Thursday, January 3, 2013

Welcome to Table Estate, Tawau.

Yuuhuuuuuu…time taip tajuk entry ni pun sudah bikin aku senyum-senyum. Hakhak. Aduhaii betapa bahagianya dapat posting di kampung sendiri. Senangnya kumpul-kumpul sama keluarga. Aku sejak form 1 memang sudah tidak tinggal di rumah, and tinggal di Tawau. Sekarang ni lah baru aku menetap di sini. So, after 13years…Im coming home!!!

Hari ni sudah 6 hari kami di Table. Buat sementara waktu ni kami tinggal di Guest House Golden Abaca dulu. Guest House ni Table Estate punya. Barang kami pagi tadi dikabarkan akan naik kapal on 18 Dec. Makanya, dalam 25 Dec jugakla baru dapat. Huihuii. Mau sebulan baru dapat. But, its okayla..Best juga tinggal lama-lama di Guest House ni. Suka aku rumah ni. Cantik dan besar. Rumah ala-ala Inggeris. Plus, aku suka sama penjaga rumah ni, Kak Marni. Baik orangnya, ceria and veryyyy humble. Kalau bercakap sama kami yang tengah duduk di kerusi, dia akan duduk di lantai. Hihi. Lucu and kinda cute. Hehe.

Makanan di sini di hidangkan oleh Kak Marni. Dia masak, dia served. Aku rasa macam orang kaya duduk di sini. Cara dia served makanan tu macam aku ni datin pulak.Haha. Tapi, selepas beberapa hari aku disini, aku sudah start masuk dapur masak sama Kak Marni. Hari-hari topik perbualan kami mau masak apa? Apa yang sedap? Petua masak?Cerita pasal makanan jak. Haha. Tapi, aku enjoy la dengan dia. Aku belajar dari dia, dia belajar dari aku. Best! Dia pun sudah sangat berpengalaman, dia kerja di sini sejak zaman orang putih mentadbir  estate ni lagi, sejak 22 tahun dulu. Pehhh. Aku di sini selera makan. Husband and anak-anak pun sama. Tiada lagi terasa mau makan luar. Dulu di Kluang, selalu jak ada rasa mau makan pizza la..McD la..Di sini tidak pernah pun terlintas. Kali sebab hari hari pun masak sedap. Everyday is seafood. Ketam, udang, sotong, ikan-ikan fresh..Hmm.memangla meningkat kalori macam ni. Huhu. Aku di pasar ikan senyum-senyum tengok segala seafood di bentang fresh-fresh dan murah-murah. Sampai ditegur oleh penjual ikan, Hehe. Pasar sayur pun kemas and tersusun cantik segala sayur mayur. Biasala kalau orang bugis menjual. No wonder. :D

Persekitaran rumah ni cantik. Dari depan rumah boleh nampak laut. Banyak binatang-binatang dan pokok-pokok di sekitar, boleh anakku belajar sains. Haha. Kadang kami pagi-pagi or petang pegi kejar butterfly. Pegi tengok ayam serama. Pegi tengok pokok-pokok buah. Kesukaan budak-budak ni. Tempat ni agak berangin jugak, memang mendamaikan tinggal di sini. Sedap jak menghirup udaranya.

DSC_0461 DSC_0483

 

DSC_0474Guest House Golden Abaca

DSC_0497View from the house, boleh nampak laut.

 

Disini kami rasa rileks and santai jak. Selepas pikir-pikir, baru aku perasan sebab rumah ni tiada internet. Sebelum mungkin selalu online, jadi kami kurang santai. Tapi, di rumah ni..dengan tiada internet, rasa banyak masa terluang bersama, masuk tidur lebih awal, and bangun pagi dengan sedap badan sebab banyak tidur. Hehe. Kami tidur dalam jam 10malam, bangun pagi jam 5 pagi. Rumah sentiasa kemas tanpa gadget everywhere. Betul la gadget ni melemaskan. Hmm. Harap-harap lepas ni bolehla ajar diri and family supaya berenggang sama segala gadget. Keadaan yang tenang damai buat aku terfikir-fikir perlukah aku sambung internet atau tidak ya? Hmm. Luuu pikirla sendiri..Hehe.

 

Okla bye!

2 comments:

  1. blog awak sangat menark. http://www.tawaugeeks.com

    ReplyDelete
  2. Haha..first time baca..noted psl gadget tu..huhu

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design