Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Dhani sudah pun dua tahun. Erkkk..sudah sebulan lebih pun dia dua tahun. Tapi hari ni baru mau cerita. Aiyo! Sambutan hari jadi Dhani buat kecil kecil seja, tapi meriah! Hehe. Yalah kalau buat di kampung sebelah abah dia memang meriah. Sana ramai rakyat jelata. Hehe.
Tiada pulak aku ambil pic yang betul betul bagus utk tengok keseluruhan meja parti.
Cupcakes, drinks, doorgift & birthday presents. Kesian ba budak budak ni, datang bawa hadiah pulak. Anduu.
Mana Alya? Lari sana lompat lompat sama kawannya..ndak mau begambar. Fuhh. Pilih kek gambar batman sebab birthday boy adalah taksub pada superhero. Haha.
My birthday boy! Perasan ka banyak macam titisan air di muka ku. Peluh banyak! Aku ibu yang berkerja keras untuk party ni. Fuhh. Hehe.
Dhani’s photos..dann..hujung sekali tu sempatla tangkap gambar yaya yang lompat sana sini. Satu ni jak gambarnya jadi daripada tiga snap.. Yang lain semuanya dia lari…sabarlah wahai hati. T_T
Sempena birthday dia ni aku hadiahkan dia truck yang guna remote control. Masa view toy ni di website toys r us memang sudah baca description-nya untuk 4 years ++. Tapi, aku beli seja dan akhirnya dia tidak berapa tau mau layan benda ni. Dia tarik la dia punya antenna truck, dipatahkannya la antenna remote. Dia main lempar seja truck tu ke lantai. Aduh! Aduh! So, moral value-nya beli la ikut umur, kalau tidak mau ikut pun, beli la yang jarak umurnya tidak lebih setahun dari umur yang di-recommend. So, aku sudah simpan truck tu dalam almari. Nanti umurnya sesuai baru kasi balik. HEHE.
Dhani, Ibu doakan supaya Allah sentiasa memberi jalan, ilmu dan ketabahan kepada ibu untuk memberikan yang paling terbaik pada kamu. Ibu doakan kamu jadi anak yang sangat cintakan ilmu, baik hati, tabah, mudah menerima ilmu, ada ingatan yang kuat, mudah dididik, dan direzekikan Allah ilmu ilmu yang berguna, dan dekat dengan orang orang soleh. Ibu doa lagi supaya kamu boleh memberi manfaat kepada orang lain, pada agama dan bangsa. Ehhh..sedih pula. hehe.
Salam peluk cium dan sayang yg paling dalam dari ibu, XOXO. :)
assalam mas..buat di kampung pasti meriah dengan keluarga & anak buah..seronok tu!
ReplyDeletemoga dhani jadi anak yang beriman penyelamat di akhirat nanti. Amin ^^
kampung abah dia memang happening. Banyak betul budak budak sampaikan suara kita kadang tak terdengar dek keriuhan. Ahaha! Alya bising mau buat di kampung jugak...adehh..menangisla nenek sebelah ibu dia..hehe
ReplyDelete