Wednesday, June 29, 2011

Untungnya kau nak!

Kemarin pegi injection Eizz untuk bulan kedua imunisasi. Alhamdulillah, my Eizz sudah pun 2 bulan. Cepat saja masa berlalu kan. Awalnya kami cadang to continue dia punya imunisasi di Kluang Utama KPJ Hospital. Tapi, rupanya tiada paedtrician di sana. Eh, rasa macam pelik. Then, nurse tu bilang..paed yang dulu di KPJ tu sudah pun buat klinik sendiri. Kliniknya pulak sebelah KPJ ni seja. Oh, senang la kalau begitu. :D


Alya mengadu sakit telinga pagi kemarin. Kejap-kejap dia nangis tunjuk telinga then cakap "akit...akit..." uwaaaa..
Kesiannya. Maka aku bawak dia sekali ke KPJ tu then jumpala sama dr pakar ENT. Sakit sikit seja pun jumpa doktor pakar. Haih, untungnya anak-anak sekarang. After a bit explanation from him, fahamla kami Alya kena jangkitan pada telinga due to her selsema + demam. This is 3rd time dia kena jangkitan telinga. Kami cuma angguk-angguk geleng-geleng di bilik doktor disebabkan ndak seberepa dengar sebab suara Alya yang menjerit takut sama doktor.

Masa dia demam panas hari tu pun, dia kena tahan dan di jaga rapi oleh dr pakar di KPJ Shah Alam. Padahal demamnya tidakla kuat sangat pun. Ligat lagi dia main di hospital sepanjang 5 hari ditahan. Doktor yang jaga dia pulak Dr Hoe yang bijaksana and Dr Zul yang best. No wonder la dia jadi doktor untuk rancangan TV Gugu Gaga Erra.
Untungnya kau nak! Mama dulu sakit, di kasi seja makan ubat panadol kanak-kanak harga 20 sen. Sembuh juga. Alhamdulillah.

Eizz pulak jumpa paed di Klinik Pakar Kanak-Kanak. Ini lagi satu, suntik imunisasi seja pun jumpa paed. Once again, Untungnya kamu nak!

Berjuta-juta anak kecil di dunia sakit dibiarkan seja sakit.
Contohnya, anak-anak di negara yang berperang, ndak pun negara yang kena bencana alam macam banjir. Di Iraq, Palestin, pakistan.
Iraq dan palestin, budak-budak di sana ndak cukup ubat-ubatan. Hari-hari pulak ketakutan dengan bom senjata segala.
Di pakistan, sebabkan banjir teruk, kekurangan makananla. Tahap kebersihan sangat rendah maka macam-macam la penyakit datang. Ramai anak-anak kecil mati sebab kebuluran + penyakit.
Kasian kan.

Last time aku tengok budak kecil sebesar Alya duduk di tepi jalan tidak pakai selipar di pinggir jalan kawasan bandar sama kakaknya. Kaki dan tangannya penuh kudis-kudis. Perut kembung, rambut perang, kotor lagi. Aku nampak pulak dia pungut kuaci then dia makan. Ya rabbi. Sakit jiwa aku jadinya. Terus kilat petir ribut hujan lebat ba airmataku ni. Geram juga sama parentsnya, kalau mereka masih hidup. Dan aku rasa masih hidup dan sihat sebab ramai seja anak-anak begitu berkeliaran di sekitar bandar. Orang bilang, parents dorang sengaja lepaskan anak-anaknya begitu sebab mau mintak kesian sama orang ramai supaya mereka dapat duit sedekah.

Terpikir aku.. macamana la makan budak kecik tu. Kencing poo-poonya..Sakitnya. Tidurnya, kakak aku pernah nampak dia tidur begitu seja di atas jalan lalu lalang orang. Tiada bantal, alas lagi la tiada.
Kasian kan. :(
Kenapala kau tidak jaga anak-anak tu dengan baik. Eih. geramnya.

Dari dulu aku selalu bilang sama diri sendiri, kalau aku kaya..Aku mau ambil anak-anak ini. Mau bagi perlindungan, tempat tinggal, makan pakai segala, bagi sekolah dan pendidikan agama. Aku kasi sekolah budak-budak ni jadi pandai. Nanti besar ada kerja hebat, kau jangan cari aku mintak balik anak mu.
Geram sampai aku susun sudah kata-kata hebat untuk di bilang sama parents budak ini, kalau dia tuntut anaknya suatu masa nanti.
HAHAHAHA.

Belum apa-apa, sudah ada ayat-ayat untuk dicakap bila budak ni sudah berjaya. Angan-angan ba. Haha.
haih. Aku memang super sensitip ba sama anak kecil. Jangan la kau buat filem/rancangan tv pasal budak-budak yang kesian. Maka, habis tisu sekotak. Filem CJ7 seja cukup buat mataku bengkak. Itula aku bilang, macam manala kalau anak ku di jaga pengasuh. Kali aku letak 50 cctv di rumah.haha.


Bah, entry ni sudah macam dokumentari pulak.
Sekali lagi. Untungnya kau nak!
Mudah-mudahan kita terus menjaga anak-anak kecil supaya mereka boleh jadi anak yang sihat, berjaya dunia dan akhirat.amin.

note:Sebenarnya, aku mau buat entry pasal doktor. Mau cerita pasal all mommies faveret doctor, Dr.Zul & Dr.Hoe. Tapi terlencong pasal benda lain. Hehe.

Monday, June 27, 2011

Baru ku sedar...



Baru ku sedar...
Remaja-remaja sudah jauh tinggalkan aku..

Remaja-remaja di sini aku maksudkan ialah zaman-zaman kejar cantik. Jaga muka, jaga badan, jaga kesihatan, jaga penampilan!
*Mungkin remaja-remaja tidak sesuai di gunakan. Tapi, ah!Biarla ba. Layankan seja.hehee.

Sekarang ni.. hampir semua tenaga masa duit untuk anak-anak ku.
Cadang ke mall mau beli barang sendiri. Sampai di sana, barang Alya & Eizz yang dibeli. Haish.
Bukan ini tidak bagus. tapi, harus menjaga diri dengan super baik juga kan?

Sekarang ni, baju-baju pun sudah lama tidak beli. Sandal apakan lagi. Bukan sebab apa. Im stuck with the babies. Baru seja mau pegi beli kasut, mood terus hilang bila risaukan Eizz yang rimas kejap lagi. Dan, sebenarnya semua ni salah.

Membesarkan anak dan menjadi fulltime housewife bukan bermakna seseorang itu harus mengabaikan diri sendiri. Tetap harus juga menjaga penampilan kan.hehe.

Oh. Nampaknya i have to do somtehing to fix this. Ini tidak harus terus berlaku. HAHA.
Aku harus membelanjakan uwangku untuk diri ku sendiri. Bukan untuk anak sahaja. hehe.
Ok. Baiklah. Saya harus berubah. Jangan kamu hairan kalau aku sudah berubah menjadi seperti di bawah ini. HAHA.

Time to change people..yaaaaaayyyy.

*Tapi, macamana mau shopping dengan my kids ya?uuuu..

Bukan rumah baru, tapi kami di tempat baru.


Hai, kami sudah berpindah ke Kluang. No no sudah sama lembah Klang. Isk2. Aku suka ba Lembah Klang + KL. Senang kalau mau beli apa2.. Macam-macam ada. Macam sekarang ni, mau beli mesin jahit.. Aku mau beli di LSN. LSN tu plak terletak di KL. Ah.Banyak lagi la yang senang aku dapat sana . Sudahla, jangan pikir lagi. Bye KL!

Ok. On 13 June yang lepas. Kami sudah pun mula tinggal di Kluang. Kawasan rumah kami ni dekat dengan Kampung Melayu Niyor. Dekat dengan landasan keretapi. Maka, kejap-kejap dengar la bunyi keretapi limpas.
"Ponnnn....Ponnnnnnnn....."

Yang aku sukanya rumah ni, view nya cantik. Menenangkan. Kuat angin. Rambut boleh terbang-terbang bila duduk di situ. Rumah atas bukit, sebab tu nyaman sikit.






Ada tempat jaring gol lagi ba.Haih, geli hati ku.


Pondok biru ialah pondok pacik sekuriti. Aaahhhh. A huge relief. Leganya ada pak guard jaga tiap-tiap malam. Tidakla takut sangat.


Tempat Alya main petang-petang.


Temapt bbq pun ada. Jom datang buat bbq. :D

Sebelah pondok ada sinki cuci tangan plak. Ececeehhh.


Siap di suruh jaga kebersihan. Geli hati la. Ni kawasan rumah ka, kawasan taman awam.


Tengah tangkap gambar, jumpa burung kenyalang. Dia ingat kali aku adakan bbq hari ni.


Letak tandas plak di depan rumah. Heran jugak aku kenapa dorang design rumah ni begini. Maybe area depan ni dia memang design untuk buat makan-makan kan?

Lucu. Tulis lagi tandas. Eceh. Konon-konon eksklusif. Haha. Dan sekali lagi, macam tempat awam.

Berdiri di sini pagi-pagi, redup-redup, sejuk-sejuk, pagar pulak putih, terus perasan diri berada di cameron highland tidakpun kundasang. Anggap sejala pokok kelapa sawit di sana tu ialah pokok teh. Oh. Aku berada di ladang teh. ~

Tapi, cerita sebenarnya..Aku takut tinggal di sini. Kalau boleh aku tidak mau tinggal di sini. Sebab aku ni penakut sikit. Eh, bukan sikit. Banyak. Kasian husband aku melayan takut aku ni. hehe. Syukurla, rumah ni ada guard jaga tiap-tiap hari. Kurang sikit rasa takut. Penat pakcik tu jaga, sikit jak kurang rasa takut.aiyaaa.

Sekian dulu cerita saya.
Ampus.Penat bercerita pagi ni. Sebenarnya penat upload gambar.Adeh.



Wednesday, June 22, 2011

Anak-anakku yang terganggu.

Hari ni Rabu. Sudah seminggu kami di sini. Di Ladang C.E.P Nyior, Kluang, Johor. Since day 2 kami kami pindah sini, Eizz kerap menangis. Awal-awal aku rasa biasala budak..kadang-kadang nangis.Rutin.

Tapi, bila tengok tangisannya..Kuat, menjerit meraung, kadang tarik nangis panjang,

'uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...........'

sudah panjang sampai buat aku panik, baru dia tarik nafas balik. Haih. budak ni biar betul. Dia tiadala nampak kesakitan, tapi dia menangis yang tanpa sebab. Susu pun tidak mau hisap.(tiba-tiba aku rasa malu membuat kenyataan ni.hikhik.)

Then, aku search di google, di mana branch Sinar Zamdurrani. Sebabnya aku mau beli ada produk-produk dorang yang actually aku memang mau beli untuk elakkan anak-anak kena gangguan. Aku dapat info ni pun from family husband, anaknya pun kena gangguan jugak. After google, tau la aku ada di Parit Raja, BP. Woohooo... Tempat aku belajar duluuuuuuuuuuu... :D
Tiba-tiba aku rasa muda remaja bersemangat masa on the way ke sana, sebab terkenang balik kisah lama.wahaha. Eh, ni sudah topik lain. Ni lain kali seja cerita.Hihi. :D

Barang-barang yang beli ni boleh dibeli di kedai buku Freedom. Depan FTMM (untuk budak UTHM sahaja).
Ni la barang-barang yang aku beli.

Minyak Zaafaran. aku pakaikan Eizz n alya di bawah telinga. Baunya buat makhluk halus tidak suka dekat. Aku apply ni sama dorang, Alhamduillah, Eizz sudah tidak menangis. :)


Yang ni pulak air Syifa. Air sudah dibacakan 30 Juzuk ayat al-quran. Masa Eizz nangis kuat-kuat, aku sapu air ni pada mukanya. Alhamdulliah, dia berhenti menangis. Kalau masih nangis pun, berkurangla.


Ini CD Ruqyah. Ruqyah untuk menghalau dan membakar jin sama macam yang di tulis di CD tu.hehe. Aku pasang ni tiap kali setengah jam lagi mau masuk maghrib.

Syukur sangat-sangat Eizz tidak nangis sudah. Leganya hati aku ni Allah seja yang tahu. Bila nangis budak kecil begini lepas tu keluarga pulak jauh. Aduih. Seksanya batin-nurani-kalbu ku segala. Alhamdulillah.

Thursday, June 9, 2011

Pindah Lagi.

Kami baru seja pindah ke Klang bln 10 tahun lalu. Then, pindah lagi ke Kluang, Johor this month. 'Hebat' kan Sime Darby. Pheww.

Tapi, kami tiada rasa apa pun sama perpindahan ni. Tidak jugak merungut, tidak jugak kecewa. Cuma frust sikit sebab berjauhan sama KL. Hihi.
Plus, rumah kami yang sekarang ni dekat sama pekan. Keluar seja dari estate, drive sikit the boleh tengok pekan dari jauh. Pokok kelapa sawitnya baru sebesar pokok nenas, sebab tu boleh nampak dari jauh..hehe. Pekan yang kira lengkap la jugak. Bank-bank, klinik, and Secret Recipe pun ada ooo... :D

Dapat news pindah ni masa keesokan hari selepas aku bersalinkan Eizz. Eizz lahir pukul 10.20 malam. Esoknya husband datang bawak news transfer ke Kluang. Alhamdulillah transfer kali ni, walaupun tidak dipindahkan ke Sabah bumi kenyalang. Eh, silap! Sabah bumi tercinta tapi ada rezeki yang lebih baik di sana. Rezeki anak kan orang bilang :)

Tempat yang bakal kami tinggal ni namanya Ladang C.E.P Nyior. 12 km dari bandar. Yesss. Tidak la jauh sangat pun.. Yang aku risau sekarang ni camanala keadaan rumahnya. Tiap kali pindah pun keadaan rumah terus yang nombor 1 aku risaukan. Aku tidak mau la rumah tu tiada jiran. Lepas tu, tidak mau la jauh terpencil dari orang lain. Then, tidak mau la rumah tu 2 tingkat, apa lagi kalau 3,4,5 tingkat.hehehe.. Mudah-mudahan tiada tingkat. Hmm. Lagi satu, mudah-mudahan la rumah tu tiada gangguan-gangguan makhluk halus.

Mudah-mudahan life di Kluang nanti baik-baik seja. Aku happy jugak dapat Kluang sebab dekat dengan Daia n Minah. hehe. Boleh la jumpa-jumpaan dorang nanti.. weee..

To Kluang with love... :D

Moga Eizz sihat-sihat saja.

Since Eizz lahir lagi dia memang selalu tersedak masa menyusu. Bila dia tersedak, dia jadi lemas sebab tidak dapat bernafas. Then, sampai biru mulutnya. Sometime kawasan matanya juga. Kadang-kadang boleh dengar juga dia ada noise breathing. Macam ada hingus/kahak tapi tiada nampak pun meleleh ka or whtever. Plus, sejak lahir begitu. Awal-awal tu aku biasa-biasa seja, aku pikir biasalah budak kecil..kadang-kadang tersedak, kadang-kadang ini..itu. Aku mula risau bila kakak aku yang kerja as a nurse di Wad Bayi Hospital Tawau tegur yang macam something wrong dengan Eizz. Mula dari hari tu, aku jadi risau. Makin kerap aku perhatikan Eizz. Makin aku resah sebab everytime susu mesti dia begitu. Bukan sekali, berkali-kali.


Then, aku bawak pegi Klinik George Jinivon. Itu klinik satu-satunya (setahu aku la) yang more to pediatrics. Tapi, ni bukan klinik pakar kanak-kanak pun. Aku hantar Eizz ke situ sebab selsema. Bila aku bagitau doctor yang dia ada problem begitu. Doctor cakap dia ada bronkitis and jantungnya ok.

Then, bila hantar Eizz ke klinik lain pulak untuk injection imunisasi 1st month. Aku adu lagi sama doctor benda yang sama. After dengar jantung Eizz dia kata jantung Eizz sihat. Tapi, from the symptomps yang aku bagitau, dia takut ada jantung berlubang. Untuk pemeriksaan itu, kena pegi pakar kanak-kanak. Buat check up betul-betul.
Aduh. Serius cakap-cakap doktor memang buat hatiku ni lemah.

Memang dari awal lagi masa tengok Eizz lain macam aku sudah decide mau refer ke pakar. Biar betul-betul di periksa jadi aku puas hati. Plus when my cousin called then bagitau yang anak cousin aku pun macam tu. Balik-balik ke klinik doktor tidak kesan apa-apa. Cuma cakap baby ada kahak. Last-last pegi hospital then resultnya anaknya ada jantung berlubang. Naudzubillah.

Yalah. Bila di Kluang nanti, cari hospital pakar untuk check up Eizz. Aku tengok di google tadi hospital pakar di Kluang. Kluang Utama Specialist Hospital. Syukurlah.
Sekarang tidak mau pikir apa-apa dulu. InsyaAllah Eizz sihat-sihat seja.

InsyaAllah.

** Hai orang Kluang...Jumpa nanti 14 Jun.. :)

Eizz 1 month. Eizz baby sihat kan.. :D


Tuesday, June 7, 2011

Mesin Jahit Oh Mesin Jahit

:) :) :)

Senyum-senyum aku type entry ni..hekhek..
Aku memang sudah lama mau ada mesin jahit. Hmm, actually first reason mau beli mesin jahit ni sebab senangla kalau mau jahit-jahit langsir..tidak pun, jahit alas ka, sarung bantal ka..
Sometime aku mau beli sarung bantal yang biasa jak...yang plain simple.
Then, selalu cari-cari di kedai susah mau jumpa. Jumpa pun simple macam tu cost dalam RM20++ sehelai. Terus dalam hati,

"Kalau aku ada mesin jahit ni..berapa jak la kosnya untuk buat sarung bantal macam ni.. Ni boleh jimat ni..hehe"

Lagipun kalau buat sendiri walaupun ndak secantik mana..Tapi puas hati.hehe.
Tapi. first reason memang sebab mau jimat la.Jimat?Kikiki...Kunun laaa..

Reason lain.. Sebab memang mau menjahit. Suka. Suka. Suka :D
Plus, aku memang suka belajar benda baru.. :) Hidung kembang kuncup.hihi

Reason lain lagi. Teringin betul mau kasik husband & anak-anak baju jahitan sendiri..weeeeee..
Boleh la husband pun bangga-bangga sikit dan banyak sama wifenya ni.. Seterusnya boleh menaikkan elaun ku juga...ops!

Lamanya sudah aku teringin mau ada mesin jahit. Since kawin kali ya..
2 hari lepas tulis di fb..

tp, status aku tu memang cakap benar punya..aku terbayang-bayang ba..heheheee..
Syukur la reply from husband mengujakan...yippiiiieeee!!!
Eih, sayangla sama kamu abang.
Aku doakan abang murah rezeki. doa murah rezeki supaya aku berezeki sama.haha.

Sekarang ni tidak tau mau beli mesin jahit yang mana.
Rasanya sayang kalau aku beli mesin jahit basic. Sebab aku mau buat projek kraf nanti. Maybe banyak buat quilting nanti. Nanti kalau beli yang basic, sibuk lagi mau upgrade.
After google sana sini, model ni macam best..



988 Computermatic Sewing Machine. Brand Singer
Price RM1995. .

Ada jugak satu lagi model 2049 from Janome. Banyak jugak yang puji-puji mesin ni.. Boleh twin needle lagi... RM2499.



Ada jugak orang bilang Brother NV50 bagus. Harga pun ok. RM1499.



Then, ada jugak orang cakap Bernette 82 best. Price RM2500.

Aku rasa aku beli Singer tu la. Harga pun boleh tahan. Produk ni baru lagi. So, kurang sangat review pasal mesin ni. RM2000 ke atas mahal la bagi aku.
Nantila buat survey lagi lepas ni.. :)

Oh.hatiku berbunga-bunga.. :D

Sunday, June 5, 2011

Kau hadiah terhebat untukku.

Alyaaa...

Kau Hadiah TERHEBAT dariNYA untuk Mama...

Mode malam ni mode luahan rasa hati seorang ibu yang sangat-sangat rasa bertuah dikurniakan Alya Safiyyah Binti Muslimin khas buat dirinya.
Wah!!! Untungnya wanita terbabit.

Inilah wanita tersebut. :D





Masa buat entry..rasa macam panas-panas mata ni. Ehem.Faham-fahamla kenapa ya. Kalau bab-bab anak ni.. Terus cair-hancur-lebur ba hati..hehe.

Tadi aku tengok-tengok gambar wedding kak ipar.. Then, ada beberapa siri gambar Alya yang ada. Eh, bukan lagi beberapa..macam dia plak pengantin, gambarnya major di folder tu..haih.

Bila tengok gambar-gambar Alya. Senyum-senyum aku sendiri.. Happy ada, lega ada, teruja ada, sebak ada, terharu ada.. Rasa macam ndak percaya plak anak ini di punyai oleh aku. Eihh. Anak ini ialah baby of Maslianah Mariali.

Macam mau bertanya kepada Tuhan..

"Ya Allah..betulkah ini anak aku..? Kalau betul, betapa bertuahnya ber'anak' kan dia.. "

Alya..
Hanya Tuhan yang tau betapa Mama berasa sangat beruntung dan bertuah kau jadi anak Mama..
Anak ini la penyejuk hatiku.. penggembira hidupku, buat hidupku bermakna, buat aku rasa mau hidup 1000 tahun lagi bersama dia.. Buat aku bersemangat untuk hidup setiap hari.
Tiap hari di ajar dia benda baru nanti dia ikut. Ajar dia berdoa sebelum makan. Nanti besok, sebelum makan sudah baca doa deluan. Haihh..cair ba hatiku olehnya..hehe.

Alya rajin sangat panggil aku.. "Mama..Mamaaaa..."
Suaranya lembut, halus dan comel memang menyejukkan hatiku.. rasa marah pun boleh hilang tiba-tiba bila di panggil begitu...hehe.

Suka betul tengok memek mukanya yang macam-macam..

Entry ni bukanlah untuk bangga-banggakan anak.. Cuma, aku mau lahirkan rasa syukur ku sebab Allah sudah kurniakan Alya kepada aku. And, of kos..Semua orang yang ada anak akan rasa begini.. :)
Semua anak pun comel. Semua pun menyejukkan hati. Dan..
Mudah-mudahan Allah terus rezekikan kita anak yang menyejukkan hati sampai la kita menutup mata..


Ya Allah. Janganlah Kau ambil nyawaku di masa anak-anakku masih memerlukan aku. Amin.

Kalau aku pergi dulu, tolong bagitahu Alya..betapa aku sangat sayang sama dia. Ingatkan dia yang aku sangat mahukan dia jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.. Tolong pastikan cinta hati aku ni terjaga kebajikannya..

My SIL's Wedding

Pada 3hb Mei 2011 maka berlangsunglah perkahwinan di antara saudara Jumat Jamaluddin dan saudari Salmiah Bt Sultan. Wahh.. Macam Melodi plak. Kalau aku jadi wartawan Melodi ni, boleh gulung tikar bah Si Michelle..


Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan dorang.. Gembira untuk dorang. Mudah-mudahan berkekalan sampai syurga.. Menjadi bidadari di syurga menanti..hehe. Macam lagu Nur Kasih - In Team. Ngam-ngam lagu ni ada berkumandang masa majlis bersanding berlangsung.

"Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari"

Tahniah buat Kak Mia.. Semoga menjadi isteri solehah :D :D
Cepat-cepat dapat anak kejar aku..hehehee.



Aku dengan Alya sempat lagi main kejar-kejar ba di dalam masjid. Ada ciri-ciri tidak sopan di situ..

Eizz bersama nenek saudara.. :D Sepanjang majlis, aku dukung Eizz untuk susukan seja, yang lain orang yang ganti-ganti dukung. Mamanya ada jak yang dibusykannya..hehehe

Me & Alya.

Pengantin & Pihak Lelaki..


Us..

Abang, Wani & Kak Mia... I luv this pic. :D Sweett..


Potong stim ba budak kecik ni.. Orang steady mau begambar. Adeh.


Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design