Monday, November 5, 2012

Things I want to do in life

Assalamualaikum.

Menjadi Mommy ni, lagi-lagi tidak bekerja banyak benda yang kita mau buat, tapi sangat terbatas. Kadang-kadang hati jadi keciiiilllll sebab cuma telan liur (gulp!) tengok orang lain boleh buat sesuka hati dorang. Kadang aku bilang sama diri sendiri, “its okayy..Tunggu anak-anak besar dulu”. Tapi, bila anak besar sikit, nanti ada lagi yang kecil kan? Haha. (I planned to have 5 kids..erm.yummy!..hehee)

Jadi, untuk mengubat hati yang agak kecil ini, biarlah aku list kan di sini. Aku yakin, dengan usaha + niat yang betul, mesti boleh buat punyaaa…hehee.

 

1. Paling utama seutamanya ialah menunaikan Umrah dan Haji bersama orang tersayang.

2. Pergi melancong tanpa anak kecil.HAHAHAHA. Kejamnyaaaaa ibuuuu!!!! HAHAHA. Bukan sebab apa, kalau bawa anak kecil, banyak benda yang kita tidak boleh buat unless kita bawa penjaga baby. Heeee. Kan sudah pegi jauh-jauh, lepas tu kalau banyak benda tidak boleh pegi/buat, agak pembaziran di situ. Kan tiap kali pun holiday dengan kids, so this time kamu tinggal ah. Heeee.

3. Outdoor games macam paintball. Mau try jugak main badminton, futsal segala. HEHE. Bajet hebatla ni..Kehkeh.

4. Aktiviti air : berkayak, main water ball (betulkah nama dia ni), water motorcycle, White water rafting..hmm, mcm takut-takut sudah la.heee.

5. Weekly swimming routine. Wekkk! Berenang pun nda pandai. Haha.

6. Aktiviti tali tinggi, macam absailing, flying fox,  anddd wall climbing!!

7. Holiday with friends. :). Jom!

8. Mengusahakan bisnes. Tidak kisahla kalau sekecil mana pun. :)

9. Aktif dengan khidmat masyarakat. Ehem!

10. Berjaya usahakan kebun organik.

 

Semua wish di atas wish yang aku mau buat tapi agak terhalang sebab komitmen sama anak. Banyak lagi wish lain sebenarnya, tapi yang lain-lain tu insyaAllah tiada halangan walaupun sambil menjaga anak.

Yang di atas ni pun boleh sebenarnya dibuat, cuma ambil masa sikit. Kena tunggu waktu sesuai. :)

Celebrities Charity Work Martha Stewart (2)

My inspiration, Si rajin+kreatif Martha Stewart & Si cantik+aktif+charity lover Angelina Jolie. :)

Friday, November 2, 2012

Sunglass idaman

Hari tu tengok cerita Tersalah Cinta yang dilakonkan oleh Neelofa. Pastu ada satu scene Neelofa pakai sunglass. Lawa!! Mauu!! Maka aku jadikan dia salah satu wishlist. Hurm.

neelofa umrah

neelofa-umrah

kau yang terindah3

pic source : www.perekacerita.com

Cantiknya sunglass!! Mauu!! It must be Ray-Ban kan? Nantila pegi cari. Cari jak dulu. Belinya nantila…kehkeh.

Tapi, tempat Neelofa ambil pic ni is the number one wishlist. Memikirkannya seja boleh bikin nangis. Teringinnnn sangat mau pegi. Tapi, sekarang ni masalah anak-anak tiada jaga :(

Tapi, aku tau halangan-halangan yang ada ni sebab Allah mau tunjuk aku belum layak lagi jadi tetamuNya. Dia suruh aku baiki niat dan diri dulu kan.

Okla.Bye!! Hadiahkan aku sunglass tu ahh…Please. hehe.

Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum.

Hari lahir husband is on 02 Oct. Sudah lepas sebulan pun. Tapi, baru mau update di blog.Heeee.

Untuk birthday husband kali ni aku pening mau kasi apa. Semua benda yang aku mau bagi semua tidak mau pun. Aiyo! Last-last aku buat surprise birthday gift. Awal-awal pagi dia bangun aku buatkan Milo panas guna mug yang ada tulis birthday wish dia.

Tapi, tensen betul. Husband boleh pulak tidak perasan. Minum seja terus-terus. Haih. Aku sudah ketawa-ketawa sebab lucu tengok gayanya yang jelas-jelas birthday wish tu depan dia, dia tidak perasan. Macam mau karate pun ada. Haha. Last-last terpaksa aku kasi sedar. Astaghfirullahalazim. Tidak sporting betul ba.

20121002_081050

Tulisanku memang totally hud-uh. Huh.

 

Lepas jak dia pegi keja, terus aku sibuk siapkan bilik tidur which is his birthday present. Hadiah dia yang aku plan mau kasik is Home Spa. Sebabnya dia suka betul benda benda begitu. Fuh! Ampus aku. Heee. Pagi tu tengah aku sibuk siapkan bilik tu, tiba-tiba aku dengar dia balik. Cepat-cepat aku keluar bilik and tengok dia sudah ada di depan pintu. Aku tersenyum senyum tahan ketawa. Alya terus tarik tangan abah dia, then berlari ke pintu bilik and pulas tombol pintu. Aku pun tarik tangan Alya supaya rahsia tidak pecah. Alya cakap, “ Abah..jom tengok hadiah Abah.” Haha. Mati.

Tapi husband tidak pick up sebab Alya cakap laju-laju. Ah, biasalah husband aku. Kurang sensitif orangnya. Haha. Aku jak yang tersenyum senyum tahan ketawa. Dia pulak tanya aku, “apa yang lucu?”. Aku jawab, “Lucula si Alya ni..hehe” . Dia pun ikut ketawa. Hahaha.

Masa aku mau keluar pegi beli kek dengan Samsul. Dia pulak sibuk mau hantar. Adoi. Husband aku ni. Banyak-banyak aku keluar, kali ni jugakla dia mau hantar. Last last pecah rahsia mau keluar sebab mau beli birthday surprise. Adoila. Haha.

Okey, hadia dah siap. Heeee.

IMG_20121102_1 20121002_225817 

 20121002_225922  20121002_230449

20121002_230633 20121002_235414 20121002_225847

Haha. Aku rasa lucu lepas semua ni siap. Hahahaha. Bersungguhnya macik ni(aku la tu) siapkan home spa ni. Haha. Tapi, memang aku bertungkus lumus. Beli barang segala dengan masa singkat. Siapkan semua. HAHAHA. Geli hatikuuu. Masa tunjuk dengan husband pun dia pun terkejut. Dia cakap, “fuyyo..” sambil ketawa ketawa kecil. Ini bilik spa ka bilik pengantin. Beketawaan kami sama-sama. Haha.

Pehh. tengoklah tu..Siap ada selipar bilik. Siap ada lilin, pewangi aromaterapi, ada kelopak rose atas katil, ada jus, buah, dengan keadaan bilik yang sejuk sebab air cond sentiasa di ON kan, dengan tuala-tuala begulung macam tu. HAHA. Tengok tempat lilin ku tu siap ada batu-batu. Aku beli batu di kedai nursery pokok lagi. HAHA. Semua ni aku tiru from internet la ni.

Seminggu aku cari apa yang ada dalam bilik spa.  Katil dia kaler apa, makan apa, minum apa, letak apa atas meja, towel letak camana.. Pastu siap belajar cara massage, cara buat facial, manicure, padicure. Pastu sibuk beli produk-produk untuk full body spa. Aku siap buat nota lagi, step by step full body spa. Kihkih. Haihh.Siap beli hiasan dinding (frame dengan gambar bunga) lagi, sebab mau serikan bilik la katakan.

Masa masuk jak bilik ni kan, terus terbau bunga from aromatherapy yang dibakar tu. Pastu suasananya pulak tidak terang, just diterangi cahaya lampu bilik tidur and lilin. Suhu bilik pulak sejuk ngam-ngam. Pehh. HAHAHA. Adoilaa.

Aku siap beli home sauna pulak tu..kehkeh. Siap dengan herba segala. Fuyyo.Haha. Pastu ada lagi sesi rendaman kaki untuk padicure.

20121002_225942 20121003_005355

 

Malam tu, plan mau tidurkan anak awal. Sebabnya, hadiah ni tidak akan jalan kalau ada anak-anak. Alamatnya lain jadinya. Tapi, anak tidak mau tidur. Dekat jam 12malam baru dorang dapat tidur. Tapi, janji mesti tepati ba. Maka, aku buat bisnes tengah malam dengan ngantuk-ngantuk. Pelanggan aku pulak baru setengah jam sudah tertidur. Apa tidak, aku pulak pegi pasang music for spa. Ambil di youtube. Menenangkan muzik tu memang bikin tidur, ngam lagi keadaan yang mengantuk. Maka, aku buat full body spa untuk dia sambil dia tidur. Buat semua ni ambil masa 3-4 jam juga tau. Fuhh. Siap jak dalam pukul 3-4 pagi. Terus aku pengsan tidur. Heeee. Sehappy dia yang happy sangat dapat hadiah ni, aku lagi la happyyy sebab dia happy. Betul la kan orang bilang, tips bahagia ialah memberi dengan ikhlas. Hmm. :)

20121003_022749 20121003_022331

Facial & Hand Mask.

 

PhotoGrid_1351816855300

 

Happy birthday husband. Semoga Allah menghidupkan hatimu dengan iman dan takwa. Itu yang paling penting :) Senoga sukses dalam karier, dan jangan lupakan aku ya. hehe.

Sunday, October 21, 2012

KL for SD Annual Award & Sewing gadget

Jumaat lepas kami sefamili datang KL lagi untuk attend husband punya company annual award di KL Convention Centre. This time dorang lebih  meriah dari last year.

2012-10-19 20.37.36Macam Anugerah Bintang Popular sudah aku nengok stage ni..kehkeh.

2012-10-19 21.53.33  20121019_210022 20121019_212054

Ini antara artis yang ada. Selain tu Uji Rashid & Alleycats. Ya ampunnn. Pacik pacik punya pilihan ba. hakhakhak. Lain kali jemputla Aizat ka, Hujan ka, Shila Amzah…heeeee~ Geli hati aku dengar orang besorak masa Jamal buat show. Kehkeh. No wonder dia dijemput. Yalah, majoriti guest pun 40+ kannn. Hmm. heeee.

Okeh, tu ndak penting. Apa yang penting aku mau cerita pasal sewing gadget yang aku beli di kedai LSN. Lamaaaaaa sudah mau pegi LSN. Tapi, kalau bukan sebab tiada masa, kurang duit pulak. Aiyak! So, this time harussss pegi. LSN ni untuk information penggemar barang jahit macam aku ni, dia punya servis sangat bagus. Either kau beli dengan dorang atau tidak, kau tanya apa seja pasal mesin dorang akan layan. Aku selalu tanya dengan dorang di forum wanitamelayu, tidak pun aku tanya via online chat di website dorang. Pernah jugak call untuk tanya pasal barang dorang. Masa aku pegi kedai dorang nampak la ada beberapa award yang dorang dapat. No wonder la dengan servis begitu kan. Aku datang actually untuk beli mesin jahit tepi. Maka, belilah la aku mesin jahit tepi Brother 3034D. Harganya RM1299.Dia ajar semua sekali di kedainya tu.

20121021_152545Now we are bestfriend. Lets do lots of projects ahead…weeee..

20121020_133514Kedai LSN. Finally we met!

Lepas tu, aku tengok barang jahit yang dia jual. Barang-barang yang dia jual adalah jauhhhh lagi murah. Tidakkkkkk. Aku sudah banyak beli from internet. Aku ada beli from internet satu box sewing foot dengan 15 pieces feet berharga rm200. Sekali aku tengok ada di kedai LSN , sebijik sama macam aku punya, tapi description sheet nya berwarna, tidak macam aku punya just fotostat. Tapi, gambar semua sama and tertulis situ made from Taiwan. Packing dia nampak lebih kemas dari aku punya. Aku tanya harganya cuma rm120, tapi ada less 20% jadila RM90… Pastu aku cerita dengan pekedai tu, dia cakap barang yang aku beli tu mesti barang tiru China made. Dia pesan next time beli Taiwan made. Bagus sikit. Sudahla aku punya barang tiru, mahal 2x ganda pulak tu. Aduh. Aduh. Sakit jiwa ba. Tapi, husband keep telling me biasalah tu tertipu di masa awal-awal ni. Lepas ni tau sudah. Hmm. Betul juga. So, its okayyy la. hehe.

20121021_150403Ini sewing foot set yang aku beli.Huuu.

 

Barang lain yang aku beli macam di bawah ni :

IMG_20121021_013518

Tape maker yang aku beli ni saiz 18mm & 12mm cuma RM 11 & RM12.20. Selalu aku jumpa tape maker RM30++. This one palingg murah. Bobbin case aku selalu jumpa mesti RM20++. This one only RM8.50. Aku baru jak beli last 2 weeks tempat bobbin RM25. Fuhh! Kenapa aku tidak pegi kedai ni dulu. Barang-barang ni semua brand Prym & Newey. Dia cakap barang-barang ni import from German. Tidak dijual di kedai biasa atas faktor quality control. Barang-barang ni baru dijual dalam 2 bulan. Patutlah dia tidak jual di websitenya, sebab barang baru lagi. So, lepas ni..kita beli ja la from dia punya website. Horray! Lepas aku guna all this thing, will gonna make a review about this product ah. Sooonnnn… :)

Haih. Happynya jumpa kedai jahit yang barangnya murah, jual online pula tu. Ahhh. You are my saviour la. Heeee. Thanx LSN! Cewahhh. Patutnya kedai ni kena kasik aku diskaun ni sebab promote kedai ni. Hehe.

Entri ni dibuat adalah khas untuk sewing lover. Sebab selama ni aku selalu google pasal sesuatu barang tu tapi susah mau jumpa orang yang share pasal benda ni. Then, aku berniat bila aku jumpa something good about product/place or whatsever , I will share. Sebabnya mesti ramai di luar sana yang macam aku tercari-cari information pasal benda-benda begini... Im telling this because some people call this a show-off. Setiap orang adalah berbeza bergantung kepada tahap pemikiran dan niat masing-masing kann… Winking smile

Okayy..Happy sewing friends!!

Friday, October 12, 2012

Movie review : Fetih 1453 & Real Steel

Assalamualaikum.

Mulakan entry dengan berasa kasihan kepada blog sendiri kerana pengabaian yang aku lakukan padanya. Hmm. Since ligat dengan twitter dan instagram dan photo-editor-ing dan pinterest, mula la aku ni tidak buka blog dan tidak buat entry. I consider it’s a wrong doing. Aiya. I love bloggggg soo muccchh. I learn a lot ba from here.

Okeh, hari ni menyempatkan diri untuk cerita pasal movie. Sedikit Fetih 1453 & Real Steel movie review. Real Steel?? Bekurun sudah baru mau buat review? Haha. Aku baru nengok semalam. Tu pun sebab keluar di FMP. Bagaimanakahhh aku boleh terlepas movie ohh-semm begini.

 

Real Steel

Movie ni pasal tinju robot yang tidak sengaja dimiliki oleh seorang anak, Max yang terjumpa robot ni di tempat besi buruk. Robot kecil dan model lama ni di latih dan berlawan. Ahh, malas la mau cerita. HAHA. Aku list kan seja what the part that I heart so much ah.

1. Aku suka betul nengok muka budak ni merayu bapanya. Dia just cakap, “pleaseee… pleaseee..” dengan eksperesi muka yang mintak kesian tu dan muka yang macam mau nangis tu. And, bapanya jawab, “ don’t look at me like that…don’t look at me like that”. Keadaan yang seorang bapa tidak tahan dari bersimpati dengan anak sendiri, and finally will say yes for what the boy ask for. Heee.

2. Palinggg suka part robot dengan Max(boy tadi) begerak naik ke pentas dengan menari. Robot tu ikut semua gerakan Max dengan muzik best dengan tariannya yang best best. Ahh. Sukanyala.

3. Part begusti tu tidak payah ceritala, memang suka. Haha.

4. Suka dengan karakter Max, bersungguh, bijak, gaya macam orang besar, ala ala macho begitu. hehe

Sudahla. Itu seja komen dari aku. Hehee

 

Fetih 1453.

Movie ni aku tengok selepas keluar di gambarnya di Majalah Solusi. Dia bukan promote movie ni, tapi cuma dipaparkan gambarnya dengan saiz kecil kerana berkaitan dengan soalan pembaca. Filem ni mengisahkan seorang seorang sultan yang telah menawan Konsantinopel di usia 21 tahun. Rasulullah pernah bersabda,

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah sebaik-baik pasukan.”

Then, inilah pemimpin yang dimaksudkan rasulullah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih.

Overall movie ni tiada yang bikin aku kagum. Dari cara penceritaannya pun tidak detail menunjukkan kehebatan sultan ini. Karakter yang dilihat jelas oleh sultan ini cuma cita-citanya yang tinggi mahu menawan kota tu. Tapi, karakter-karakter baiknya kurang dipamerkan. Sultan Muhammad Al-Fatih ni diriwayatkan adalah seorang yang kuat imannya. Tidak pernah tinggal solat tahajjud sejak baligh. Tapi, dalam movie ni ada scene dia boleh memijak-mijak tasbihnya kerana hampir putus asa dengan usahanya. Erkkk! Lagi satu Hasan pembantu sultan boleh pulak bercinta dan berzina dengan Era, kekasihnya. Erkk. Dan, dia pun tidak mesra melayan isteri dan anaknya. Begitukah gaya seorang yang beriman?  Dan, movie ni agak sukar difahami. Jadi, secara keseluruhan, movie ni menceritakan sejarah menawan kota tersebut seja tapi dari segi menceritakan karakter sebenar Sultan Muhammad, dan menceritakan kehebatan iman mereka masa itu tidak berjaya dan mungkin juga sengaja tidak diceritakan.

Aku sangat beharap movie yang menceritakan sepenuhnya iman dan akhlak orang hebat begini. Hopefully next time kan :) Mau beli la novel ni, tunggu movienya lambat sangat. Hehe.

Tapi, isteri sultan dalam movie sangatlaaaa cantik. Adui, macam bidadari. Tapi, tidak bertudung. Aiyak!

Ada blogger cerita pasal movie tokoh islam lain, tajuk : Lion of the heart. Mau pegi download la. :)

Monday, September 3, 2012

Jom lebih sihat!

Jommm…Jommm… Hehehe

Sebelum-sebelum ni aku memang ada kesedaran jugak pasal kesihatan ni. Tapi, this year atau lebih-lebih lagi beberapa bulan akhir ni aku lebih lagi sedar. Ecewah. Hehe.

Salah satu yang keep reminding aku pasal kesihatan ni ialah program Islam itu Indah by Prof. Muhaya di Ikim.fm every wednesday jam 10 pagi :). Sapa yang belum pernah cuba-cuba dengar rancangan ni, aku punya advise dengarlah ooii kawannnn. HEHE. Kalau mau hati sejuk and happy happy jak, tenang-tenang dengarlah rancangan ni. Best la. Prof Muhaya ajar kita supaya jadi orang yang lebih baik, baiki lifestyle, baiki cara berfikir dan ajar supaya lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah. Orang yang sangat banyak kekurangannya  and kesilapan di sana sini macam aku ni, memang sangat perlukan rancangan-rancangan begini. Kadang-kadang kata-kata prof ni boleh bikin menangis woo.. MasyaAllah, beruntung orang Malaysia ada orang-orang berilmu begini yang boleh tolong-tolong kita.HEHE. So, this show I  highly recommend for all of u frens! Aku pun bukannya dengar live selalunya sebab busy(kononnnn.HAHA), selalunya dengar from Ikim website, ndak pun from blogs yang  ada kasi link utk download. Ah, kau type seja di google ‘Islam itu Indah Ikim", banyak keluar tu :)

Selepas ada sedikit kesedaran begini, aku mula peka sama perkara-perkara yang boleh membantu kesihatan ni. One of them is buat exercise di rumah. Husband aku selalu complaint sama aku yang aku ni tiada pun aktiviti yang boleh bikin berpeluh. Kalau buat kerja sikit di kebun kecil tu pun bukannya bepeluh sebab kerjaannya, sebab panas. Kehkeh. Dia bilang sebab tu aku mudah pening, perjalanan darah tidak lancar. Eh, betulkah tu?Pandai-pandai jak husband ni. Hehe. Then, aku mengeluarkan hujahku kepada husband yang aku tidak perlu exercise pun sebab aku kurus.  Tapi, actually apa guna kurus seja kan kalau tiada stamina. Jalan sikit mengah. Kerja berat sikit ampus. Tidak efektif la begitu. Wah! Hehe. Lagipun, kita perlu ada stamina and kekal sihat sebab banyak lagi ibadah yang perlu kita buat – Prof Muhaya. Kakakku yang from umrah pun cakap,

“Penatnya buat umrah. Buatlah masa muda, di masa masih kuat. Kalau tua sikit ni, konfem pancit!”

Prof Muhaya pun selalu pesan untuk jaga kesihatan supaya kita boleh beribadah dengan lebih baik di masa akan datang. Supaya masa umrah/haji, badan rasa sedap seja. Supaya jugak di masa tua nanti, kita tidaklah cepat sangat uzur sampaikan susahkan anak-anak kita. Jadi, bolehlah kita tua-tua nanti pegi melancong oversea berdua laki bini. yabedabeduuu..  Sebab mau exercise ni, kami invest duit untuk beli treadmill. Sudah dua bulan husband kasi aku cadangan ni. Tapi, aku tidak mau sebab rasa membazir. Sebabnya, boleh jak pun lari keliling rumah. Tapi lepas fikir punya fikir. Lepas tengok keadaanku yang tiada masa mau pegi outdoor, campur lagi treadmill ada offer (kehkeh). Just RM90 sebulan (buat ezypayment), rasanya it’s a good investment. Lagipun aku tengok di rumah Prof Muhaya, banyaknya mesin exercise. Dia tiap pagi ambil masa 30 minit untuk exercise (kalau tidak silap). Jadi tiru seja dia sebab dia sudah kaji duit yang kita ada bagus untuk dilaburkan di mana. Kehkeh.

Selain tu, aku juga sudah mula beli floss gigi. Muahaha. Better late than never kan?hihi. Gigi perlu dijaga sebaiknya. Kita disuruh pakai floss, pakai mouthwash, pegi klinik gigi, supaya gigi sihat mengkilat. Sekarang tengah melawan hawa nafsu yang malas untuk berus gigi ataupun sekurang-kurangnya kumur mouthwash setiap kali selepas wudhu’.

Kami jugak sudah mula makan supplement. Tidak kira la supplement apa pun. Paling jimat ialah minum madu setiap pagi. Tapi, kena konsisten. Cakap pasal konsisten, baru aku ingat, aku sudah missed 2 hari aku punya supplement.Dush! Supplement ni pentinglah untuk kekalkan kesihatan. Makanan yang kita makan sekarang tidak sama nilai zatnya dengan makanan yang nenek moyang kita makan dulu. Sekarang bahan kimia di mana-mana. Jadi, bantu badan kita dengan bagi supplement dengan niat supaya boleh beribadah dengan lebih baik. Ini advise orang pandai la ni, aku sampaikan seja. :)

Kami jugak sudah start karaoke di rumah. Eh, apa kaitan?.HAHA. Dulu aku ingat karaoke ni tiada baiknya melainkan hiburan semata-mata. Tapi, actually tidaklah jugak. Dengan karaoke, sikit-sikit kita boleh add up self esteem. Aku awal-awal malu karoke depan husband.HAHA. Tapi, sekarang kurang-kurang sudah. Mungkin next time aku boleh nyanyi dengan penuh perasaan depannya. HAHA. Walaupun nampak macam tiada benefit, tapi bagi aku you can show you feeling to your spouse by singing to her/him. Boleh mengeratkan silaturrahim juga.Hakhak. Plus, boleh mengurangkan tekanan kerja dll. Tapi, bagi aku… tidak bolehlah karaoke lama-lama. Cukup sejam lebih for a week, sebab tidak mau nanti anak-anak dapat kesan negatif.

Tadi malam aku try buat spa massage untuk husband. Tiru stepnya di youtube. Bilang husband, badan rasa sedap lepas di urut guna cara tu. Lepas ni cadang mau beli spa massage tools, supaya boleh buat di rumah. Alat-alat macam di bawah ni. Lepas tu, aku ada try massage oil di bodyshop. Wangi! Suka! Rasanya kalau pakai minyak tu untuk massage, mesti relax and nyaman kan. Macam pegi spa. Hehe. Ada juga yang guna batu-batu diletak di badan. Pastu, pasang pulak lilin wangi. Ahh. Bestnya. Semua-semua ni, belum beli lagi. Belum ada duit. Hehe. Simpan dalam wishlist seja dulu. Aku teringin jugak beli sauna tu. Heee~ Tu lambat lagi la. Itu mahal sikit, ratus-ratus. Kemaren nampak di jual jacuzzi di mall. Aduhhhh. Syoknya! Harga dalam lima ribu. Ini 10-20tahun akan datang kali ya. Huuu.

Plastic-Massage-Tool-HMT-  steam-spa

hotstonegirl equilibre-spa-tools

Wishlist…oh wishlist..

 

Pasal kesihatan, baru ini yang kami buat. Banyak lagi plan mau dibuat pasal kesihatan ni. Salah satu yang aku agak susah mau buat is about food. No add up MSG, oily food, processed food, dll. Hmm. Selain tu, cita-cita juga mau buat outdoor activity. Wall climbing!!! Type seja pun macam dadaku kembang kuncup. Excited punya pasal la ni. Naik gunung? Macam tidak larat ba. Plus, takut jatuh. Kesian sama anak-anak.Wuuuu. Kayak? Rindu! :D

Bah, ini seja yang aku mau share sama kamu kali ni. Jangan lupa ah pesan orang-orang alim, niat jaga kesihatan supaya badan kita senang beribadah :)

“Malaysiaaaa jommmm lebihhh sehatttttt…” – Amy Mastura nyanyi, iklan lifebuoy.Heee.

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya semuanya. Tahun ni aku beraya di kampung aku. Hoyeahh :D

20120819_084342 20120819_073226

Indahnya pagi raya tu. Mandi air sejuk. Pakai telekung siap-siap. Naik kereta cepat-cepat sebab sudah agak lambat. kehkeh. Sepanjang perjalanan rasa tenang dan sejuk. Ramai orang naik motor kereta jalan kaki. Aku senyum senyum dalam kereta sebab suka tengok ramai-ramai orang begerak pegi masjid. Rasa negara aman dan makmur. Kehkeh. Dalam kereta kami laki bini takbir sama-sama, tidak mau lepaskan peluang nikmati pagi raya. Hehe.

Masa berhenti di traffic light, nampak kawasan perkuburan yang betul-betul di sebelah jak. Terfikir juga camana la aku mati nanti. Mati sebab apa? Bila? Sempatka tengok anak-anak membesar. Rasa untungnya kita yang masih hidup masih boleh takbir, masih boleh solat. Kan kan kan.

Sampai masjid, sudah ramai orang datang. Pakai baju kurung, baju melayu, baju kurung ketat nipis pun ada. Erk. Ada pakai heels punyala tinggi. Amboi!.Ada yang pakai make up tebal, siap fake eyelash. Cayalah lu!. Dan ramai juga anak-anak kecil datang dengan sangat comelnya. Aku ndak boleh tengok anak kecil pegi masjid, mau ngalir air mata ku. HAHA. Kau terima seja hakikat penyakitku ni. Haha. Terus rindu sama anak sendiri. Hmm, nanti la nak kau besar sikit. Kalau sekarang aku bawak si Dhani, konfem aku tidak boleh sembahyang.Hehe.

Di luar masjid sudah penuh orang. Duduk atas tanah alas surat khabar. Sama-sama takbir memuji Allah. Indahnya pemandangan. :)

Sudah habis solat, balik rumah bermaaf-maafan pulak kami laki bini. Ececeh. Sudah 4 tahun kawin, tidak pernahnya rasa sedih masa minta maaf. Mulakan dengan suara mendatar, mau syahdu la konon. Akhirnya mesti ketawa-ketawa jak lebih. Haih. Kalau minta maaf sama parents and mertua baru terus sebak-sebak ni. Siap sungguh-sungguh tahan mau nangis. Huu.

Indahnya pagi raya. Segala puji bagi allah yang mengurniakan perasaan begini.

Selamat Hari Raya Upin Ipin dan kawan-kawan. Aku betul-betul minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa, terasa hati dengan kata-kataku, komen-komenku di facebook, responku atas sesuatu ka..mungkin aku ternampak bajet bagus, ternampak bajet alim, ternampak mcm riya’, nampak mcm tunjuk-tunjuk..Please believe aku tiada niat ya. Aku takut bab-bab ni ba. Sebab sudah ada bberepa kes yang terasa dengan respon ku. Maka aku just gurau-gurau sakat-sakat je. Aiyak! Ampun ya. Heeee.

okeyla. I chow cincau dulu. Nanti aku buat open house datanglah ah. :D

Sunday, August 26, 2012

Try



Tryi

Monday, August 6, 2012

Didikan Al-Quran

Assalamualaikum. :)

Kita sudah pun masuk Ramadhan ke-16 kan? Seronoknya bulan ramadhan, rasa hati tenang-tenang seja.Hehe. Aku pun lebih sabar sama anak-anak, berbanding keadaanku yang sebelum ni kadang-kadang menjadi raksasa bila sabar hilang. Wargghh!! Makan budak! Haha.

Jadi, tinggal 13 hari seja lagi untuk ramadhan berakhir. Eh, sedihnya. Dan, 3 hari lagi masuk ke hari-hari Lailatul qadar. Wah, hari yang dinanti-nanti sepanjang tahun. Kumpul semua wishlist kita dan persembahkan kepada pencipta kita dengan kusyuk, mudah-mudahan Allah makbulkan doa dan diberi ganjaran. InsyaAllah. Get ready semuanya..3 days left! :)

Beberapa bulan lalu, aku mula dapat tahu banyak anak-anak kecil yang boleh hafal surah dan boleh kenal huruf hijaiyah. Paling kecil pernah aku nampak is 8 months baby girl. Kagum sangat sama ibu baby tu. Sebab semestinyala dia ibu yang cekal sampai mampu ajar anak sekecil tu. Lepas tu nampak lagi si adik beradik darwish darwisya yang sudah hafal banyak surah padahal umur baru 2-5 tahun. Adoi..lagi la kagum mencecah langit.Hehe. Hasil kajian, anak-anak yang tahu Al-quran ni mudah untuk menerima ilmu. Jadi best student pulak tu. Sebabnya, minda anak-anak kecil yang sudah dilatih dari awal akan merangsang otak mereka dengan lebih aktif, dan akhlak dorang pun tip top sebab aura al quran sudah meresap di hati.

Dalam hatiku ni rasa kagum, teruja, rasa mau buat macam tu jugak, rasa macam-macam la.. Tapi, jauh dalam hati ni selalu bilang, aku ni pun banyak ndak betul..Banyak betul suara-suara hati soal macam-macam..

Mampukah aku buat macam tu?

Perlukah ajar Izz Alya Al-quran macam yang mereka yang sudah berjaya buat?

Buat benda tu perlukan sabar tahap tinggi tu. Aku ni…hukk..

Pentingkah anak-anak hafal al-quran?

Ndak terbebankah budak-budak ni?

Untuk buat benda ni, aku kena membudayakan benda ni di rumah. kalau setakat so-so, camana mau berjaya? mampukah aku lawan nafsu malas ni?Aku ni manusia biasa yang masih tengok rancangan “so you think you can dance”..huh!

Banyak dalam kepala ni pikir benda ni. Aku rasa macam berbelah bagi, antara untuk buat dengan sungguh-sungguh sampai dorang boleh hafal ataupun mengajar setakat yang orang biasa buat, yang asalkan pandai beberapa surah Juz Amma, tahu mengaji, tahu solat..cukuplah.

Sampaikan aku ada perasaan untuk kirim emel sama ustaz Zahazan untuk mintak dia buat perkongsian pasal perkara ni. Aku pun mencari-cari jugak buku-buku pasal ibu-ibu hebat yang boleh bagi inspirasi. Aku pun terus-terus doa ditunjukkan jalan pasal ni. Mintak dilapangkan dada untuk memberi apa yang terbaik sama anak-anak, dan ditunjukkan dimana kemampuanku.

Then, Majalah Ustaz keluaran bulan lalu ada keluarkan artikel pasal kelebihan orang yang menghafal Al-quran. Beberapa hari lepas tu, keluar di facebook seorang doktor berjaya jadikan kesepuluh anaknya menjadi penghafaz dan anaknya semua pun berjaya dalam bidang masing-masing. Tidak lama lepas tu selalu pulak keluar iklan rancangan Qari Junior di TV. Nampaklah anak-anak kecil yang hafal al-quran tu. Eh,manisnyalaaa..hehe. Bila aku dengar rancangan di radio and TV selalu jak keluar sikit-sikit pasal benda ni :

“Usahala sungguh-sungguh didik anak kamu pada hari ni supaya dia boleh menjadi penolong kamu di akhirat nanti..”

“Didik anak jugak suatu jihad”

“Sabarla dalam mendidik anak, Fokus untuk jadikan anak ahli syurga”

“Syurga itu mahal, bersabarlah.”

“Niat untuk apa hantar anak tahfiz, Kalau sebab trend and kehidupan kita di rumah, pakaian kita, amalan kita tidak selari dengan anak tahfiz…tak guna jugak”

 

Then, rancangan WHI tadi pasal Al-Quran. Salah satu panelnya adalah ibu yang mendidik anak-anaknya untu hafal surah Al-quran. Dia ceritakan pasal dia punya determination and keinginannya untuk jadikan anak-anaknya saham terbesar di akhirat nanti. Lepas tu ustaz tu pulak ada cakap begini, “menurut Yusuf Qardhawi, ajar anak menghafal al-quran dulu…”

Dan, sekarang pun masa type entry ni hujan tengah lebat. Terus dalam hati bilang, “Hujan rahmat..mungkin sengaja Allah mahu tunjukkan sama aku yang niat ku yang masih kecil ni adalah suatu rahmat.. :) “

Okeyla, aku just mau kongsi apa yang aku rasa. Hehe. Jom kita doa kuat-kuat, ambil peluang 10 terakhir ramadhan ni supaya Allah tunjukkan jalan, dilapangkan dada, dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa-doa yang lain. Amin. Sebelum aku cakap bye-bye, aku mau kasi tau quote yang aku suka yang dengar dr Prof.Muhaya, IKIM.

“Syurga itu mahal…”

“Anak adalah saham terbesar untuk dijadikan pencen kubur..”

“Wanita ni kalau ada suami, ada anak, ada pendapatan, ada iman…Itu sudah syurga dunia..”

 

Bye!

Tuesday, July 31, 2012

The wedding & reunion

Assalamualaikum.

Lamanya tidak update blog. Mesti ramai yang rindu sama aku ni.HAHA.*perasaannn*

Aku pun rindu sama aktiviti blogging ni. Malas and hilang mood mau update blog kalau anak-anak berkeliaran di sekelilingku betumbuk, begigit, memanjat, dll. Makin aku sedar betapa besarnya jasa ibu. Hoho. Sekarang ni pun mata tengah bengkak sebab Dhani tanduk. Ouhhh…Punyala sakitnya. Mengalir airmata secara otomatik masa ditanduk tu. Tapi dengan serta merta teringat Dhani yang selalu jatuh tu. Kesiannya. Dia jatuh selang beberapa hari sekali. Kadang ada yang 2-3 kali sehari. Ya rabbi.. Hurmm.

Okeyla. Kali ni mau update cerita last month adalah bulan yang lebih happy dari bulan yang lain. Sebab dua kawanku kawin. Yeahh! hehe. Jadi, sebab tu maka mini reunion pun terwujud dengan sendirinya. Seronoknya jumpa kawan-kawan. Happynya tengok si Fizzy kawin. Ketawa-ketawa aku nengok dia sanding. HAHA. Adohaii. Kalau kita bekawan sejak kecil, pastu nengok dia kawin..memangla rasa lucu.(Eh, kau tidak begitu ka?) Dan, semestinya kita rasa terharu juga. Hurm. Sampai sudah hari bahagiamu Gee. Tutup sudah buku kisah-kisah sedih pasal lelaki durjana. Ah ah ah ah. Kau kini selamat bersama kawan kita jugak, Ihsan. Im really happy for you. Next project?Baby! Haha. Aku doakan kau cepat-cepat dapat baby yang bakal jadi saham mu nanti di akhirat. InsyaAllah.

Masa di Lahad Datu, happy betul aku dapat jumpa seorang lagi kawan aku yang sudah sangat lama tidak aku jumpa. She isssss… Haslina aka Ninang. :) Syukurrrrrnyaaaa dapat jumpa dia. Bukan setakat jumpa dia jak, kami siap lepak-lepak di bilik, beketawaan, bemakan-makan, bercerita-ceritaan.. Walaupun dia tidak berapa sihat hari tu, tapi nampak dalaman dia sihat dan bersemangat. Im really proud of her. Eh, rindula pulak!HEHE.

20120602_121912

Selain tu, kami sempat jugak melawat sekolah yang penuh makna tu. Memang penuh makna sekolah tu. Aku yakin banyak karakter and rutin harian aku sekarang banyak dipengaruh oleh sekolah tu. Sekolah tu banyak ajar aku supaya jadi orang sabar, berdikari,..ehh..banyakla. Cehh. Macam puji diri sendiri pulak tu. Haha. Punya best datang balik sekolah, terus ter-flashback segala memori di sekolah. Hehe. Sempat lagi tu makan jambu dari pokok jambu yang sama kami selalu petik dulu. Serius rasa diri ni muda 10 tahun. Haha. Sempat juga kami buat sesi fotografi di dalam kelas. Aku hilang kawalan kerana berketawaan bersama kawan sampai lupa ada bawak anak. Haha. Seronok lagi sebab aku bawa Dhani ke sini. Aku siap cerita sama dia pasal sekolahku sikit-skit sama dia. Walaupun dia tidak faham, tapi hentamla..mau cerita jugak! HEHE

20120603_140321 20120603_140550

Malam kami stay di hotel tu, aku, Hany, Tini, Miah, Nita tinggal sebilik. Maka, kalau sudah berjumpaan begitu memangla susah mau tidur. Apa tidak, ada jak cerita yang mau di keluar dari mulut ni. Sampai jam 2 pagi pun kami masih beketawaan. Tapi, sebelum tu kami sempat jugak buat conference dengan bilik sebelah (dunk,ziqah,ydah,nang).Hahaa. Lucula masa tu.

Then, apa pulak cerita anak-anak ku masa program ni? Fuhhh. Memang bikin aku ampus. Tidak sempat-sempat aku mau bercerita sama kawan-kawan ba. Ada jak projeknya. Sabar jak la.

20120527_113845 20120602_213240

Dan, aku memang sangat kurus sampai ramai yang tegur. Dan ini semua adalah gara-gara anak kecil seperti di dalam gambar di atas.

20120602_205119

All of us, except si pengantin Ika & Fadil yang tengah bersanding di pelamin. Sedih jugak sebab ramai lagi yang tidak dapat datang macam  Waze, Sen, Ita, the Sumandaks dll. Hopefully next time ya. :)

 

 

Oh, This is awesome!

Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Syaaban ku..

Assalamualaikum..

Semua pun tahu kan malam tadi malam nisfu syaaban yang penuh keberkatan seperti hadis nabi,

“Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata : Ketahuilah sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan memberikan keampunan baginya, sesiapa yang memohon rezeki kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya rezeki dan sesiapa yang memohon kesihatan (kesembuhan) kepada-Ku akan aku berikannya kesembuhan”

 

Maka aku pun sama macam kamu juga bercita-cita la mau buat sesuatu malam tadi. Tapi, aku berharap supaya anak aku tidur dulu supaya boleh buat sesuatu dengan tenang. Kamu tau tau sejala kalau buat sesuatu dengan adanya budak kecil, memang sangat ‘menjadi’ la..hehe. Walaupun husband boleh jagakan sementara aku buat sesuatu itu, mesti mummy pujaan hatinya jugak ni yang dia cari. hehe.

Maka sudah pukul 10 malam, Alya and Dhani belum lagi mau tidur. Masih lompat-lompat kesana kesini... So, aku ajak dorang reading. Pukul 11 malam, dorang masih maintain segar lagi.. Husband sudah tetidur. Aku terfikir-fikir mau minum white coffee ka ah supaya aku tidak ngantuk. Supaya aku boleh buat sesuatu itu nanti dengan segar lepas budak-budak ni tidur. Tapi, terpikir lagi, kalau minum nanti ndak boleh tidur langsung pulak sebab kan solat tahajjud kena tidur dulu walaupun sebentar. Hmm. Maka cancel minum kopi.

Pukul 12.30 malam, masih lagi budak-budak kecil ni beketawaan. Di kasi tidur pun tidak mau. Masih maintain betumbuk, betindis, betolakan sesama dorang. Nada suara ku mula tinggi. Ops! kehkehkeh. 1.15 pagi, aku memang ngantuk sudah, anak-anak pun sudah mula layu dan berbaringan di toto. Aku pun buai Alya sambil susukan Dhani. Makanya, aku pun tertidur sama budak-budak ni depan TV.

Pukul 2.30 pagi terbangun. Cepat-cepat tengok jam, dalam hati..”selamat..selamat..baru jam 2.30”. Terus bangunkan husband, ajak naik atas tidur. Sampai di bilik, Dhani nangis kuat-kuat mau nenen. Aku pun susukan  dia. Maka episod tadi berulang, aku tertidur lagi. Dekat pukul 4 pagi, aku terbangun lagi..cepat-cepat tengok jam, terus dalam hati sambil mamai-mamai, “alhamdulillah..belum lagi subuh. Sempat-sempat..”. Baru jak bangun, Dhani nangis lagi. Maka berulang lagi episod tadi.

Tiba-tiba aku terbangun lagi. Cepat-cepat tengok jam.

“Jam 6!!!!!!! Haaaaaaaa….kannnnnnnnn subuh sudahhhh!!!!”

Hmmm..begitulah kisahnya. hukhuk.

Hampir setiap malam begitulah rutin tidur ku. Susah jadinya mau bangun awal untuk solat subuh sebab aku tidur lewat. Alarm pun tidak boleh bangunkan aku. HAHAHA.

Ehhh, jangan ketawa. Ini kes berat ni sebab tidak bangun solat. Ohhh, malunya!

Maka, pagi tadi aku bangun dengan geram. Aku bilang sama husbandku. Nanti jam 8.30 aku kasi bangun dorang. Biar dorang bangun awal, jadi dorang boleh tidur awal kalau malam. Nada tegas tu. Kehkeh.

 

Jam 8.30 pagi tadi aku berjaya kasi bangun Dhani dan mandikan dia jam 9 pagi. Tapi, misi kasi bangun Alya gagal. 

20120705_093415 20120705_093445

Dia nangis-nangis sampai meraung sebab aku kasi bangun dia tidur. Jerit-jerit dia mintak pacifiernya. Last-last aku mengalah bagi jugak balik. Dia dapat jak, terus tutup mata balik. Hmmm. Tapi, aku ada plan B, kasi dia puas-puas tidur pagi (sekrang jam 11 belum lagi bangun), lepas ni jangan kasi tidur petang. Jadi, dia ngantuk betul nanti time maghrib. Aku yakin jam 9 paling lewat dia tidur ni malam. Kehkeh. Tapi, untuk kasi dia tidak tidur petang tu susah. Selalunya dia akan tertidur jugak biar macam mana pun keadaannya. Kena usaha lebih aku petang ni. hehe.

 

Mudah-mudahan la misi ku ni berjaya.HEHE. Bolehla aku bangun awal sebelum subuh tiap hari. Yang aku sukanya bangun awal ni sebab banyak kerjaku boleh buat tanpa diganggu anak-anak. Masa surirumah ni bukan banyak sebenarnya sebab jaga anak punya pasal la.hehe. Sebab lain, rezeki pun murah, awet muda, rasa lebih sihat, dapat temankan husband besiap and pegi keja sambil-sambil sama-sama tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Best dengar benda-benda baik awal-awal pagi, rasa lebih sihat luar dan dalam :)

okeyla. doakan aku berjaya kembali ke rutin tidur 10pm-5am okeh. Bye :)

Wednesday, June 27, 2012

Holiday kecil & Ohhh…buku!

Assalamualaikum… :)

Tiga hari lalu datang KL sebab husband ada seminar di Berjaya Times Square. So, kami bertiga tumpang dia punya hotel sekali. Sebab tempatnya yang agak cantek dan menginap di luar rumah, maka aku panggil sejala ini sebagai holiday kecil.Kehkehkeh. Duduk di rumah seja pun bosan tauu.. Sekali sekala tidur hotel dan mandi mandi sama anak-anak best juga :)

20120625_224148

20120625_112608Alya suka tengok kereta jalan-jalan di bawah. Jakun bah. Kehkeh.

 

20120624_175435Dhani so excited mau terjun dalam kolam, and Alya…lucunya muka. Kehkeh.

 

Apa yang paling aku excited-kan pegi KL kali ni sebab aku mau betul pegi MPH. Sebabnya majalah jepun summer edition sudah keluar. Memang tidak sabar mau pegi sambar. Eiii..geram! Eh?

Masa kami sampai jak di Mid Valley tu nampak kedai MPH, macam mau lompat okeh. Hahaha. Memang aku jenis begini, kau jangan heran.Haha. Masuk cepat-cepat terus pegi cari magazines jepun. Nampak jak majalah Cotton Friend. Ahhh! Hepinya! Selama ni beli online jak dengan harga mahal..Ndak tau pun ada di MPH,. Tu yang excited SEMACAM tu. haha.Ni dapat tau pun sebab berabis membelek majalah ni sampai aku terjumpa di belakang sekali dia tulis dengan tulisan kecil, “overseas distributer – Malaysia : MPH Bookstore”.. Ah. Gembira dan terkejut. Rupanya di jual di sana???? Ingatkan penjual online ni order dari jepun. Patutla cebisan tag harga yang masih terlekat selepas di koyak di majalah yang aku beli online tu rasanya macam kenal..Rupanya MPH. Kahkahkah.

Tapi, frust juga sebab majalah Female & Cucito belum keluar lagi. Maybe next week keluar kan? Nanti pegi JB la cari. :)

20120627_104648Tengok!Ada magazine baru yang aku jumpa. Magazines Lady Boutique :) Tapi susah jugak magazine ni, kena ada kemahiran. Kalau orang level macam aku pakai magazine ni memang bankrap la. Cotton Friend besttt!!*Tapi, jangan terpengaruh sangat dengan kata-kataku.. Aku ni semua pasal jahitan best aku rasa..hoho*

Lepas tu, kami shopping buku sikit :) Mengalir airmataku sebab husband beli beberapa buku(ahaha). Sangat berharap budaya membaca menjadi-jadi di rumah. Mudah-mudahan. Amin.Amin.

20120627_104623 20120627_104638

Semua buku ni husband aku yang beli, kecuali buku Srikandi yang Benar. Buku ni pasal tiga srikandi Islam iaitu Fatimah, Aminah & Rabiatul Adawiyah. InsyaAllah, nanti review pasal buku ni. Aku beli sebab teringin mau tau pasal life dorang, plus buku ni dapat positif feedback from readers. . Terharu ba aku(ahaha) husband aku beli buku, sebab dia bukan jenis membaca orangnya. Tiba-tiba ikut juga macam aku cari-cari buku best. Wahhh…dapat hidayah laki aku nih.kikikiii..

Teka siapa yang mau baca buku paling hujung tu? Masa sampai rumah, aku dengan excited pegi tengok buku-buku yang sudah dibeli. Then, terjumpa buku tu. Aku tanya husband ni buku apa? Jawapannya,  dia pun tidak tau buku apa. Dia cakap mungkin terbeli. Ya rabbi.. Orang lelaki ni main letak jak di kaunter, ndak check pun apa benda yang di letaknya. Mungkin Alya yang terletak dalam bakul. Huhu. Rugi 30 ringgit. (-.-‘)

20120627_104606

Ini buku untuk Izz & Alya. Buku yang kaler biru off 50%, yang merah 30%. Aku berniat insyaAllah lepas ni, kalau jumpa children books yang ada diskaun mau belikan untuk anak-anak aku. Biar ada banyak-banyak buku di rumah, dengan harapan dorang jadi suka membaca. Setakat ni nampak Izz suka baca buku. Bagi buku nanti dia diam-diam belek-belek buku. Sebab tu aku makin semangat sekarang beli children books. Yeah, ada geng!

 

Buku ni pulak is in my wishlist. :) Nanti la lepas habis baca buku tadi, beli yang ni pulak. :)

157744693

 

Aku ni sebenarnya bukan juga ulat buku. Banyak juga buku yang tidak habis baca. Huhu. Tapi, aku suka betul dengan buku. Bawak buku tidur :) Lepas ni kena kikis penyakit suka-beli-buku-tapi-malas-baca. Huhu.

okla.bye!

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design