Sunday, July 31, 2011

Cincin ku yang hilang sudah jumpa!!!!!

(masih lagi melompat-lompat kegembiraan..Fuhh..Fuhh..Penat)

Almost 6 months cinciku hilang. Hilang masa di rumah sebelum ni di Kapar, Klang. Sepanjang 6 months jugala aku tidur tak lena, mandi tak basah, malam termimpi-mimpi. Eceh. Hati memang tidak senang, mana tidaknya.. Cincin kawin tuuu.. Uhuk. Aku ada 3 cincin seja, satu cincin from hari merisik, satu lagi hari bertunang, satu lagi masa kawin…(tiba-tiba terflashback…Oh.Rindunyalaaaa…title anak gadis. Haha)

Okeh..okeh. Mau cerita ni bagaimana jejak kasih antara aku dengan cincin yang paling dekat di hati ni bertemu semula. Kemarin, aku cari puting si alya di dalam handbag aku. (kehilangan dan sesi mencari puting Alya memang sudah jadi kerjaan tetap aku).

Lepas keluarkan semua barang dan puting sudah dtemui, aku mendapati ada lagi barang dalam handbag ni..tapi cari-cari tidak jumpa pun. Maksud aku, aku boleh rasa ada lg barang-barang lain macam botol kecil, yang mana aku teka itu adalah minyak yu yi.(tengok barang baby lagi, memangla keremajaanku terhakis sedikit demi sedikit.argh.hehe). Tapi, lepas keluarkan semua barang..Tiada pulak.

Hmm. sudah ni mesti kes poket beg ni bocor. Oh, kasihan beg ku.

Cari-cari lubang tu, and I found out.

 

Pertama korek-korek dapat minyak yu yee, kan betul tekaan aku. Korek-korek lagi….

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…… CINCIN KAWIN AKU!!!!!!

Memang aku tidak melompat masa jumpa tu, tapi hati aku sudah jauh melompat tinggi sampai ke bulan. Alhamdulillah…

Excitednya aku bagitau husband aku. Yeaaaa.

Sibuk bagi tengok husband aku. My husband muka tekejut sikit, lepas tu tanya mana jumpa. Belum lagi habis aku jawab dimana aku jumpa, dia sudah paling ke TV. Kan sudah aku bilang, kalau channel sukan sudah on.. Semua benda lain di sekitarnya cuma picisan. Oh, hati gua panas beb! Hehe. Tidak apalah abang, asal abang bahagia.hhehe.

Phhewwww… A huge relief… Open-mouthed smile

Friday, July 29, 2011

Cubaan 1..2..3..

Selama ni aku mencuba-cuba guna word untuk update blog. Mau tukar angin la pulak..hehe

Rupa-rupanya windows live writer ni ada ba pulak. ok try upload pic pulak.

07072011742

ok. Jom cekidautt..

 

 

 

Lepas publish.

Oh, inilah hasilnya..hehe..

Suka3.. Open-mouthed smile

Thanx to http://sudirsuichi.blogspot.com/ and http://ciptaankecil.blogspot.com/ atas komentarnya ya.

hidup blog!!! it rocks!!!!

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.


Assalamualaikum...

Tinggal 2 hari seja lagi kita akan sambut.
Punyala happy.. :D
Rasa sebak n terharu pun ada, sebab bertemu lagi kita Ramadhan yang mulia.
Mulianya diriMu Ya Allah kerana mengurniakan bulan ramadhan kepada hambaMu.
Mudah-mudahan ramadhan kali ni memberi jutaan makna kepada kita semua.
Mudah-mudahan kita semakin banyak beramal dan mudah-mudahan iman kita boleh ditingkatkan.
Oh. Rindunya sama Ramadhan.
Bulan ni la boleh pulun habis doa banyak-banyak, mudah-mudahan Allah memakbulkan.
Aku ingat lagi masa ramadhan tahun 2009, aku banyakkan berdoa supaya aku dimudahkan bersalin Alya. Mudah-mudahan juga Alya jadi anak yang baik. Syukur Alhamdulillah, Allah memakbulkannya. Alya pun senang sangat dijaga sampai ramai juga yang bertanya, apa rahsianya. Satu seja rahsianya, BERDOALAH.
InsyaAllah, Allah akan memakbulkannya.


Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan.

Tuesday, July 26, 2011

Ah!


Sudah beberapa kali aku tengok ini di sidebar facebook ku.


Bukan jeles, cuma buat kening saya bekerut...
Sekian.

why pay more?

Tadi malam husband balik bawak segala bil. Sebelum ini tiada pulak aku mau buka buka bil tu, yang aku tau, dapat gaji = bayar bil/hutang ikut yang aku tau monthly bill nya berapa. Bil letrik + air? Kami free ba...yahoooo!!

Pagi ni aku rajin buka bil. Check satu-satu caj yang kami dikenakan. Bila aku check bil celcom husband aku, aku jumpa ni :


Apa ni SMS Muat turun dari 33399 kena caj sampai RM20.
Rm20 ni bagus aku belikan alya mainan daripada bayar untuk benda yang kita tidak guna kan?
Maka, aku pun mengambil henpon dan mendail 1111 (celcom) untuk tanya benda ni.(Nahh..posisi ku sebagai menteri kewangan mula bertindak.hehe)

From explanation dari Celcom, dia bilang caj muat turun ni dari pihak ketiga, mungkin husband ada melanggan apa-apa (macam tiada pun, janganlah hairan kalau aku tau semua apa-apa yang dia langgan ka, apaka..senyumannya pun buat aku tau dia menipu ka ndak. Apa lagi sepicisan ini. Aisehmen!).
So, dia ajar aku camana unsubscribe semua benda tu.HEHE.
Ini la caranya :

type :
STOP ALL

send to : 33399

Siapa-siapa yang ada problem yang sama, apalagi..Jom la unsubcribe.
(Aku berkata-kata seolah-olah handphone ni aku yang punya kan. Ndak cakap pun sama tuannya(husband). Same goes to astro kami yang dulu. Dulu, husband langgan banyak channel dan bil pun jadi -+rm120 sebulan. Bila aku sedar, dia bukan tengok sangat pun. Maka, aku unsubsribe yang aku rasa perlu, then bil astro tinggal -+RM60. HAHA. Puas hati aku. Bekerut kening my roomate unsubscribe astro channel without notice. Kikiki. Sedia maklum la ini Menteri Kewangan gred AAA punya. HAHA.)

Okeh la everibodi.. Last sekali..
Why pay more? Dont-dont pay more..Cekiddauuuttt!

p/s : Sepanjang aku buat entry ni,
1. Alya sudah 10 kali suruh aku lukis ikan.
2.Pest control datang buat servis.
3.Bateri laptop habis.
4.Alya mintak roti mau makan kerana rasa bersalah selepas tumpahkan keropok dan sumi di sebelah dan atas katil.

Mencabar kan untuk menyiapkan satu entri?

Comelnya ikan Si Alya Mama lukis...hehe

Saturday, July 23, 2011

Resipi Roti Inti Buttermilk

After 3 hari husband pergi kursus, malam ni dia sudah pulang. *Huge Relief *

Susah ba tiada husband di sisi. Cewah. Susah sebab tidak menang tangan kadang-kadang menjaga my two babies ni..hehe.
Gembiranya husband sudah pulang dengan selamat, sedangkan ramai lagi pasangan yang lain terpisah setelah insiden di jalan raya. Naudzubillah. Mudah-mudahan di p
anjangkan umur boleh hidup bersama sampai ke tua. Macam lagu sheila on 7 :

"genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
kita lawan bersama dingin dan panas dunia
saat kaki tlah lemah kita saling menopang
hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
sampai jumpa di kehidupan yang lain
"

Syoknya lagu ni. Aku ni peminat so7. Hheee.

Tadi petang aku buat roti untuk minum :D. Lama betul sudah tidak buat roti. Nasib masih ingat camana buat. Ekeke.



Resipi roti inti buttermilk.
Sumber roti ni from Ixora II, tapi aku sudah ubahsuai sikit. :D
  • 200g tepung high protein
  • 35g gula halus
  • 1 1/2 sb susu tepung
  • secubit st garam
  • 1 sk bread improver
  • 1 sk bread softener
  • 5g yis
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sb butter
  • 60-80ml air
  • 1 sk gluten/ wheat gluten ...

Untuk Inti :
  • 40g butter
  • 40g icing *aku pakai gula halus ja 30g*
  • 40g susu
  • 40g tepung rendah protein *aku pakai tepung gandum ja*

Step by Step :

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker/ mangkuk kecuali air.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sesuai.
3.Uli sehingga licin. Anggaran 20-30 minit. Kalau guna breadmaker, terus set dough.
4.Bahagikan inti kepada 9.
5.Masukkan inti ke dalam dough yang telah dibahagikan tadi. Kemudian masukkan ke dalam loyang.
6.Tutup loyang dengan kain lembap/ apa2 pun boleh asalkan udara tidak masuk. Tunggu hingga dough naik 2 kali ganda ataupun sejam.
7.Bakar dough ke dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 170c.
8.Bila roti ada 3 minit lagi untuk siap dibakar, sapu permukaan dengan butter.
9.Siap. :D


Oven yang banyak berjasa *Hug*


Dough yang sudah menggemuk (after simpan for 1 hour). patutnya buat 9, tapi terbuat 8. hehe.


Simpan selebihnya di dalam bekas kedap udara okeh. Kalau letak tanpa bertutup, nanti roti akan keras. Rugi oo.. :D


Yang ni pulak bagi auntie Si Yaya bawak balik. Thanx Kak As banyak tolong jaga Eizz n Alya :D

Jimat ba buat roti sendiri. Aku kira-kira kosnya mungkin dalam +-RM2 untuk roti ni. Kalau beli ni dalam harga +-5 ringgit jugak. Wah, cut cost sampai 50%. Hooray!
I am a type of wife yang merasakan sungguh bahagia bila aku boleh cut cost utk kualiti yang lebih kurang (dalam erti kata lain, roti saya bermutu...hihi). Ini bahagia memang betul-betul punya gembira. Rasa bangga jugeee..hehe.

Nah, Eizz sudah merengek-rengek mau dimanjakan aka mau 'bergayut' sama mamanya sampai ketiduran nyenyak. Ini memang tabiat bujangan saya. (^.^)
Daaa...

p/s : Bila ba mesin jahitku mau sampai ni.


My Wish : Studio



Studio? Macam artis pulak.hehe.
Eh, ingat artis sejakah yang punya studio. :D

Aku mengimpikan sebuah studio. (Sudah senyum-senyum terbayang sendiri).


Studio yang aku mau buat ni, aku mau letak barang-barang kesukaan ku. Pertama, aku mau letak mesin jahit (mesin jahit belum sampai lagi, sudah mau buat studio.hehe). Termasuk jugala semua alatan jahit-jahit ku aku letak situ. Alatan barangan kraf jugak aku letak situ :)
Hmm. Susah mau bayangkan? Begini la yang aku maksudkan tu..



Ruangnya pulak luas dan perabotnya banyak kaler putih..



Ada organizer yang best and barangnya tersusun rapi.

Adeh. Janganla ba kiut betul. Source : http://sweetacc.blogspot.com


Oh. Heavennyaa...

Sudah barang-barang jahitanku disusun cantik-cantik, satu sudut yang lain pulak, aku mau letak barang-barang kamera ku tersayang.. (Senyum sampai telinga).

Kasian ba, letak dalam container besar + kasi tinggal sama thirsty hippo. Ini bajet punya.hehe


p/s : Aku tinggal di estate. Tiada jiran pun. Perkara-perkara begini banyak menyumbang kepada kegembiraanku.hehe.

Jangan tunggu kegembiraan itu datang dengan sendiri, tapi, kitala yang harus mencari kegembiraan . Dan janganlah mengharapkan kebahagiaan dari orang lain, tapi, jadilah orang yang memberi kegembiraan kepada orang lain, diri kita pasti bahagia. InsyaAllah.
Kegembiraan yang hakiki itu datangnya dari Allah.

Thursday, July 21, 2011

Belajar crochet.



Sekarang ni mau belajar la pulak crochet. Actually, hal ini berlaku disebabkan oleh kelamaan tempoh siap untuk tempahan kopiah Eizz. Tau sejala mau raya kan. Jadi sibuk la aku mencari kopiah untuk dia. Andu ba. Hehe.
Tapi, kopiah ambil masa sebulan lebih untuk siap. Sebab banyak permintaan maka waiting list pun panjang. Maka hatiku berbisik :
"Ah. Aku belajar sejala crochet ni. Macam best jugak. Heheee."

Hari tu aku sudah dapat B untuk crochet simple dimple yang aku buat. Oh. Gred tu aku yang bagi sendiri. Kalau-kalau tidak ngam dengan hasilnya, iya kan sejala yeee...heheee.
Ini na crochet yang aku bagi B tu. Hehe..


Malam ni aku berusaha pulak belajar buat kopiah. Ehem.Ehem. Agak mencabar jugak ya starting untuk buat kopiah tu. Setelah melakukan cubaan selama setengah jam, maka dengan ini aku isytiharkan percubaan malam ini adalah gagal.
(Baru setengah jam dik oii..astaghfirullahalazim)

Cucuk sana, cucuk situ..Ini jugak yang dapat.

Adeh.
Tidak apalah nak, besok masih ada. :D


Besok bangun awal pagi, mau sambung belajar lagi.Hoyehhh.


p/s : Oh. Aku semakin hampir untuk mendapat gelaran "Surirumah Profesional". Kekekeke..

Breastfeeding



Sebelum start entry ni. I proudly announce :
"I support breastfeeding..yeaahh!!"

hehehe.

BF short form to breastfeeding adalah suatu yang agak susah dilaksanakan oleh ibu-ibu masa sekarang ni. Sebab banyak faktor contohnya bekerja, stres, tidak cukup masa, kekurangan susu, dll. Sebab tu la banyak kumpulan sokongan fully breastfeeding diwujudkan. Contohnya : Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) dan www.susuibu.com.

Aku pun mengaku jugak, menyusukan anak ni memang mencabar jugak. Lagi-lagi la di awal kelahiran Eizz. Mana tidaknya, awal-awal tu sakit.. Rasa macam kena stapler ja rasa everytime baby menyusu. Hehe.
Masa awal-awal dulu, kalau baby mau susu ja.. Aku sudah gigit bibir and pegang apa-apa ja dengan kuat sambil kening bekerut. Sebagai persediaan menghadapi rasa sakit tu. Ekekeke. Kadang-kadang nipple luka berdarah. Macam-macam la. Sadis bunyinya. HAHA.

Tiap kali aku pump susu pulak, mesti aku pening. Sebab kerap tunduk ke bawah untuk tengok susu yang di pam. Then, rasa penat sangat. Aduhai.
Sudahla penat dan pening, air susu yang dapat pulak sedikit. Kalau menyusukan pulak, kadang-kadang mau setengah jam baru baby mau berhenti. Jumpa lagi baby yang kuat susu. Sakit belakang pun ada jugak.

Breastfeeding jugak kena jaga makan. Tapi, benda ni depend on baby jugak. Ada mother yang makan apa-apa pun baby tetap maintain okey. Ada yang makan kangkung, terus cirit birit. So, kenala pantang sikit-sikit.

Kadang-kadang baby yang sudah biasa bf sama mamanya, tidak mau la pulak susu botol lagi. Even isi botol tu susu ibunya. Cabaran lagi mau susukan anak di public. Kena lagi pusing keliling cari baby room untuk susukan anak.

Kan senang pegi ambil botol susu, tuang 2 sudu susu, masukkan air panas dan air suam. Susukan baby sampai kenyang. Dan baby pun sudah senyum-senyum dan gembira kekenyangan. Siap!. Tiada lagi rasa sakit segala. Mana tidak mau rasa give up kalau begitu kan sebab ada jalan yang lebih mudah.

Tapi, berkat semangat dan sabar mau susukan anak dan mau jimat jugak, aku berjaya sampai di tahap 2 bulan setengah setakat ini. Ceh!Bunyi macam sudah 2 tahun kan. Hmm, mudah-mudahan aku dapat susukan Eizz sampai 2 tahun dan exclusive breastfeeding sampai 6 bulan. Amin.
Exclusive breastfeeding = Menyusukan anak dengan hanya susu ibu sepenuhnya tanpa campurkan dengan apa-apa jenis pemakanan yang lain.



Helo helo siapa di dalam.? Eh eh, kaki siapa tu? Geramla tengok kaki bulat tu. :D

Sekarang, aku sudah konfiden bf di public even without husband. Tapi, tempatnya bukanla di tempat ramai orang. Macam gambar di atas ni, di KFC di tempat yang paling belakang. hehe. Bf sendiri while husband di kaunter KFC. Eh, bangga sendiri. (^.^)

Ops! Jangan tanya pasal bf kan si Alya. Sebab aku sesungguhnya gagal susukan dia. Huhu. Punca sebenar sudah dikenalpasti iaitu kurang pengetahuan dan pengalaman. hehe.
Tidak apalah. Belajar dari kesilapan kan. :D

Aku yakin, makin hari makin ramai mother yang mampu bagi susu ibu sama anak-anak mereka due to makin banyak kumpulan sokongan susu ibu sekarang ni.

Happy breastfeeding!

*Husband kursus for 3 days. Alya keep asking abah. Abah, cepat balik... :)

Friday, July 15, 2011

Apa yang kamu buat sebelum tidur?

Oh. Terima kasih soalannya. Baiklah, saya menjawab.

(Sendiri tanya, sendiri jawab = syok sendiri.)

Bagi aku, dalam sehari ni kan.. ada dua masa bagi aku sangat penting.
Pertama, sebelum tidur. Second, masa awal pagi. Bagi aku, kedua-dua masa ni mempengaruhi kehidupanku untuk sehari tu. Mempengaruhi mood, motivasi, semangat. Cewah.hehe
Tapi, ini cerita benar okeh?

Sebelum tidur, aku suka memikirkan benda-benda yang bagus. Yang paling tepat, memikirkan perkara yang meningkatkan motivasiku. Aku ni jenis orang yang sukakan motivasi ba, jadi, tidak hairan la kan. :D
Sebelum tidur, aku baca buku motivasi. Contoh satu buku aku, tajuknya "How to get from where you are to where you want be". Buku ni by Jack Canfield, penulis yang sama dengan buku bestseller "Chicken Soup for the soul".
Kalau malam tu aku tidur dengan baik, maksudnya bukan tertidur sebab jaga anak-anak yang makin hari makin ligat.
tadi aku mau tulis makin hari makin menyerupai power rangers. Tapi, lepas pikir 5x, takut plak aku nanti betul-betul anakku seganas itu. Tarik balik. HAHA.

Kalau bukan membaca sebelum tidur, aku suka jugak tulis diari. Tulis pasal apa yang aku mau buat esok hari. Tidak pun, buat target untuk seminggu. Contohnya: Minggu ni mesti pandai masak ayam masak kicap. HAHA. Maafkan saya kerana contoh tidak menarik.
Kadang-kadang aku tulis financial target. Tulis pasal plan aktiviti yang aku mau buat utk my kids to develop their skills. Diari aku ni bukan diari untuk luahkan perasaan. I dont have that kind of diary. (^.^) Itu diari masa zaman bujangan dulu. Heheee..
Bila buat begini, aku rasa bersemangat mau bangun pagi. Semangat mau bangun pagi sama-sama dengan husband + tidak tidur balik. Husband aku bangun 6am every morning bersiap pegi keja. Awal tuuu.. :D
After 6.30 am melambaikan tangan kepada husband, maka aku pun memulakan tugasan saya. Aiseh. Seolah-olah bertugas sebagai seorang pensyarah. hehe.
Dengan plan and target yang sudah aku buat tadi malam, aku rasa semangat mau buat di paginya. Eh, syok ba begini. Aku suka. Mungkin kamu pun suka jugak. Cubalah. Hehe.
Bilang, orang pandai-pandai.. Bila kita set dalam kepala sebelum tidur, minda separa sedar kita akan bantu diri kita buat perkara yang kita mau buat tu.

Aku suka buku-buku ni tidur sekali dengan aku. :D

Masa awal pagi selepas bangun tidur, aku tidak suka buka facebook. Buka jugak untuk say hi to evryone. Tapi, aku tidak suka baca komen-komen and post-post orang. Kadang-kadang itu boleh buat aku hilang semangat yang pagi tadi tu. Baik-baik aku semangat mau buat ini, tapi, lepas bukak facebook, buat aku teringat-ingat pasal orang ni, orang tu..lepas tu balas-balas komen,haih. Buang mood aku nanti.
Awal pagi, buat benda yang aku mau buat tu..then, bila benda tu sudah siap. Mesti rasa puas hati. Itu boleh jadi booster untuk benda-benda lain yang kita mau buat.



*Bagi aku, hobi bukan sekadar mengisi masa lapang. But it is an achievement. Bantu membina keyakinan diri.
Ah.Paham-paham sejala kalau orang tidak bekerja ni. Ada penyakit low self esteem. Wohooo.

Thursday, July 7, 2011

Sudah masuk yang ke-5.



Coba teka.

"Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu..."

Ini apa?

Apa? Bekas-bekas babywipes picisan? Salah!


Yang sebenarnya..

"dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku..."


Hheheee..

Aku mula menabung sejak aku kawin. Aku kawin kan dec'08. So, maksudnya.. Sudah dua tahun setengah aku menabung. Sepanjang tu aku sudah dapat penuhkan 4 tabung. Sekarang sudah masuk tabung ke-5. Bila sudah banyak aku tabung macam ni, happy pula rasanya. Sebab nampak sudah banyak. Hhheee..

Ini susunan tabungan aku. Dari kiri ke kanan. Kiranya, yang paling kiri tu Abang Long la.hehe. Setakat ni yang paling bongsu tu yang kaler pink. Mama dorang tiada buat family planning. So, akan sentiasa dapat adik baru.

Dulu, tidak berniat pun mau menabung segala. Tapi,
sebab aku mau kemas duit-duit kecil husband aku yang ada di merata tempat. Kadang aku jumpa di poket seluar, kadang di laci meja, kadang di atas meja, kadang di kereta, kadang dalam beg, haih..tu la aku bilang, di merata..
Kadang jugak di sini.


Aku pun heran kenapa husband aku banyak betul duit RM1 nya. Maka, aku pun kumpul la semua duit-duit syiling and duit seringgit ni. Kalau dulu, aku selalu komplen dia tidak mau pakai duit seringgit. Sekarang tidak lagi. Sekarang aku senyum-senyum gembira jumpa duit seringgit. Bolehla tabung aku cepat penuh. Ah. Bestnya.

Tapi, kesian kan tabungan ku di tabung di bekas babywipes seja. Ada jugak di bekas kain sarung cap gajah duduk.haha. Satu seja tabung yang cantik tempatnya. Yang ini. Tapi, seksi ba tabung ni. Nampak dalamnya. Nanti senang dicuri orang..Daripada dia curi tabung yang berat ni, bagus dia curi dompetku seja. Kan susah mau lari bawak benda ni.


Nah. sekaramg sudah masuk tabung ke-5. Happy!!
Anduu. Baru dua ringgit dua puluh sen. Mau pigi korek-korek poket sama beg husband lagi. Nanti jumpa duit seringgit sama syiling. hhee.


Boleh la beli myvi tahun depan.
Maafkan saya atas ketidakrelevenan statement saya sebentar tadi.

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design