja, perasan kuat...

3 hari lalu aku pun buat la roti. Konon-konon teringin mau makan roti. Plus, rindu jugak mau meroti.. Maka, lepas pikir-pikir terus la pigi buat roti. Lepas roti siap, sudah dipotong-potong and jamu sama orang di rumah. Mula sudah rasa sakit dari perut ke pinggang ke belakang ke otot-otot peha. Aku rasa ni sebab aku memaksa diri kali ya, aku ada jugak rasa sakit2 tu masa buat kerja-kerja..Tapi, aku tahan-tahan seja. Hmm..

Bila berjalan rasa sakit betul di bahagian rahim. Sampai susah mau berjalan + terpaksa tahan-tahan nafas mengawal sakit. Mula la rasa insaf dalam diri. Sambil cakap dalam hati, "Oh, aku belum sihat ba lagi ni.."

Selepas buat roti tu, aku rasa lemah badan sangat, sakit badan..
Sebabkan tu, siang tadi..aku tidur lama untuk rehatkan badan. Lagipun, aku memang ndak larat. Mungkin dalaman ni belum kuat kan..masih rapuh lagi. Betul la kali ya, orang bilang bersalin ni banyak urat yang putus.huhu.

Maka, aku mengambil pelajaran..mau rehat banyak-banyak la. Tapi, apa aku buat jam 1.31 am masih belum tidur. Astaghfirullah..
Begini la ni gaya ku.. Selalu perasan sihat. Kurang concern sama kesihatan sendiri. Baiklah. Aku tidur sekarang. Gud nyte semuanya.


Thursday, May 5, 2011

Nikmat.

Malam ni aku baca blog yang di share link nya oleh Kak Ona di Facebook. Blog ini bercerita pasal anaknya yang mengalami sejenis penyakit named Gaucher Desease Type II. Dia bercerita macam mana seksanya jiwa dan batin bila anak menghidapi penyakit tu dan akhirnya pergi bertemu Ya Rabb.



Allahuakbar..

Besarnya dugaanmu Ya Allah..

Sambil baca tulisannya, sempat aku paling tengok anakku di sebelahku.. Eizz. Sekali sekala dia senyum. Mimpi kali. Eh, ketawa pulak sampai terangkat-angkat bahunya. Alya pulak sudah nyenyak tidur.
Dua-dua anak ku sihat. Dan..InsyaAllah, aku ajarkan mereka ajaran Islam yang sepatutnya. Hmmm..(tarik nafas lega), itulah nikmat terbesar dalam hidup.. Ada kesihatan yang baik dan iman di dada. InsyaAllah.

Bila bercerita pasal kesihatan.. Kita ndak sedar kita miliki benda paling berharga ni sehinggala dia hilang..
Bila si ibu bercerita, mula la pasal anaknya seja.. soal kesihatan pun, kesihatan anaknya jadi nombor 1. Bila anaknya sihat, teruslah rasa diri 10x lebih sihat.

Eizz ada g6pd. Sebab tu, from day 1 to day 10 darahnya kena ambil setiap hari. Punya sayu hatiku bila tengok tangannya lebam sebab banyak kali sudah di ambil darah. Sayu bila tengok dia menangis sebab ambil darah lagi di tempat yang sama yang sudah lebam tu. It is a small matter kan, tapi itu sudah cukup buat aku sayu.. Mau seja aku gantikan tempatnya. Aduh, baru benda kecil ini pun sudah menggoncang hatiku..apa lagi kisah si ibu tadi.

Ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada anak-anakku dan keluargaku yang lainnya.

Dan..

Berikanlah ketabahan kepada mereka-mereka Kau uji Ya Allah.

Amin

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah.


Hari ni 5hb May 2011.
Oh.Alhamdulillah.
Semuanya sudah selesai. Sudah selesai melalui detik-detik perit.. Dan sekarang bersenang-senang di rumah dengan anak baru. Alhamdulillah ( Macam ndak puas sebut perkataan ni merasakan seksanya masa-masa tu..)

Hari ni sudah day-5 kelahiran anak kedua ku ni...
Macam tidak percaya pulak sudah ada dua anak. Kadang-kadang aku ketawa sendiri bila pikir-pikir sudah ada dua anak. Haih.. Indahnya perasaan ini.
Indah.
Perkataan paling sesuai untuk gambarkan perasaanku having this two babies. Gembiranyalaa.

Hari ni aku rasa makin sihat. Sudah boleh bergerak lebih cepat. Sakit jahitan pun kurang-kurang sudah. Mau bangun-duduk-baring pun sudah kurang sakitnya. Dan paling best aku sudah pun ke toilet = perkara paling takut lepas bersalin.hehe.
Alhamdulillah.

Eizz pun nampak sihat-sihat seja. Except dia punya kuning yang makin hari makin naik. Hari ni naik lagi kuningnya ke 180. Admit wad is 280. Harap-harap tidaklah sampai tahap tu. Aku risau jugak sebab Eizz is G6pd baby. Dia senang dapat kuning aka Jaundice. Lain kali la cerita pasal what g6pd is..

Next time aku buat entry pasal pengalaman bersalin plak. Hemm.. :D
Hari ni mau cerita itu sejala. Kejap lagi Eizz mau bangun breastfeeding. Eizz ni memang kuat bf, penat aku dibuatnya. Hehe. Dia bf sampai muntah berkali-kali. Alaalalaa Eizz... Selera betul dia nenen susu original..hahaha.

Mama sayang betul sama kamu Alya & Eizz... :) Cintala!


Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design