Tuesday, August 23, 2011

Janganlah kau angkuh pada pendirianmu.

Sejak kecil, dalam diri aku sudah tertanam mau jadi orang yang menghasilkan duit pada suatu masa nanti, menjadi orang yang punya pendidikan yang tinggi. Aku selalu bilang pada diri sendiri, “At least aku belajar sampai Master”. Since aku form 1, aku selalu bilang begitu.

Aku jugak selalu bilang yang..

“Tidak mau kawin awal, paling awal pun umur 27 tahun!”

“TIDAK mungkin aku tidak bekerja selepas kawin!”

“Aku akan berkahwin selepas aku stabil dalam kerjaya!”

“Aku heran betul dengan orang yang ndak kerja lepas kawin ni la..Sudah ada pelajaran, mak bapak kasi pegi sekolah, lepas tu decide mau duduk di rumah jaga anak dan suami jak? Pegila keluar bekerja..Masalah anak? Masalah kecil la tu, Hantar la nursery, semua orang pun begitu la.”

“Aku tidak akan kahwin masa belajar, one of the things yang ndak akan aku lakukan”

(Sedih pulak type benda-benda di atas, tapi lucu jugak..Hheee)

Yes, begitula antara ayat-ayat aku dulu.. Dan, yang bestnya..Aku selalu bilang begitu dengan angkuhnya. Pada masa tu, aku tidak rasa pun yang aku telah meletakkan perkara-perkara tu di kepala ku dengan angkuhnya. Dan bukanlah juga, aku berkata begitu dengan angkuh dan eksennya, cuma.. Aku YAKIN, bila aku tidak suka satu perkara tu , maka perkara itu tidak akan aku lakukan, bukan setakat tidak akan aku lakukan, tapi, TIDAK TIDAK TIDAK akan aku lakukan.

Which means itu sudah cukup menunjukkan yang aku angkuh dengan berkata begitu kan. Seolah-olah Allah itu tiada, kerana Dia lah yang mengizinkan kita untuk menyempurnakan sesuatu hal. Sehingga aku lupa, Allah itu Maha Besar dan Maha Kuasa, bila Dia mau terbalikkan hatimu..Itu boleh berlaku dengan sekelip mata.

10:23. Maka apabila Dia telah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.”

Dahulu..

  1. Bagi aku kejayaan itu cuma satu, Bila kau mampu keluar bekerja and making money, dan kau mampu membeli kereta,rumah dll dengan duit kau sendiri. Dan bagi aku, Semakin tinggi gaji kau, semakin success lah kau.
  2. Bila aku tengok wanita bekerjaya, hati aku macam mau meletup.Haha. Over excited kali ya. Aku ingat bila lecturer aku bercerita pasal kejayaan mereka dengan projek-projek mereka yang successful, aku kagum habis, seolah-olah air liur aku meleleh mendengar. Seolah-olah jak ok! Tapi, aku tidak tambah-tambah cerita ni, begitula hati aku yang sebenar.
  3. Bila semester break, balik kampung.. Aku suka bercerita sama family aku, terutamanya mak aku. “Mak..kawan aku keja IT, gaji boleh dapat macam ni..macam tu..”. “Mak, nanti kasi aku keja di KL ya..aku mau keja sana..bla..bla..”. “Mak, nanti aku mau keja dari bawah dulu..Ndak kisah gaji berapa..mau kumpul skill banyak-banyak..”
  4. Bila aku nampak housewife yang tidak bekerja, aku menggeleng-gelengkan kepala. Kadang-kadang aku agak marah sebab tidak setuju. Geram pula kadang-kadang kerana dia menghabiskan masanya di rumah sehinggakan kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya tidak digunakan dengan sebaiknya.
  5. Bagi aku, housewife yang tidak bekerja tu kolot, tidak berfikiran jauh dan luas, bertindak seolah-olah tiada pelajaran, tiada masa depan, hidupnya tidak mencabar dan sangat mendatar, dan yang paling best lagi, “Hey, Im not that type of women la!”
  6. Bila aku di suruh buat bayangan akan seorang suri rumah, aku terbayang macik sedang duduk di beranda rumah, sambil mengayun buaian anaknya, sambil tu juga dia memerhatikan anak-anaknya yang leka bermain di halaman rumah. Dia juga memakai baju T-shirt + sarung, bersanggul (haha..ini pun terbayang okeh!) = Tiada apa yang boleh dibanggakan.
  7. Orang yang bekerja ni best, nanti English dia boleh fluent, boleh jumpa ramai orang, kenalan ramai, kawan ramai. Self esteem pun tinggi yooo..

Setelah mempunyai idealogi sebegini rupanya… Setelah keangkuhanku yang sudah lakukan tanpa aku sedari,  maka bermulalah episod di mana Allah menunjukkan kuasaNya dengan memberi pengajaran kepadaku tentang setiap perkara itu bukanlah terletak 100% di tangan manusia. tetapi, semuanya dengan kehendakNya. Segala yang aku kononya tidak mau dan tidak suka lakukan pada suatu masa dulu datang satu-satu dan terjadi pada aku.

Aku berkahwin masa belajar, mengandung masa projek akhir, konon tidak mau kawin awal, tengok-tengok kawin pada umur 22 tahun yooo… Tidak bekerja selepas kawin pulak tuh! Heyyy..Mana aku punya pendirian yang kononnya bila aku tidak mau maka tidak akan terjadi tu? dan semua yang aku buat ni bukanlah atas dasar paksaan, tapi dengan rela hati.

Okeh, cerita di sambung.

Selepas kawin beberapa bulan, aku pregnant. Husband yang penyayang itu (ececeh..) melarang aku cari kerja. Bilangnya nanti dulu, lepas bersalin nanti la cari kerja. Aku pun setuju. Lepas bersalin, anak pulak masih kecil. Kesian rasa hati mau tinggalkan dia. Lagi-lagi kami tinggal di estate, nursery di luar pun jauh, keluarga pun tiada dekat-dekat. Mau fly 3 jam baru jumpa family. Pikir terus-terus macam mana mau bekerja keadaan begini, ada solution..which is jd husband wife hujung minggu seja, means aku bekerja jauh dari tempat kerja husband. Anak pulak hantar ke nursery. Tapi, hati tidak cukup kuat untuk buat begitu. Dalam masa yang sama, stress juga sebab masa makin hari makin mebuatkan degree aku expired. Yalah, makin lama tidak kerja, makin lupa segala ilmu. Dush!

8 bulan berlalu, aku masih tidak kerja.. Dan pregnant lagi. Open-mouthed smile

Aku gembira dan terkejut jugala. Tapi, gembira Alya sudah ada teman. (beberapa kali juga aku nangis tengok dia sunyi tiada kawan. Dia berdiri di gril menunggu orang-orang limpas di jalan,oh.kasihan anakku). Masa pregnantkan Eizz mula la hidup aku tidak keruan. Mula la aku memikirkan masa depan karier aku. Apa perlu aku buat? Sepertinya, ada seja halangan yang buat aku tidak boleh keluar bekerja. Bila dengar seja si polan si polan sudah kerja ini itu, terus rasa  diri ni useless betul. Rasa macam orang tiada pelajarn pulak. Haih. Self esteem jatuh merudum. Soalan dibenci : Apa kerja sekarang?

Maybe orang lain tidak faham kenapa aku begitu sensitif dengan perkara ni, airmata telampau murah bila cakap soal kerja. Bila husband aku dinaikkan pangkat, separuh aku happy, separuh aku cemburu. Cemburu sampai bad mood. Tengok muka mertua happy dengan kerja anaknya, tambah lagi aku cemburu. Dalam hati, bila la mak ayah aku mau senyum begitu disebabkan aku. Dengar kawan dapat kerja, aku menangis. Aku jugak tidak faham bila aku tanya kepada kawan aku samada aku perlu bekerja+jauh from husband(dua perkara ini adalah pakej bagi orang estate macam kami) ataupun tidak kerja, dan kawans au dengan mudahnya menjawab “tidak perlu”. Kadang-kadang aku rasa dorang ni saja mau sedapkan hati aku.

Hal-hal begini serius buat aku stres tau. Mungkin sebab pendirianku yang jauh bercanggah dengan situasi tu. HAHA. Aku rasa semakin lama semakin tertutup peluangku untuk menggunakan degree aku. Bukan aku tidak mau kerja, cuma..banyak hal-hal yang mendorong aku tidak bekerja or pergi kursus apa-apa. Bila aku pikir balik, ini semua sebab Allah mahu memberikan pengajaran pada aku. Dulu kan aku angkuh yang hal ni tidak akan berlaku pada aku…jadi, Allah menyempitkan urusanku sehingga aku tidak dapat bekerja, biar aku sedar sikit yang semua itu atas kehendakNya dan sure atas faktor usaha sendiri juga.

Sekarang Eizz sudah lahir, halangan untuk bekerja tu pun sudah kurang. Aku sudah boleh keluar cari kerja sekitar Kluang sebenarnya. Walaupun sukar dapat pekerjaan di Kluang, tapi manatau aku ada rezeki kan. Kalau ada yang offer untuk aku bekerja, aku fikirkan, tapi, keinginan untuk keluar mencari kerja sudah agak tawar. Kerja di luar Kluang, memang aku tolak la. Hati pula sudah mula rasa sayang menjadi housewife. 2010 tahun stress, menangis bingung apa perlu di buat. Tapi pada tahun 2011, semakin hari semakin kurang, fikiran pun positif, hati pun lapang. Mungkin Allah sudah memakbulkan doaku dengan memberiku petunjuk. Sebab itulah begini kan.

SEKARANG.

  1. Bagi aku kejayaan itu luas. Success itu ialah, apabila kau mampu buat sesuatu dengan baik dan dedikasi. Tidak kirala apa bidang pun, either can making money or not. Yang paling penting, happy dengan apa yang dilakukan maka kamu benar-benar success in life la..ehehehe.
  2. Bila tengok wanita bekerjaya, aku masih lagi macam dulu. Masih lagi kagum sangat-sangat. Tapi, aku juga kagum sama housewife. Bukan senang mau jadi housewife tau! Fuhh… Aku memang tabik habis-habis la dengan housewife yang tiada helper di rumah. Oh, anda sememangnya hebat!- Jujur dari hati.
  3. Bila balik kampung, aku tidak pernah sudah cakap pasal kerja. Aku cakap pasal cucunya jak.HAHAHAHA. Dan jugak, cerita-cerita sama adik beradik yang memberi inspirasi untuk membuka bisnes.Woohoo!!!
  4. Bila  nampak housewife di mana-mana, di luar or di web or d tv, aku sibuk mau tau..apa dorang buat di rumah, macam mana dorang habiskan 24 jam dorang, camana dorang manage rumah, anak-anak, financial dll… Suka jugak baca blog dorang :D
  5. Aku sudah tidak menganggap housewife itu seperti dalam no.5 di atas. Tapi, mereka adalah orang yang sangat mulia. Mereka kuat dan mereka hebat. Terpulang la kepada diri mereka sendiri mencorakkan diri bagaimana, mau jadi wife yang kool ka, hot ka, cantik bergaya 24/7 ka, berilmu ka, di samping famili. Sekarang aku makin sedar, biarpun kamu cuma surih rumah, but, still..U can do whatever you want. Mau buat aktiviti outdoor ka, mau itu ka, ini ka..All u can do it bebeh! But, sure..dengan sedikit kesabaran. Harusla tunggu masa yang sesuai due to faktor family. Bilang orang, “pelan-pelan kayuh”. ekeke..
  6. Sekarang, bila aku terbayangkan housewife. Aku akan terbayang Angelina Jolie with kids. Ekekeke…
  7. Sure, dengan bekerja skill akan terasah dengan sendirinya. English, communication, dll skill makin hari makin bagus. Tapi, di rumah juga..kita boleh improve macam-macam skill. English boleh dibelajar bah! Belajar sama anak-anak. Mungkin boleh sediakan satu masa untuk buat kelas English di rumah. Al maklumlah English aku poor..hukhuk. :D
  8. Masih jeles lagi sama yang bekerja, tapi, aku tidak sedih lagi..yeayeaaa… Jeles ngada-ngada jak sekarang ni.  Aku mau jadi  housewife yang hebat pulak lepas ni..Hhheeee.. EDITED : Jeles ni sampai bila-bila pun akan jeles. Tapi, aku selalu bilang begini. Tidak semua benda kita mau kita dapat, kalau pilih A, mungkin tidak dapat B. Bersyukurla dan hargai atas apa yang kita ada, kita berjuta-juta lebih bertuah dari orang lain. :D  - Maka, hati akan tenang.

Mungkin ada yang mau tau, kenapa aku boleh berubah begini. Jawapannya, masa dan doa. Masa mematangkan pemikiran aku, masa bagi aku membuka pandangan aku dengan lebih luas dengan banyak membaca, google sana sini, tengok kehidupan orang lain dan mencontohi jugala.. Tahun 2010, aku struggle mencari di mana patut aku letak diri aku.  Selepas berdoa dengan banyak, aku makin selesa dengan kedudukan aku sekarang. Sekarang, bila jumpa orang..Aku lagi deluan yang cakap, “saya tidak bekerja…”. Pernah ada satu kakak ni, dia agak geram dengan aku sebab aku tidak bekerja padahal aku ada degree. Aku senyum-senyum ketawa seja. No hard feeling. Wah! aku improve a lot.

Jadi, summary :

Kita ni tidak boleh cakap yang aku ndak akan begitu begini, sebab Allah itu Maha Kuasa, apa pun boleh terjadi. Gantilah dengan “InsyaAllah, aku tidak akan begitu..” Kerana semua perkara yang ingin kita lakukan adalah dengan izinNya. Ini samalah dengan konsep taufik dan hidayah. Kadang-kadang, kita ini dapat hidayah untuk pergi ke Terawih misalnya. Sudah ready siap-siap mau pegi..Tapi, perut pulak sakit, sampai tidak dapat pergi. Kita sudah dapat hidayah, tapi tidak dapat taufik. Allah tidak mengizinkan kita pergi. Ada pulak yang sihat boleh pergi ke Teraweh, tapi tidak pergi jugak. Haa, ini namanya dapat taufik, tapi tidak dapat hidayah. Erk! Bilang Mamaku juga ini adalah kisas, dulu ndak mau..ndak mau konon, sekarang jadi sama diri sendiri. Aku juga kadang-kadang bilang begini,

“Apa yang jadi ni karma..”

Aku pun nda tau sesuai ka ndak aku cakap itu karma. Hentam seja…ehehehe..

Itulah, Allah sudah berfirman seperti di bawah.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah. Al Baqarah:216)

Maka, kalau tidak suka tu berpada-pada la..Jangan jadi macam aku.hehe. Sekarang, aku tidak berani sudah bilang-bilang begitu..Ndak mau begini la, begitula.. Aku bilang seja, “mudah-mudahan aku tidak begitu..” Sama jugak halnya, bila kita mendengar tentang sesuatu maksiat, janganlah kita dengan angkuh bilang yang aku tidak akan begitu.. Contoh: Aku tidak akan buka tudung aku.. Belum tentu lagi kita boleh tahan ujian yang Allah bagi untuk kita terus mengekalkan tudung kita. Tapi, lebih baiklah kita berdoa supaya Allah menetapkan hati dan iman kita.

Renung-renungkan…Dan, selamat beramal!

:D

Wednesday, August 10, 2011

“Bila-husband-tiada-di-rumah”

Aku ada penyakit yang namanya :

“Bila-husband-tiada-di-rumah”.

Simptomp penyakit ni aku jadi malas mau masak n makan. Faktor penyakit ni adalah diakibatkan oleh tidak suka makan sendiri.

Penyakit ni masih tidak boleh disembuhkan lagi, maka berbuka tadi aku makan ini..

DSC05821

Adakah patutttt!!!

Andu kasian kan. Makan sambil airmata mengalir membasahi pipi. Eh, tidak la…gurau saja maaa. Aku makan berdua sama Alya. Kasian, beselera jugak dia, seolah-olah dia puasa.

Aku memang begini, kalau husband aku tidak balik lunch, ada meeting ka, ada visitor ka, dll… maka, sebarang jak la aku makan. Makan megi la, telor la, kadang-kadang minum Milo seja.

Adakah aku seorang isteri yang menganggap husband adalah mataharinya? Ah, aku ni beginila kalau tulis blog..cakap merapu-rapu n melebih-lebih. HAHA.

DSC05819Husband masih lagi on the way from KL sbb hari ni ada seminar. Harap selamatla sampai seperti selalu. Budak perempuan di dalam gambar rindu sudah sama abahnya, duduk diam-diam depan TV dengan muka sedih-sedih sambil peluk lampinnya. (Lampinnya dikeliling dilehernya.Her faveret ever!)

“Cinta bunga akan layu, cinta manusia akan mati, Cinta pada Allah.. Itulah yang kekal ABADI. Cintalah manusia seadanya”

Don’t judge a book by its cover.

Kemaren kami dapat hamper besar sempena Raya. Lepas buka-buka tu hamper (seronok ba aktiviti membuka hamper, macam main cari-cari harta karun pulak.), dapat satu tin besar keropok potato jenama Wise.

DSC05814

 

Dalam hati aku..Peh, lama baru habis keropok ni.. Sudahla gemuk, besar lagi..

Paginya, aku ambil and buka keropok tu untuk Alya (harusla dijelaskan untuk Alya, nanti aku difitnah tidak puasa)..Tengok-tengok dalamnya..

DSC05817DSC05816

Hek elehh… Punyala sikit isinya..Keropok sebesar tapak tangan yang isinya cuma beberapa ketul seja..

Pentipu kan..

DON’T JUDGE A KEROPOK BY ITS TIN SIZE!

Tuesday, August 9, 2011

Baikpulih baju Alya.

Cettt. Baikpulih. Perkataan tu ndak tahan aku.hehe..

Alya ada satu baju, aku beli di Pasar Gantung, Tawau. Orang panggil itu Pasar Gantung, walaupun di atas pasar tu ada di tulis besar-besar Central Market. hmm, tidak kisah la kan. Open-mouthed smile

Aku beli baju ni hari tu, after pakai mungkin sampai 5 kali jak…macam-macam kerosakan di sana sini..Argh.

Baju ni dijual dengan tiada jahit tepi.. Maka, terlerai-lerai la benangnya tu. Hatiku juga hancur menjadi keping-keping. Aiseh, macam jak baju mahal kan..RM8 jak pun. Hekhek..

Aku punyala berabis kasi bagus ni baju, since baju ni banyak jahitan..Fuh.

Satu hari aku repair baju ni, (sesuai la dengan keadaan si tukang jahit yang sangat amatur + diselang seli kan dengan tidur,jaga baby,masak..Eik!Banyaknya!).

Sampai husband aku bilang,

“Ndak payahla kasi bagus baju tu..beli jak baru..”

No no no... Tidak suka ba dengar ayat-ayat begini.. Orang sudah punya hati mau DIY segala yang boleh, balik-balik suruh beli seja… Terus kening aku berkerut secara otomatik.

Patutnya bagila support dengan bagi bunga ka..hakhak. Flirt male

Okeh, ni baju tu sebelum repair :

DSC_0026

DSC_0028Koyak di sana sini sebab tiada jahitan tepi.DSC_0023

Teruk rosak baju ni..Hmm, tapi aku telah berusaha dan berjaya repair baju ni. Fuhhhh…

Hasilnya :

DSC_0055

DSC_0056Sudah buat kemasan tepi, ala-ala jahit tepi jugakla.

DSC05807DSC05809

Alya..Punyala susah suruh dia begambar. Boleh dapat sakit paru-paru baru boleh dapat gambar dia. Dia lari satu rumah masa aku mau ambil gambar ni.

 

P/s : Masa aku beli baju ni, panjang baju ni sampai buku lali Alya. Sekarang sudah tengah betis. Cepatnya Alya besar..

Thursday, August 4, 2011

Penemuan mengenai pinggul.

Eh. Agak censor tajuk entry aku ni. Silap-silap aku boleh kena banned begini.

Tadi aku tengah study pasal pola baju. Sedang membaca dan memahami, tiba-tiba terbaca ini.

pinggul lebih 1 cm

1 inci bagi wanita yang telah melahirkan anak? Gggrrrrrr…

jahitan sembat. Eh, macam magic!

heheeheee..Bagi aku la..Aku rasa macam magic ba, sebab aku tidak sangka mesin jahit boleh buat jahitan sembat.Ahaha. Tapi, aku memang tau la banyak mesin jahit memang boleh buat jahitan sembat, and one of in the list mesin jahit aku. Weee..

Mungkin ada yang nda tau apa tu jahitan sembat kan. Jahitan sembat ni macam gambar di bawah, yang selalu dipakai untuk hujung lengan or kain.

DSC05771

Ehem..ehem..ini pulak jahitan sembat yang aku buat pakai mesin jahit aku. Tadaaa..

DSC05762

Aduih. Punyala gembira atas kemampuan ini. (Wah. Berkata-kata seolah-olah mampu berenang melimpasi lautan pasifik seja.Hehe).

Thanx nv50! Ko buat hidupku lebih bermakna. Red heart

DSC05769

Alya memang ndak pernah senang tengok aku bersenang-senang. Ada seja disekitarku mengganggu ketenanganku ba..(andu ba kasian anakku..)

Wednesday, August 3, 2011

Jom sungkai.

Hai, kawan-kawan…

Kamu buka apa hari ni?

Tengok naa..apa kami sungkai ni hari.

buka

Kurma Sunsweet , Puding roti marble, Bihun goreng, Ayam goreng panas-panas, Sambal belacan, Cendol and last but not least Air oren sunquick.

A simple menu for a simple couple. Open-mouthed smile

Ps : Bestnya bulan puasa, Husband sentiasa puji masakan ku sedap. Dua minit lagi, puji lagi.Next 5 minit, dia kagum pulak.Ahaha.. Merasa jugak aku seolah-olah akulah chef terhebat.HAHA.

From deep inside from my heart : Bahagianyalaaa dapat buat orang yg terMMUUAAHH (sure husband and kids) di hati happy dengan apa yang kita sediakan. Ini mood sentimental sikit.

Eh, kamu pun termmuah di hati aku juga ba. Datanglah berbuka di rumah.. :D

Salah satu cara memurahkan rezeki ialah dengan datangnya tetamu di rumah. Bila tiada yang datang, kamu carilah temanmu/keluargamu untuk menjadi tetamu kamu..- Ustaz Ismail Kamus (aka my faveret penceramah)”

Ini hari gembira : Innovis 50 milikku kini.

Yabedabedduuuuuuuuuu…

Eh, aku gembira betul ni hari. Macam aku tidak mau berenti senyum. Masuk tandas senyum-senyum, pegi masak pun senyum-senyum. Tengok muka husband dengan penuh kasih sayang…ahahaha. Manakan tidak, dia yang sponsor I beli barang di bawah.

Tiap kali limpas di dekat meja ini yang diatasnya terletak barang di atas, senyumanku bertambah lagi satu cm. Limpas lagi tambah 1 cm..wah, ni senyuman sudah lebih telinga.Ahaha. (wah, bunyi ketawaku pun ketawa kesukaan.Ahaha).

Aku ingat hari tu aku merajuk sebab rasa kecik hati sama husband sebab seolah-olah kemauanku ni di kategorikan sebagai picisan. Kikiki. Aku tapuk-tapuk menangis sebab malu jugak mau menangis pasal hal kecil itu, Sambil-sambil bilang di dalam diri,

“Aku tidak mau sudah beli mesin jahitttttttttttttttt…..tidak mauuuu…peduli la sanaaaaaa…”

(Sudah jadi tabiat tiap kali kecik ati, malar bilang ‘pedulila sanaaaaaa…’ Nda tau apa nama ni jenis penyakit)

Kunun masa itu aku sudah nekad tidak mau beli mesin jahit. Mogok kunun. Husband ajak pegi beli mesin jahit, terus ni menjawab :

“Ndak mau laa..nantila aku kerja aku beli sendiri..” Ececehhh..

Tapi, eh, tidak sampai 2 hari..berubah pikiran. HAHA.

Kisah itu terjadi bukan dia bermaksud pun, tapi hati orang yang tidak punya kerjaya ini yang sensitif. Nah, jangan kau main-main sama hati si wanita tidak bekerjaya, very fragile tau! HAHA.

Aku tadi belajar-belajar sendiri from internet cara guna ni mesin. Nanti sabtu ni (6hb Ogos 11), pegi lagi belajar sama dorang. Mesin ni very user frenly sebenarnya. Tapi, mau jugak belajar sama dorang lagi, biar cepat pandai.

Punyala lama baru dapat beli sebab, aku ndak jumpa kedai mesin jahit + mau cari tempat yang boleh ajar cara guna + kena booking dlu, then after 2 weeks baru sampai. Kira sebulan setengah jugak la. Tidak apala, barang yang lepas tak usah dikenang..ekeke.

Okla. Bye!

Monday, August 1, 2011

Oh.Puasa..

Assalamualaikum semua.. Puasa ka hari ni?

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang metaati perintahNya. Amin.

Bulan puasa ni, perkara nombor satu yang aku risaukan, lebih risau daripada bagaimana untuk kelihatan cantik menarik dan muda remaja di pagi raya ialah berpuasa dan menyusukan.

Maybe, ada yang tidak tahu, bila menyusukan akan rasa haus selalu. Tengah menyusukan pun, mau sambil minum air. Ini sebab kehilangan banyak air dalam badan. Al maklum sejala, badan kini telah bertukar menjadi kilang penghasilan susu segar. Betul ni, segar okeh!Hehe.

Hari tu aku sudah puasa sekali, and tidaklah teruk yang aku sangkakan. Air susu mencukupi + tidak haus sangat. Tapi, kemarin disebabkan cuaca + menyusukan, aku balik-balik haus. Risau pulak rasanya. Takut nanti air susu kurang, plus, kehausan sangat. Jumpa lagi anak yang tidak mau guna botol susu..Habis! Hehe.

"Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (Ath-Thalaq: 3).

Nah, Allah kan sudah janji.. Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan keperluan kita. Ini bukan janji manusia yang kata mau datang rumah aku tapi tidak datang-datang juga ( Ini janji Si Minah sama aku.Cess) Tapi, Ini janji Allah, dan janjiNya itu PASTI.

Indahnya Islam Ya Allah, Kau menurunkan ayat ini sehingga membuatkan kami(hambaMu) berasa tenang dan tidak takut/risau. Segala puji bagiMu Ya Allah.

We (Fully Breastfeeding Mothers) ALWAYS can produce ENOUGH milk during Ramadhan. Support breastfeeding, It Rocks! Yeahhh Bebehhh!!! Flirt female

Eh eh eh. Terover pulak.

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design