Thursday, January 26, 2012

moreeee fabricssss!!

Haha. Bestnya entri ni. Kami baru seja balik dari KL. Husband ada presentation di sana, so kami ikut sekali untuk cuti-cuti+ shopping-shopping. Aku tiadalah shopping baju,kasut ka, beg ka segala di sana. Sebab pertama, masa tidak cukup. Second, my kids is totally makes me sick ba kalau di bawa berjalan. Macam-macam karenahnya. Astaghfirullahalazim. HEHE. Sebab ketiga, bagus jugala tidak shopping begitu. Boleh spend more sama kain.Hehe

Aku memang sudah plan mau pegi ke mana-mana masa pegi KL tu. Tapi, kecewa retak seribu bila kedai yang aku idam-idamkan mau pegi tutup for chinese new year. Aku ingat bukalah sudah hari ni(26 Jan), rupanya cuti sampai 29hb. Uwaaaaaaaaaaaaaa… Retak beribu hatiku. Kedai tu actually kedai Yee Button recommended by Kak Dimple, and kedai maycraft. tapi, tidak apalah. Tiada rezeki. Isk isk isk (sambung nangis lagi). Bila la mau pegi KL lagi. Beli online sejala begini.

Tapi, hatiku sekurang-kurangnya terubat, kerana kerana kerana…..

Aku beli kaaaiinnnnnnnnnnnnn..HEHE. Eh, suka betul ba. Gembira betul sebab susah mau jumpa kain begitu and murah di sini. Anduuu. Maka dengan ini aku isytiharkan Kamdar adalah cinta-hati-jauh-tapi- dekat-di-hati-ku. HEHE. Ohhh..Kamdar. Bila kita boleh berjumpa lagi.

Tapi, no worries. Sebab ada branchnya di Angsana JB. Next time see u there!! Hihi. Eihh. Macam mau lompat ba. Haha.

Syukur pada Allah ba sebab bagi aku hati begini. Hati yang punya minat and hobi atas sesuatu. Kesukaan begini menghiburkan. Serius menghiburkan. Hehe. Aku tidak tau perasaan begini sampai bila, tapi, aku menikmatinya sejala selagi dia ada di hati ni. Ececehhh.

DSC_1232Banyak kan? :D :D :D Macam tidak mau berenti senyum. Nanti susun cantik-cantik di ‘office’ aku. Hehe.

Alya, cepat give Mama a kiss sebab kau bakal dapat banyak baju. :)

*Hati yang tamak ni mengatakan banyak lagi kurang, mau beli corak bunga-bunga lagi.Hmm. Nanti-nanti. Buat ini dulu.Sabar.*

*Aku sebenarnya sudah sangat penat dan mengantuk. Tapi teringatkan kain-kain ni, bikin aku segar.Haha.*

Tuesday, January 24, 2012

Kami suka pegi taman

Bila petang-petang, Alya mula la tanya pasal mau pegi taman. Tapi, very sorry my dear darling Alya, kita tidak boleh pegi taman hari-hari nak. Sekali dan sekala boleh :) HEHE.

080120121703 080120121704

080120121715 080120121709

080120121713 080120121714

 

Bila tengok anak ceria and happy begini, macam mau nangis pulak. T.T

*Nanti kalau aku sudah ada kereta, hari-hari aku bawak kamu pegi taman nak. Ececeh.*

Chicken stock for my lil son

Sebeleum kalau masak bubur untuk Izz, aku akan rebus sekali tulang-tulang di buburnya tu. And sudah dua kali, tulang ayam masuk dalam mulutnya. Syukurla dia tidak terus telan, tapi cuba untuk kunyah. Then, barula perasan ada something dalam mulutnya. Sebab selama ni suap saja bubur di mulutnya, dia terus telan. Tiba-tiba mengunyah begitu, terus check, dan jumpalah aku secebis tulang ayam, yang kalau dia telan, boleh tersangkut di lehernya. Naudzubillah. Takut ba budak kecil dengan kes-kes begini. Dia sangat kecil untuk tau macam mana mau handle, untuk tau macam mana mau bernafas kalau saluran pernafasannya sempit gara-gara tersangkut makanan. Eih. Palis-palis ba.

Anak abang aku, sudah dua kali kes tertelan serpihan mainan dan syiling sepuluh sen. Dua kali tu jugak muka anak abang aku sampai jadi biru. Syukur abang aku pandai handle kes begitu, dan mereka selamat. Kalau aku? Tidak tau la apa yang jadi. Allah Maha Besar. Then, after this aku tidak mau sudah beli mainan murah/tidak berkualiti. Mainan begitu mudah pecah. Bila pecah, serpihannya di makan pula si anak kecil kita. Biarlah mahal asal selamat. :)

Okeh. Ini lah stok ayam yang aku buat.

240120121748Chicken stock for my buch buch Izz with love. Hehe.

 

Okeh, aku ajar kamu cara buatnya. Senang seja. Idea ni pun aku ambil dari blog http://heavilyspiced.blogspot.com/.

Okeh, ini bahan-bahannya :

200120121739 200120121740

In the picture : Minyak zaitun, lada putih, carrot, daun bawang, rempah(kayu manis, bunga lawang, cengkih), bawang besar,halia, tulang ayam setengah kilo.

Segala bahan di sebelah kiri aku blend, pastu tumis dengan minyak sikit. Pastu sudah wangi, letak air + ayam tadi. Rebus sampai 7 jam paling bagus. Aku buat 4-5 jam jak. Masak dengan api kecil. Nanti sudah siap air rebusan tu akan memekat. Tapis, then masukkan dalam acuan. Masukkan dalam peti ais sejuk beku. Nanti bila mau pakai, ambil la 2 biji ka, 3 biji ka. Aku pakai 2 biji jak sekali masak bubur. Sonang kojo denn..(*eh, aku sukalah loghat orang negeri..hehe)

Beginila jadinya bubur yang sudah siap :

DSC_1192Bubur ayam + carrot + daun sup + kentang + stok ayam.

Monday, January 16, 2012

Alya’s purple dress.

Pagi ni siap sudah baju Alya ni. Dari last week buat, tapi ditangguh-tangguh sebab tiada button ngam. Di sini pilihan button terhad la. Bila kedai jahitan yang best-best mau di buka.

DSC_1034DSC_1039

DSC_1041DSC_1037

Jimat duit aku tidak payah beli baju untuk dia. Haha.

Okla bye!

Friday, January 13, 2012

My garden Week 2 : Sudah mula bertunas.

Sudah minggu kedua sejak aku mulakan projek kebun aku ni. Weee... hehe. Pokok-pokok pun sudah mula membesar. Tengok baby-baby pokok sayur yang mula tumbuh makes me feel alive. Rasa bersemangat. Rasa gembira. Rasa teruja. Hehe. Eih, suka betul aku kan. So, here I put some pictures. :)

DSC_0987 DSC_0990

Bawang merah & Kai Lan. :)

 

DSC_0997 DSC_1000

Pak Choy. Kami panggil sawi jepun. :)

 

DSC_1003 DSC_1004

Jagung & Kunyit

 

DSC_1021 DSC_1016

Labu & pokok-pokok yang di tanam masa week 1.

 

DSC_1014 DSC_1009

Tumbuhla kamu dengan sihat dan kuat okeh. :) Banyak lagi benih-benih yang belum tumbuh. Macam pokok bunga matahari, 2 minggu sudah belum tumbuh lagi. Memang macam tu ka aaa? Ataupun, benih tu rosak.Hmm. Aku harus menyiasat kes ini.

Tiap pagi, tiap petang. Inilah pekerjaanku, memerhati pokok-pokok ni. :)

DSC_1020

Latest news. Terdapat satu pokok yang mati. Di pangkal batang pokok tu terdapat kesan cubitan. Aku tau, ni mesti kerjaan si kurus tu. Kemaren aku tengok dia cuba pegang pokok ni. Alyaaaaaa……!!!!!

Wednesday, January 11, 2012

Mama, Alya tolong lipat kain!

Hari ni Alya beria-ia mau tolong lipat kain. Tiap kali Alya lipat dia tunjuk sama Mama dengan bangga. Mama pun pujilah habis-habisan. Hidung pun kembang kuncup sebab bangga. hehe

100120121728

Pandainya kakak…tu semua yang di atas meja semua dia lipat.hoho

 

100120121729

Atas sofa pun banyak…fuyyo.

 

100120121730

hehe..

Alya Faces–Episod 2.

Kemaren Alya ternampak entry ini. Entri yang penuh dengan gambar mukanya. Then, aku perasan dia buat memek-memek muka sama macam dalam gambar. Haha. Aku pun cepat-cepat ambil handphone untuk rakam.

Ada-ada sejala budak ni.hoho.

Tuesday, January 10, 2012

Jom minum petang.

Kami selalunya minum petang di dalam rumah. Tapi, kerana sudah tahun 2012(cehh…konon), kami mengubah angin minum petang di luar.HEHE.

Bila petang, di luar rumah sangat berangin. Rambut terbang-terbang di buatnya. Macam tepi laut pulak. Aisehmen. Heee. Antara banyak-banyak rumah kami pernah tinggal. inilah rumah yang paling best setakat ni. Rumah satu-satu di atas bukit walaupun agak menakutkan, tapi mendamaikan. :)

Dalam hati, seronoknya kalau ini rumah sendiri. Fuhh. Tapi, tidak mau la pulak tiada jiran. Macam tinggal dalam hutan. Huu.

2012-01-03 18.14.05Minum petang kami cuma ini. Biskut gabeng + secawan besar milo di kongsi dua. hehe. Ini biskut all time favourite aku. Biskut cream crackers Hup Seng. Kehkeh. Kalau rumah tiada biskut ini, maka itu bukan rumah aku la tu.hehe.

Sambil-sambil tu, makan durian yang jatuh di belakang rumah.

2012-01-03 18.13.37

 

 

2012-01-03 18.14.18She is always be the star in my family(setakat ni okehh,hehe). Apa-apa pun mau dia nombor satu. Jangan lebihkan adik, nanti dia merajuk. Begambar pun dia mau jd star jugak. Oh, look at her face. This is one of my favourite pic ever.

2012-01-03 18.14.392012-01-03 18.14.33

Dia kalau di luar rumah memang happy semacam. Angin kuat merembeskan hormon gembira kali ya.hehe. Durian pulak adalah buah faveretnya. Hari-hari check depan rumah, tengok ada durian jatuh ka tidak. Kalau ada, nanti dia akan nyanyi : “ Yeaaa..yeeaaa..ada duyannn..yeaa..yeaa..duyannn…” Pastu jerit : “Banyaknya duyannnnn bukkkkkk….”. Padahal sebijik seja pun. *alya panggil aku “buk”, sabar sejala*

And,last but not least. Our hero. Hoho.

2012-01-03 18.13.53He is the reason why I cant gain weight. Fuhh.

Monday, January 9, 2012

Ombak rindu.

OMBAK-RINDU_thumb

Tadi malam kami purchased ombak rindu di Astro First. Memang aku tunggu-tunggu movie tu masuk Astro First, sebab itu seja peluang kami mau tengok Ombak Rindu. DVD? Ndak mau kunun beli cetak rompak, rasa bersalah.Hoho. *tapi, perasaan ini pandai ada pandai hilang.haha* Plus, kalau di Astro First boleh tengok yang HD, dengan harapan kualiti begitu bagus  boleh lebih menusuk kalbu movie yang ditonton.HEHE.

20111229_21252420111229_212628

Satu orang berjaya ditidurkan, tinggal satu lagi. Tapi, after 10min movie start, dia tidur sudah. Yeyeaa.. Aman!Haha.

20111229_212729

 

Baru jak mood aku tengah naik tengok intro movie ni dengan lagunya yang mendayu-dayu, dengan pemandangan tepi pantai angin bertiup, dengan Izah(maya karin) tengah berjalan-jalan di tepi laut, kemudian dia baring pulak atas batu, muzik mendayu-dayu masih lagi bermain..Tiba-tiba ada suara tidak puas hati datang dari sebelahku :

“Kenapa jugak mau baring-baring begitu?!!!Gatal!!!!” *Actually, bukan perkataan gatal yang dia guna, something yang lebih pedas daripada tu. Yang orang kampung kami seja paham perkataan tu. HAha*

Terus pecah ketawa ku. HAHAHAHA. Haih. Mood yang mendayu-dayu tadi terus hilang. Spoiler betul la abang satu ni.

Bahaya jugak tengok movie yang mana watak isteri dalam movie tu punyala baik hati, lemah lembut, penyabar..etc…etc.. Bukakan kasut suami yang sudah tertidur dengan penuh lemah lembut. Ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati suami sendiri kerana rasa tidak adil kenapa dia tidak di lakukan begitu. Tiba-tiba ada suara komplen lagi :

“kalau abang ni, sudah kena marah tidur awal di rumah.” HAHA.

Tapp!. Bunyi tamparan dari aku. Sapa suruh banyak komplen. Haha.

Kami meneruskan menonton movie ni dengan keadaan aman dan baik. Kadang-kadang aku sibuk mau explain pasal movie ni sama encik sebelah(Yalah, aku kan sudah baca novelnya). Tapi, balik-balik di suruh senyap. Baiklah.

Dekat-dekat ending movie ni, ada scene Mila(2nd wife) bertemu dengan Izah (1st wife),

Izah : Kita boleh hidup bersama kalau Mila redha, Islam kan menghalalkan poligami. – Encik sebelah cuit aku.Amboih!

Mila : Ikhlas? Cuba tanya dalam-dalam hati kau tu. Walau macam mana pun redha kau untuk suami, tapi, hati kau akan tetap sakit melihat suami kau dengan orang lain. Tu bukan redha, tu pasrah. Redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. – Tappp! aku tampar encik sebelah.Neeeee..

Movie ni berjaya buat aku sedih, tapi sebab takut encik sebelah nanti kutuk aku. Aku tahan seja perasaan tu. Besoknya, aku tengok lagi movie ni baru aku nangis sebab encik sebelah sudah pegi kerja. Tiada orang mau kutuk lagi. Haha. Adalah beberapa kali aku tengok movie ni, astro first kan ditayang 48jam for every purchased. Dan, beberapa kali jugak aku nangis. Okeh, boleh kutuk sekarang. hehe.

Apa yang aku sedihkan di movie ni bukan sebab cerita cintanya. Kalau compare cerita cinta dengan cerita action, aku pilih 3x cerita action. Aku nangis tengok Izah. Aku sedih tengok ketabahannya. Aku sedih tengok dia sentiasa berharap pada Allah. Masa Haris mau bersamanya (sebelum kawin) dia terus-terus ucap,

“lindungilah aku Ya Allah..”

Sebak aku tengok pengharapannya pada Allah. Allah itu dekat kan :) Aku berharap orang-orang yang senasib Izah, yang mau dijual begitu, dapat pertolongan Allah macam yang Izah dapat. Amin.

Aku sebak jugak tengok Izah di hospital. Berusaha apa yang mampu untuk suaminya. Bacakan yassin, solat hajat.

Aku sebak jugak tengok Izah di sejadah, solat berdoa. Dia tidaklah tidak terurus segala sebab masalahnya. Tapi, dia terus letak harapan yang tinggi sama Tuhannya.

Aku sebak jugak tengok dia tidak menyimpan apa-apa dendam, apa-apa sakit hati sama suaminya selepas apa yang terjadi. Dia boleh senyum, dengan maaf yang sudah lama dia buat, macam tulus jak aku tengok Izah ni.

Apa yang aku suka dengan movie ni :

1. Aku suka nama Izah :)

2. Aku suka muka Izah yang menangis dengan seadanya. Tidakla menangis kuat-kuat, menangis mengalirkan air mata tapi dalam masa yang sama masih boleh tersenyum. Macam tangisan Kajol ,(Apa kes pulak masuk cerita hindustan ni?), dia nangis muka masih steady, tapi airmata seja yang mengalir. Cantik!

3. Aku suka senyuman Izah seadanya. Tulus. Husbandnya yang bersalah datang meminta maaf, dia cuma senyum dengan membalas dia sudah lama maafkan. Ohh..perkara itu amat susah untuk dilakukan okeh.*tertakluk kepada jenis manusia juga*.Aku suka pandangan Izah sama husbandnya. Tulus. *Malar tulis tulus bah.Haha*

4. Aku suka muka Izah masa dia menjawab salam time ngajar budak-budak mengaji di surau. Scene dekat-dekat ending sudah. Mukanya tenang seja :)

Ahh.Aku ni, semuanyalah pasal Izah. Ya, aku memang mengkagumi Izah. Mudah-mudahan ada ramai Izah di dunia ni. Benda yang paling besar aku belajar di movie ni, IKHLAS dan TULUS. Bestnya kalau kita memiliki keduanya kan. :)

Thursday, January 5, 2012

dress Alya from Abah’s old shirt

Baru-baru ni aku ada  belajar buat dress yang dibuat daripada men shirt. Then, aku pun carila baju kemeja husband yg sudah dia tidak mau pakai lagi. Aku start dengan kemejanya yang paling lusuh. So, kalau silap, tidaklah frust.*eh, sibuk jugak aku mau explain kenapa padahal semua orang pun tau sebabnya*

So, this is the result :

DSC_0670Diharap tidak terganggu dengan memek mukanya.

DSC_0671Oh.Muka ini juga.

DSC_0676Okeh. Model aku sudah bosan bergambar.

Bye!

Eh, lupa. Buat dress pakai kemeja sangat senang okeh. Cubalah.

Ok.byee :D

Wednesday, January 4, 2012

Alya faces.

DSC_0634DSC_0635DSC_0636DSC_0637DSC_0638DSC_0639DSC_0640DSC_0641DSC_0642

DSC_0643DSC_0644DSC_0645DSC_0646DSC_0647DSC_0648DSC_0649DSC_0650DSC_0651

She is my daughter :D

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design