Saturday, March 31, 2012

Anak-anak sakit-sakitan.

Musim sakit kali ya sekarang ni. Hurmmm. Sabarla mama-mama semuanya..Ujiannnn :)

Biasalah anak-anak demam, tapi kali ni demam Izz lain sikit. Petang tadi aku bawak ke klinik. Awalnya tidak mau hantar ke klinik lagi sebab ada juga ubat di rumah. Tapi, bila mula tengahari panas Izz susah mau turun. Malar seja  suhu badan 38.7c ke atas.. Petang tadi sebelum ke klinik suhu badannya 39.2c. Terus cepat-cepat ke klinik sambil letak kain basah di kepala. Masa tu kawasan mata dia, di bawah telinganya ke rahang sudah kemerah-merahan. Bila disentuh kawasan tu rasa sangat panas. Lepas diperiksa doktor, then doktor bilang Izz kena penyakit “kaki, tangan dan mulut”. Tersentap aku. Dua kali aku ulang soalan sama doktor, “doctor pasti ka?” Aku ingatkan penyakit tu berbahaya dan ambil masa yang lama untuk sembuh. Sebab tu aku terkejut. Tapi, lepas doktor bagi explanation, baru aku lega-lega. Heehee.

Lepas tu doktor bagi aku tengok ulser di mulut Izz. Seram aku tengok. Kesian Izz, patutla nangis-nangis masa aku bagi makan tadi. Menyusu pun dia kejap-kejap tarik. Rupanya pedih dia menelan. Syukurla dia cuma ada ulser di mulut. Lain-lain tiada. Sebabnya penyakit ni biasanya ada tumbuh ruam di kaki dan tangan. Sebab tu namanya macam tu. Syukur….

Actually, penyakit kaki, tangan dan mulut ni bukanlah macam penyakit lain yang ambil masa yang lama untuk sembuh. Dalam masa 4 hari begitu dengan ubat yang bagus bolehla sembuh sepenuhnya. Selepas 5 hari kalau masih belum sembuh maksudnya ada masalah lain. Tapi, duration yang aku cakap ni dengan rawatan yang di bagi oleh klinik yang aku pegi tu. Sebabnya, aku baca di web, biasanya kesembuhan penyakit ni ambil masa up to 10days.

Alya pulak cuma demam biasa. Tapi, tidak taula kalau ulser tu belum keluar. Baru kejap tadi dia merengek-rengek sambil tidur and badannya pun makin panas. Sudah tampal “cool fever” di kepala.

2012-03-30 08.22.41 2012-03-30 08.25.25

2012-03-31 00.28.18 2012-03-31 00.29.452012-03-31 00.24.53

2012-03-30 08.24.49Alya datang hiburkan Izz..hehee.

2012-03-31 01.34.32

Get well soon my baby…

Wednesday, March 28, 2012

Kebunku yang kutinggal selama 3 minggu : Bikin aku gembira dan bikin bingung!

Aku balik kampung untuk 3 minggu memang buat aku risau-risau tinggalkan kebunku. Walaupun ada gardener yang datang tiap hari, tapi, anak kandung dengan anak tiri mana kan sama kan…Begitu jugala dengan tuan punya kebun dengan si penjaga…(Aisehmen! Haha.)

Kami sampai rumah tadi malam jam 9 malam. Memang teringin sudah mau pegi tengok kebunku, apakah kejadiannya. Tapi, ndak kan la mau tengok malam-malam kan..kronik sudah tu.hehe. Awal pagi aku bangun, terus ambil kamera, pakai selipar terus pegi kebun.

Maka , inilah yang terjadi. Dimulakan dengan perkara baik dulu..hehe

DSC_0002 DSC_0016 

Jagung sudah berbuah! Hoyehhh! Ada 4-5 biji semuanya. Pokok jagung sebelah kanan ni pulak, masa aku tinggalkan punyala kecil, setinggi lutut aku cuma. Sekarang, wah..wah.tingginya..mau sampai kepalaku sudah..

DSC_0004 DSC_0003

Si buncis pun berbuah walaupun buahnya tidak banyak. :D

 

DSC_0021DSC_0005

Kailan dan kangkung steady menggemuk..hehe

 

DSC_0011DSC_0013 DSC_0012

Tomato ku pulak membesar dengan ganas. Bikin takut jugak tengok pokoknya besar betul..hehe. Tomato yang sudah masak ada dalam peti ais Kak As simpan. :)

 

DSC_0014

Terung ni masa aku tinggalkan sebesar sejengkal seja, lebih kurang sebesar pokok kecil disebelahnya tu.. Bolehnya dia besar secepat ini.

 

DSC_0023DSC_0017

Kesum pun gemuk dan menjalar-jalar.Sukanyalaaaaa!!!! Tapi, kesian dia dihimpit oleh si labu. Nanti aku kasi kau rumah baru supaya si labu tidak buli kau lagi.

 

DSC_0017DSC_0018

Labu pun super gemukkkk…Bunga-bunganya pun sudah keluar, tidak lama lagi berbuah la dia. Yeaaaa..

 

DSC_0021 DSC_0012

Si timun. Salad pun sudah meninggi. Kesian pulak tengok dia meninggi. Patutnya sudah lama dia dicabut.

 

DSC_0013DSC_0026DSC_0027 DSC_0025

Bayam, kailan,sawi, semuanya sudah tua. Bunga pun sudah keluar. Boleh la kita buat biji benih nanti.

 

Okeh, ini cerita yang kurang best pulak. Isk.

DSC_0020

Betapa suburnya pokok tembikai aku ni masa aku tinggalkan. Sekarang habis mati. Isk isk.

 

DSC_0024

Batas ni dulu penuh dengan pokok tembikai susu. Sekarang sehelai daun pun tiada. Semua sudah digantikan dengan pokok apa entah. Huaaaa.. Bilang husbandku, semua pokok tembikai susu sudah mati. Jadi, Mustapa gantikan dengan pokok ni. Uwaaa.. Ndak mau..Ini pokok apa ni? Macam pokok kacang jak. Aku ndak mau la pokok kacang. Mau suruh cabut, ndak sampai hati pulak..huhu

 

DSC_0015 DSC_0016

Kiri : Kenapa kuning kentang ni pastu mau jatuh ke tepi sudah? Aduhaii.. Kanan : Tanam tomato lagi, kann banyak sudah tomato di tanam..huhu. Di kawasan sini jugak aku ada tanam carrot. Besar sudah carrot tu, ntah mana sudah pokok tu. Huhu.

 

DSC_0008 DSC_0019

Kiri : Tiba-tiba ada pokok betik di tengah-tengah batas. Erkk.. Pokok macam ni tanam tepi pagar ja la.

Kanan : Banyaknya pokk macam ni di tanam. Ntah la pokok apa. (-.-)

 

Sekian, laporan kebun saya.

*tidak sabar mau jumpa pacik mustapa petang ni..huhu*

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design