Monday, November 15, 2010

I am a FULL TIME HOUSEWIFE.

I am a FULL TIME HOUSEWIFE. proudly. :)

Bila aku mula menaip entry ni..terasa hati sangat sebak.. bukan sebak. Apa ya? Ah. Yang pentingnya air mata mengalir deras.. Kenapa? Mungkin, d hujung entry ni boleh tau kenapa..

Saya seorang suri rumah sepenuh masa - Ah. Mau nanges lagi.

Kenapa aku sedih ?
Sebab aku ndak biasa tinggal di rumah saja. Aku bukan jenis orang begini..
Sejak aku kecil..di dalam jiwa aku memang sudah dia hatiku yang paling dalam.. One day aku akan bekerja kuat-kuat untuk kepuasan sendiri dan yang paling penting bagi aku menolong familyku yang tercinta. Sudah ada di jiwa mau membalas semuanya..

Sejak aku belajar, aku selalu memegang apa-apa jawatan.. Sudah biasa handle program2..
Walaupun prestasi ku ndak bagus di dalam berprogram, tapi.. aku tau boleh buat lebih baik lagi..
Sebab tu la..aku memang suda biasa bekerja sejak aku sekolah lagi. Sejak aku tingkatan 1, aku jarang sangat tinggal di rumah. Aku ada di rumah only masa cuti sekolah.. Sebab aku sekolah sains- asrama penuh. Masa cuti lepas SPM pun, aku ndak tinggal di rumah..aku masuk PLKN.. Lepas PLKN terus bekejar masuk matrikulasi.. Keluar matrik, terus bekejar masuk Uni. Aku ndak penah lama sampai sebulan stagh di rumah..

Aku selalu keluar rumah dan 'bekerja'..

Masa U, cuti yang 2 bulan stagah masa cuti mid sem tu..ndak pernah aku ambil. Setiap kalinya aku tinggal di U untk ambil short course + join program..

Aku balik rumah, masa cuti yang sebulan tu jak on Nov.

Aku memang jarang di rumah. Family aku memang sudah faham gayaku.. Bukan duduk rumah punya orang..hehehe.

Tapi, keadaan sangat berbeza sekarang.. Aku tinggal di rumah 24/7..
Sebenarnya, aku ndak rasa ini menyedihkan..
And, aku ndak kisah pun sebenarnya asalkan husband+anak ku terjaga.. Bukan setakat terjaga. Tapi, aku yang jaga sendiri. Bukan berharap sama helper..

Aku sangat2 puas hati kalau aku yang masak sendiri, aku yang sediakan baju-baju dan semua keperluan husband.. Sangat puas hati kalau aku boleh buat spa di rumah sendiri khas utk husband ku.. Aku mau dia rasa betul-betul disayangi, terjaga dll kalau dengan aku..
Begitu jugak dengan anak2..
Aku sangat la puas hati kalau aku boleh ajar dia perkara baru, jaga semua makan minum pakai..semualaa..
Perasaan puas tu sangatla bermakna..dan terujanya sampai ke hati yang paling dalam..hehehe.Serius ni.

Tapi, masa yang sama.. Aku ndak boleh tengok kawan-kawanku bekerja di luar. Aku sakit hati. Haha...

Aku sakit hati..aku rasa aku jauh tertinggal di belakang. Ini sakit hati bukan sikit2 punya sakit hati oo.. sakit sampaikan bila termasuk/terbaca pasal bab-bab begini, air mata boleh keluar dengan sendirinya..hehe..

Aku ni ada kelemahan.. Lemah betul dalam bab-bab kasih sayang. Baru seja anakku terkena air panas, yang sebenarnya ndakla sangat panas.. Sudah buat aku nangis yang susah mau berhenti..haha.
Bila doctor baru suspect ada tanda-tanda denggi..aku sudah menangis. Adui.
Keluar news buang bayi..aku plak yang nangis-nangis. Adei.
hemm..

Tapi, apa pun.. Aku akan keluar jugak bekerja. Apa pun kerja tu. Asalkan sesuatu yang aku usahakan. And, aku sentiasa berdoa dan berdoa. Semoga aku mendapat pekerjaan yang ndak menjauhkan aku dengan anak n husband ku..
Aku mintak padaNya, dapatkanlah aku kerja yang masa yang sama aku boleh menjaga dorang..
Amin.

Buat masa sekarang, aku belum sesuai mencari kerja, sebab baby dalam perut ndak lama lagi masuk 5 bulan. Now sudah mid nov.. Mac aku balik sudah sabah utk bersalin. Sekarang ni aku tengah cari kursus-kursus yang aku boleh join.. :)
Actually, aku sudah ada planning untuk benda ni.. Cuma aku perlu bersabar. Tunggu peluang-peluang yang ada.

Aku sangat terima kasih sama my friends Suriaddin & Julia sebab bagi aku advice dalam benda ni..
Thankkk uuuu sooo muchhhh :D


Jadu full time housewife memang seronok.. kepuasannya ndak ternilai. Pahalanya sangat banyak, Allah jak yang tau...
Tapi, orang-orang muda macam aku..yang ada degree..sepatutnya keluar bekerja. Ndak kisah apa pun kerja tu.. Bila ndak bekerja, mula la rasa macam diri ni sangat loser. Rasa lebih kecil dari semut. Sedih. Hehe..
Tapi kitalah yang mampu mengubah hidup kita.
Tapi, bab ni bergantung sama every family needs.. Setiap family berbeza. Bekerja @ ndak bekerja ndak ada yang salah..ndak ada yang betul. 2-2 nya betul bergantung pada family tu..
Kita la yang menilai dan lebih tau di mana keperluan kita...Ndak perlu mengikut-ikut orang lain.

Pada aku, suatu masa nanti, aku mau jadi full time housewife. Aku la yang jd chef,
aku lah cikgu,
aku lah kaunselor,
aku lah nurse,
aku la gardener,
aku lah pembantu peribadi..hehe
aku lah pekerja spa..wah!
InsyaAllah..

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design