Thursday, January 10, 2013

Happy 4th anniversary

Assalamualaikum :)

20130103_210801

Segala puji bagi Allah yang memanjangkan umur, yang mengurniakan rezeki, yang memberikan rasa cinta, yang menjaga hati hati kami dan yang memberkati hidup kami.

Alhamdulillah.

Perkahwinan aku bukanlah suatu yang sudah lama di rancang. Tiba-tiba berkenalan dengan seorang lelaki yang tua 7 tahun dari aku. Tiba-tiba menjadi rapat. Tiba-tiba jadi sayang. Tiba tiba ajak kawin. Tiba tiba selamat berkahwin. Tiba tiba ada anak. Tiba tiba tidak sedar sudah empat tahun Eh eh eh. Haha. (Ya, ada unsur tambah tambah cerita di situ.Hehe) Aku kawin muda, kawin masa belajar, umur baru 22 tahun. Kawin aku tidak macam orang lain pun. Sebulan, seminggu, sehari sebelum kawin pun masih rasa..”biar betul aku mau kawin ni?? Betulkah aku ni?” Masa akad nikah tidak rasa terharu mau nangis pun, boleh pulak dalam hati masa tu “ Matilah aku..habis jak akad ni aku jadi bini dia..Oh tidakk..Habisla.. Naahhh, akad sudah lafaz. Habisla. Tinggal tunggu saksi cakap ‘sah’. Mati..matii.. Nahh!! Dia sudah cakap ‘sah’. Tinggal satu lagi. Haaaa. Dia sudah cakap sah! (Kadi angguk terus tadah tangan tanda perkahwinan sah) Aku terkebil-kebil macam tidak percaya benda ni happen. Dalam hati masih lagi…”Haaa..aku sudah jadi bini dia..sah sudaaaahhhh!!”

Hahaha. Hadoii. Entah kenapa aku begitu, mungkin sebab kepala masih lagi macam budak masa tu. Entahhh. Hihi.

Sekarang sudah empat tahun benda tu berlalu. Tapi masih segar di ingatan. Wahhh. Hidung kembang kuncup sebenarnya sebab sudah ulangtahun ke-4. Sebab bagi aku empat tahun tu bukan jangka waktu yang sekejap. Kalau masuk universiti ijazah kejuruteraan sudah boleh grade ni. Yuuhuuu. Senyum-senyum sendiri mengenangkan empat tahun yang sudah ditempuhi. Daripada aku yang tidak tahu apa-apa pasal perkahwinan sekarang sudah boleh di harap oleh keluarga untuk memasak-masak untuk ramai-ramai. HAHAHAHAHA. This isss funnnnyyyyyy!!

Sampai sekarang dorang(keluarga) boleh senyum-senyum tengok aku sediakan makanan sebab dulu memang zero! Huahua. Bab-bab kemas dan urus rumah pun aku tidak pandai. Mamaku dulu sebelum aku kawin selalu bilang aku ni menyapu pun tidak pass, camanala nanti berkahwin. Heeee. Tapi bab ni sampai sekarang tiada improvement. HAHAHA. Lemak naik banyak sangat sebab ada helper di rumah everyday except sunday. Hmm. Bukan salah aku. Hoho.

Ingat dulu awal-awal kawin duit tidak banyak pun. Kehkeh. Tambah lagi aku masih belajar. Ingat lagi masa aku konvo dulu kamera pun tiada. Pakai kamera handphone seja. Anduuu. Honeymoon pun tidak pegi mana sebab masalah yang sama. *senyum*. Tapi aku tidak sedih pun. Aku rasakan semua tu manisssss. Manis untuk diingat. Sekarang sikit-sikit hidup kami berkembang. Dari pakai kamera handphone, sekarang sudah punya DSLR. Daripada pakai barang-barang yang tiada jenama, sekarang sudah boleh beli sikit-sikit Tefal, Tupperware, Nike, dll.. HAHAHA. Lucu pulak! Daripada husband pakai motor usang pegi kerja, sekarang sudah pakai D-Max. Daripada kerjanya sebagai asisstant 2, sekarang sudah Estate Manager. Daripada no baby, sekarang sudah dapat sorang wirawati dan sorang wira. Haha. This is the bessttt partt. :D How sweet melihat hidup berubah sikit demi sikit.

Dulu masa awal-awal kawin pun aku perangai masih macam anak kecil. Suami la tempat sepenuhnya kegembiraanku. Silap sikit datang dari dia yang jugak seorang manusia biasa boleh bikin aku merajuk berhari. Kerjaku hari-hari menunggu dia balik. Bila terdengar bunyi motor menghala ke rumah, terus rasa macam mau lompat-lompat macam menang loteri. Bila lambat balik sikit, mula la hati jadi lemah..jadi pilu. Aiya!! Empat tahun ni mengajar aku untuk jadi orang yang lebih berkualiti. Haha. Daripada seorang isteri lemah dan keanak-anakan aku sudah sikit-sikit menjadi isteri profesional. Wahaha. Aku sudah menganggap menjadi housewife ni also a carrier. Karier yang aku patut kejar kejayaannya sama macam kawan-kawan aku lain kejar kejayaan di office masing masing. Di rumah ni aku letak satu tempat aku sendiri, tempat kids tidak boleh masuk. Aku bilang itu office aku. Hehe. Di situlah aku menjahit, update blog aku, bersosial di web, mencari ilmu, buat perancangan aktivti family, buat budget dan banyak lagi la. Dulu kecik hati bila husband tidak bawa jalan-jalan. Sekarang aku anggap merancang dan atur benda benda begitu is my job. Husband aku sibuk dan penat kerja kan, jadi aku anggap aku ni lah Personal Assistant (PA) dia and he is my bos. Aku yang rancang and manage semuanya termasuk bab-bab holiday. Akulah yang mencari masa kosongnya untuk manage pegi jalan. So, no moree hard feeling when he couldn’t make it.

Empat tahun ni bukanlah hari-hari pun gembira dan ketawa. Banyak perkara yang mensesakkan jiwa dulu dan aku belajar atasinya. Sebab tiada kawan dan keluarga dekat jadinya aku belajar tidak dari sesiapun. Kadang rasa mau jumpa pakar kaunseling.*senyum*. Maka belajarla dari web. Dan selebihnya aku serahkan bulat-bulat pada Allah. Hari hari pun mintak tunjukkan jalan olehNya. Lama kelamaan Allah tunjukkan aku jalan. Maka jadilah aku hari ni. Bukan macam dulu yang banyak menangis. Haha. Jadi kamu pun kalau rasa hati selalu sedih, banyakkan berdoa supaya ditunjukkan jalan. Dan selalu ingat Allah itu sangat dekat. Bila minta dia pasti bagi.  Cuma perlu sikit sabar dan banyakkan bersangka baik sama Dia. Okeyy? :D

Segala puji bagi Allah yang memberikan semuanya. Terima kasih sama suami yang sudah sangat banyak memberi. Doaku tetap sama, semoga hidup di sisi dan di hati kamu bukan seja disini, tapi berjaya hidup bersama di sana dan berjaya didik si kecil kita mendapat tempat di sana. Amin ya rabbal alamin.

*Buttt..pleaseee, cukuplah hidup bersama anak anak seja. Jangan pernah melencong hidup bersama wanita tambahan lain pula. Cukuplah aku seja wanita di keluarga kita. Hahaha. Walaupun aku ketawa sila ambil serius. Haha.*

 

Wassalam :)

Thursday, January 3, 2013

Welcome to Table Estate, Tawau.

Yuuhuuuuuu…time taip tajuk entry ni pun sudah bikin aku senyum-senyum. Hakhak. Aduhaii betapa bahagianya dapat posting di kampung sendiri. Senangnya kumpul-kumpul sama keluarga. Aku sejak form 1 memang sudah tidak tinggal di rumah, and tinggal di Tawau. Sekarang ni lah baru aku menetap di sini. So, after 13years…Im coming home!!!

Hari ni sudah 6 hari kami di Table. Buat sementara waktu ni kami tinggal di Guest House Golden Abaca dulu. Guest House ni Table Estate punya. Barang kami pagi tadi dikabarkan akan naik kapal on 18 Dec. Makanya, dalam 25 Dec jugakla baru dapat. Huihuii. Mau sebulan baru dapat. But, its okayla..Best juga tinggal lama-lama di Guest House ni. Suka aku rumah ni. Cantik dan besar. Rumah ala-ala Inggeris. Plus, aku suka sama penjaga rumah ni, Kak Marni. Baik orangnya, ceria and veryyyy humble. Kalau bercakap sama kami yang tengah duduk di kerusi, dia akan duduk di lantai. Hihi. Lucu and kinda cute. Hehe.

Makanan di sini di hidangkan oleh Kak Marni. Dia masak, dia served. Aku rasa macam orang kaya duduk di sini. Cara dia served makanan tu macam aku ni datin pulak.Haha. Tapi, selepas beberapa hari aku disini, aku sudah start masuk dapur masak sama Kak Marni. Hari-hari topik perbualan kami mau masak apa? Apa yang sedap? Petua masak?Cerita pasal makanan jak. Haha. Tapi, aku enjoy la dengan dia. Aku belajar dari dia, dia belajar dari aku. Best! Dia pun sudah sangat berpengalaman, dia kerja di sini sejak zaman orang putih mentadbir  estate ni lagi, sejak 22 tahun dulu. Pehhh. Aku di sini selera makan. Husband and anak-anak pun sama. Tiada lagi terasa mau makan luar. Dulu di Kluang, selalu jak ada rasa mau makan pizza la..McD la..Di sini tidak pernah pun terlintas. Kali sebab hari hari pun masak sedap. Everyday is seafood. Ketam, udang, sotong, ikan-ikan fresh..Hmm.memangla meningkat kalori macam ni. Huhu. Aku di pasar ikan senyum-senyum tengok segala seafood di bentang fresh-fresh dan murah-murah. Sampai ditegur oleh penjual ikan, Hehe. Pasar sayur pun kemas and tersusun cantik segala sayur mayur. Biasala kalau orang bugis menjual. No wonder. :D

Persekitaran rumah ni cantik. Dari depan rumah boleh nampak laut. Banyak binatang-binatang dan pokok-pokok di sekitar, boleh anakku belajar sains. Haha. Kadang kami pagi-pagi or petang pegi kejar butterfly. Pegi tengok ayam serama. Pegi tengok pokok-pokok buah. Kesukaan budak-budak ni. Tempat ni agak berangin jugak, memang mendamaikan tinggal di sini. Sedap jak menghirup udaranya.

DSC_0461 DSC_0483

 

DSC_0474Guest House Golden Abaca

DSC_0497View from the house, boleh nampak laut.

 

Disini kami rasa rileks and santai jak. Selepas pikir-pikir, baru aku perasan sebab rumah ni tiada internet. Sebelum mungkin selalu online, jadi kami kurang santai. Tapi, di rumah ni..dengan tiada internet, rasa banyak masa terluang bersama, masuk tidur lebih awal, and bangun pagi dengan sedap badan sebab banyak tidur. Hehe. Kami tidur dalam jam 10malam, bangun pagi jam 5 pagi. Rumah sentiasa kemas tanpa gadget everywhere. Betul la gadget ni melemaskan. Hmm. Harap-harap lepas ni bolehla ajar diri and family supaya berenggang sama segala gadget. Keadaan yang tenang damai buat aku terfikir-fikir perlukah aku sambung internet atau tidak ya? Hmm. Luuu pikirla sendiri..Hehe.

 

Okla bye!

Bye semenanjung Malaysia.

Semalam sudah pun tinggalkan Niyor. Sudah tinggalkan Kluang. Sudah tinggalkan Johor. Sudah tinggalkan semenanjung malaysia. Kami di sini sudah pun 7 tahun. Aku disini sejak aku masuk belajar di UTHM pada Julai tahun 2005. Husband pulak start awal tahun 2006 di Melaka bekerja sebagai penolong pengurus Ladang Kempas, Jasin, Melaka. Kami ter-kahwin (ter..ya?haha) 3 tahun selepas tu. Hihi. Kawin masa belajar yoo.. Dulu malu rasanya mau cakap kawin masa belajar, sekarang entahla macam happy pulak kalau bilang aku kawin masa belajar.Hakhak.

Balik Sabah ni agak sedih juga. Sebabnya 1. Sedih tinggalkan Kak As. Dia baik sama aku dan anak-anak. Hal-hal kerja rumah pun bagus, aku bagi A. hehe. Anak aku dijaga dengan baik, sayang anak aku betul-betul. Susah tu mau cari pembantu yang sayang anak kita betul-betul. Dia memang nampak sayang sangat sama anak anak aku. Sebulan sebelum aku pindah, aku nampak Kak As selalu nangis masa tidurkan anak anak aku. Dia teringat yang dia bakal berpisah dengan dia la tu. Kalau kak As tidak sedih begitu mungkin aku tidakla sedih sangat. Dia pun selalu cerita masalah dia sama aku. Kesian, lepas ni entah siapa teman dia. Hmm. Ini gambar kami masa last day, buat kenang-kenangan. Nanti mau poskan dia pulak :D

DSC_0426Kak As & Me.

DSC_0383From left : Kak As, Izwan,Alya, Nazri Noh, Dhani & me. :)

Anak-anak Kak As agak selalu jugala la datang. Sebabnya Si Alya yang selalu cari-cari dorang. Sunyi, ni jak la teman dia bermain.huhu. Masa salam-salam mau balik sudah tu, Kak As nangis sungguh-sungguh. Banyak kali dia peluk cium Dhani & Yaya. Aku berpelukan pun berpelukan sama dia sambil bertangis-tangisan. HEHE. Macam cerekarama, hakhak. I pray for your happiness Kak As. :(

2. Sedih sebab tinggalkan kawan-kawan yang entah bila lagi dapat jumpa. Nasib baik aku sempat keluar dengan my girlfriends. Heee. Sempatla sehari check in hotel di KL. Tapi tetap seeedihhhhh sebab cant manage utk attend sanding Nana, yg mana bmaksud tidak sempat kawan-kawan. :( Sudahla, nda mau ingat yang itu. hehe. Tiada rezeki kan :)

IMG-20121204-WA0007Girlfriends. Mau jumpa kamu nextt yearrr okehhhh…!!

3. Sedih berjauh sama tempat shopping.Hakhak. Langkawi pun tidak sempaat!Argh!

Tu jak la yang buat aku sedih. HEHE. Tapi, kebarangkalian untuk aku pindah ke sana balik ada. Maybe –+8years later…maybeeeeeee. So, friends…see you lama lagi la. Plan mau pegi holiday next year di KL. Tunggu year end sale la baru pegi lagi.

Ok. Sampai sini dulu.

Bye.

Smile

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design