Friday, January 28, 2011

Asam Pedas Ayam & Resipi



Hari tu masak Asam Pedas Ayam. Lama ndak masak benda ni, rasa rindu plak..hehe. So, masak la asam pedas ni. Aku suka jugak masak asam pedas ni, sebab macam senang bagi aku..hehe. Blender, pastu tuang dalam kuali. Macam senang kan :)

Ok, sapa - sapa yang belum pernah try resipi ni. Bolehla try :) Sebab resipinya ada di bawah...wachaaa.. :)


Resipi Asam Pedas Ayam

Bahan2 :

2 paha ayam yg sudah potong2 ( Bukan paha ayam boleh )
Cili kering 2 genggam
Asam keping 2 kpg
Serai sebatang
Bawang Merah 3 ulas / 1 Bawang Merah Besar
Bawang Putih 3 ulas
Daun kesum beberapa helai. - Kalau suka, letak la banyak sikit. klu ndak berapa suka bolela letak beberapa helai jak. Aku suka, so letak banyak sikit..hehe.
Tomato - Optional
Sayur Kobis masin - Optional
Minyak secukupnya

Cara2 :
1. Rebus cili kering sampai kembang.
2. Blend bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak. Minyak letak banyak sikit. Dalam 3/4 cawan. Masukkan bahan blend dalam kuali.
4. Masukkan air dan ayam dalam kuali.
5. Masukkan serai dan asam keping.
6. Bila ayam sudah hampir masak, masukkan daun kesum dan sayur kobis masin.
7. Bila agak-agak 5 minit lagi mau angkat, masukkan tomato.
8. Siap dihidang :)





Rupa bahan tadi yang sudah boleh di tambah air.


Selepas di letak air + ayam.




Ok, ni antara pic bahan-bahan untuk resipi ni. Harap lebih jelas :)

Serai aku suka potong-potong macam ni kalau masak asam pedas. Selalunya orang lain ketuk seja then masukkan dalam kuali.


Asam Keping


Daun Kesum


Ada 2 jenis cili kering, satu yang pedas satu yang kurang pedas. Yang pedas ni memang betul-betul pedas. Ndak sesuai buat asam pedas. So, beli yang kurang pedas ok.


Cili kering pedas


Cili kering kurang pedas

Ok. Daaa.. :)





Tuesday, January 25, 2011

Puji - Memuji - Dipuji - Kepujian


Martha Stewart
Rachel Ray
Oprah
English Movie & Drama
Realiti TV ndak ketinggalan.hehe.

Tu antara rancangan-rancangan TV yang aku suka tengok.
Bagi aku, tengok benda-benda tu bukan sekadar tengok seja. Tapi, kita belajar budaya yang bagus yang ada sama dorang. :)
Sometime, yes...bila rancangan tu terlalu keduniaan, aku macam jadi takut plak sikit mau tengok. Takut nanti pengaruh aku dalam hidupku. hehe.
Dalam tengok rancangan begini, aku puji orang putih ni satu hal.
Budaya Suka Memuji.
Aku suka. :)
Husband puji wife, adik puji abang, anak puji ayah..dll
Honestly, dalam aku punya daily life ndak macam tu...huhu. Kami jarang memuji. Hehe. Memuji masa tertentu seja. Mungkin dengan kata-kata begini,
"Bagusla tuuu :)"
"Pandai plak ko buat..."

Kalau mau puji dia cantik malam ni, hem...jauh sekali. Macam ada penghalang mau buat begitu. Malu n ego kali.hehe. Apa yang aku cakap ni di kalangan keluarga la..hehe. Biasanya kalau puji kawan or yg ndak ada kaitan sama keluarga tu boleh jugak..senang sikit. Kalau puji family ni susah sikit. Haha.

Aku tengok orang putih ni, dorang senang jak puji family member dorang. Cth :
"U look great! "
"U are the most beutiful tonight honey.."
"U really make me proud"

Kadang-kadang aku tengok, apa yang dorang puji tu ndak adala betul2 sangat outstanding pun setanding dengan pujian yang di bagi. Tapi, dorang ni memang ada budaya memuji satu sama lain. Biar benda tu kecil, tetap di beri pujian sungguh-sungguh.

Aku rasa budaya ni bagus sangat. Boleh menyokong each other kan. Make people rasa di hargai. Lepas aku perhati pasal ni. Aku rasa aku mau apply this dalam family ku. hehe.
Aku mau ajar anak-anak ku n husbandku untuk selalu memuji. Hehe. Lucu plak.

Nanti, husband aku pakai smart-smart.. Terus la aku bilang,
"Hensemnya abang..."
Hahahahahaaaaaa.... Adeih. Lucu la.

Biasala awal-awal kan. Mesti lucu-lucu sikit. Haha.
Nanti sudah lama-lama biasala sudah tu. Nanti kalau Alya tengok benda ni, nanti dia pun ikut sama... Nanti dia pun ndak rasa malu, pelik, janggal mau memuji... thats the objective.
Ajar budaya yang bagus2 ni kenala start dari awal kan.

Ok. Good Luck to me and my family.
And also to u, those yang mo join me sekali.. :D

**But, dont forget to teach ur kids to NOT membangga diri sama orang. Nanti di puji-puji, jadi begitu plak.huhu**

Puding Roti Sos Kastad


Hai... Assalamualaikum.. :)

Petang ni kami makan puding roti sos kastad as minum petang. Sejak akhir-akhir ni aku selalu masak..hehe. Try-try resipi ini itu.. Maybe sebab aku semakin enjoy tinggal rumah. Aku pun selalu tengok rancangan Martha Stewart n Rachel Ray, diorang kan banyak cerita pasal masak-masak n pasal rumah n family. I like :)

Ok la.. Untuk sesapa yang mau try resipi ni boleh cuba. Simple jak :) ni pun tgok d myresipi.com :) Takkan la aku yang cipta kan..hehe


Puding Roti Sos Kastad

Bahan A :
4 keping Roti Putih
250ml susu segar

Bahan B :
Gula Halus 1 sb
Telur 1 biji
Butter 1 sb - butter ni di cairkan di atas api. Aku letak dalam senduk besi besar, pastu letak atas api sampai cair.
Tepung Jagung 1/2 sb
Esen Vanilla 1/2 sk
** ada jugak yang letak 1/2 sb serbuk kayu manis, tapi, aku ndak suka, so xletak..heee**

Bahan C
1 sb Kastad
1 1/2 sb Gula Halus
Setengah tin/ 200ml Susu Cair

sb - sudu besar
sk - sudu kecil
Step 1 :
Carik-carikkan roti, rendam dalam susu segar. Rendam setengah jam.

Step 2 :
Letak semua bahan B dalam bekas, then kacau sampai sebati.

Step 3 :
Letakkan bahan B yang telah sebati tadi masuk ke roti yang sudah di rendam. Sebatikan. Then, masukkan dalam loyang.

Step 4 :
Panaskan oven 180 darjah. Pastu bakar roti sehingga setengah jam/masak.

Step 5 :
Tepung jagung campur dengan sesudu air. Larutkan. Campurkan Bahan C yang lain dengan tepung jagung yang sudah larut tadi. Gaul sampai sebati. Masakkan sekejap atas api sampai pekat sedikit. Sentiasa kacau. Pastikan tidak bekerak di permukaan periuk yang kamu pakai tu ok.

Step 6 :
Kalau sos kastad nampak ndak smooth/berketul-ketul, tapis sos.

Step 7 :
Sejukkan sos n roti yang sudah masak. Masukkan dalam peti ais supaya lebih sedap. Hidang sos bila mau makan. Enjoy. :)

Friday, January 21, 2011

Mau beli tiket balik sabah


Hmmm..nda lama lagi masa untuk pulang kampung. 'Mengeram' di sana...eih.Buruknya ni word...hehe.. Tidak ba, tunggu hari untuk bsalin. :D :) ;) yeaaa...
Aku mau balik ni, tapi tiada kawan ba..isk2. Baru tu dengan perut besar ni, masa tu sudah 8 bulan plus..mau bawak c alya lg.huhu. Aku ada problem sikit la balik without assist ni..huhu.
1. Kesusahan bawak barang alya lagi on the way from entrance-boarding room-aeroplan, kdg2 kena dukung dia lagi sbb baru pun umur stahun 3 bulan kan..jln pun lmbat, nda mau d pegang...jauh jugak tuuu..hmm.

2. Camana la mo bawak aku punya laptop lagi, aku punya dslr lagi..bnda2 tu nda boleh masuk kargo..isk2..

3. Sakit belakang on 8 months, sdangkan sekarang sudah rasa sakit, duduk lama2 memang sakit..mm..

4. Perut besar ni buat c alya kesempitan di pangku masa fly nanti.. Mau tunduk untuk ambil barang di bawah seat pun ndak boleh klu perut besar. Sudala budak kecik begini selalu ada jak halnya..Mau susu la, mau minum la, kdg2 mau d letak minyak la..tetumpah la, mau lap mulut...kena balik2 ambil barang di bag.

5. 8 bulan tu balik2 mau pegi toilet...buang air kecil ba!

6. Kadang-kadang aku pening dalam flight..sometime mau muntah..huh.

7. Nanti dalam flight c alya mau makan lagi (of kos dia jerit2 mau makan kalau nampak org lain makan)...cmana mau kasi makan..meja pun susah mau turunkan, sebab perut besar plus c alya tengah d pangku..boleh pun turunkan, tepat2 meja tu dengan dia.. Maka, dengan senangnya la si Alya capai semua food/drink utk di tumpahkan... Terbayang aku ni camana la..dengan sempit tu, aku lagi susah mau begerak.. c alya lagi kasi tumpah food/drink, nanges lagi dia mau makan..aku lagi pening/mau muntah time tu, and maybe jugak aku mau buang air kecil lagi masa
tu..aduihh..msti susah kan..isk2..


Hurmmm...lepas pikir2..aku rasa aku ada jalan. Bawak dia punya carrier/carseat. Then, belikan dia satu seat untuk dia. So, nda payah di pangku. Dia duduk dalam carrier di seatnya sendiri. Problemnya, under 2 years ndak boleh beli seat by online. Dorang duduk atas riba walaupun harga yang sama dengan adult/children punya tiket.

Jadi, tadi aku aku sudah call MAS tanya dorang problem ku ni.

Then, dia cakap.. Boleh beli seat untuk Alya (under 2 years), just letak tarikh lahir tipu di online booking form. Make it umur 2 years above. Yea! Boleh jugak beli by phone, tp..harga di phone mahal sikit. So, I chose beli online dgn tarikh lahir lain :)

Pastu, mintak asisstant from MAS untuk pregnant woman :D , so nanti dia akan angkatkan barangku start from check-in, so nanti dia bawakkan la carrier,laptop,dslr suma tu... Wah. Indah kan? :D

Yea. Problem solved. Thank U MAS. Eh, belum lagi.. Nanti pas fly baru cakap thank U :D

My DSLR. Ini pun lebih 1kg.


Car Seat/ Carrier Alya. Maybe 1 kg plus sikit.


Ni la laptop aku. Seberat 2.6kg ni..berat tuuu. Besar plak tu. Mana larat. huhu

Nanti benda-benda ni aku ndak payah angkat..yea. Pastu dalam flight nanti pun, aku ndak payah pangku Alya. Senang la aku begerak ambil barang, kasi makan dia, kasi susu, pegi toilet n rehat2.. :)


So, InsyaAllah, Aku n Alya sampai Tawau 5.10 pm on 5 Mac :)

Alhamdulillah. Mudah-mudahan urusan ku di mudahkan.. :)



Friday, January 14, 2011

Hye 2011

Sudah masuk tahun 2011 ba kan..hehe...

Wah, lambatnya aku...haha..
Tidak ba..suddenly hari ni mau becakap pasal tahun 2011.. hem.
Sebelum tu... welcome 2011.. :D
Kita ndak tau apa yang akan jadi tahun ni.. Ndak tau sampai ka kita 2012 ataupun ndak. Bunyinya seram sejuk biru kan.. Tapi, itulah hakikatnya...
This entry mau cakap pasal azam baru 2011...
Hey..hey..hey... Aku pun ada ok :)

2011...
POSITIF
Tahun ni aku mau jadi orang yang lebih positif... Aku mau sentiasa positif. SENTIASA.
Aku ndak mau la pikir bukan2...im not saying 100% aaa..haha.
Tapi, InsyaAllah..aku berusaha sedaya upaya untuk positif. Amin.
Lately, aku banyak ndak puas hati.. Ndak puas hati my husband selalu balik lewat. Dia keja start 6.30 am - 7 lbh pm everyday sejak pindah sini. Dulu masa di Bradwall, N9 (tempat lama).. kdg2 dia pegi keja time malam then balik 1-2 am..Huh.
Aku actually ndak jugak rasa ini beban sangat kalau aku ada family lain di rumah..
Ini ndak, aku sendiri..dengan ada satu jiran - yang ndak berhubung..huhu.
hemmm... Keadaan tu buat aku kami rasa kerjaan ni ndak berbaloi. Some people say..tengok jugak la dengan gaji yang dia bagi.. Sesuai la tu. But, at the end...buat kami makin sedar yang masa dengan family tu jauh lebih bernilai daripada gaji...hem.
Maksud ku, ada kerja lain yang lebih banyak masa dengan family dengan gaji yang lebih rendah. Kami rasa itu lebih berbaloi. Mungkin pandangan kami ni ndak berwawasan, ndak berfikiran jauh, ndak gemilang terbilang...hehe. Tapi ,itula pendapat kami jauh di dalam hati..hehe.
Masing-masing ada pandangan sendiri kan... Bagi kami, kami lebih pentingkan keluarga..lebih pentingkan masa bersama, mau banyak masa bersama, sentiasa sempat melihat perkembangan anak bersama.. dan bersyukur setakat ini, Allah izinkan kami laluinya bersama. Alhamdulillah.
Wah. berbalik pasal tadi.. Aku mula la pikir macam2..ni ndak berbaloi..bla..bla..
Tapi, aku ndak mau pikir begitu.. Wlaupun aku rasa tu ndak berbaloi.. aku patutnya bersyukur...
Daripada aku cakap begitu.. baik aku cakap
"Kerjanya ni banyak masa pakai dalam sehari, nanti malam ada keja lg mau dibuat di rumah sampai jam 12 la..1 la.. Kesian dia. Ndak apala..mudah-mudahan ini sementara seja. Harap-harap esok lusa dia dapat kerja yang lebih baik. Syukurla dengan kerja ni, kami hidup selesa "

Wah...positifnya..hehe

Iya, aku mau cakap benda2 yang positif seja.. Mau belajar untuk sentiasa fikir positif. :)


LEBIH YAKIN
hehehehe.. tahun 2010 is tahun di mana aku punya self esteem very low. Maybe tahap - sudah..hehe. Tahun ni, aku mau jadi orang yang yakin :D weeeeeeeeee...
Mau jadi yakin macam model-model dalam America's Next Top Model...wahahahaaa..
The judges salu cakap.. Bila kita tiada keyakinan diri, perkara tu akan terpancar di riak muka/ seri muka.. so, kita mesti yakin diri supaya kita nampak macam orang sihat n bertenaga..hehe


BETTER MAMA & WIFE
Mau jadi mama n wife yang terbaik untuk keluarga.. Amin. Aku mau dorang rasa beruntung dapat aku jd Mama & Wife dorang..
Aku mau jadi lebih memberi..sentiasa memberi.. Ndak pikirkan ganjarannya. Cuma fikir perkara ini mulia. Kita patut buat perkara mulia supaya Allah sayang kita. Amin.


DISIPLIN
erkkkk!!!! Konfem my frens ketawa part ni. Aduih.. Ni part paling susah ok. Dalam hidup ni semuanya perlu disiplin walaupun ko just a housewife..hmmm..
Iya, Aku berusaha...
Ya Allah..bantula aku part ni. This is the hardest part... Aku selalu buat benda ikut mood. Aduh. Malunya. Mudah-mudahan aku boleh buat... sikit-sikit lama-lama jd bukit... :D

*tiba-tiba teringat si apek buat pesanan menabung di Radio Era,
A : Rajinlah menabung. Tabung duit sikit-sikit..lama-lama jadi bukit!
B : Alaaaa...(merengek)...tak nak la jadi bukitttt...nak jadi duit jugaaakkkk...

haha. Ada-ada jak c apek ni.

Semoga 2011 jadikan kita insan yang lebih baik di sisi Manusia dan Allah. Amin.
Selamat tahun baru :D

Tuesday, January 11, 2011

Harapanku kepada anakku.

Macam mami-mami yang lain..aku pun ada harapan untuk anakku...

Harapan ni ndakla tinggi melangit..cuma, harapan ni ku simpan jauh dalam hati..eceh.
Mudah-mudahan..tercapai suatu masa nanti..

Aku berharap satu org daripada anak lelakiku boleh menjadi seorang doktor. Tapi, bukan doktor perubatan sains, aku harap dia dapat jadi doktor perubatan islam.
Macam ustaz Shahran..Macam ustaz Suhaimi, ustaz Harun Din..

Nama-nama tu semuanya hebat-hebat dalam mengubat ni.. :)
Aku pun berharap anak ku nanti boleh jadi macam tu..
Aku pikir begini sebab..

Satu, Kekurangan doktor perubatan Islam di Malaysia.. Macam family kami sendiri, mau berubat benda-benda begini susah.. Yang banyak bomoh sana sini. Sebab bomoh banyak, jadi orang yang terlibat dengan syirik pun banyak. Naudzubillah. Aku harap betul..anakku nanti boleh jadi doktor n dapat tolong ramai orang...aminnnnn..

Second, sebab bila dia boleh jadi begini.. InsyaAllah background agamanya pun kuat. Aku berharap dia boleh belajar U di Mesir ka.. :) Ada ilmu yang banyak pasal Islam. So, dia boleh tolong kami sekeluarga pasal agama kita ni.. Boleh la dia sentiasa buat teguran/tunjuk ajar... Yala, kalau ada seseorang yang boleh ingatkan kita tu selalu kan bagus.. Rahmat :)
Dunia ni pun bukannya lama.. Sekejap seja.

Third, Bolehla dia menjadi penolong kami (mama&abah) di akhirat nanti.. Amin

Senyum-senyum ak tulis entry ni.
Baby dalam perut pun tendang-tendang ni...Ehem, menyahut seruan kali..hehehe

ok.itu seja :D

Tuesday, January 4, 2011

Sadness.


Hari ni aku sedih...sebak..sayu..

Sebab..
Alya demam panas hari ni..
Dia layu seja di katil sepanjang siang tadi..menangis kecil-kecil sampai tertidur. Aduhai, anakku...memang begitu sikapnya.. Ndak cerewet.. Jarang susahkan Mama n Abahnya..
Anak sabar..sayang sangat sama kamu Alya.

Anak sakit biasalaa.. Aku pun ndak la susah hati sangat kalau demam. Budak-budak..Proses pembesaran. Tapi yang buat aku sedih..sebak..
Pertama, dia ditahan di hosptial KPJ hari ni. Sebab bilang doctor.. Suhu tinggu sangat. Takut dia sawan. Walaupun suhu tinggi, tapi..dia ndak banyak ragamnya. Diam-diam seja lemah. Aku tau dia ndak selesa, pening..muntah lagi.. Tapi, dia xbyk ragamnya.. Banyak lemah-lemah dan diam.. Tengok siling. Baring-baring. Muka merah sbb panas. Mata berair..Haih. Kamu tau ka perasaan tu..
Rasa tu macam sedih ni tengok dia sabar.. terharu jugak. Sebak jugak.. :'( Mama love you until and after death Alya..
Ok.itu pertama.

Kedua - sudala dia sakit. Dia jalan-jalan di rumah mengejar Mama n Ayah yang sibuk kemas barangnya utk bawak masuk ward.. Then, suddenly.. Dia jatuh terlanggar pintu. Kami pun ndak tau cemana dia jatuh. Dengar-dengar bunyi hentakan, pastu dia sudah tertiarap dekat pintu bilik. Bibirnya berdarah. Banyak. Sampai menitis d baju walaupun sudah di lap tisu. Sedihnya aku tengok anakku yang sakit..ditambah lagi sakitnya.. Kalaula rasa sakit tu boleh pindah sama aku kan bagus..huhu.

Next - di ward.. Alya jatuh from katil.. Time tu aku tengah berdiri dekat katil jgak tapi tengok arah lain. Dengan bbrapa saat jak aku tengok arah lain, Alya yang duduk atas katil jatuh sebab dia cuba berdiri memegang pagar katil. This is my fault. Mama really sorry sayang. Kalaula Mama pegang Yaya all the time. Maybe ndak jadi macam tu. :'(

Aku serius sedih for what happen.
Sorry my dear baby.. Mama promise akan jadi Mama yang lebih baik lepas ni..
Sayang kamu sangat sayang...

This time Alya sudah tidur, bibir masih ada bengkak sikit...
Semoga cepat sembuh.
Goodnyte dear.
Muah.

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design