Assalamualaikum… :)
Tiga hari lalu datang KL sebab husband ada seminar di Berjaya Times Square. So, kami bertiga tumpang dia punya hotel sekali. Sebab tempatnya yang agak cantek dan menginap di luar rumah, maka aku panggil sejala ini sebagai holiday kecil.Kehkehkeh. Duduk di rumah seja pun bosan tauu.. Sekali sekala tidur hotel dan mandi mandi sama anak-anak best juga :)
Alya suka tengok kereta jalan-jalan di bawah. Jakun bah. Kehkeh.
Dhani so excited mau terjun dalam kolam, and Alya…lucunya muka. Kehkeh.
Apa yang paling aku excited-kan pegi KL kali ni sebab aku mau betul pegi MPH. Sebabnya majalah jepun summer edition sudah keluar. Memang tidak sabar mau pegi sambar. Eiii..geram! Eh?
Masa kami sampai jak di Mid Valley tu nampak kedai MPH, macam mau lompat okeh. Hahaha. Memang aku jenis begini, kau jangan heran.Haha. Masuk cepat-cepat terus pegi cari magazines jepun. Nampak jak majalah Cotton Friend. Ahhh! Hepinya! Selama ni beli online jak dengan harga mahal..Ndak tau pun ada di MPH,. Tu yang excited SEMACAM tu. haha.Ni dapat tau pun sebab berabis membelek majalah ni sampai aku terjumpa di belakang sekali dia tulis dengan tulisan kecil, “overseas distributer – Malaysia : MPH Bookstore”.. Ah. Gembira dan terkejut. Rupanya di jual di sana???? Ingatkan penjual online ni order dari jepun. Patutla cebisan tag harga yang masih terlekat selepas di koyak di majalah yang aku beli online tu rasanya macam kenal..Rupanya MPH. Kahkahkah.
Tapi, frust juga sebab majalah Female & Cucito belum keluar lagi. Maybe next week keluar kan? Nanti pegi JB la cari. :)
Tengok!Ada magazine baru yang aku jumpa. Magazines Lady Boutique :) Tapi susah jugak magazine ni, kena ada kemahiran. Kalau orang level macam aku pakai magazine ni memang bankrap la. Cotton Friend besttt!!*Tapi, jangan terpengaruh sangat dengan kata-kataku.. Aku ni semua pasal jahitan best aku rasa..hoho*
Lepas tu, kami shopping buku sikit :) Mengalir airmataku sebab husband beli beberapa buku(ahaha). Sangat berharap budaya membaca menjadi-jadi di rumah. Mudah-mudahan. Amin.Amin.
Semua buku ni husband aku yang beli, kecuali buku Srikandi yang Benar. Buku ni pasal tiga srikandi Islam iaitu Fatimah, Aminah & Rabiatul Adawiyah. InsyaAllah, nanti review pasal buku ni. Aku beli sebab teringin mau tau pasal life dorang, plus buku ni dapat positif feedback from readers. . Terharu ba aku(ahaha) husband aku beli buku, sebab dia bukan jenis membaca orangnya. Tiba-tiba ikut juga macam aku cari-cari buku best. Wahhh…dapat hidayah laki aku nih.kikikiii..
Teka siapa yang mau baca buku paling hujung tu? Masa sampai rumah, aku dengan excited pegi tengok buku-buku yang sudah dibeli. Then, terjumpa buku tu. Aku tanya husband ni buku apa? Jawapannya, dia pun tidak tau buku apa. Dia cakap mungkin terbeli. Ya rabbi.. Orang lelaki ni main letak jak di kaunter, ndak check pun apa benda yang di letaknya. Mungkin Alya yang terletak dalam bakul. Huhu. Rugi 30 ringgit. (-.-‘)
Ini buku untuk Izz & Alya. Buku yang kaler biru off 50%, yang merah 30%. Aku berniat insyaAllah lepas ni, kalau jumpa children books yang ada diskaun mau belikan untuk anak-anak aku. Biar ada banyak-banyak buku di rumah, dengan harapan dorang jadi suka membaca. Setakat ni nampak Izz suka baca buku. Bagi buku nanti dia diam-diam belek-belek buku. Sebab tu aku makin semangat sekarang beli children books. Yeah, ada geng!
Buku ni pulak is in my wishlist. :) Nanti la lepas habis baca buku tadi, beli yang ni pulak. :)
Aku ni sebenarnya bukan juga ulat buku. Banyak juga buku yang tidak habis baca. Huhu. Tapi, aku suka betul dengan buku. Bawak buku tidur :) Lepas ni kena kikis penyakit suka-beli-buku-tapi-malas-baca. Huhu.
okla.bye!
aku ada nampak buku jahit 2 dekat kedai buku popular kt sini, RM24 kalau tak silap.ada byk gak buku jahit jepun tp malas beli coz nak try-error guna kepala sendiri. Boleh camtu???hahahaha
ReplyDeleteChicken Soup.. Madam Wong yg selalu kasi cerita kita kan pasal buku tu :)
ReplyDeletemel - buku mana satu?iyaaaa? aikk..senang la bgtu. senang mau beli. Kehkeh. Aku suka buku begini sebab ada sewing pattern. Mau simpan jd collection. Plus murah juga compare sm buku jahitan yang lain :)
ReplyDeleteSalam dear... buku cucito n female mmg ada jual kt MPH ker? baru tau sbb tgh menggodek2 nak beli secara on9.. TQs sbb kongsikan info nih... nak try g carik.. hehe...
ReplyDelete