Sunday, February 27, 2011

Persiapan Baby Kecil

Alhamdulillah...
Persiapan untuk anak keduaku hampir sudah selesai..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Syukur aku dapat sediakan keperluan baby ku.. Yalah, juta-juta orang di dunia ni yang susah..Makan pun susah apakan lagi mau sediakan semua ni..
Syukurla aku digolongkan dalam golongan yang mampu lagi...setakat ini.

Sebelum ni, aku ndak pernah lagi beli baju-baju untuk dia.. Sebab, abahnya busy sikit.. Bukan sikit, busy melampau. uhuk. Kalau sudah injection Alya pun lewat sampai sebulan.. Apa lagi beli barang baby yang masih dalam perut ni..

On the way ke Sogo.. Panas = Pakai sunglass sambil minum susu.


So, hari ni..Aku pegi Sogo, untuk beli baju baby.. Sebab weekend ni seja yang ada masa. Next saturday, kami balik sudah ke Tawau, Sabah. Kebetulan pulak hari ni ada sale di Sogo. Untuk Sogo card holder la.. So, aku pun apply the card untuk dapat diskaun..hehe.

Actually, banyak benda mau beli di Sogo.. Tapi, sebab 1. ketidaklaratan 2. Masa 3. Susah bawak baby(Alya).. So, beli yang penting seja.. huhu.

Ndak apala..bukan rezeki aku kali ni. Aku ndak beli sehelai baju pun untuk aku..isk..isk..
Tapi, aku beli banyak baju untuk si kecil.. :D
Aku beli 15 pasang baju.. Tu pun sebab aku ndak sempat pegi ada satu lagi section baby..Kalau ndak, lebih banyak la kali..hehe.

15 pasang cukupla untuk dia.. Baju Alya banyak lagi yang dia boleh pakai.. Since baju yang aku beli masa Alya is yang boy girl pun boleh pakai.. So, cukuplah takat ni.. Nanti lepas lahir lagi beli..

Orang bilang rezeki anak... baju-baju yang aku beli kebanyakannya rm10 seja..hehehe. Suka ok! Aku beli 15 pasang untuk si kecil + 7 pasang baju Alya = RM300.. Baju Alya mostly RM15++.. Jimat kan :D Pastu kualiti bagus.. Kalau kualiti ndak bagus lain cerita la kan.. Berbaloi-baloi..

Baju Si Kecil


Baju Alya. Jarangnya aku beli dress utk Alya. Aku suka lagi baju-baju yang seluar + top.. Ranggi. hehe.


Lagi aku suka bila ada sale 50% jugak untuk Avent.. Yea. Aku ni memang faveret dengan Avent. Tapi, sikit seja barang Avent.. Kali 5 item ja kali yang dijual.. Salesman tu bilang, yang lain sudah sold out. Then, aku beli Avent Cup Storage RM20 (usual RM40).. Pacifier RM 14 (usual RM30).. and, nipple shield.. RM19 ndak silap (usual RM40++)..


Aku rasa barang si kecil sudah mau settle.. Kira settle sudahla.. Alhamdulillah.
Huge relief~~

**Aku ni antara orang di dunia yang sangat happy puas hati kalau dapat beli barang kualiti tp murah...hahaha**

Itu seja mau cerita ni malam.. Jumpa lagi. :D

Monday, February 21, 2011

My Daily Life

Lama betul ndak update blog. Rindu memang rindu, Tapi.. Lately, aku selalu rasa ndak sihat. Cepat penat..mengah.. Plus, dengan menjaga Alya yang makin lasak..huhu. Makinla susah aku mau coret-coret dalam blog ku ni. Kadang-kadang rasa macam ndak cukup seja 24 jam. Haih. Macam-macam ja la..hehe

Pasal kesihatan aku yang ndak berapa bagus tu. ..Aku sedar yang keadaanku yang cepat

penat,lesu,dll tu actually berpunca dari sebab aku ndak makan antenatal vitamin..huhu. Aku skip makan ubat tu 2 minggu macam tu la. Sebab rasa sihat kan, tu la malas tu..hehe. Then, sudah rasa begini baru sibuk mau makan balik. Kini kusedari kebagusan vitamin tu..hehe.

Aku sudah start makan vitamin t u dalam seminggu. And, aku rasa perubahannya. Badanku rasa jadi lebih sihat. Alhamdulillah.

My Antenatal Vitamin

Lepas ni ndak mau la skip-skip sudah makan vitamin tu. Sebab banyak la benda mau buat dalam sehari. Kalau aku ndak bermaya macam hari tu.. Banyak benda terbengkalai. Mau masak pun susah. Masa-masa aku ndak bermaya tu.. Aku ngantuk jak. Pastu, masak pun sangat la ala kadar. Sometime makan megi la..dll. Huhu. Plus..aku selalu tertidur masa jaga Alya. Kalau dulu. Aku tidur from 11++pm- 6.30 am.. Pastu aku ndak ada tidur lagi sampai la masa tidur malam balik. Sepanjang hari pun..aku jarang rehat. Aku rehat masa tengok TV ja la. Tengok TV pun time malam ja lepas makan malam. Sepanjang hari tu..aku biasanya jaga Alya. Tau la kalau jaga budak umur macam ni..manada rehat kan. Tapi, buat semua tu..Aku rasa bertenaga jak.

Masa pagi… bangun jak aku menghadap laptop..(hahahaha…) Pastu, buat sarapan + sarapan. Jam 8-10 pagi aku depan laptop lagi..Update blog..dll. Pastu, Alya bangun. Jaga dia sambil kemas rumah. Jam 12 tgh – 2ptg masak.. Masak 2 jam sebab sambil masak sambil buat keja lain..hehehe. Jam 2.00 - 3.30.. Layannzzz my husband + Jaga Alya. Hahaha. Yala, mau buat air la..mau picit2 badan la..Ada ja la permintaan itu ini tu from Alya and her abah tu.. huh.

3.30 ptg dia g keja balik, Pastu tidurkan Alya. Alya sleep from 4/5-6 ptg.. Time ni aku depan laptop lagi.. Buat apa2 yang patut. (hey, jangan cakap ndak berfaedah ok..Banyak benda2 bermanfaat aku buat time ni..hehe). Sambil layan internet aku buat minum petang. Minum petang pun bukan sekejap mau buat. Kalau buat roti tu mau 2 jam baru settle. Kalau yang simple-simple tu sekejap ja la.. Namanya jugak simple kan..hehe. Sambil tu jugak aku jaga Alya kalau dia ndak tidur.

Lepas minum petang, kemas2 semuanya.. Siapkan Alya..mandi semua. Lepas tu rehat dakan sejam, from 7.30-8.30pm.. Then, Dalam 8.30..baru aku masak, Jam 9 lebih is our dinner.

Lepas diner barulah rilek2.. Tu pun ndak jugak rilek la. Sebab as housewife manada rileknya pun.. Jam berapa pagi pun sometime kena bangun kalau Alya terjaga. Ni la the never ending job.hehe..

Macam tu la kehidupan aku hari-hari.. Kalau borang mesti orang cakap.. hidupku ni super damn boring. haha..

Ndak apala.. Masing-masing ada life nya yang perlu di tempuh kan. Apa pun kita ni kena banyak bersabar di atas apa pun. Bersyukur dengan hidup, kesihatan, dan iman yg diberikan.. :)

Bila kita bersyukur... Maka, kita la orang yang paling bahagia di dunia.. Betulll.. :)

Saturday, February 12, 2011

Si Anak Kecil


My daughter Alya sudah pun Setahun 3 bulan. :D

Alhamdulillah..aku sudah jaga dia sejauh ni. Macam baru jak bersalin kan dia, sekarang sudah lari-lari. Sekalinya, mau besalin plak lagi April ni. Haha.

Alya sekarang sudah banyak pandai. Ngam jugak la sama peringkat umurnya.
Antara yang dia pandai sudah :
1. Bila Abah sudah tuck in baju, ambil walkie-talkie (abah bawak walkie talkie pegi keja) terus Alya angkat tangan n cakap "bye!".. hehe. Lucu jugak menengoknya, ndak lagi waving macam dia kecil-kecil dulu, terus seja angkat tangan + bye! then buat keja lain. Sama jugak kalau kita lepas mintak salam. Lepas jak cium tangan, terusla.. 'bye!".

2. Dia sudah tau nenek, mama, abah, acik (pacik + macik), adik, kakak, jom, cak=cicak,

3. Sudah pandai mintak apa2. cth : Mamam, Num, dak-dak(sambil buat gaya cuci tangan means mau cuci tangan), letakkan tangan kita di mouse means dia mau suruh kita do somethng dgn laptop..tukar video or dll. Banyak lagi, malas mo type.kiki.

4. Bila mama cakap, "Mama mau solat dulu.." Dia terus lari ke bilik, ambilkan telekung+sejadah then letak di tempat yang aku solat.

5. Lepas Mama solat, dia akan bagi Al-Quran untuk di baca. Kdg2, kalau aku ndak mau baca sebab ada hal kena buat. Dia nangis.

6. Dengar apa-apa yang relate dengan keagamaan cth : zikir, dia automatik cakap "Awwabaa.." then sujud. Tapi, skng..bukan lagi "Awwaba..", dia sebut "Awwaaaaababam" . Dengan intonasi yang betul. Aku pikir kenapa dia tukar, then aku find out..maybe sebab intonasi 'awwabaa' susah mau d intonasikan..sbb ada 3 bunyi jak yang keluar, iaitu a-wa-ba... Kalau a-waaa-ba-bam, ada 4 bunyi..so sesuailah dengan intonasi Allah-hu-ak-bar.. Aku rasa la..hehe
Lepas solat plak, dia akan angkatkan sejadah yang aku sudah pakai untuk gantung di towel rack.

7. Sudah tau camana camera, handphone, laptop, tv..semua la alat elektronik berfungsi. Kalau dia main handphone, bila dia ter'call' orang..dia dengan cepat n panik bagi handphone dengan kita sambil cakap.. "mama..mama...na..na..na..." Suara panik ok. Aku hairan camana dia tau dia ter'call' orang. Sedangkan suara orang tu belum keluar, cuma di skrin tertulis..
'Calling xx...'
Dia akan bagi hp dengan kita kalau dia ndak boleh unlock, masuk dalam mana2 application then dia xboleh keluar sudah. Tapi, kalau ter'call' orang seja dia akan panik. Hmm, kenapa ya. Apa yang buat dia tau yang tercalling orang tu kena cepat-cepat di off?

8. Kadang-kadang aku terfikir, camana budak kecil begini boleh bezakan makanan dengan bukan ya. Kalau terang-terang yang dalam pinggan, atau dalam bungkusan macam roti. keropok tu ndak hairan.. Kalau macam buah rambutan, langsat.. Dia sebut jugak mamam..mamam.. Padahal tu first time dia tengok buah-buah begitu. Camana dia tau tu benda berambut boleh di makan. Hehee..

9. Kalau time mandi, masa aku pakaikan sabun sudah, dia nangis.. Sebab dia tau lepas bersihkan sabun, habis sudah time mandi. Dia suka mandi. Main-main air..mau pegang shower sendiri.

10. Dia sudah pandai tarik kerusinya untuk makan time. Ndak payah di suruh. Kalau makanan sudah prepare atas meja. Nanti dia pegi tarik kerusinya ke meja makan.

11. Dia addicted sama laptop. Pantang kita lalu/duduk dekat meja laptop. Maka dia nangis sungguh-sungguh sampai hajatnya tercapai. Kadang-kadang dia mintak sendiri kalau ndak ada orang yang buka laptop. Selalunya, bangun pagi/petang terus mau main laptop. Kadang-kadang aku pening dengan requestnya ni. Sebab dia balik-balik mintak tukar video. Belum lagi habis lagu tu, sudah suruh tukar. Dia akan letak tangan kita di mouse supaya kita tukarkan video tu. Haih~~.


Penatla cerita pasal perkembangan Alya ni. Sampai sini jak la. Dari apa yang aku nampak from Alya. Budak kecil begini actually ada banyak sangat potensi untuk di ajar. Macam-macam benda boleh kita ajar. Betul la orang cakap, Anak yang terbentuk tu semuanya datang dari rumah. Macamana kita didik dia membesar. Apa yang kita buat, semua dia tiru nya.. As parents, kita la role model nya. Sekarang aku sedar, besarkan anak ni bukannya senang. Bukannya gembira-gembira seja tengok perangainya comel. Tapi, terlalu banyak perkara perlu di ambil kira. Cth : Jangan tinggikan suara di rumah unless buat jokes.. Nanti dia pun akan tinggi suara dengan kita.
Membesarkan dia bukan mendidik dia seja...Tapi, mendidik diri kita juga..



Semoga la kita semua boleh menjadi ibu bapa yang terbaik untuk permata hati kita... Amin.

Friday, February 11, 2011

3D Scan

@ Vision College


Tadi petang kami ada appointment scan 3d adik di Vision College jam 4ptg. Syukurla kami sempat sampai. Fuh. Rushing jugak tadi tu, my husband busy betul akhir-akhir ni.. Tengah musim buat budget. 2 tahun sudah kawin sama dia, memang aku faham sangat la kalau musim buat budget ni busynya macamana.. Last year, masa musim buat budget ni..rekod paling lambat dia balik jam 2-3 pagi.. Wauu. Hebat kan. Aku sebagai isteri mithali (kikiki..) merela-tidak rela kan seja..hehe..

Actually, last week sudah pegi..Tapi, adik ndak mau buka mukanya.. Dia tutup dengan both hands. Hem. So, repeat la this week. Sykur la tadi dia buka muka luas-luas..hehe. Aku pun sudah banyak kali kasi ingat sama dia supaya today mesti jangan tutup muka. Syukur dia buat. :D

Dari hasil scan tu.. She ( staf yang buat scan tu ) confirmkan yang baby boy. Alhamdulillah. And, dia memang tunjuk bird adik..hihi. Memang jelas. Tapi, ndak tau la kan kuasa Allah.. Kita tunggu jak masa lahirnya.. :)

Masa scan tu Alya balik-balik cakap 'adik...adik...' Ceh, macam faham kan.. Actually, dia tengok perutku tengah di scan tu.. Dia memang kalau nampak perut ku ja..mesti jerit adik...adik... hehe.

Masa scan ni, adik is sleeping la..so, ndak banyak movement yang dapat tengok. Dia ada jugak menguap...hehehe. Besarnya mulutnya nganga..hehehe.. Happyla tengok dia. Ketawa-ketawa aku tengok mukanya. Sebab junior Muslimin will come out..hehehe. (Muslimin - my husband's name) . Tidak la sama betul..plus gambarnya pun ndak la seterang camera biasa kan. Tapi, memang langsung ndak ada muka ku. Macam muka Alya.. hehe

Ada orang sedih kan kalau muka babynya ndak macam mukanya.. Aku ndak pulak, aku suka betul kalau anak ku iras muka husband ku. Bahagia aku rasa..hehehe.

Anyway, sorry no pic adik di upload.. Biarlah rahsia..
Plus, aku punya describe muka adik di atas pun..gambaran kasar. Another 2 months to go... Allah Maha Kuasa kan :)

Apa pun, aku sangat hepi adik sihat. Alhamdulillah. Berat dia last week, 1228 gram..

Sejak balik dari sana tadi, balik-balik aku tengok dia punya video + pic.. hehe. Ndak puas ni tengok.. Lepas tu, makin semangat mau buat macam-macam untuk dia.. Mau baca quran, mau makan vitamin, mau cakap banyak-banyak dengan dia..

Seronok ba ada anak-anak ni. Kamu yang belum kawin tu.. Cepat-cepat kawin then dapat baby aaa.. :)

Oh iya, caj scan ni only rm90 with cd . Kalau masa scan ndak dapat tengok, cth : sebab baby tutup muka..dorang bagi 2nd chance for free. 2nd tu kalau ndak dapat jugak, kenala bayar jugak.





Alya sempat posing masa menunggu cd siap.


Alya and Abah.


**sudah jam 11.30mlm, my husband still at the office. Huhhh~~~~***

Ba, baiklaa..daa.

Thursday, February 10, 2011

Al-Fatihah Buat Pacik

Semalam kami dapat bad news, pacikku jatuh dari tangga. Terkejut dengar. Sebelum ni dia memang selalu terjatuh. Maybe sebab joints nya sudah ndak kuat. Then, buat dia selalu terjatuh. Memang banyak sudah kesan luka di badannya tu. Pernah sekali, hidungnya merah sangat.. macam terkupas kulitnya. Dia cakap dia terjatuh. Dia pun ndak jelaskan dengan betul, dia cuma ketawa-ketawa sambil tunjuk tempat dia jatuh.


Sejak di akhir-akhir usianya ni, begitula sikapnya.. Dia ndak sudah ambil serius pada apa-apa pun. Sejak meninggal isterinya 2 tahun lalu, dia seolah-olah dia ndak ada jiwa untuk hidup. Ndak dia kisah sakit apa yang menimpa dia.. Ndak dia takut kalau ada banjir, maka semua orang sibuk selamatkan diri..huh.

2 hari sebelum pacik meninggal, dia bagi mak aku duit, dia suruh mintak mak aku buatkan doa selamat sebab dia pernah bernazar dulu. Tapi, dia belum buat. Then, dia cakap.. Tolong buatkan doa selamat ni sebab aku takut nanti aku mati aku ndak sempat buat.

1-2 minggu sebelum tu pun, kak ku ada mimpi.. Dia nampak pacikku pakai kopiah putih + kemeja putih tinggalkan kami. Dia lalu dekat tepi laut untuk pegi jumpa isterinya. Hem. Tanda-tanda kan.

akhirnya, semalam..selepas dia alami kecederaan teruk di kepala. Ada pendarahan di otak. From the scan, pendarahannya makin besar n worst .. Blood pressure pun terlalu rendah. Jantung pun bermasalah sudah. Doctor pun suruh keluarga berkumpul. Lastly, doctor cakap tiada harapan sudah. Selepas sejam begitu, dapat news from doctor. Pakcik suda ndak ada.. :'(


Pacik..semoga Allah merahmati roh mu.. Semoga aman pacik di sana. Amin.

Monday, February 7, 2011

Pengalaman Bersalin


**WARNING : Yang takut-takut pasal bersalin, recommended to not continue reading this entry..**

TUNGGU HARI

Sepanjang aku pregnantkan Alya, since aku sudah tau aku mau jd mami.. Aku rajin baca info-info pasal pregnancy-delivering baby.. Biasalah anak pertama, segala-galanya ndak tau.. So, ingin tahu tu sangat la tinggi.

8 bulan/ 35 minggu.. aku pun naik flight balik Tawau, Sabah. Sebab minggu ke-35 minggu terakhir naik kapal terbang. Masa di kampung, aku banyak baca-baca pasal bersalin. Siap baca buku nursing kakakku, dia nurse di Hospital Tawau. So, dia ada buku pasal kelahiran bayi ni. Tengok la gambar-gambar prosesnya.. Mau ready punya pasal.. Hehe.

Sepanjang tunggu hari tu aku banyak jugak berjalan.. pegi mana-mana pun aku sendiri. Husband jauh.. So, semua check up, beli preparation barang baby sendiri.. Sudahla aku ndak tau memandu, so, naik la bas/teksi..hehe. Di kawasan bandar plak, banyak jalan kaki. Maklumlah teda kereta..huhu. Kadang-kadang, kesian jugak aku sama diri sendiri.. Tapi, aku selalu bilang sama diri sendiri.. "Perkara kecil seja ni.. Sabar. Kalau aku rasa susah, ramaaiiiiiiiiiiiiiii lagi yang lebih susah.."

Selalu jugak cakap sama Alya (dalam perut). Kuat semangat, banyak sabar...hehehe. Lucu plak.

Then, masa due date pun tiba.. Tapi, ndak jugak bersalin lagi..
Sehari lewat..
Dua hari..
Tiga hari..

5 hari.. kol husband suruh balik seja even belum bersalin lagi.
Then, dia pun datang masa sudah lewat 5 hari.. Doctor cakap, da bagi tempoh smpai hari ke-7 seja.. kalau ndak bersalin jugak, datang ke hospital buat induce.
Dengar seja induce, aku takuttt... Aku memang takut induce la. Sebab dari yang aku tau..induce ni sakit..isk2..



FINALLY

Malam day 6, aku nangis-nangis sudah..kenapalah aku ndak bersalin lagi.. Haih. Risau induce tuuuu..huhu

Then, besoknya..subuh-subuh..Sakit perut, mau ke toilet rasanya..
Tapi, ndak jugak mau buang air.. Aku senyum sudah. Kali aku mau bersalin hari ni. Berharap.hehe.

Bangun pagi dalam jam 7.30.. Mula sudah rasa sakit every 5 minit. Senyum-senyum sudah aku.. Harap-harap ini harinya. Pagi tu aku sarapan macam biasa..

Dalam jam 9 macam tu, confirm.. setiap 5 min datang sakit. Then, aku pun makan coklat + minum air glukos.. Supaya aku dapat energy dengan cepat. Sambil tu aku jalan-jalan di rumah. Buat solat hajat + baca surah maryam selagi boleh. Makin lama makin sakit.

Pegi toilet, ada darah. Senyummmmmmmmm..... Alhamdulillah. Ini lah harinya. Hai baby.. hari ni mau jumpa Mama ya? :D

Masa tu, aku masih lagi ketawa-ketawa dalam rumah.. Buat macam biasa. Then, kakak-kakak advise pegi hospital. Then, dengan berbekalkan beg dengan kelengkapanku n baby.. Pegilah hospital :D

Sepanjang perjalanan, aku baca terus doa nabi yunus... Hati pun tenang seja.. Tiada rasa takut/ nervous.. Rasa konfiden + berani. Dalam hati aku, syukurla Allah makbulkan doaku supaya aku jadi orang yang berani + konfiden hari tu..

Doa nabi Yunus




DI HOSPITAL

Sanpai hospital, cerita-cerita sama doktor..senyum2, terapi ba tu.. Supaya sentiasa tenang. :)

Aku pun di suru tukar baju, buka dalam-dalam tu....hehe, pakai pakaian yang dia bagi jak. Then, doctor check bukaan. Dia cakap, baru 2 cm...

Dalam hati " Aduh..baru 2 cm ka..." hmmm..

Masa di hospital tu, rasa sakit hilang..Aiyakk.. Time tu jam 11pagi. Camana la contraction ni berhenti plak. Aduh. Aku pun baring ja atas katil tunggu masa berlalu.. Aku ingat lagi, bilik tu di bahagi kepada dua bahagian, satu bahagian orang yang sudah bersalin..satu lagi yang belum. Sengaja aku lalu dekat dorang yang sudah bersalin tengok-tengok dorang.. Aduhai seronoknyala.

Jam 1pm. Waktu melawat. Husband aku masuk, bagi food.. Then, bagi aku semangat.. Masa waktu melawat habis, husband aku tinggalkan aku.. Nangis aku. Aku ndak mau dia tinggalkan aku. Tapi, apakan daya.. Its the rule. Huhu.

Pukul 2pm. Contraction sudah mula terasa.. Kali ni lebih kuat dari pagi, lebih sakit. Budak-budak trainer datang dekatku ramai-ramai study pasal contraction.. Aiya. Tengah sakit-sakit begini, layan budak-budak ni plak.. Sakit tapi aku masih boleh senyum-senyum.

Air Zamzam yang aku bawak sendiri aku minum...sapu di perut jugak. Air zamzam tu..aku sudah bacakan macam-macam surah. Tiap kali aku ngaji, aku letak air tu depanku. Sekali-sekali aku minum jugak glukos.

Jam 3pm. Doktor bawak masuk bilik bersalin. Cek bukaan. Dia bilang, baru 3 cm. Huh. So, doctor pecahkan ketuban. Alat pecahkan ketuban tu panjang...Buat neves ba,huhu. Tapi, aku tenangkan diri. Baca doa banyak-banyak.

Dia cucuk..beberapa saat pastu, terus air banyak-banyak keluar..Suam air tu.hehe. Tau la aku, ketuban sudah pecah. Alhamdulillah.

Sudah aku dibersihkan, tukar kain semua.. aku dipindahkan ke bilik husband friendly. Then, husbandku di panggil masuk teman aku. Ohhh.. Syukur sangat-sangat. Husbandku datang teman. Lepas ketuban di pecahkan. Makin lama makin sakit.

Husbandku pegang seja tanganku sambil sapu-sapu kepalaku.. suruh aku bertahan. Huh. Sakit ok. Aku kira tu la yang paling sakit, tapi..makin lama makin sakit..Adui..

Macam-macam sudah doa/istghfar kuar dari mulut ku.. Sebab menahan sakit. Tapi, makin lama makin ndak boleh bersuara.. sebut Astaghfirullah pun..
"Astaghhh......" ndak terucap sudah, sebab telampau sakit.

Aku merayu-rayu sama doktor minatk bius.. Doktor ndak hiraukan apa aku cakap. Dia lalu lagi dekat ku, aku jerit lagi..
"doktor..doktor..tolong la..ndak ada bius ka? Saya ndak tahan.."

Doktor geleng kepala seja then cakap dengan husbandku, bius ndak bagus..
Nanti Mama mengantuk, baby mengantuk..baby lemas. Bahaya.

Dengar perkataan baby lemas. Aku diam. Cuba bertahan. Aku hempas-hempas punggung di katil. Aku macam mau suruh husbandku pukul belakangku pakai kayu sebab sakit betul aku rasa.. Macam sakit sengal yang melampau. Susah mau describe rasa sakit tu camana.. Mungkin aku boleh cakap, macam mau tercabut punggung ni...huh.

Depan ku ada jam besar, mataku tengok jam jak.. 5 min sakit, 2 min hilang sakit, minit ke-3 datang lagi...uhhh.. Then, 6.30pm kakak aku datang.. Then, dorang dua jaga aku..
Keadaan ku masa tu macam ikan yang di letak di darat then di pukul non stop..haha. Aku menggelupur, badanku melengkung ndak tentu hala sudah. Nasib kakak n husbandku pegang aku kuat, kalau ndak..sure aku sudah jatuh dari katil.

Aku cakap sama husbandku..
"hantar aku pegi klinik swasta, aku ndak tahan sudah.. Suruh klinik swasta bedah aku seja.."

"Mengucap..mengucap... kau boleh tahan ni. Memang begini. Sabar..sabar.."

Dalam masa 2 minit yang hilang sakit tu..aku boleh plak tertidur sebab telampau penat. Dalam kepala aku sudah macam ada bayangan-bayangan..mimpi kali ya.hehe..

Nurse cakap.." Jangan kau melawan sama tu sakit, nanti ko flat masa meneran..Banyak betul tenaga sudah kau pakai ni..Jangan lawan..Jangan lawan.."

Aku cuba ndak melawan sakit. Tapi camana caranya, tiap kali tu sakit datang..aku otomatik mengeras menahan sakit..huhu. Buat tenaga ku hilang..

Masa sakit tu..aku haus betul..balik-balik aku minum.. Aku banyak minum glukos. Supaya aku dpt tenaga.. Ada sekali, aku mintak air sama husbandku untuk kali ke berapa..
Dia tanya lagi " Mau air apa..?"
aku dengan bepeluh-peluh, kesakitan, rasa sakit hati plak di tanya lagi soalan macam tu..
Dalam hati, "Tengah sakit ni..sibuk lagi tanya air apa.."

Terus aku jawab... "arghhh..Air apa-apa sejalaaa!!!!" dengan nada tinggi.

Then, dia bagi aku air kosong, aku cakap.."Glukos la.."

Haha..lucu kalau ingat balik..


Jam 7.30, seksa betul sudah aku rasa.. Aku panggil doktor.. Berapa cm sudah ni? Doktor pun setuju buat check lagi bukaan.

Lepas dia cek..Dia cakap, baru 8 cm.. Tunggu 2 jam lagi. Dalam pukul 10mlm InsyaAllah boleh bersalin. Aku dengar 2 jam..Haaa...matilaa aku..

Aku cakap-cakap sendiri..kenapalah Allah ndak percepatkan aku bersalin. Banyak betul dosaku kali.. Balik-balik aku sebut nama Allah. Dalam hati, "banyak betul dosaku.. Betul-betul aku 'dibasuh'.. Ndak apala..aku terima semua ni untuk 'cuci' dosa.."

Sempat pikir lagi tu..hehe



KELAHIRANNYA

Jam 8malam.. Tiba-tiba aku rasa mau buang air besar sangat-sangat.. Rasa sakit yang tadi tu hilang sudah. Aku termeneran dengan sendirinya.. Rasa mau terbuang air besar tu sangat2 la kuat, sampai badanku menggeletar..
Doktor : Jangan meneran..belum masanya, lambat lagi..
Me : Ndak sengaja doktor.
Doktor : Jangan..nanti lebam, kena caesar pulak..

Berabis ni aku berusaha supaya ndak meneran, tapi..aku termeneran jugak..

Then, husband ku tengok tempat baby keluar.. Then, dia cakap..kepala baby sudah nampak.
Panggil doktor,then, doktor datang..
Me : Doktor, ndak tahan..termeneran sendiri.
Doktor : Ok, biarkan..biar proses tu macam tu..

Kakak ku di suruh keluar, husband jak boleh stay teman wife bersalin.
Cepat-cepat nurse pasang semua kelengkapan..
Me : Doktor, bolehka meneran sekarang? Kes ndak tahan sudah ni.hehe

Bila doktor bagi green light jak..Terus aku teran. Haha. Doktor berdiri jak depan ku. Dengan selamba buat isyarat tangan maju,stop macam polis trafik..sambil cakap "Ok..good..good..Lagi..lagi.."
Husbandku masih setia di sisi pegang tangan n bagi semangat..
Masa pengeluaran Alya dari tempatnya tu..actually, ndak sakit pun.. Nikmat rasanya, sebab kita boleh meneran sekuat hati..sebab keinginan kita untuk meneran tu terlalu tinggi. Maybe 100x dari bowel biasa..hihi. Sampai segala luka-luka yang jadi masa Alya 'keluar' pun ndak rasa. Begitula proses bersalin kan.. pertama, di buka dulu sampai 10 cm bukaan, then.. di bagi kita kemahuan untuk meneran yang kuat betul sampai menggeletar badan sebab kuat, supaya kita boleh tolak baby keluar.. Allahuakbar.

Lepas 3 kali teran within 2 minit, Alya keluar dengan lajunya..hehe.. Aku rasa ada benda warm and basah meluncur laju di celah2 kedua pahaku..
Terus dengar..."uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....." Alya nangis. Masa dengar dia nangis, hepinyaaa..sebab aku tau anak aku selamat. Baby kena nangis masa lahir. Tu tandanya dia sihat.

Doktor then, tunjuk gender baby .."Ok, baby girl.. "

Kakakku bilang, baru jak dia sampai di luar bilik bersalin..then, mau kol rumah..dengar sudah baby nangis..

Alhamdulillah..Alya sudah lahir dengan selamatnya.



LEGA

Selepas Alya lahir.. aku rasa sangat2 lega. Ndak berhenti aku ucapkan Alhamdulillah. Dalam hati, "Ya Allah..sedangkan bersalin sangat sakit apa lagi mati.. Ya Allah, aku mau jaga anak dan keluarga ku baik2.. " Ayat-ayat insaf ni. ;)

Nurse pun datang untuk buat jahitan..Euwwwwww.. Ni part memang sabar sejala.. Suda la tempat tu luka sana sini, selamba seja nurse cuci n lap..fuh!
Then kena bius, tapi, bius berkesan di satu tempat jak..tempat2 yang lain tetap rasa tu jarum keluar masuk dengan benang yang tertarik-tarik.. Sampai aku ndak sedar aku terjerit memegang tangan doktor..hehe. Tapi, bahagian ni apa sejala kalau di bandingkan dengan derita tadi. Aku terus cakap dalam hati.. "Ah, sikit seja ni..Daripada sakit tadi..lepas ni setel! Kuatkan hati."
Lepas di jahit sini sana.. nurse boleh pulak masukkan tangan dalam tutt, keluarkan darah-darah yang masih tinggal...
Once again, euwwww...!!! Aku ucap seja ayat-ayat suci, supaya aku sabar...hehe

Masa di ward, husband datang bawakan makanan.. Dia pun suapkan aku... Bestnya makan. Bila dia balik, mau makan lagi. Makan la sendiri. Masa mau suap makanan dalam mulut, baru aku sedar tanganku menggeletar sebab kehabisan tenaga. Mau senduk nasi pun ndak larat, kena pakai dua tangan..hehe.
Apapun, aku syukur sgt husband di sisi..boleh tolong buatkan semua benda..dari start sakit mau bersalin sampaila berpantang menjaga luka. To all husband out there, u have a big job to do..hehe. Jangan pengsan pulak tengok darah banyak sangat. hehe


Alya 5 hari. Ni baby girl ka boy ni...hhehe

**Advise to bakal Mama.. Doa banyak supaya kita ndak takut masa tu.. Supaya kita ada keberanian luar biasa hari tu.. And banyakkan Surah Maryam. Tapi, mesti yakin..doa kita diterima. :D

Friday, February 4, 2011

Home Made Ice Cream & Recipe



Hari tu ternampak resipi buat aiskrim di myresipi.com. Then, aku pun teringin la mau buat. Lagipun, balik-balik beli aiskrim di pasaraya. Bagus kita buat sendiri kan. Lagi puas hati. Suami pun makiiiinnnnn sayanggggg..ahahaha.
Resipi ni boleh tukar flavor pegi mana-mana flavor. Yang aku buat ni kacang merah.

Ok..ni dia resipinya... Tadaaa..
My husband punya komen.. " Sedapla..!!"

Ah. dia tu..semua sedap..

bagi aku, resipi ni mcm salty sikit..sebab kacang dalam tin yang aku pakai tu agak salty. Tapi, ndak la jelas sangat salty tu..
Overall.. Eskrim ni sedap..hehe.

Resipi Ais Krim Kacang Merah

250 ml susu segar
50 g gula kastor
3/5 kacang merah dalam tin
135 g coffeemate


Step 1 :
Masukkan Susu + Coffemate + Gula dalam mixer. Putar sampai sebati dan gebu.

Step 2 :
Masukkan dalam bekas berpenutup. Sejuk bekukan sampai 3/4 beku.

Step 3 :
Masukkan yang telah 3/4 beku tadi ke dalam mixer. Putar sampai naik gebu dengan kelajuan tinggi. Lebih kurang dalam 10 min.

Step 4 :
Lecek kacang hingga hancur. Tukar speed mixer ke perlahan. Masukkan kacang hancur dalam adunan tadi. Putar lagi sampai sebati. Dalam 2 min.

Step 5 :
Masukkan dalam freezer untuk 2 jam. Keluarkan dan putar lagi sampai gebu/10 min. Ulang step ni 2 kali.

Step 5 :
Masukkan balik dalam bekas. Then, letak dalam freezer semalamam. At least 8 jam.

Actually, yang aku buat ni half dari resipi asal. Plus, aku ada ubah sikit cara buatnya.


Yaya mamam eksriimmm mama buat...thnk U Mama...

Selamat mencuba semuanyaaa.. :D

Tuesday, February 1, 2011

No Pain No Gain

Lately..

Aku suka ni quote.

" No pain no gain "

Apa lagi kalau di ucap dengan cara macam ni..

"No pain no gain bebehh.." - dengan pelat orang putih.
Hihi. Tidakla. I gurau jeeee. Hehe

Aku rasa ayat ni kadang-kadang memberi aku cahaya yang terang.. * Ceh, ayat lebih-lebih plak kan*

This quote suka kasi sedar aku yang biasala rasa sakit dalam mengusahakan sesuatu. Janganla mengeluh, bersedih, putus asa... Layan seja semua penat + lelah tu. *wah, bunyi macam aku ada bisnes besar, ndak pun seorang prof yang sangat busy..Padahal suri rumah seja. hihi*

Actually, being a housewife ingat ndak penat kaaa.. Penat ooo. Huh.
Sejak bangun tidur, sentiasa bekerja. Aku rasa malu sama ni statement, memandangkan di rumah ni ada helper. Haha. Tapi, walaupun rumah ni ada helper, tapi, keja tetap sentiasa ada. Sediakan makanan breakfast, lunch, minum petang dinner. Sediakan semua keperluan anak +husband. Maintain kan rumah bersih + kemas. Sudah dikemas beberapa saat, c alya hambur balik. Mau ajar alya lagi. Mau urus c alya lagi. Penat la!
Dalam urus-urus semua ni, aku jugak ada study beberapa new skill to help me improve life. Hem. Buat perubahan + jadi yang lebih baik tu memenatkan + uncomfortable. Tapi, aku selalu bilang sama diriku.

No pain No gain.

Kalau rasa sakit, maka..itulah yang bagusnya. Sebab its a sign that I am doing effort. Kan..kan?
This quote ndak semestinya untuk perkara besar seja.. Ndak semestinya untuk meraih jawatan yang melangit seja. Tapi, untuk benda-benda kecil jugak. hehe.
Contohnya, macam aku.. Perut tengah boroi sangat ni..tertunduk-tunduk..merangkak-rangkak di bawah meja makan untuk bersihkan makanan yang c alya hambur masa makan. *Arghh..pasal alya lagi!hehe..

Rasa cm malas mo buat, mcm xlarat..tp, cakap lg sama diri sendiri..
"No pain, No gain"

Buat begini rumah bersih, hati senang, anak2ku pun nanti follow..ada kotor kena bersihkan walaupun penat.

Hehehee... benda kecik. Tapi, kalau malas..ah.nanti la..
Nanti anak pun terikut2..
Sebab tu aku salu ckp sama diri sndiri..
"No Pain No gain"
Even for simple thing..yang aku rasa malas mau buat. hehe..

Bah,
No Pain No Gain Bebeh!
hehehe

Resipi Puding Roti Karamel


Kemaren rasa hati mau buat puding roti lagi. Sebab ada roti burger yang mo expired, actually tarikh sudah lepas pun....kikikiki. Tapi, aku memegang prinsip selagi ndak ada kulat, masih lembut, masih bau roti..maka roti tu masih ok. Hihhihi... **dont tell my husband**
Puding aku suka buat sebab dia simple sikit banding resipi lain. Macam yang ni pun senang jugak. So, boleh la sapa-sapa yang mau cuba tu..boleh la ambil resipi di bawah ni. Tengok kaler karamel aku, dia macam yelowish kan.. Sepatutnya kaler karamel tu perang. Tapi, ni sebab aku angkat karamel tu awal sangat, tu yang jadi macam tu... Atau dalam kata lain. Aku buat silap la tu..hehe. Apa yang ndak bestnya kalau kaler dia bukan perang is jadi manis sangattt..mm.. macam makan gula plak..huhu. Kalau perang tu yang sedap sikit, manisnya kurang sikit.
But, make sure jangan sampai perang gelap..nanti pahit plak. hehe.
Oh yaaa... Resipi ni aku ambil from hanamemories.blogspot :D Thank U kak hana for sharing. Sahring is Sexy..yayy...hehe.

Ok. Enjoy the resipi :D

Resipi Puding Roti Karamel

Bahanzzz :

Roti Putih 4 keping - Aku pakai roti burger 3 biji, kes abiskan stok.hehe
Telur -3 biji if telur besar (gred A), 4 biji if kecik(gred B).Pls dont ask me kalau gred C,D cmana plak..plss..ok.hehe
Susu Cair ( Evaporated Creamer) - 1 Cawan.
Air Suam 1 Cawan
Susu Pekat 1/2 cawan.
Esen Vanilla 2-3 titik seja


Bahan Karamel :
Gula 3 Sudu besar
Air 2 sudu kecik


Step 1 :
Buat karamel : Letakkan gula + air 1 sudu atas kuali (aku pakai kuali non stick). Api sederhana. Kacau sampai perang. Sudah nampak perang tambah 1 sudu lagi air. Kacau lagi sampai sebati and warnanya perang. Perang aaa not yellow n not dark brown. Then, cepat tuang dalam loyang. Ratakan karamel tadi sampai meliputi semua permukaan loyang. Biarkan.

Step 1 :
Roti carik- carik. Then, masukkan dalam blender.

Step 2 :
Masukkan susu cair + pekat + air suam dalam blender. Blend sampai sebati.

Step 3 :
Tapis telur. Then, masukkan dalam blender bersama esen vanilla. Blend kejap.

Step 4 : Masukkan adunan dalam loyang. Then masukkan dalam pengukus. Macam di bawah ni :D Then, kukus sampai 40- 60 min.


Siap. :)

Terbalikkan pinggan atas loyang puding ni, Then, dengan cepat.. terbalikkan loyang. Maka, jadilah hasil macam gambar paling atas tadi..
Then, letak dalam peti ais. Makan masa sejuk...vroommm..vroomm.. Eh, bukan bunyi tu! Tu bunyi motor husband aku mau merempit masuk ladang.
yummm..yumm.. laaaa...


Selamat menjamu seleraa..


Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design