Sunday, June 16, 2013

Mengajar anak di rumah

20130519_145012 20130519_145924 20130507_183119

Assalamualaikum.

Lama sudah mau tulis pasal entry. Perasan sibuk terus. Haha!

Alya sekarang sudah berumur 3 tahun 10 bulan. Izz pulak sudah 2 tahun 2 bulan. *yeaaaa!!Sudah besar*. Perkembangan dorang setakat ni is Alya sudah boleh mengaji tahap baris bawah, sama mcm Izz. Alphabet pulak Alya baru pun sampai suku kata “ba ta sa” semua tu. Maybe next week dorang sudah masuk sukukata “i” pulak. Izz pulak sudah kenal semua huruf, tapi tidak kenal huruf kecil. Hehe.

Aku sebenarnya tidak pernah pun ajar Izz mengaji and kenal huruf. Aku ter-perasan dia sudah boleh baca huruf hijaiyah  2-3 bulan lalu masa aku ajar Alya. Tiba-tiba dia datang jawab soalan-soalan yang aku tanya sama Alya. Laju pulak tu. Beria aku ketawa. Lucu bila kau rasa anak kau yang kecil tidak tahu apa apa tunjukkan yang dia sudah boleh sesuatu, walaupun sekadar sudah pandai menutup pintu. Kahkah. Aku pun tahu perkara begini lucu bila ada anak sendiri. Haha. Sejak itu, aku mula ajar balik Izz yang sudah sangat lama tertangguh. Sama juga masa aku tau dia sudah kenal huruf. Masa tu aku tengah ajar Alya jugak. Then dia datang tiba-tiba tunjuk huruf ‘W’ dengan sebut ‘abiuuu’. Guling guling juga aku ketawa. Tapi masa tu huruf yang dia tau cuma 4 huruf. Lepas dari itu aku tidak pernah jugak ajar dia lagi alphabet sebab aku fokus sama mengaji jak. Sebulan lalu, aku saja jak tunjuk tunjuk huruf sama dia. Then, dia boleh jawab semua huruf A-Z kecuali adalah 1-2 huruf yang dia tersilap.

So, aku mau share di sini macam mana kes begini boleh terjadi. Ecewahh. Kehkeh. Actually, Izz ni belajar secara tidak langsung dari video and tab. Dia suka tengok video kids song ABC, and dia suka tengok video lagu lagu huruf hijaiyah. Aku bagi tu bukanlah berniat supaya dia boleh kenal huruf sendiri, aku cuma bagi untuk hiburan sambil belajar. Then, tiba tiba dia boleh kenal semua tu dengan video jak. So, thats the key. Selalulah bagi anak anak hiburan yang educational. Supaya senang kerja kita mengajar dia. HEHE. Sampai sekarang pun Izz bila ditanya huruf hijaiyah, dia punya loghat tu ada arabic skit, and bila ditanya huruf ‘Z’, dia jawab ‘zee’ bukan ‘zek’ atau ‘zet’ yang macam kita sebut. Sebab video yang dia tengok tu dibuat oleh negara dorang. Ketara bukan ibu dia yang ajar kan. Haha.

Selepas dari hari tu aku mula ajar dia balik. Itu pun dalam seminggu just 2-4 kali seminggu. Sekali buat adalah beberapa minit. +-5 minit. Lepas tu perhatian dia sudah lari. Kalau dibandingkan, Izz lebih senang diajar banding Alya. Alya dia nampak tidak berminat and…. im sorry Ibu have to say this sayang, dia agak malas. Izz nampak suka and berminat. Alya banyak alasan untuk skip belajar. Perhatian dia cuma last for 1-2 minute. Mulalah sakit perut la, mau muntah la, penat la, pasal barang barang dia yang macam macam la. Apa yang aku perhatikan, Alya ni cepat jugak tangkap pelajaran tapi dia kurenggg berminat. Izz pulak, dia macam kurang sikit tangkap tapi dia berminat dan fokus. Then, aku fikir kenapa benda ni happen? Why some kids like this and that? Lepas fikir, aku rasa sebabnya amalan dan doa kita masa mengandung. Masa mengandungkan Alya, aku banyak berdoa supaya Alya dikurniakan sifat tabah, kakak yang hebat, bijak. Ada banyak doa sebenarnya tapi tiga benda ni la yg kira highlight. Then, dia lahir and nampaklah ciri ciri yang aku doakan. Sampaikan orang orang tanya apa rahsiah anak sabar sangat? Kehkeh. Lepas tu kesedaran perlunya cinta ilmu ada sudah sikit sikit dalam diri ni. Hehe. Then, dapat tahu pregnant lagi, aku mula berdoa supaya dapat anak lelaki yang cintakan ilmu. Berdoa supaya ilmunya banyak and banyak bagi manfaat. Ecehhh. Kata kata macam ahli panel kan? HEHE. Aku selalu jugak doa supaya Izz mau  dan suka menyusu badan. Sebab masa Alya dulu memang dia sangat sangat tidak mau susu badan. Doa jugak supaya hatinya lembut dan baik hati. Dan berjela jela lagila doa yang lain.

Maka, lahirla Izz. Izz membesar nampak sukanya sama ilmu. Suka baca buku, suka belajar, suka tengok video pelajaran. Sampaikan video tutorial belajar main golf abahnya pun dia tahan tengok. Masa dia lahir pun, diletakkan jak dia pangkuan ku, terus menghisap nenen tanpa aku perlu buat apa apa. Wahhh! And, dia jugak nampak sangat lembut hatinya. Tidak mau lawan orang. Tidak boleh tengok orang kena pukul. Tidak boleh tengok orang susah, nanti dia sibuk mau tolong. Sanggup barang dia tidak ada, asal jangan anak orang lain menangis. Huuu. So, key number 2 is Doa Ibu. Betullah kan doa ibu ni jangan main main. Silap silap boleh jadi batu macam si tanggang. Hehe. Setakat ni begitulah perkembangan anak anak ini. Semua yang datang ni pakej dari Allah. Kitalah parents yang ber-amanah besar mendidik mereka. Fuhhh.

Key number 3 pulak is SABAR. Ajar anak anak ni kena banyak banyak banyak banyak sabar. Duit banyak habis beli bahan mengajar, nanti kita paling tempat lain dia sudah rosakkan. Huuu. Selalunya bila kita ajar dia, dia akan lari, lompat lompat, tidak mau tengok buku, buat benda lain, beralasan, dan seribu macam lagi la. Kadang bila kita tunjuk huruf ni, dia baca part lain pulak. Suka suka dia jak. Sudah berapa kali juga rasanya macam panas hati masa mengajar ni sudah sampai dikepala. Tapi, tarik nafas hembus tarik hembus. Hehe. Kadang termarah jugaklah . Im really sorry my little Alya Sad smile

Key number 4 is CREATIVE. Ajar anak sangatlah kena kreatif. Kena cari video dan bahan mengajar yang bagus. Kadang kena ajar anak dengan menjerit. Kadang dengan main tulis tulis. Kadang dengan main kuiz. Kadang dengan cara main cabar-cabar siapa hebat. Ahhhhhh…Penatttt! Hahaha. Biasalah jadi ibu penatnya tiada habis sampailah kembali kepada-Nya.

Key number 5 is EMOSI. Ajar anak kena dengan emosi yang baik. Kalau tengah marah, satu bijik ilmu tiada anak kita dapat. Ini ikut pegalaman aku la. Bila hati aku marah sama Alya sebab tidak fokus, satu benda pun dia tidak boleh tangkap. Bila aku tenangkan hati, puji puji dalam hati anak aku pandai, nampak Alya boleh tangkap apa yang aku ajar. Believe it or not, aku buat eksperimen ni di rumah. Haha. Macam macam jak aku ni kan. Memang terbukti. So, memang betul eksperimen dr Muhaya yang dia selalu buat pasal persekitaran emosi yang gunakan tangan tu. Kalau kita lemparkan energy negatif, akan lemah badan orang dan sebaliknya kalau hantar energy positif. So, that what I did to my kids. And, for sure sometimes aku fail jugak. Bila aku sukar kawal emosi, aku berhenti ajar dia and buat benda lain. Hehe.

Key number 6 is NIAT. Kadang hati ni tersasar jugak menuju syaitan. Ambil pic anak and post mungkin sebab mau tunjuk anak pandai dan sebagainya. Dan akhirnya apa yang aku dapat lain. Benda ni pun bagi aku sudah terbukti sama aku. So, aku memang takut bab niat. Apa yang aku nampak bila niat aku tersasar, nampak Allah gantikan usahaku dengan benda lain. Susah aku mau cerita jelas jelas pasal bab ni, so aku doakan seja kamu yang baca ni difahamkan Allah bab ni ya. Smile

Key number 7 is ILMU. Sedangkan masak air pun perlukan ilmu, apalagi mau mengajar anak kan. hehe. Aku pun selalu bingung, kalau anak begini apa mau buat? Carilah jawapannya di buku, tidak pun google sana ini. Sama-samalah kita cari ilmu. Nabi sudah pesan,

“Sesiapa yang mahukan dunia maka (tuntutlah) ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka (tuntutlah) ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan (menuntut) ilmu.”

 

Mungkin kadang orang pelik kenapa beria sangat mau ajar anak awal sangat? Bagi aku pasal ilmu tiada limitnya. Semakin awal diajar semakin pesat otaknya berhubung. Eipp, macam iklan susu pula kan..hakhak. Lagi awal lagi bagus, ilmu kan cahaya Smile Asalkan jangan paksa anak sudahla. Aku sedih bila tengok anak orang lain sudah pandai tapi my kids belum. Bukan sedih sebab anak aku kalah ka apa, aku sedih dengan sikapku sendiri yang malas ajar anak sendiri. Sebab aku tahu semua anak berpotensi bila dia diajar, dia berhak diajar seawalnya, cuma aku perlu sabar sikit. Macam kes Alya, aku sudah ajar tapi dia masih slow begitu kan, *kahkah*, So lega sikit, sebab aku tau aku sudah try and dia masih begitu. So, maksudnya dia masih kecil lagi and disitulah tahapnya setakat ni. Bukan lagi salah aku yang abaikan dia.Cuma aku perlu belajar banyak lagi camana ajar dia. Bab didikan anak macam butik kata prof Muhaya. Kita yang design macam mana kita mau buat “butik” yang dihasilkan tu. So, beginilah butik yang aku mau hasilkan. Butik orang lain yang tidak sama macam aku tidak salah sama sekali, *asal ikut agama lah kan*, cuma beginilah kita..masing masing dengan cara masing masing kan. Smile Tidak mau lah ada isu isu lain pulak. Aku share ini cuma dengan niat mau berkongsi dengan ibu ibu yang tercari-cari perkongsian begini. Sebab aku pun begitu, sangat mencari perkongsian ibu-ibu lain. So excited bila tengok anak orang pandai, semangat mau jumpa mamanya, mau buat interview. kehkeh.

Okla. Sampi sini. Bye!!

Friday, June 7, 2013

Happy birthday Eizz Eirfan Dhani!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dhani sudah pun dua tahun. Erkkk..sudah sebulan lebih pun dia dua tahun. Tapi hari ni baru mau cerita. Aiyo! Sambutan hari jadi Dhani buat kecil kecil seja, tapi meriah! Hehe. Yalah kalau buat di kampung sebelah abah dia memang meriah. Sana ramai rakyat jelata. Hehe.

20130428_132509 20130428_133126

Tiada pulak aku ambil pic yang betul betul bagus utk tengok keseluruhan meja parti. Sad smile

 

 20130428_132420  20130428_132455

 20130428_132516 20130428_132416

Cupcakes, drinks, doorgift & birthday presents. Kesian ba budak budak ni, datang bawa hadiah pulak. Anduu.

 

20130428_134557

Mana Alya? Lari sana lompat lompat sama kawannya..ndak mau begambar. Fuhh. Pilih kek gambar batman sebab birthday boy adalah taksub pada superhero. Haha.

 

20130428_134627 20130428_134630 20130428_134650

My birthday boy! Perasan ka banyak macam titisan air di muka ku. Peluh banyak! Aku ibu yang berkerja keras untuk party ni. Fuhh. Hehe.

 

 20130428_134931 20130428_134940 20130428_134856

20130428_134850 20130428_142946 20130428_135013

Dhani’s photos..dann..hujung sekali tu sempatla tangkap gambar yaya yang lompat sana sini. Satu ni jak gambarnya jadi daripada tiga snap.. Yang lain semuanya dia lari…sabarlah wahai hati. T_T

 

Sempena birthday dia ni aku hadiahkan dia truck yang guna remote control. Masa view toy ni di website toys r us memang sudah baca description-nya untuk 4 years ++. Tapi, aku beli seja dan akhirnya dia tidak berapa tau mau layan benda ni. Dia tarik la dia punya antenna truck, dipatahkannya la antenna remote. Dia main lempar seja truck tu ke lantai. Aduh! Aduh! So, moral value-nya beli la ikut umur, kalau tidak mau ikut pun, beli la yang jarak umurnya tidak lebih setahun dari umur yang di-recommend. So, aku sudah simpan truck tu dalam almari. Nanti umurnya sesuai baru kasi balik. HEHE.

Dhani, Ibu doakan supaya Allah sentiasa memberi jalan, ilmu dan ketabahan kepada ibu untuk memberikan yang paling terbaik pada kamu. Ibu doakan kamu jadi anak yang sangat cintakan ilmu,  baik hati, tabah, mudah menerima ilmu, ada ingatan yang kuat, mudah dididik, dan direzekikan Allah ilmu ilmu yang berguna, dan dekat dengan orang orang soleh. Ibu doa lagi supaya kamu boleh memberi manfaat kepada orang lain, pada agama dan bangsa. Ehhh..sedih pula. hehe.

Salam peluk cium dan sayang yg paling dalam dari ibu, XOXO. :)

Thursday, May 16, 2013

Alya si anak sulung

Assalamualaikum..

Sekarang tengah update blog dari Kundasang, Sabah. Kami duduk hotel seja menunggu husband yang tengah daki gunung tu. :) Dua hari sebelum husband pegi daki gunung, aku balik balik fahamkan Alya yang abahnya akan daki gunung. Fahamkan dia yang kami akan tinggal bertiga seja dengan Dhani di hotel without abah. Ndak boleh cari abah, ndak boleh nangis. Awal awal masa cakap begitu dia nangis, tapi dengan bagitau dia berulang ulang, jawab semua soalannya then akhirnya dia menggangguk setuju. Senyum and bagitau balik sama aku apa yang dia faham pasal abah akan tinggalkan dia untuk mendaki gunung. Lucu jugak rasanya sebab dia pulak yang bagitau balik sama aku apa yang aku bagitau dia. Hehe. Heii.. budak budak memang lucu. Awal pagi kemaren aku kejutkan anak anakku jam 5.30 pagi supaya boleh breakfast sama abahnya and boleh tengok abahnya jalan. Bagi aku cara begini, cara bagi anak kita betul faham situasi, buat kita lebih mudah jaga dia.

Pagi tu kami mandi pagi dalam bath tub. Terjun jak tiga tiga sekali dalam tu. Hehe. Lepas aku mandi, aku ambil Alya dalam bath tub keluar bilik air. Tengah lap lap dia, dia lari ke dalam bilik air. Aku tanya kenapa? Dia jawab, “Aku tengok adikku, takut dia terjatuh”. Kehkeh. Macam macik macik la. Sepanjang aku siapkan dia, sambil sambil tu dia jerit jerit adiknya, “Adikk…duduk diam diam eh..jangan panjat..mandi..bla..bla..” Ketawa aku sendiri. Hehe. Tapi dia memang begitu, sudah kenal bahaya. Sudah ada rasa mau jaga keselamatan adiknya. Lucu la bila budak umur 3 tahun buat begitu. Hehe.

Sepanjang pagi, nampak jugak Alya tidak selesa macam rasa kehilangan gitu. Kehkeh. Tapi dia pulak bagitau aku yang abah dia naik gunung. Then, aku buat buat terima nasihatnya. Hehe. Masa makan tengahari tadi, dia tanya aku, “Abah makan apa? Adakah makanannya?” Aku pun jawabla yang best best. Dia pun senyap.

Petang tadi, aku ngadu sama Alya sejuk.. Terus dia tanya,

“Abah ada bawak baju ka? Nanti dia sejuk.”

“Ada abah bawak…banyaakkkk..”

“Ibuuu…Abah pegi sama siapa?”

“Sama kawan kawannya..”

“Banyak?”

“Banyakkkk….”

“Ibuuu…kawan abah jaga ka jugak abah di gunung? Nanti ndak ada orang jaga abah..camana..? “ Dia tanya lagi tapi nadanya sebak sudah. Matanya ada sudah air mata.

“Mestila jaga…banyak kawan abah. Semua jaga abah.” Terus aku ajak dia main. Dia pun senyum senyum dengan airmatanya. Anduuu. Aku pun macam mau nangis, sebab tidak sangka aku dia begitu caring sama Abahnya. Terharu kali ya. Hikhik.

 

Malam tadi tengah tengok TV. Aku perasan dia layu sudah. Dia baring jak diam diam. Aku biarkan jak. Tidak lama tu, aku datang tengok dia. Matanya ada airmata sikit. Muka yang mau nangis tapi di tahan tahan tu.

“Alya kenapa?’ Dia diam jak.

“Alyaaa…kenapa ni? Aku peluk dia. Terus airmatanya laju keluar.

“Ingat abah ka?” Dia mengangguk. Aku peluk dia sambil pujuk pujuk. Tiba tiba dia lari pegi tingkap yang boleh nampak view gunung. Dia berdiri tepi tu nangis, “Abahhhh…baliklaaa..”

 

DSC_0384Hehe. Kesian ba… Macam dalam drama. kehkeh.

Aku pun ajak dia tidur. Dia tanya lagi banyak barang abah dia bawak. Siap suruh aku sebut semua apa yang barang dia bawak. Punyala risau abah dia apa apa. Hehe. Alya ni tidak suka pakai selimut. Marah kalau pakaikan selimut. Malam tadi pun dia marah sebab selimut biru yang aku bawa terkena dia. Aku cakap, “kesiannya, ni selimut abah ni..” Terus dia tanya, “selimut abah ka ni?” Terus peluk selimut tu. Amboi. Sampai sekarang tidak mau berenggang sama selimut tu. Aduhai anakku…

DSC_0389

 

Sepanjang tunggu tidur, terdengar jugak beberapa kali dia tiba tiba macam ternangis lagi beberapa saat. Lepas tu ok. Hehe.

Semakin dia besar, semakin nampak sikap protected dia tu. Semakin nampak sikap ambil berat, suka bagi advice, ada rasa risaukan orang yang dia sayang…hehe. Alya..Alya..patutla Allah ciptakan dia menjadi anak sulung. Anak datang dengan kain putih, kitalah yang corak dia. Sikap dia sekarang ni, datang dari Dia, kitalah parents yang kena berusaha untuk kekalkan sikap baik dia ni. Beratnya amanah Allah.

Okla. semoga kita semua jadi the bestttt parentsss in the worllddddd… hehe.

Bye!

 

 

'

Wednesday, April 10, 2013

Alya sudah mau sekolah & Tips.

Alya sudah mau sekolah!

Alhamdulillah. Alya sekarang sudah mau ke sekolah. Tidak lagi nangis di sekolah macam aku cerita di SINI Syukur! So, aku mau share beberapa tips ya mommies! :D

1. Selalu selalu selalu dan selalu ingatkan dia yang sekolah ni BEST. Selalu bagi contoh yang dia mudah faham pasal benda best best di sekolah. Aku selalu bagi contoh Upin Ipin. Bila tengok ipin sama sama, aku selalu cakap,
" Tengok Ipin..tengok Meimei, ndak nangis pun. Happynya dorang disekolah. Ketawa ketawa, main main. Wah!! Cikgunya datang...Yeaayeaa cikgu datang. Ibu pun mau school jugak la. Mau jumpa teacher"
Lebih kurang macam tu la. Kau pandaila goreng anak kau to make her/him feel comfortable about school.

2. Do discuss with the teachers. Aku ada jumpa cikgu dia. Cerita sama cikgu dia keadaan Yaya. Keadaan dia yang feel soo unhappy tiap pagi pegi sekolah. Tanya cikgu dia Alya macam mana di kelas. Problems dia, sikap dia.. dll. Kami diskus dimana problem dia. And, for sure tiada sedikit pun ayat ayat yang boleh bikin cikgu dia rasa dipersalahkan. Always cakap terima kasih sama cikgu, supaya cikgu dia senang hati ajar anak kita. Hehe.Next time aku datang, cikgu dia senang hati bagi feedback pasal Alya. Feedback minggu ni, Alya langsung tiada nangis lagi. Dia okey jak, cumaaaaa...dia cepat bosan. Aduh, another problem pulak!

3. Kasi dia tidur awal. Aku rasa ni penyumbang terbesar jugak yang bikin Alya better. Bila tidurnya banyak, dia bangun pagi boleh senyum senyum. Dia tidak tidur lagi dalam kereta tiap kali pegi sekolah yang ambil masa hampir sejam tu. Bila dia tidur dalam kereta, nanti dia akan nampak pening pening and bad mood bila dikasi bangun untuk masuk kelas. Bila tidak tidur, aku akan tunjuk excited sama dia bila nampak signboard sekolahnya. Dia pun senyum ketawa macam terikut excited. Kehkeh.

4. Masa berjalan ke arah sekolahnya, kami nyanyi nyanyi, happy happy, buat buat excited yang its gonna be another exciting day. Another exciting class. kehkeh. Haihh..sama anak kena banyak berlakon.

5. Kenal kelemahan anak. Macam Alya dia ada problem cepat bosan dan cepat letih. Bila force, dia akan stress. Nangis and tunjuk yang dia tidak mampu buat lagi. So, aku terima kelemahan dia. Sekarang tengah belajar macam mana mau atasi kelemahannya pulak. Wahh..semakin aku tau tinggi rendahnya langit parenting ni. Wuuwuu. Lagi satu, tidak perlu tekankan akademik. Jadikan kegembiraannya nombor satu. Biar dia happy in learning. :D

Ok, itu seja perkongsian aku ni kali.
Bye.
:D

Monday, March 18, 2013

Jom sihat bersama Tenis

Asslamualaikum.

Lama sudah ni angan angan mau main tenis. Nampak macam best jak main tenis ni. Tapi jujur memang tidak konfiden boleh main. Hehe. Banyak kali juga mintak beli raket tenis sama husband. Sambil minta sambil dalam hati ketawa ketawa cakap sendiri, “Eksen seja kau minta raket, macam pandai! tengok tengok nanti kerjamu pungut bola seja. Haha!”

Last week, ikut husband pegi tukar tali raket. Jumpa raket best, colour pulak pink purple. Oh tidakk. Comelnyaa! Mintak main main sama husband sebab harganya agak mahal bagi aku. Then, husband serius belikan. Gulp! Dalam hati, “Matiiii..serius si kawan belikan. Sekali nanti kejaku pungut bola jak, marahla si tukang beli ni. Hehe”

Masa mau pegi main tenis petang tu, Dhani super excited tengok raket aku. Meraung sebab maukan raket aku. Haduii! Bagi jak dia pegang, memang raket tu tidak lepas dari pelukannya. Sepanjang perjalan ke court tenis, Dhani cium beberapa kali raket aku sambil senyum senyum. Ya ampun, kenapa sudah anak aku ni. Excited melebih lebih. Hormon bujang dia datang lagi la ni. Perasan betul boleh main. Haihh.

20130313_171611 20130313_171609

Tidak apa, kasi dia posing dulu. Kehkeh. Macam mau gigit la budak ni.

 

20130313_172019 20130313_171924 20130313_172027

Tidak apa sekali lagi, kasi chance dia main sekejap. Habis scratch raket aku. T_T

 

20130313_171635 20130313_171633

Aktiviti merampas bermula. Hiyarkhh..hiyarkhh.

 

 20130313_171908 20130313_171851

Dhani : Anan(jangan/tidak mau) tet(raket) ni..     

Me : No, no. Ibu mau main sudah ni, pakai raketmu ni na..

Dhani : *meraung*

 

20130313_173539

Akhirnya perlawanan pun bermula. Hiyarkhh..hiyarkhh.. Tapi, si kecilku tu tetap setia di sisi perasan yang dia pun one of the player. HEHE. Maka, kami main beregu campuran la ni.

 

20130313_173640 20130313_173811

Dhani maintain sibuk kejar bola, baling bola, tangkap bola. Dia masih lagi sangka dia pun player juga. Haha.

Kesimpulan, main tenis sangat best. Aku menjangkakan ia akan jadi satu ketagihan kelak. Haha! Aku tidak sangka aku boleh main. Aku rasa raket tu yang buat aku boleh main. Sebab dia ringan, senang handle, tidak menyakitkan sebab pasang shock absorber dan yang penting jugak kaler purple pink. Haha! Memang sedap pakai, orang yang tangan kayu macam aku pun jadi boleh main. Raket aku ni brand Wilson BLX Pro Tour, just to let u know for those interested.

Jom main tenis!!

Sunday, March 17, 2013

Alya yang tidak mahu ke sekolah.

Assalamualaikum.

Menaip entry ini saja buat hati aku sayu. Hmm. Today mau cerita pasal Alya yang tidak mau ke sekolah. Apa sebenarnya yang terjadi sama anak aku ni. Dulu dia tidak begini. Excited mau pegi sekolah. Nangis lagi kalau aku larang dia ke sekolah sebab dia sakit. And, sometime hari cuti pun dia nangis sebab dia tidak sekolah. Tapiiii, sekarang, which exactly about 2-3 minggu akhir ni la. Dia tidak mau sekolah. Masa awal-awal tu dia cakap dia tidak mau sekolah. Aku ingatkan dia main main seja. So, aku tidak peduli sangat. Dua minggu lalu, teachernya cakap Alya nangis hari-hari sejak beberapa hari tu. Aku tanya kenapa, teacher dia cakap dia pun tidak tahu. Tiba tiba menangis. Aku pun tidak kisahla sebab pikir biasalah budak.

Minggu ni masa aku pegi bayar yuran sama teacher dia. Aku tengok Alya tengah nangis. Bersungguh pulak tu. Bila aku tanya kenapa, teacher dia cakap,

“tidak taulah kak.. Tiap hari pun begini. Sejak yang saya cakap sama kakak hari tu, hari hari dia nangis time kelas solat dan waktu morning assembly. Tapi masa masa lain, dia okey. Kadang dia nangis sampai muntah.”

Terkejut aku dengar. Kesiannya Alya kalau macam ni hari hari. Itu maksudnya bukan dia nangis ngada ngada tu, memang ada sebab dia nangis. Nangis sampai muntah pulak tu. Balik sekolah, aku bawak Alya main main. Bawak dia cerita cerita. Tanya napa dia nangis di sekolah,tapi dia tidak  mau jawab. Entah berapa kali aku tanya, berpuluh kali mungkin ya. Dia tetap tidak mau jawab. Macam macam cara aku tanya dia supaya dia bagitau kenapa. Last last aku main soal soal sama dia. Sambil ketawa ketawa, sambil buat gaya gaya happy ceria, aku tanya dia kenapa baru dia mau jawab.

“Yaya ndak suka school, Yaya takut teacher.. teacher H (nama dirahsiakan.Haha), takut dia marah, Yaya ndak suka kelas solat sama baris..

“Sapa yang ajar kelas solat?”

“Teacher H…”

“Teacher baris siapa?”

“Teacher H..”

“Alya suka teacher apa?”

“Suka teacher Salma..Ibu teman Yaya..Ibu jangan balik..Teman Yaya di school..Yaya takut teacher..”

“Ibu mesti balik, Yaya tinggal di school sama teacher ya, Teacher Yaya comel comel, baik baik..kan?”

“Ndak mauuuu….Ndak mau school..Mau school ibu jak..”

 

Fuhh! Menjawab jugak anak aku ni akhirnya. Lega akhirnya aku tau kenapa. So, the problem here dia takut sama teachernya. Aku ada bagitau pasal ni sama teachernya. Teachernya cakap, bukan dia yang kena marah, budak yang lain, mungkin dia sangka dia yang kena marah. Hmmm. Kalau perkara ni berlarutan sampai dua minggu lagi, aku mau jumpa lagi teachernya bincang baik baik. Aku tidak kisah anak aku kena marah atau kena denda. Cuma kalau sampai dia tidak mau pegi sekolah, itu sudah jadi masalah besar. Aku takut dia terbawa bawa benda ni sampai masa masa akan datang. Nanti dia label alam sekolah ni something yang tidak best and scary. 

Aku juga perhati betul betul problem lain yang bikin Alya jadi begini. Aku nampak dia jugak rasa terbeban dengan aktiviti sekolah. Contohnya bila task yang dia dibagi ialah colour lima haiwan, dia akan warna tiga seja. Dia akan cakap, “penatlaaa…penat..”. Bikin aku terfikir yang maybe she just too small lagi. Dia baru pun berumur 3 tahun 5 bulan. Kalau ikutkan, memang kecil lagi. Lagipulak kemampuan anak masing masing beza kan? Hmmm. Then, maybe bila dia rasa tidak boleh teruskan, then cikgu yang dia takut tu pulak suruh dia teruskan, akan sebabkan dia rasa terbeban kemudian nangis kemudian rasa tidak seronok kemudian lagi tawar hati mau pegi sekolah. Fuhh.

Selain tu, dia jugak susah mau bangun pagi. Sebabnya malam pun kadang tidur lewat. So, pagi nangis kena kasi bangun sebab masih mengantuk. Aku nampak juga yang dia ni macam minta perhatian. Awal tu dia memang betul betul masalah pegi sekolah. Then, dia show yang dia unhappy to go school sama kami. Respon kami pulak banyak bagi dia perhatian supaya dia happy balik. Jadi,mungkin dia rasa yang cara ni boleh dapatkan perhatian kami. Makanya, dia pun makinla tambah tambah sana sini sebab rasa seronok pulak Abah Ibu layan spesial. Hehe. Aduhai laa anak.. Okey, setel sudah diagnosis ku yang bertajuk “punca punca yang sebabkan Alya tidak mahu dan unhappy ke sekolah”. Hehe.

Perkara ni is a new experience untuk aku. Kalau tahun tahun sebelumnya masalah anak anak yang aku hadapi macam masalah anak tidak mau susu etc, sekarang Allah bagi assignment baru. Tajuknya “menangani masalah anak tidak mau sekolah”. HEHE. Pening pening juga excited and happy juga. Suka sebab belajar benda baru. Mudah mudahan makin lama makin pandai handle masalah anak anak ni. InsyaAllah.

Okeyla kawan kawan, bertemu lagi kita di episod akan datang pada waktu dan hari yang sama. Bye-bye!

20130218_165120

Thursday, March 7, 2013

Hidup baru di Tawau.

Asslamualaikum.

Rindu la mau berblog. Cemburu jugak tengok blog orang meriah, selalu ada entry baru. Boleh begitu, eh? Hehee.

Alhamdulillah kehidupan sekarang di Tawau lebih baik dari tahun sebelumnya. Mana tidak lebih baik, kalau rumah mak dan kakak-kakak aku 15 minit jak dari rumah sendiri, kan super seronok tu. Hoho.

Suka keadaan sekarang, bila husband pegi meeting balik sampai lewat malam,  terus cepat jak pack barang balik rumah mak. Haha. Kalau outstation tidak payah cakapla. Heee. Kesian dulu, sendiri sendiri la aku di rumah menahan takut dan sepi. Ecewah. Tiap kali balik rumah mak pun, aku sibuk mau pack makanan macam macam. Pusing keliling rumah kalau ada buah-buah yang masak. Masak apa yang sempat untuk dimakan sama sama nanti. Singgah pasar sebelum sampai rumah mak pun sudah boleh dikira satu kewajipan. Suka!Suka! Hehe. Tengoklah ni, segala pakis, ayam perap, pisang, cucur, semua mau di bawa balik. Pening si tukang hantar mengangkat barangku. Kihkih.

20130228_163144

Di rumah ni setiap hari ada Kak Salmah yang estate tugaskan untuk buat cleaning di rumah setiap hari. Selain tu ada Udin si tukang kebun. Kak Salmah dengan Udin ni suami isteri. Tinggal sebelah rumah aku jak. Ada apa-apa aku jerit jak.

Contoh : “kakkk Salll….. di mana tanam serai tuuuu? Sayaaaa mauu pegi ambil niii..”

Nanti dia pun jerit dari rumahnya : “Di sanaaaaa puaannnnnnnn…” Haha. Senang kan. Merasa jugak aku berjiran. Haha. 

20130128_172739 20130128_172650

Rumah aku sebelah kiri. Rumah Kak Sal sebelah kanan yang dibelakang tu. Hmm. Dekat kan. HEHE. Selain dari dorang dua, ada sorang lagi adik yang ada disini setiap hari. Namanya Nisa, aku bawak dia kesini untuk jaga Dhani Alya disini tiap hari. Sebab aku kesian sama dorang my kids yang selalu nangis rengek rengek kalau aku sibuk buat kerja rumah. Sekarang Nisa sudah ada, ligat la dorang main bertiga. Aku pun senang buat kerja tanpa gangguan. Kuikui. Senang Mama tanam sayur. Hoho.

20130302_163415

Tengok kebun sayur aku. Sudah mula membesar. Yuuhuuu! Penat tau berkebun ni. Sudah besar sikit kasi pindah anak anak sayur pegi batas. Cabut rumpai. Kawal haiwan perosak. Hmm. Penat tertunduk tunduk dengan panas lagi. Tiap kali lepas berkebun, muka jadi gelap, badan kepala mandi peluh, kuku hitam kena tanah, kulit tangan jadi sedikit kasar (?). Masuk rumah terus mandi, berus kuku, cuci badan bersih-bersih, rawat muka yang menggelap. Huuu. Tapi, aku tidak kisah semua tu. Bak kata orang,

“Gardening is a theraphy and its give you tomatoes”.

Haha. Banyak lagi aku tanam, ni baru batas sayur aku. Ecewahh.

Aku ada satu orang lagi kawan disini. Yunus the manager’s driver. Sebab aku dilarang memandu selagi tiada kereta auto (Fuhhhhhhhhh), dialah yang hantar aku hari-hari pegi bawak Alya sekolah. Bagus juga kawan sama dia ni, banyak ceritanya di kereta dan banyak tolong aku juga. Thanx Yunus.Thanx estate manager. :D

Petang petang aku selalu juga kasi turun anak-anak di tanah. Main bola, main rabbit, sambil aku urus sayur-sayur aku. kehkeh. Dhani jak main rabbit, Alya takut setengah mati. Kami semua di larang dekat rabbit, kalau tidak dia akan nangis macam mau pengsan sebab takut kami kena gigit. Pic di bawah ni Alya tengah nangis sungguh sungguh la tu sebab takut adiknya kena gigit. Lawak la Alya nih.

20130117_131910 20130128_172302

 

Kadang weekend kami pegi mandi pool. Estate sini ada sediakan swimming pool untuk ekskutif sini. Senyum lebar sampai telinga aku sebab semacam boleh belajar swimming jak. ah ah ah. Maka aku terus bernekad untuk pandai swim before aku tinggalkan estate ni. Aduhh. Aku betulbetul mau pandai swim. Helppp!! Pic di bawah gambar Dhani yang sudah pandai begerak sendiri dalam pool. Sekarang sudah makin terer handle diri dia dalam air. Lagi sadis, dia nangis nangis mau terjun di papan anjal macam orang lain buat. gagagaga. T_T

20130119_090116 IMG_20121229_204627

 

 

Kalau di semenanjung dulu, weekend mesti mau keluar, mesti mau makan luar. Di sini, kami jarang makan luar. Beli jak seafood best best masak di rumah. 3 bulan suda aku tidak makan pizza. Macam tidak percaya. Wah! Hehe. Weekend kami disini setakat ni tidak putus putus dikunjung tetamu. Alhamdulillah, happy betul untuk itu. Ada seja orang yang mau datang. :)

Okay sampai sini seja kisah hidupku. Alya sudah rengek rengek mintak nenen. HEHE.

Doakan keselamatan kami rakyat sabah. T_T

Bye~

Thursday, January 10, 2013

Happy 4th anniversary

Assalamualaikum :)

20130103_210801

Segala puji bagi Allah yang memanjangkan umur, yang mengurniakan rezeki, yang memberikan rasa cinta, yang menjaga hati hati kami dan yang memberkati hidup kami.

Alhamdulillah.

Perkahwinan aku bukanlah suatu yang sudah lama di rancang. Tiba-tiba berkenalan dengan seorang lelaki yang tua 7 tahun dari aku. Tiba-tiba menjadi rapat. Tiba-tiba jadi sayang. Tiba tiba ajak kawin. Tiba tiba selamat berkahwin. Tiba tiba ada anak. Tiba tiba tidak sedar sudah empat tahun Eh eh eh. Haha. (Ya, ada unsur tambah tambah cerita di situ.Hehe) Aku kawin muda, kawin masa belajar, umur baru 22 tahun. Kawin aku tidak macam orang lain pun. Sebulan, seminggu, sehari sebelum kawin pun masih rasa..”biar betul aku mau kawin ni?? Betulkah aku ni?” Masa akad nikah tidak rasa terharu mau nangis pun, boleh pulak dalam hati masa tu “ Matilah aku..habis jak akad ni aku jadi bini dia..Oh tidakk..Habisla.. Naahhh, akad sudah lafaz. Habisla. Tinggal tunggu saksi cakap ‘sah’. Mati..matii.. Nahh!! Dia sudah cakap ‘sah’. Tinggal satu lagi. Haaaa. Dia sudah cakap sah! (Kadi angguk terus tadah tangan tanda perkahwinan sah) Aku terkebil-kebil macam tidak percaya benda ni happen. Dalam hati masih lagi…”Haaa..aku sudah jadi bini dia..sah sudaaaahhhh!!”

Hahaha. Hadoii. Entah kenapa aku begitu, mungkin sebab kepala masih lagi macam budak masa tu. Entahhh. Hihi.

Sekarang sudah empat tahun benda tu berlalu. Tapi masih segar di ingatan. Wahhh. Hidung kembang kuncup sebenarnya sebab sudah ulangtahun ke-4. Sebab bagi aku empat tahun tu bukan jangka waktu yang sekejap. Kalau masuk universiti ijazah kejuruteraan sudah boleh grade ni. Yuuhuuu. Senyum-senyum sendiri mengenangkan empat tahun yang sudah ditempuhi. Daripada aku yang tidak tahu apa-apa pasal perkahwinan sekarang sudah boleh di harap oleh keluarga untuk memasak-masak untuk ramai-ramai. HAHAHAHAHA. This isss funnnnyyyyyy!!

Sampai sekarang dorang(keluarga) boleh senyum-senyum tengok aku sediakan makanan sebab dulu memang zero! Huahua. Bab-bab kemas dan urus rumah pun aku tidak pandai. Mamaku dulu sebelum aku kawin selalu bilang aku ni menyapu pun tidak pass, camanala nanti berkahwin. Heeee. Tapi bab ni sampai sekarang tiada improvement. HAHAHA. Lemak naik banyak sangat sebab ada helper di rumah everyday except sunday. Hmm. Bukan salah aku. Hoho.

Ingat dulu awal-awal kawin duit tidak banyak pun. Kehkeh. Tambah lagi aku masih belajar. Ingat lagi masa aku konvo dulu kamera pun tiada. Pakai kamera handphone seja. Anduuu. Honeymoon pun tidak pegi mana sebab masalah yang sama. *senyum*. Tapi aku tidak sedih pun. Aku rasakan semua tu manisssss. Manis untuk diingat. Sekarang sikit-sikit hidup kami berkembang. Dari pakai kamera handphone, sekarang sudah punya DSLR. Daripada pakai barang-barang yang tiada jenama, sekarang sudah boleh beli sikit-sikit Tefal, Tupperware, Nike, dll.. HAHAHA. Lucu pulak! Daripada husband pakai motor usang pegi kerja, sekarang sudah pakai D-Max. Daripada kerjanya sebagai asisstant 2, sekarang sudah Estate Manager. Daripada no baby, sekarang sudah dapat sorang wirawati dan sorang wira. Haha. This is the bessttt partt. :D How sweet melihat hidup berubah sikit demi sikit.

Dulu masa awal-awal kawin pun aku perangai masih macam anak kecil. Suami la tempat sepenuhnya kegembiraanku. Silap sikit datang dari dia yang jugak seorang manusia biasa boleh bikin aku merajuk berhari. Kerjaku hari-hari menunggu dia balik. Bila terdengar bunyi motor menghala ke rumah, terus rasa macam mau lompat-lompat macam menang loteri. Bila lambat balik sikit, mula la hati jadi lemah..jadi pilu. Aiya!! Empat tahun ni mengajar aku untuk jadi orang yang lebih berkualiti. Haha. Daripada seorang isteri lemah dan keanak-anakan aku sudah sikit-sikit menjadi isteri profesional. Wahaha. Aku sudah menganggap menjadi housewife ni also a carrier. Karier yang aku patut kejar kejayaannya sama macam kawan-kawan aku lain kejar kejayaan di office masing masing. Di rumah ni aku letak satu tempat aku sendiri, tempat kids tidak boleh masuk. Aku bilang itu office aku. Hehe. Di situlah aku menjahit, update blog aku, bersosial di web, mencari ilmu, buat perancangan aktivti family, buat budget dan banyak lagi la. Dulu kecik hati bila husband tidak bawa jalan-jalan. Sekarang aku anggap merancang dan atur benda benda begitu is my job. Husband aku sibuk dan penat kerja kan, jadi aku anggap aku ni lah Personal Assistant (PA) dia and he is my bos. Aku yang rancang and manage semuanya termasuk bab-bab holiday. Akulah yang mencari masa kosongnya untuk manage pegi jalan. So, no moree hard feeling when he couldn’t make it.

Empat tahun ni bukanlah hari-hari pun gembira dan ketawa. Banyak perkara yang mensesakkan jiwa dulu dan aku belajar atasinya. Sebab tiada kawan dan keluarga dekat jadinya aku belajar tidak dari sesiapun. Kadang rasa mau jumpa pakar kaunseling.*senyum*. Maka belajarla dari web. Dan selebihnya aku serahkan bulat-bulat pada Allah. Hari hari pun mintak tunjukkan jalan olehNya. Lama kelamaan Allah tunjukkan aku jalan. Maka jadilah aku hari ni. Bukan macam dulu yang banyak menangis. Haha. Jadi kamu pun kalau rasa hati selalu sedih, banyakkan berdoa supaya ditunjukkan jalan. Dan selalu ingat Allah itu sangat dekat. Bila minta dia pasti bagi.  Cuma perlu sikit sabar dan banyakkan bersangka baik sama Dia. Okeyy? :D

Segala puji bagi Allah yang memberikan semuanya. Terima kasih sama suami yang sudah sangat banyak memberi. Doaku tetap sama, semoga hidup di sisi dan di hati kamu bukan seja disini, tapi berjaya hidup bersama di sana dan berjaya didik si kecil kita mendapat tempat di sana. Amin ya rabbal alamin.

*Buttt..pleaseee, cukuplah hidup bersama anak anak seja. Jangan pernah melencong hidup bersama wanita tambahan lain pula. Cukuplah aku seja wanita di keluarga kita. Hahaha. Walaupun aku ketawa sila ambil serius. Haha.*

 

Wassalam :)

Thursday, January 3, 2013

Welcome to Table Estate, Tawau.

Yuuhuuuuuu…time taip tajuk entry ni pun sudah bikin aku senyum-senyum. Hakhak. Aduhaii betapa bahagianya dapat posting di kampung sendiri. Senangnya kumpul-kumpul sama keluarga. Aku sejak form 1 memang sudah tidak tinggal di rumah, and tinggal di Tawau. Sekarang ni lah baru aku menetap di sini. So, after 13years…Im coming home!!!

Hari ni sudah 6 hari kami di Table. Buat sementara waktu ni kami tinggal di Guest House Golden Abaca dulu. Guest House ni Table Estate punya. Barang kami pagi tadi dikabarkan akan naik kapal on 18 Dec. Makanya, dalam 25 Dec jugakla baru dapat. Huihuii. Mau sebulan baru dapat. But, its okayla..Best juga tinggal lama-lama di Guest House ni. Suka aku rumah ni. Cantik dan besar. Rumah ala-ala Inggeris. Plus, aku suka sama penjaga rumah ni, Kak Marni. Baik orangnya, ceria and veryyyy humble. Kalau bercakap sama kami yang tengah duduk di kerusi, dia akan duduk di lantai. Hihi. Lucu and kinda cute. Hehe.

Makanan di sini di hidangkan oleh Kak Marni. Dia masak, dia served. Aku rasa macam orang kaya duduk di sini. Cara dia served makanan tu macam aku ni datin pulak.Haha. Tapi, selepas beberapa hari aku disini, aku sudah start masuk dapur masak sama Kak Marni. Hari-hari topik perbualan kami mau masak apa? Apa yang sedap? Petua masak?Cerita pasal makanan jak. Haha. Tapi, aku enjoy la dengan dia. Aku belajar dari dia, dia belajar dari aku. Best! Dia pun sudah sangat berpengalaman, dia kerja di sini sejak zaman orang putih mentadbir  estate ni lagi, sejak 22 tahun dulu. Pehhh. Aku di sini selera makan. Husband and anak-anak pun sama. Tiada lagi terasa mau makan luar. Dulu di Kluang, selalu jak ada rasa mau makan pizza la..McD la..Di sini tidak pernah pun terlintas. Kali sebab hari hari pun masak sedap. Everyday is seafood. Ketam, udang, sotong, ikan-ikan fresh..Hmm.memangla meningkat kalori macam ni. Huhu. Aku di pasar ikan senyum-senyum tengok segala seafood di bentang fresh-fresh dan murah-murah. Sampai ditegur oleh penjual ikan, Hehe. Pasar sayur pun kemas and tersusun cantik segala sayur mayur. Biasala kalau orang bugis menjual. No wonder. :D

Persekitaran rumah ni cantik. Dari depan rumah boleh nampak laut. Banyak binatang-binatang dan pokok-pokok di sekitar, boleh anakku belajar sains. Haha. Kadang kami pagi-pagi or petang pegi kejar butterfly. Pegi tengok ayam serama. Pegi tengok pokok-pokok buah. Kesukaan budak-budak ni. Tempat ni agak berangin jugak, memang mendamaikan tinggal di sini. Sedap jak menghirup udaranya.

DSC_0461 DSC_0483

 

DSC_0474Guest House Golden Abaca

DSC_0497View from the house, boleh nampak laut.

 

Disini kami rasa rileks and santai jak. Selepas pikir-pikir, baru aku perasan sebab rumah ni tiada internet. Sebelum mungkin selalu online, jadi kami kurang santai. Tapi, di rumah ni..dengan tiada internet, rasa banyak masa terluang bersama, masuk tidur lebih awal, and bangun pagi dengan sedap badan sebab banyak tidur. Hehe. Kami tidur dalam jam 10malam, bangun pagi jam 5 pagi. Rumah sentiasa kemas tanpa gadget everywhere. Betul la gadget ni melemaskan. Hmm. Harap-harap lepas ni bolehla ajar diri and family supaya berenggang sama segala gadget. Keadaan yang tenang damai buat aku terfikir-fikir perlukah aku sambung internet atau tidak ya? Hmm. Luuu pikirla sendiri..Hehe.

 

Okla bye!

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design