Wednesday, June 27, 2012

Holiday kecil & Ohhh…buku!

Assalamualaikum… :)

Tiga hari lalu datang KL sebab husband ada seminar di Berjaya Times Square. So, kami bertiga tumpang dia punya hotel sekali. Sebab tempatnya yang agak cantek dan menginap di luar rumah, maka aku panggil sejala ini sebagai holiday kecil.Kehkehkeh. Duduk di rumah seja pun bosan tauu.. Sekali sekala tidur hotel dan mandi mandi sama anak-anak best juga :)

20120625_224148

20120625_112608Alya suka tengok kereta jalan-jalan di bawah. Jakun bah. Kehkeh.

 

20120624_175435Dhani so excited mau terjun dalam kolam, and Alya…lucunya muka. Kehkeh.

 

Apa yang paling aku excited-kan pegi KL kali ni sebab aku mau betul pegi MPH. Sebabnya majalah jepun summer edition sudah keluar. Memang tidak sabar mau pegi sambar. Eiii..geram! Eh?

Masa kami sampai jak di Mid Valley tu nampak kedai MPH, macam mau lompat okeh. Hahaha. Memang aku jenis begini, kau jangan heran.Haha. Masuk cepat-cepat terus pegi cari magazines jepun. Nampak jak majalah Cotton Friend. Ahhh! Hepinya! Selama ni beli online jak dengan harga mahal..Ndak tau pun ada di MPH,. Tu yang excited SEMACAM tu. haha.Ni dapat tau pun sebab berabis membelek majalah ni sampai aku terjumpa di belakang sekali dia tulis dengan tulisan kecil, “overseas distributer – Malaysia : MPH Bookstore”.. Ah. Gembira dan terkejut. Rupanya di jual di sana???? Ingatkan penjual online ni order dari jepun. Patutla cebisan tag harga yang masih terlekat selepas di koyak di majalah yang aku beli online tu rasanya macam kenal..Rupanya MPH. Kahkahkah.

Tapi, frust juga sebab majalah Female & Cucito belum keluar lagi. Maybe next week keluar kan? Nanti pegi JB la cari. :)

20120627_104648Tengok!Ada magazine baru yang aku jumpa. Magazines Lady Boutique :) Tapi susah jugak magazine ni, kena ada kemahiran. Kalau orang level macam aku pakai magazine ni memang bankrap la. Cotton Friend besttt!!*Tapi, jangan terpengaruh sangat dengan kata-kataku.. Aku ni semua pasal jahitan best aku rasa..hoho*

Lepas tu, kami shopping buku sikit :) Mengalir airmataku sebab husband beli beberapa buku(ahaha). Sangat berharap budaya membaca menjadi-jadi di rumah. Mudah-mudahan. Amin.Amin.

20120627_104623 20120627_104638

Semua buku ni husband aku yang beli, kecuali buku Srikandi yang Benar. Buku ni pasal tiga srikandi Islam iaitu Fatimah, Aminah & Rabiatul Adawiyah. InsyaAllah, nanti review pasal buku ni. Aku beli sebab teringin mau tau pasal life dorang, plus buku ni dapat positif feedback from readers. . Terharu ba aku(ahaha) husband aku beli buku, sebab dia bukan jenis membaca orangnya. Tiba-tiba ikut juga macam aku cari-cari buku best. Wahhh…dapat hidayah laki aku nih.kikikiii..

Teka siapa yang mau baca buku paling hujung tu? Masa sampai rumah, aku dengan excited pegi tengok buku-buku yang sudah dibeli. Then, terjumpa buku tu. Aku tanya husband ni buku apa? Jawapannya,  dia pun tidak tau buku apa. Dia cakap mungkin terbeli. Ya rabbi.. Orang lelaki ni main letak jak di kaunter, ndak check pun apa benda yang di letaknya. Mungkin Alya yang terletak dalam bakul. Huhu. Rugi 30 ringgit. (-.-‘)

20120627_104606

Ini buku untuk Izz & Alya. Buku yang kaler biru off 50%, yang merah 30%. Aku berniat insyaAllah lepas ni, kalau jumpa children books yang ada diskaun mau belikan untuk anak-anak aku. Biar ada banyak-banyak buku di rumah, dengan harapan dorang jadi suka membaca. Setakat ni nampak Izz suka baca buku. Bagi buku nanti dia diam-diam belek-belek buku. Sebab tu aku makin semangat sekarang beli children books. Yeah, ada geng!

 

Buku ni pulak is in my wishlist. :) Nanti la lepas habis baca buku tadi, beli yang ni pulak. :)

157744693

 

Aku ni sebenarnya bukan juga ulat buku. Banyak juga buku yang tidak habis baca. Huhu. Tapi, aku suka betul dengan buku. Bawak buku tidur :) Lepas ni kena kikis penyakit suka-beli-buku-tapi-malas-baca. Huhu.

okla.bye!

Friday, June 22, 2012

My beloved Dhani blowing his birthday cake’s candle.

Assalamualaikum.

Macam-macam plan aku buat untuk birthday Dhani yang pertama ni. Tapi, macam-macam jugala halangannnya. Akhirnya, kami beli kek kecil dan tiup lilin seja di rumah. Heee~ Kesiannya anak Mama.

Walaupun benda ni sudah lama berlalu, sekarang sudah 22 Jun pun, tapi tetap mau post jugak entry ni.

So, content entry ni seterusnya adalah layan gambar sejala :)

DSC_0885Alya dan Abah prepare kek untuk Dhani. Ketawa-ketawa aku nengok pic ni sebab tengok husband aku pakai mask tu. Cute jugala..kikiki. Hee~

 DSC_0889Alya posing dalam gelap dengan excited sebab mau tiup lilin.

 

DSC_0898 DSC_0904 

Dhani muka serius tengok lilin. Then, muka tidak puas hati sebab Alya sudah tiup lilin tu dulu.

 

 DSC_0915 DSC_0927

Bolehla jugak dia tiup sikit-sikit lilin tu. Walaupun tiada yang terpadam, aku dapat rasa jugak angin-anginnya yg keluar dari mulutnya tu.Kehkeh.

 

Selamat Hari Lahir yang pertama Eizz Eirfan Dhani Bin Muslimin. Mama doakan Dhani jadi anak yang mencintai ilmu secinta-cintanya, anak yang lembut hatinya, anak yang sentiasa sihat. Mama berdoa Dhani menjadi seorang ‘doktor’ perubatan Islam bila besar nanti. Kasihan orang kampung kita banyak yang terlibat dengan syirik sebab tiada opsyen untuk berubat selain bomoh. Mama berdoa juga supaya kita direzekikan untuk hidup bersama sampai Mama tua. InsyaAllah. :)

Thursday, June 21, 2012

Holiday with familiaaa..

Assalamualaikum…

Sedih nengok blogku sudah lama tidak di update. Huhu. Perasan sibuk ba aku ni. Actually, aku ni jenis orang yang mesti ada mood dulu untuk menulis. Bila ada mood pulak, kena jaga my babies pulak. Maka, beginila jadinya. huhu

Okeh, last week..kami sefamily besar kecuali family abang aku datang semanjung untuk holiday. Ini first time kami holiday sama. InsyaAllah lepas ni, kami jadikan ni aktiviti tiap tahun. Every year mesti pegi bercuti ramai-ramai. Kami berempat sefamily kecil ni pun mula tahun ni akan buat percutian tahunan. This year pegi langkawi. InsyaAllah. Bagi aku pergi bercuti ni penting, tujuan utamanya untuk mngeratkan silaturrahim. Dulu aku tiada pun kesedaran begitu. Tapi, sejak last year…aku mula memikirkan benda-benda begini. Sudah mula fikirkan outdoor activity macam bersukan ka, jogging ka, dll. Sudah fikir pasal makanan yang sihat. Sudah mula fikirkan penjagaan rohani di rumah. And, paling latest aku terpikir untuk kasi ada balik set karaoke di rumah. Dulu masa awal kawin ada, after Alya lahir, kami simpan dalam stor. 2 minggu lalu, aku tengok rancangan ‘Siapa di rumah?’. Dorang pergi visit rumah Dr.Muhaya. Dalam rumah Dr.Muhaya ada set karaoke and dia siap menyanyi lagi. Kehkeh.

Buat aku terfikir, bagus juga ada set karaoke di rumah. Weekend boleh ambil  masa sikit untuk suka-suka ria menyanyi dengan sound yang tidak bikin telinga anak anak aku pecah telinga..kehkeh.. Secara tidak langsung boleh menyatakan rasa sayang dengan lagu yang kita nyanyikan untuk husband and anak-anak kan? Aisehmennn..hiihi. Lucu pulak. Tapi, betul ba! Cuba kau bayangkan kau nyanyikan lagu untuk partnermu dengan penuh feeling..

“Menatap indahnya senyuman diwajahmu… Membuatku terdiam dan terpaku… Mengerti akan hadirnya saat terindah..saat kau peluk mesra tubuhku….”

Kan syahdu tu..ekekeke…Will install them soon. :)

 

Eh..eh..aku melalut sudah ni. Tadi kan mau cerita pasal holiday. Haiyoo..hehe. 

First destinasi kami di Melaka wonderland.

DSC_0011 DSC_0004

Sakit hati sama adikku sebab ambil gambar time aku ndak ready lagi.Haha. Izz n Alya lengkap pakai swimmng suit and swimming cap.ekeke. Next pic is gambar kami semua..Yuuhuuu!!!

DSC_0113 DSC_0345 

Gambar anak-anak ku ndak sudah di ambil, sebab sebok mandi. Ahaha.

 

Port Dickson.

DSC_0490

 

Nilai

DSC_0521Kakak aku & Iman, Alya & Izz’s cousin. Di Baryali Carpet. Dorang borong 5 bijik karpet.Pehh.

KL

DSC_0584Beradek-beradek perempuan I. Heee~ Sorang pempuan lagi ndak hadir sebab ada exam.  Ahh..kesiann ba. Next time ah! Super love sama this pic sebab aku nampak tinggi. Haha.

Holiday ni sangattttt penattttttttt!!!!! Macam bukan holiday, macam kem motivasi pun ada. HAHA. Disebabkan oleh itu, maka kami telah menjalankan post mortem untuk penambahbaikan percutian di tahun hadapan. Haha. Holiday sangat rush dan sangat penat sampai semua budak kecil demam & selsema. Ain, Alya, Dhani & Iman semuanya sakit. Kesian ba. Dan mummy-mummynya pulak semua exhausted. Next time ndak boleh buat yang telampau singkat begini. Huhu.

Tapi, orang yang paling penat ialah lelaki paling baik di hatiku (ececeh), my husband. Dialah driver membeli makanan, driver pegi ambil ubat, driver pegi hantar/ambil di airport, driver pg shopping dll. Di saat orang lain sudah boleh rehat-rehat, dia masih memandu ke sana sini sampai lewat malam. Thank you so much husband! :)

Okeh. Habis cerita. Daaa :D

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design