Tuesday, July 31, 2012

The wedding & reunion

Assalamualaikum.

Lamanya tidak update blog. Mesti ramai yang rindu sama aku ni.HAHA.*perasaannn*

Aku pun rindu sama aktiviti blogging ni. Malas and hilang mood mau update blog kalau anak-anak berkeliaran di sekelilingku betumbuk, begigit, memanjat, dll. Makin aku sedar betapa besarnya jasa ibu. Hoho. Sekarang ni pun mata tengah bengkak sebab Dhani tanduk. Ouhhh…Punyala sakitnya. Mengalir airmata secara otomatik masa ditanduk tu. Tapi dengan serta merta teringat Dhani yang selalu jatuh tu. Kesiannya. Dia jatuh selang beberapa hari sekali. Kadang ada yang 2-3 kali sehari. Ya rabbi.. Hurmm.

Okeyla. Kali ni mau update cerita last month adalah bulan yang lebih happy dari bulan yang lain. Sebab dua kawanku kawin. Yeahh! hehe. Jadi, sebab tu maka mini reunion pun terwujud dengan sendirinya. Seronoknya jumpa kawan-kawan. Happynya tengok si Fizzy kawin. Ketawa-ketawa aku nengok dia sanding. HAHA. Adohaii. Kalau kita bekawan sejak kecil, pastu nengok dia kawin..memangla rasa lucu.(Eh, kau tidak begitu ka?) Dan, semestinya kita rasa terharu juga. Hurm. Sampai sudah hari bahagiamu Gee. Tutup sudah buku kisah-kisah sedih pasal lelaki durjana. Ah ah ah ah. Kau kini selamat bersama kawan kita jugak, Ihsan. Im really happy for you. Next project?Baby! Haha. Aku doakan kau cepat-cepat dapat baby yang bakal jadi saham mu nanti di akhirat. InsyaAllah.

Masa di Lahad Datu, happy betul aku dapat jumpa seorang lagi kawan aku yang sudah sangat lama tidak aku jumpa. She isssss… Haslina aka Ninang. :) Syukurrrrrnyaaaa dapat jumpa dia. Bukan setakat jumpa dia jak, kami siap lepak-lepak di bilik, beketawaan, bemakan-makan, bercerita-ceritaan.. Walaupun dia tidak berapa sihat hari tu, tapi nampak dalaman dia sihat dan bersemangat. Im really proud of her. Eh, rindula pulak!HEHE.

20120602_121912

Selain tu, kami sempat jugak melawat sekolah yang penuh makna tu. Memang penuh makna sekolah tu. Aku yakin banyak karakter and rutin harian aku sekarang banyak dipengaruh oleh sekolah tu. Sekolah tu banyak ajar aku supaya jadi orang sabar, berdikari,..ehh..banyakla. Cehh. Macam puji diri sendiri pulak tu. Haha. Punya best datang balik sekolah, terus ter-flashback segala memori di sekolah. Hehe. Sempat lagi tu makan jambu dari pokok jambu yang sama kami selalu petik dulu. Serius rasa diri ni muda 10 tahun. Haha. Sempat juga kami buat sesi fotografi di dalam kelas. Aku hilang kawalan kerana berketawaan bersama kawan sampai lupa ada bawak anak. Haha. Seronok lagi sebab aku bawa Dhani ke sini. Aku siap cerita sama dia pasal sekolahku sikit-skit sama dia. Walaupun dia tidak faham, tapi hentamla..mau cerita jugak! HEHE

20120603_140321 20120603_140550

Malam kami stay di hotel tu, aku, Hany, Tini, Miah, Nita tinggal sebilik. Maka, kalau sudah berjumpaan begitu memangla susah mau tidur. Apa tidak, ada jak cerita yang mau di keluar dari mulut ni. Sampai jam 2 pagi pun kami masih beketawaan. Tapi, sebelum tu kami sempat jugak buat conference dengan bilik sebelah (dunk,ziqah,ydah,nang).Hahaa. Lucula masa tu.

Then, apa pulak cerita anak-anak ku masa program ni? Fuhhh. Memang bikin aku ampus. Tidak sempat-sempat aku mau bercerita sama kawan-kawan ba. Ada jak projeknya. Sabar jak la.

20120527_113845 20120602_213240

Dan, aku memang sangat kurus sampai ramai yang tegur. Dan ini semua adalah gara-gara anak kecil seperti di dalam gambar di atas.

20120602_205119

All of us, except si pengantin Ika & Fadil yang tengah bersanding di pelamin. Sedih jugak sebab ramai lagi yang tidak dapat datang macam  Waze, Sen, Ita, the Sumandaks dll. Hopefully next time ya. :)

 

 

Oh, This is awesome!

Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Syaaban ku..

Assalamualaikum..

Semua pun tahu kan malam tadi malam nisfu syaaban yang penuh keberkatan seperti hadis nabi,

“Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata : Ketahuilah sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan memberikan keampunan baginya, sesiapa yang memohon rezeki kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya rezeki dan sesiapa yang memohon kesihatan (kesembuhan) kepada-Ku akan aku berikannya kesembuhan”

 

Maka aku pun sama macam kamu juga bercita-cita la mau buat sesuatu malam tadi. Tapi, aku berharap supaya anak aku tidur dulu supaya boleh buat sesuatu dengan tenang. Kamu tau tau sejala kalau buat sesuatu dengan adanya budak kecil, memang sangat ‘menjadi’ la..hehe. Walaupun husband boleh jagakan sementara aku buat sesuatu itu, mesti mummy pujaan hatinya jugak ni yang dia cari. hehe.

Maka sudah pukul 10 malam, Alya and Dhani belum lagi mau tidur. Masih lompat-lompat kesana kesini... So, aku ajak dorang reading. Pukul 11 malam, dorang masih maintain segar lagi.. Husband sudah tetidur. Aku terfikir-fikir mau minum white coffee ka ah supaya aku tidak ngantuk. Supaya aku boleh buat sesuatu itu nanti dengan segar lepas budak-budak ni tidur. Tapi, terpikir lagi, kalau minum nanti ndak boleh tidur langsung pulak sebab kan solat tahajjud kena tidur dulu walaupun sebentar. Hmm. Maka cancel minum kopi.

Pukul 12.30 malam, masih lagi budak-budak kecil ni beketawaan. Di kasi tidur pun tidak mau. Masih maintain betumbuk, betindis, betolakan sesama dorang. Nada suara ku mula tinggi. Ops! kehkehkeh. 1.15 pagi, aku memang ngantuk sudah, anak-anak pun sudah mula layu dan berbaringan di toto. Aku pun buai Alya sambil susukan Dhani. Makanya, aku pun tertidur sama budak-budak ni depan TV.

Pukul 2.30 pagi terbangun. Cepat-cepat tengok jam, dalam hati..”selamat..selamat..baru jam 2.30”. Terus bangunkan husband, ajak naik atas tidur. Sampai di bilik, Dhani nangis kuat-kuat mau nenen. Aku pun susukan  dia. Maka episod tadi berulang, aku tertidur lagi. Dekat pukul 4 pagi, aku terbangun lagi..cepat-cepat tengok jam, terus dalam hati sambil mamai-mamai, “alhamdulillah..belum lagi subuh. Sempat-sempat..”. Baru jak bangun, Dhani nangis lagi. Maka berulang lagi episod tadi.

Tiba-tiba aku terbangun lagi. Cepat-cepat tengok jam.

“Jam 6!!!!!!! Haaaaaaaa….kannnnnnnnn subuh sudahhhh!!!!”

Hmmm..begitulah kisahnya. hukhuk.

Hampir setiap malam begitulah rutin tidur ku. Susah jadinya mau bangun awal untuk solat subuh sebab aku tidur lewat. Alarm pun tidak boleh bangunkan aku. HAHAHA.

Ehhh, jangan ketawa. Ini kes berat ni sebab tidak bangun solat. Ohhh, malunya!

Maka, pagi tadi aku bangun dengan geram. Aku bilang sama husbandku. Nanti jam 8.30 aku kasi bangun dorang. Biar dorang bangun awal, jadi dorang boleh tidur awal kalau malam. Nada tegas tu. Kehkeh.

 

Jam 8.30 pagi tadi aku berjaya kasi bangun Dhani dan mandikan dia jam 9 pagi. Tapi, misi kasi bangun Alya gagal. 

20120705_093415 20120705_093445

Dia nangis-nangis sampai meraung sebab aku kasi bangun dia tidur. Jerit-jerit dia mintak pacifiernya. Last-last aku mengalah bagi jugak balik. Dia dapat jak, terus tutup mata balik. Hmmm. Tapi, aku ada plan B, kasi dia puas-puas tidur pagi (sekrang jam 11 belum lagi bangun), lepas ni jangan kasi tidur petang. Jadi, dia ngantuk betul nanti time maghrib. Aku yakin jam 9 paling lewat dia tidur ni malam. Kehkeh. Tapi, untuk kasi dia tidak tidur petang tu susah. Selalunya dia akan tertidur jugak biar macam mana pun keadaannya. Kena usaha lebih aku petang ni. hehe.

 

Mudah-mudahan la misi ku ni berjaya.HEHE. Bolehla aku bangun awal sebelum subuh tiap hari. Yang aku sukanya bangun awal ni sebab banyak kerjaku boleh buat tanpa diganggu anak-anak. Masa surirumah ni bukan banyak sebenarnya sebab jaga anak punya pasal la.hehe. Sebab lain, rezeki pun murah, awet muda, rasa lebih sihat, dapat temankan husband besiap and pegi keja sambil-sambil sama-sama tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Best dengar benda-benda baik awal-awal pagi, rasa lebih sihat luar dan dalam :)

okeyla. doakan aku berjaya kembali ke rutin tidur 10pm-5am okeh. Bye :)

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design