Monday, March 18, 2013

Jom sihat bersama Tenis

Asslamualaikum.

Lama sudah ni angan angan mau main tenis. Nampak macam best jak main tenis ni. Tapi jujur memang tidak konfiden boleh main. Hehe. Banyak kali juga mintak beli raket tenis sama husband. Sambil minta sambil dalam hati ketawa ketawa cakap sendiri, “Eksen seja kau minta raket, macam pandai! tengok tengok nanti kerjamu pungut bola seja. Haha!”

Last week, ikut husband pegi tukar tali raket. Jumpa raket best, colour pulak pink purple. Oh tidakk. Comelnyaa! Mintak main main sama husband sebab harganya agak mahal bagi aku. Then, husband serius belikan. Gulp! Dalam hati, “Matiiii..serius si kawan belikan. Sekali nanti kejaku pungut bola jak, marahla si tukang beli ni. Hehe”

Masa mau pegi main tenis petang tu, Dhani super excited tengok raket aku. Meraung sebab maukan raket aku. Haduii! Bagi jak dia pegang, memang raket tu tidak lepas dari pelukannya. Sepanjang perjalan ke court tenis, Dhani cium beberapa kali raket aku sambil senyum senyum. Ya ampun, kenapa sudah anak aku ni. Excited melebih lebih. Hormon bujang dia datang lagi la ni. Perasan betul boleh main. Haihh.

20130313_171611 20130313_171609

Tidak apa, kasi dia posing dulu. Kehkeh. Macam mau gigit la budak ni.

 

20130313_172019 20130313_171924 20130313_172027

Tidak apa sekali lagi, kasi chance dia main sekejap. Habis scratch raket aku. T_T

 

20130313_171635 20130313_171633

Aktiviti merampas bermula. Hiyarkhh..hiyarkhh.

 

 20130313_171908 20130313_171851

Dhani : Anan(jangan/tidak mau) tet(raket) ni..     

Me : No, no. Ibu mau main sudah ni, pakai raketmu ni na..

Dhani : *meraung*

 

20130313_173539

Akhirnya perlawanan pun bermula. Hiyarkhh..hiyarkhh.. Tapi, si kecilku tu tetap setia di sisi perasan yang dia pun one of the player. HEHE. Maka, kami main beregu campuran la ni.

 

20130313_173640 20130313_173811

Dhani maintain sibuk kejar bola, baling bola, tangkap bola. Dia masih lagi sangka dia pun player juga. Haha.

Kesimpulan, main tenis sangat best. Aku menjangkakan ia akan jadi satu ketagihan kelak. Haha! Aku tidak sangka aku boleh main. Aku rasa raket tu yang buat aku boleh main. Sebab dia ringan, senang handle, tidak menyakitkan sebab pasang shock absorber dan yang penting jugak kaler purple pink. Haha! Memang sedap pakai, orang yang tangan kayu macam aku pun jadi boleh main. Raket aku ni brand Wilson BLX Pro Tour, just to let u know for those interested.

Jom main tenis!!

Sunday, March 17, 2013

Alya yang tidak mahu ke sekolah.

Assalamualaikum.

Menaip entry ini saja buat hati aku sayu. Hmm. Today mau cerita pasal Alya yang tidak mau ke sekolah. Apa sebenarnya yang terjadi sama anak aku ni. Dulu dia tidak begini. Excited mau pegi sekolah. Nangis lagi kalau aku larang dia ke sekolah sebab dia sakit. And, sometime hari cuti pun dia nangis sebab dia tidak sekolah. Tapiiii, sekarang, which exactly about 2-3 minggu akhir ni la. Dia tidak mau sekolah. Masa awal-awal tu dia cakap dia tidak mau sekolah. Aku ingatkan dia main main seja. So, aku tidak peduli sangat. Dua minggu lalu, teachernya cakap Alya nangis hari-hari sejak beberapa hari tu. Aku tanya kenapa, teacher dia cakap dia pun tidak tahu. Tiba tiba menangis. Aku pun tidak kisahla sebab pikir biasalah budak.

Minggu ni masa aku pegi bayar yuran sama teacher dia. Aku tengok Alya tengah nangis. Bersungguh pulak tu. Bila aku tanya kenapa, teacher dia cakap,

“tidak taulah kak.. Tiap hari pun begini. Sejak yang saya cakap sama kakak hari tu, hari hari dia nangis time kelas solat dan waktu morning assembly. Tapi masa masa lain, dia okey. Kadang dia nangis sampai muntah.”

Terkejut aku dengar. Kesiannya Alya kalau macam ni hari hari. Itu maksudnya bukan dia nangis ngada ngada tu, memang ada sebab dia nangis. Nangis sampai muntah pulak tu. Balik sekolah, aku bawak Alya main main. Bawak dia cerita cerita. Tanya napa dia nangis di sekolah,tapi dia tidak  mau jawab. Entah berapa kali aku tanya, berpuluh kali mungkin ya. Dia tetap tidak mau jawab. Macam macam cara aku tanya dia supaya dia bagitau kenapa. Last last aku main soal soal sama dia. Sambil ketawa ketawa, sambil buat gaya gaya happy ceria, aku tanya dia kenapa baru dia mau jawab.

“Yaya ndak suka school, Yaya takut teacher.. teacher H (nama dirahsiakan.Haha), takut dia marah, Yaya ndak suka kelas solat sama baris..

“Sapa yang ajar kelas solat?”

“Teacher H…”

“Teacher baris siapa?”

“Teacher H..”

“Alya suka teacher apa?”

“Suka teacher Salma..Ibu teman Yaya..Ibu jangan balik..Teman Yaya di school..Yaya takut teacher..”

“Ibu mesti balik, Yaya tinggal di school sama teacher ya, Teacher Yaya comel comel, baik baik..kan?”

“Ndak mauuuu….Ndak mau school..Mau school ibu jak..”

 

Fuhh! Menjawab jugak anak aku ni akhirnya. Lega akhirnya aku tau kenapa. So, the problem here dia takut sama teachernya. Aku ada bagitau pasal ni sama teachernya. Teachernya cakap, bukan dia yang kena marah, budak yang lain, mungkin dia sangka dia yang kena marah. Hmmm. Kalau perkara ni berlarutan sampai dua minggu lagi, aku mau jumpa lagi teachernya bincang baik baik. Aku tidak kisah anak aku kena marah atau kena denda. Cuma kalau sampai dia tidak mau pegi sekolah, itu sudah jadi masalah besar. Aku takut dia terbawa bawa benda ni sampai masa masa akan datang. Nanti dia label alam sekolah ni something yang tidak best and scary. 

Aku juga perhati betul betul problem lain yang bikin Alya jadi begini. Aku nampak dia jugak rasa terbeban dengan aktiviti sekolah. Contohnya bila task yang dia dibagi ialah colour lima haiwan, dia akan warna tiga seja. Dia akan cakap, “penatlaaa…penat..”. Bikin aku terfikir yang maybe she just too small lagi. Dia baru pun berumur 3 tahun 5 bulan. Kalau ikutkan, memang kecil lagi. Lagipulak kemampuan anak masing masing beza kan? Hmmm. Then, maybe bila dia rasa tidak boleh teruskan, then cikgu yang dia takut tu pulak suruh dia teruskan, akan sebabkan dia rasa terbeban kemudian nangis kemudian rasa tidak seronok kemudian lagi tawar hati mau pegi sekolah. Fuhh.

Selain tu, dia jugak susah mau bangun pagi. Sebabnya malam pun kadang tidur lewat. So, pagi nangis kena kasi bangun sebab masih mengantuk. Aku nampak juga yang dia ni macam minta perhatian. Awal tu dia memang betul betul masalah pegi sekolah. Then, dia show yang dia unhappy to go school sama kami. Respon kami pulak banyak bagi dia perhatian supaya dia happy balik. Jadi,mungkin dia rasa yang cara ni boleh dapatkan perhatian kami. Makanya, dia pun makinla tambah tambah sana sini sebab rasa seronok pulak Abah Ibu layan spesial. Hehe. Aduhai laa anak.. Okey, setel sudah diagnosis ku yang bertajuk “punca punca yang sebabkan Alya tidak mahu dan unhappy ke sekolah”. Hehe.

Perkara ni is a new experience untuk aku. Kalau tahun tahun sebelumnya masalah anak anak yang aku hadapi macam masalah anak tidak mau susu etc, sekarang Allah bagi assignment baru. Tajuknya “menangani masalah anak tidak mau sekolah”. HEHE. Pening pening juga excited and happy juga. Suka sebab belajar benda baru. Mudah mudahan makin lama makin pandai handle masalah anak anak ni. InsyaAllah.

Okeyla kawan kawan, bertemu lagi kita di episod akan datang pada waktu dan hari yang sama. Bye-bye!

20130218_165120

Thursday, March 7, 2013

Hidup baru di Tawau.

Asslamualaikum.

Rindu la mau berblog. Cemburu jugak tengok blog orang meriah, selalu ada entry baru. Boleh begitu, eh? Hehee.

Alhamdulillah kehidupan sekarang di Tawau lebih baik dari tahun sebelumnya. Mana tidak lebih baik, kalau rumah mak dan kakak-kakak aku 15 minit jak dari rumah sendiri, kan super seronok tu. Hoho.

Suka keadaan sekarang, bila husband pegi meeting balik sampai lewat malam,  terus cepat jak pack barang balik rumah mak. Haha. Kalau outstation tidak payah cakapla. Heee. Kesian dulu, sendiri sendiri la aku di rumah menahan takut dan sepi. Ecewah. Tiap kali balik rumah mak pun, aku sibuk mau pack makanan macam macam. Pusing keliling rumah kalau ada buah-buah yang masak. Masak apa yang sempat untuk dimakan sama sama nanti. Singgah pasar sebelum sampai rumah mak pun sudah boleh dikira satu kewajipan. Suka!Suka! Hehe. Tengoklah ni, segala pakis, ayam perap, pisang, cucur, semua mau di bawa balik. Pening si tukang hantar mengangkat barangku. Kihkih.

20130228_163144

Di rumah ni setiap hari ada Kak Salmah yang estate tugaskan untuk buat cleaning di rumah setiap hari. Selain tu ada Udin si tukang kebun. Kak Salmah dengan Udin ni suami isteri. Tinggal sebelah rumah aku jak. Ada apa-apa aku jerit jak.

Contoh : “kakkk Salll….. di mana tanam serai tuuuu? Sayaaaa mauu pegi ambil niii..”

Nanti dia pun jerit dari rumahnya : “Di sanaaaaa puaannnnnnnn…” Haha. Senang kan. Merasa jugak aku berjiran. Haha. 

20130128_172739 20130128_172650

Rumah aku sebelah kiri. Rumah Kak Sal sebelah kanan yang dibelakang tu. Hmm. Dekat kan. HEHE. Selain dari dorang dua, ada sorang lagi adik yang ada disini setiap hari. Namanya Nisa, aku bawak dia kesini untuk jaga Dhani Alya disini tiap hari. Sebab aku kesian sama dorang my kids yang selalu nangis rengek rengek kalau aku sibuk buat kerja rumah. Sekarang Nisa sudah ada, ligat la dorang main bertiga. Aku pun senang buat kerja tanpa gangguan. Kuikui. Senang Mama tanam sayur. Hoho.

20130302_163415

Tengok kebun sayur aku. Sudah mula membesar. Yuuhuuu! Penat tau berkebun ni. Sudah besar sikit kasi pindah anak anak sayur pegi batas. Cabut rumpai. Kawal haiwan perosak. Hmm. Penat tertunduk tunduk dengan panas lagi. Tiap kali lepas berkebun, muka jadi gelap, badan kepala mandi peluh, kuku hitam kena tanah, kulit tangan jadi sedikit kasar (?). Masuk rumah terus mandi, berus kuku, cuci badan bersih-bersih, rawat muka yang menggelap. Huuu. Tapi, aku tidak kisah semua tu. Bak kata orang,

“Gardening is a theraphy and its give you tomatoes”.

Haha. Banyak lagi aku tanam, ni baru batas sayur aku. Ecewahh.

Aku ada satu orang lagi kawan disini. Yunus the manager’s driver. Sebab aku dilarang memandu selagi tiada kereta auto (Fuhhhhhhhhh), dialah yang hantar aku hari-hari pegi bawak Alya sekolah. Bagus juga kawan sama dia ni, banyak ceritanya di kereta dan banyak tolong aku juga. Thanx Yunus.Thanx estate manager. :D

Petang petang aku selalu juga kasi turun anak-anak di tanah. Main bola, main rabbit, sambil aku urus sayur-sayur aku. kehkeh. Dhani jak main rabbit, Alya takut setengah mati. Kami semua di larang dekat rabbit, kalau tidak dia akan nangis macam mau pengsan sebab takut kami kena gigit. Pic di bawah ni Alya tengah nangis sungguh sungguh la tu sebab takut adiknya kena gigit. Lawak la Alya nih.

20130117_131910 20130128_172302

 

Kadang weekend kami pegi mandi pool. Estate sini ada sediakan swimming pool untuk ekskutif sini. Senyum lebar sampai telinga aku sebab semacam boleh belajar swimming jak. ah ah ah. Maka aku terus bernekad untuk pandai swim before aku tinggalkan estate ni. Aduhh. Aku betulbetul mau pandai swim. Helppp!! Pic di bawah gambar Dhani yang sudah pandai begerak sendiri dalam pool. Sekarang sudah makin terer handle diri dia dalam air. Lagi sadis, dia nangis nangis mau terjun di papan anjal macam orang lain buat. gagagaga. T_T

20130119_090116 IMG_20121229_204627

 

 

Kalau di semenanjung dulu, weekend mesti mau keluar, mesti mau makan luar. Di sini, kami jarang makan luar. Beli jak seafood best best masak di rumah. 3 bulan suda aku tidak makan pizza. Macam tidak percaya. Wah! Hehe. Weekend kami disini setakat ni tidak putus putus dikunjung tetamu. Alhamdulillah, happy betul untuk itu. Ada seja orang yang mau datang. :)

Okay sampai sini seja kisah hidupku. Alya sudah rengek rengek mintak nenen. HEHE.

Doakan keselamatan kami rakyat sabah. T_T

Bye~

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design