Monday, February 27, 2012

Impian jangka masa panjang.

Ini salah satu keinginan aku di masa jangka panjang. Open-mouthed smile

Keinginan mau pandai-sungguh menjahit sehinggakan boleh menjahit macam baju-baju di bawah. HHEHE.

396524_10150608987428209_138171308208_9092103_659491199_n

But, skinny jeans is a big NO-NO. Sad smile Super terigin mau pakai skinny jeans. SUPER. Tapi, agama kita larang kan. Isk isk.*mau nangis*

 

163620_10150104321748209_138171308208_6090803_7965180_n

 

396031_10150532070463209_138171308208_8882893_1225293745_n400774_10150500176753209_138171308208_8753140_568291841_n

Aku suka sama dia. Smile Masa dinner kompeni husband hari tu, dia jd host. Nampak dari jarak 1 meter sudah cukup menggembirakan. Hehe. *Ya rabbi dia pun manusia jugak mcm kita, jgn eksaited sgt boleh.Isk* Mau pandai jahit pastu jahit baju mcm dia pakai kasik alya pakai, nda pun ubah sikit sampai dia jadi menutup aurat untuk aku pakai. kehkeh. Baju di kedai banyak tidak memenuhi saiz(terlalu ketat untuk aku punya standard) and tidak menutup aurat. Dan, banyak juga yang mahal. Tidak mampu. Haha.

 

 

408013_A711_LF_ZTU6201807737_1_1_4ZARA JUMPER SUIT

u127563599_13075c8bfb7g214107693_s6030190630_1_1_46119588401_1_1_46165808800_1_1_4u127563599_12f266728b4g214

Cantik-cantik kan baju girl. Gerammm. Duit seja tiada mau beli. HAHA. Jadinya, aku harap aku boleh super-pandai menjahit one day supaya aku boleh jahit sendiri. Aku berIMPIAN baju-baju kami nanti 60%-70% adalah buat sendiri. Open-mouthed smile

Dan, aku berdoa juga semoga makin banyak la jenis kain dijual di Malaysia. Sebab, Im the one who can’t afford to buy fabrics from overseas. Hehe.

Amin.

Ok la. Bye!

*kalau mau ketawa sama English aku, MAYBE aku terasa sedikit tapi, Im okay with that..but, please, bagi correction ya. Aku tengah belajar English ba ni. Juga bercita-cita boleh fluent english one day. *Oh, banyaknya cita-cita kau.HAHA*

Saturday, February 18, 2012

Kita yang kerdil.

Sejak semalam mendapat berita sedih mengenai seorang kawan yang sedang berada di ICU. Dia mempunyai masalah kerosakan buah pinggang sejak dia mengandung. Pada 8hb yang lepas, dia telah bersalin dan anak yang dilahirkan meninggal beberapa jam selepas itu. Kawan aku tu pulak, di masukkan ke ICU kerana kegagalan fungsi kedua belah buah pinggang.

Sangat sedih aku dengan berita tu. Semalam pun aku balik-balik teringat sama dia. Mau tidur pun susah. Kami ada buat donation untuk dia, sesiapa yang ingin menderma boleh bank-in ke dalam akaun di bawah.

Nama kawan aku tu, Addawiyah Binti Awang. Ini akaun kawan kami tempat untuk kumpul donation ni. Mungkin kamu tidak kenal sama dia, tapi, mungkin ada yang mau menderma jadi aku letakkan di sini.

BANK : MAYBANK

no akaun: 151584034141 acc holder name: YUSMALIZA BINTI IBRAHIM .

Pagi ni lepas husband minum kopi sebelum pegi kerja. Dia cerita dengan aku ada kes budak kecil umur 2 tahun dan 8 tahun meninggal dunia akibat kebakaran di Sabah. Kedua anaknya  di tingkat atas, dan tidak dapat diselamatkan. Sempat lagi ahli keluarga yang lain termasuk parents mendengar jeritan anak-anak kecil tu..

Uwaaaaaaaa…isk isk.. Aku nangis untuk kali keberapa sudah ni mengenangkan anak-anak tu.

Ya Allah, kerdilnya kami ni sebagai manusia. Di ambil sedikit kenikmatan yang Kau pinjamkan..jiwa dan hati kami boleh mati kesedihan.

Mudah-mudahan apa yang terjadi di sekeliling kita menjadikan kita orang yang lebih bersyukur, lebih bertakwa dan lebih taat kepadanya.

Allah Maha Besar.. Tiada daya kekuatan melainkan dariMu..

 

 

DSC_0889

Aku masih diberikan peluang untuk melihat dan bersama dengan cintaku yang terhebat. Syukur ya Allah. Kurniakan la juga rasa dan peluang ini kepada insan yang lain. Amin.

Thursday, February 9, 2012

Hidup ini singkat.

Malam ni aku tengok movie “the green zone”. Pernah kamu tengok? Cerita pasal manipulasi US terhadap negara Iraq. US memfitnah Iraq dengan mengatakan Iraq punya senjata kimia yang bernama UMD. Disebabkan alasan itu, Saddam digulingkan, rakyat Iraq menderita, letupan dan tembakan di mana-mana, perpecahan rakyat semakin banyak. Sedih kan? Aku macam tidak boleh tidur malam mengenangkan mereka. Ingat aku kes ni berlaku masa aku form 5, that’s mean 9 tahun yang lalu.

Aku sedih tengok anak-anak kecil dibunuh. Orang-orang yang tidak bersalah diseksa, dipisahkan dengan keluarga. Bila tengok penderitaan begini, rasa bersyukur ni meluap-luap. Kita jauh lebih beruntung. Tapi, hati tetap pilu mengenangkan nasib saudara islam kita di sana. Dan juga semua saudara islam kita yang tidak bernasib baik, mendapat ujian maha hebat sebegitu. Kalau bukan pun atas sebab perang, tapi kebuluran macam yang berlaku di somalia. Beribu-ribu kanak-kanak mati kerana kebuluran. Isk Isk. Tidak pun bencana alam teruk yang lain.

Bila mengenangkan semua hal-hal begini, tiada perkataan yang mampu aku ucap selain Allah Maha Besar. Sepanjang movie tadi pun itu juga yang ku sebut terus-terus,padahal cuma lakonan. Ini bukan kes mau menunjuk aku baik bla bla bla. Cuma mau cerita di sini, the fact of life. Mau cerita yang betapa kerdilnya kita kan. Kita tidak mampu buat apa-apa.

Hati akan terus sakit bila dipikirkan ketidakmampuan tu.(Ehh..hati aku seksa ba tengok perkara begini. Ahhh). Kalau aku, cuma satu benda yang boleh menstabilkan emosi ku balik iaitu bila mengingatkan yang hidup ini sangat singkat dan sementara.

Hari tu ustaz Zawawi ada cakap, ada orang susah di dunia..jadi, disebabkan kesusahnnya di dunia tu..Allah mudahkan dan senangkan hidupnya di akhirat. Ada pulak, orang bersenang sangat hasil daripada menyeksakan/menyusahkan hidup orang lain di dunia..Maka, Allah akan susahkan hidupnya di akhirat kelak. Jadi, hati yang sakit pun semakin sembuh. Ohhh..Dunia ini cuma sekejap, sakit di sini dan bersabarla..InsyaAllah, Allah membalas dengan ganjaran yang baik di sana. Kehidupan di sana jaaaauuuuhhhhhhhhhhh lebih penting. Kehidupan di sini tidak penting. Bagi Allah pun, sebelah sayap lalat itu lebih baik daripada dunia dan seisinya ini. Yang Allah pandang cuma ketaatan dan ibadah kita kepdaNYa.

Ahhhhh…Hati ku kini lebih lega. Wahai kamu-kamu saudara seislam ku yang terseksa di sana..Tabahlah kamu, kamu pasti senang di sana.

Bila cerita begini, aku selalu terkenang dengan arwah makcikku. Dia penghidap kanser. Hidup tiada harta dan susah. Menumpang di bawah kolong orang cuma. Sepanjang dia menghidap kanser, dia pegi hospital sendiri dengan bas. Padahal masa tu dia sudah benar-benar tidak larat. Hinggakan orang-orang di bas tolong tarik dia masuk ke dalam bas. Suaminya pulak tidak berlaku baik sama dia. Tengah sakit begitu, masih ditengking, di marah, dilemparkan meja. Pernah kami tengok dia membersihkan reban ayam tuan punya rumah jugak. Ahhh..sedihla kalau ingat semuanya. Tapi, dia tidak mengeluh, cuma menangis. Dialah antara orang yang paling sabar pernah aku jumpa.

Hati aku sakit bila mengenangkan hidupnya. Sakit sangat. Sekarang ni pun air mata tengah laju keluar ni.Hehe. Sedih sangat untuknya. Tapi, bila mengingatkan orang yang sabar begitu, seksa begitu.. Allah senangkan dia di sana, dan kehidupan di sana la yang abadi. Aku jadi senyum. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran sebesar-besar ganjaran makcik. Kami semua merinduimu.

Selepas menghidap kanser selama setahun, dia kembali ke rahmatullah. Sangat singkat kan, cuma setahun. Kehidupannya yang tiada sokongan positif memang sangat mempercepatkan sesuatu penyakit. Aku tidak sempat pun melihat dia buat kali terakhir. Keluargaku bukanlah berduit boleh belikan aku tiket. Jadi aku cuma menangis dari jauh. Semasa dia tenat, orang-orang yang di situ bilang dia berpeluh di dahi. Alhamdulillah. Itu tanda-tanda yang baik bila kematian berlaku.

Kerana disebabkan ini jugala aku namakan blog aku “because life is too short darling..”, kerana quote ini bukan saja reminder, tapi, sebagai motivasi dan semangat atas sesuatu kepahitan.

Semoga Allah menggolongkan kita ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa diberi petunjuk. Amin.

Allahuakbar!

Tuesday, February 7, 2012

Wishlist for the year of 2012.

overclock2

 

stitch overclock overclock

 

Mesin Jahit Tepi Brother yang terbaru. Harga sekarang RM1899. Gulp! Kenapa kau mahal ssangatt..mesin jahit aku baru RM1500…isk isk.

Apapun, berharap tidak salah kan. T-T

Monday, February 6, 2012

Usaha untuk misi 2012.

Malam ini aku menulis misi-misi yang aku mau accomplish for this year. Tulis-tulis satu, akhirnya aku mendapat list yang panjang. List aku tiada pun extreme hinggakan menjadi panjang begitu. Semuanya misi-misi yang normal dan biasa-biasa seja. Kebanyakannya aku sudah buat pada tahun-tahun lepas tapi dilakukan dengan separuh-separuh. Bila melihat list begini panjang, terus rasa penat.

“ohhhhh…..penatnya menjadi Mama..menjadi isteri…menjadi house manager..”

Fuhhhhh…..

List untuk anak-anak seja sudah banyak. Walaupun list aku nampak simple seperti:

Starts healthy foods.

Nampak simple kan. Tapi, kena study pasal makanan. Apa makanan yang bagus, kurangkan gula, kurangkan minyak, apa makanan yang berkhasiat Macam mana semua tu mau di buat?. So, as a mum n wife, kenala cari info di internet resepi-resepi yang healthy + sedap. Aku ada tengok rancangan Dr. Oz show, dia bincangkan pasal perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan awet muda. Best kan? Heheee.. Tapi, actually maksudnya tu untuk sihat. Memang betul- betul bagus advices doctor tu. Then, sudah dapat info kena laksanakan pulak. Kena sediakan healthy food, kena buat budaya sihat di rumah..kena itu..ini..

Arghh. Pening pulak tiba-tiba. Banyaknya kerja as a mummy nihh…

Phewww…

beginilah nasib kita orang perempuan. Banyak sangat benda yang perlu kita take care of bukan setiap hari, but every minute and every second.

Aku memang selalu rasa 24jam tidak cukup. Oh Allah, berilah petunjuk..

2012 ni, aku berazam mau ada keluarga yang sihat dan cinta sama agamanya, anak-anak yang aktif & cerdas, jadi a very good parent, dan aku mau jadi orang yang ada kemahiran, dan jugak sihat pada fizikal dan rohani. Bila sihat luar dan dalam, boleh bikin kasi cantik ba..Hehehee..

jadi untuk capai semua tu, aku kena atur aku punya daily life. Kena manage good foods. Kena manage tidur anak-anak so malam kami boleh rest dan tidur awal. Kena manage aktiviti anak tiap hari. Kena manage temper ( akhir-akhir ni aku betul bingung dengan sikap Alya, biasalah budak umur 2 tahun..huhu). Kena manage masa so boleh buat hobi untuk kepuasan diri sendiri. Kena manage financial supaya bebas dari hutang, bebas dari masalah ekonomi. Kena manage husband..erk! Kena manage masa so ada masa beribadah kpdNya. Kena manage masa untuk menimba ilmu ( aku mau pandai bahasa inggeris ba..isk)

Ahh..banyak la kalau mau list di sini. HAHA.

Selalu aku macam semput di rumah sendiri sebab mau kejar masa untuk buat semua benda. Oh, ternyatalah aku adalah housewife yang lemah dalam menguruskan my own house & home. Aku bukan lagi setakat kagum sama mummy yang bekerja ni, tapi super duper kagum ba. Haih, kamu memang hebat la!

Jadi, aku harap 2012 ni aku jadi lebih baik lagi. InsyaAllah.

Oh, Allah bantulah kami untuk menjadi supermom & superwife.

Friday, February 3, 2012

Baju baru untuk Alya lagi

Aku tidak tau mau kasi nama apa sama ni baju. Design baju ni pun aku ambil inspirasi dari ada satu baju tu aku tengok di google. (Inspirasi ka tiru? Erkkk..)

Ala-ala dress, tapi, shirt jugak..Hmm. Tengok sejala gambar di bawah.

DSC_1297 DSC_1298

DSC_1308 DSC_1311

Alya : Hai kawan-kawan….

 

DSC_1316Pandangan ketika duduk (Ececehh..macam promote apa seja kan. HAHA)

Inilah contoh baju yang aku ambil insiprasi tu ( sama dengan tiru jugaa..erk.)

301530_235853049783860_186782991357533_600676_4898087_nFrom blogshop : http://petitsugar.blogspot.com/

Ada beberapa benda yang aku tidak puas hati dengan baju kali ni.

1. Kain yang aku pakai ni agak keras, so bahagian bawah baju adalah sedikit kembang as picture 1 & 2 di atas. Then, nampak tidak cantik. Haiyaaa! Patutnya bahagian bawah tu jatuh macam baju sebenar.

2. Padanan baju dengan seluar tidak ngam rasanya. Rasanya lagi bagus dengan jeans, or legging. Seluar tu terpilih sebab itu seja pilihan yang ada. HAHA. Kasian anakku.

3. Tali pinggan tidak cantik, fikir either buat sendiri belt or kalau jumpa yang sesuai di mana-mana kedai boleh beli.

4. Selipar Alya pun sangat tidak sesuai dengan baju ini. Kehkeh. (Haii…kalau mau match semua, habis bankrap Mama begini. Hehe. )

 

Okeh, mau cerita lagi sikit. Baju ni pun super buat aku happy tau. Sebab, aku belajar something sama lengan baju. Ini baju yang sama Alya pakai tu. Then, aku rasa pelik sama lengannya. Kamu tidak rasa lucu dengan lengannya?

DSC_1272 DSC_1271

HAHA. Macam kejung seja di tengok kan. Haha.

Sepatutnya lengan baju kelihatan begini laaa.. Alahaiii.

DSC_1275 DSC_1274

 

Lepas buat correction, jadilah macam ni :

DSC_1330Ahh. Leganyaa..Pandai sudah buat lengan.. Ngeee~

 

DSC_1315Alya : Okeh. Saya tengah busy ni. Byeee.

*Update blog dengan rushing, Kak As mau balik jam 12. Ada 10 minit lagi mau jam 12, ok. Bye!

Thursday, February 2, 2012

Alya’s sleeping dress

Pagi tadi dapat siapkan baju tidur untuk Alya. 2 hari aku ambil masa buat baju ni. Huh, masa untuk aku menjahit pun sedikit. Pagi seja aku boleh menjahit. Sepanjang pagi tu pun, banyak sangat iklan untuk anak-anak. Buatkan Izz makanan untuk hari tu. Buat breakfast. Mandikan alya. Susukan Izz. Mengurus kebun ku. Basuh baju. Pagi pun ada berapa jam seja kan, dalam +-5 jam kan. So, aku dapat menjahit dalam 2-3 jam seja sehari. Isk isk. Sikitnyaaaaaa…cepatlah besar nak!

Okeh Ini baju yang sudah siap tu.

DSC_1281 DSC_1282

Kain ni jenis viscos, dijual orang dengan niat dibuat baju raya. Tapi, sebab kain dia lembut and bukan jenis licin. Maka, sesuai la dikasi jadi baju tidur. Hehe. Walaupun coraknya, sangat kebaju-raya-an, bikin orang konpius bila di buat baju tidur. Tapi, tetap masih diterima akal untuk menjadi baju tidur. Hoho.

Ehh, mau jugak kasitau disini. Kain ni CUMA RM10 for 4meter. HAHA. Beli di Pasar Rabu, Ayer Itam. Ahh. Bahagianya beli kain murah. Balance kain ni aku mau buat baju tidur aku pulak. Weee..

Aku hepi betul dapat buat baju ni. Haihh, meningkat sikit tahap jahitan aku. Sudah pandai buat lengan baju begitu. Selama ni aku sangka aku tidak pandai buat. Then, sudah cuba-cuba error-error, jadi juga akhirnya. Ahh. Indahnya perasaan begini. Indah betul aku rasa sampaikan aku baring-baring di katil untuk tidur pun, aku masih lagi tengok-tengok dress yang aku buat ni. Duduk-duduk depan TV pun, sempat lagi tengok-tengok baju ni untuk beberapa minit. Macam tidak percaya ba boleh jahit begini. HAHAHA. Ini bukan kes mau membangga diri, ini kes kejakunan namanya. Sebab selama ini mengimpikan boleh jahit lengan begini. Dan akhirnya dapat. Kenapa tidak macam angau jadinya. Hoho.

Itu saja. Babaiiiiiii!!!

*Banyak benda mau tulis di blog, tapi tidak punya banyak masa. Banyak kain yang mau dijahit, tapi tidak punya banyak masa. Banyak aktiviti family yang mau dibuat, tapi tidak punya banyak masa. Banyak benda mau di masak, tapi, tidak punya banyak masa. Banyak benda mau dibuat untuk diri sendiri, tapi tidak punya banyak masa. 24/7 macam tidak cukup. Oh Allah yang Maha Berkuasa….*

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

*Oh Allah..jadikanlah kami orang-orang yang bijak mengurus masa..Sesungguhnya Kau lah Allah yang Maha Hebat lagi Maha Bijaksana.Amin*

 

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design