Thursday, December 18, 2014

Al Fatihah to my little tiny baby

someday1

10 weeks and 5 days.

8 December 2014.

Doakan kami dapat bertemu semula di sana.

Inshaa Allah.

Tuesday, April 1, 2014

aku stressss!

Aku stress!

Stress!

Stress!

Stresssssssss!!!!!

 

Wah over betul aku stress. Kahkahkah!

Actually aku stress la pasal aktiviti bertanam tanaman ni. Huuu. Setahun sudah aku duduk sini, tapi sebijik pun tiada yang dapat aku tanam. Yang ada cuma daun sup dan rose yang sakit. Huwaaaa!!!

Sebenarnya semua ni sebab kawasan sini banyak penyakit. Segala pokok buah dan bunga bunga kena penyakit. Huwaaaa. Weyy serius hatiku menangis.

Aku tanam sayursayur. Tidak hidup pun. Huwaaa. Oh Tuhannnn…inikah dugaan?

Sebenarnya lagi, stress ini berkembang biak dengan kemasukan ku mengikuti page facebook Kelab Kebun Keliling Rumah atau nama glamournya KKKR. Kihkihkih.

Ya Allah Ya Tuhan…istighfar aku dalamdalam tengok page tu. Bukan main dorang, segala anggur strawberry roses pun dorang tanam. Setakat sayursayur tu dorang pandang sebelah mata jak. Oh Tuhannnnn….batinku terseksaaa.

Rilek jak tanam bawah panas. Oh tidakkk…terus mau menyanyi, “hancur hatiku…mengenang dikauuu, menjadi kepingkeping setelah kau pergi…”

Sedangkan halia aku tanam boleh mati. Kau bayangkanlah… Halia cuma, haaa-liiii-aaaaa…boleh mati? Aduhh. Mau pengsan rasanya. Nasib baik aku tiada penyakit jantung.

Kalau la ada kursus pertanian kan. Mesti aku ikutt. Bolehla aku tau penyakit penyakit pokok, masalah-masalah, jenis tanah. Aduhh! Husband aku actually declare dirinya sebagai planter. Dorang la ni yang bekerjaya sedemikian rupa, selalu ngaku dgn proudly they are planter. Tapi aku rasa, walaupun aku tiada karier begitu, aku rasa aku lagi planter dari dorang. Jiwa tu disini beb! (sambil tunjuk dada) Ecececeh. Kamu pahampaham jak la aku. Kalau becerita sentiasa dramatik dan over. Kamu maafkan jee laaa.. hehe

Okeyla, aku akhiri kisah sedih aku dengan share gambargambar dorang dengan tanama dorang yang superrr besttt ni. Ahhh! Migrainnnn.

10149488_723583244348771_330245186_n10152528_4004733293576_810861108_n1958326_3995779709742_1788029097_n1378172_677949192246399_1078008600_n

Gambargambar dari facebook page KKKR. Nama owner Joe Jalil, Maizah Jalil & Ranson Lim.

Argghhh!. Stresss. K la bye!

Wednesday, March 5, 2014

Yakinkan aku tuhan dia bukan milikku

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku
Buang semua puisi
Antara kita berdua
KAU BUNUH dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta
Reff:
YAKINKAN AKU TUHAN
DIA BUKAN MILIKKU
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…
Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku… – Hapus Aku, Nidji


Tidak sengaja masa balik kampung hari tu, terdengar lagu ni di radio. Masa dengar muziknya seja, sudah bikin aku mau melompat. Serius. Nasib baik dalam kereta. Oh nooo…. Lagu ni la antara penyumbang kelangsungan hidupku di suatu masa dulu. Eh eh, beria betul aku ni. Kahkahkah.
Dulu, aku juga sama seperti kamu. Ya, kamu. *hahaha. Semacam dalam drama*. Juga pernah ditinggalkan kekasih. KAHKAHKAH. Masa tu aku mulus manis gebu innocent comel muda remaja gitu. Dipersia sia kan oleh sesorang jejaka. Ah! Hancur hatiku masa tu menjadi keping keping.


Hancur hatiku,
Mengenang dikau,
Menjadi keping setelah kau pergi,
Tinggalkan kasih sayang antara kita….

*Aduh! Ndak sempat aku habis nyanyi.Anak ku panggil pulak. Spoil mood betul.
*Okeh, dia sudah terjun tub berendam. Kihkih


Biasalah gadis comel barusan mendapat cinta tiba tiba putus di tengah jalan *KAHKAHKAH*. Pastilah kecewa kan kan kan. Maka bermacam caralah aku untuk sihat kembali setelah rasanya seperti separuh jiwaku pergi. Ecewahh! Jadi jadi jadi, lagu ni salah satu pengubatnya.
Ingat aku masa tu, pasang video klip lagu ni kuat kuat. Lepas tu menari dan melalak semacam aku pun salah seorang anggota band ni. Oh, tolong jangan bayangkan. Aksi ganas. KAHKAHKAH. Tengok lirik yang aku tulis di atas tu, tiap kali sampai ke perkataan tu, makin aku bersemangat nyanyi kuat kuat. Semacam mau cakap, berambuslah kau!! HAHAHA.
Tapi, wa cakap lu…terapi ni berkesan. Lepas nyanyi puas puas, terus rasa energetik. Kihkih
Selain lagu ni, ada juga lain yang aku “head banging”-kan. Cewah. Perasaan tu macam buat head banging sudah padahal tiada pulak buat begitu. Perasaan tu selalu over dari tindakan. Haha. Lagu Pudar – Rossa pun aku layan jugak.

Ku rasakan pudar dalam hatiku
Rasa cinta yang ada untuk dirimu
Ku lelah dengan semua yang ada
Inginku lepas semua”

Lagu ni boleh membuatkan penyanyinya merasakan dirinya jauh lebih berharg…bernilai…bertawakkal(ini punchline) daripada apa yg dia dapat dengan lelaki tu. Terasa macam, “Ah. Kau tidak layak pun untuk aku!”. Pergi kau dari sini. Zam zam ala kazam!


Lagu lain lagi, Nidji-Manusia Sempurna.

“Terbanglah kepadaku
Manusia sempurna untukku
Lara hati menunggu, menunggu dia”

Lagu ni pulak semacam memberi harapan yang Mr. Right Guy akan datang di waktu yang tepat. Macam lagu SO7- Untuk Perempuan ada cakap begini,

“Aku yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatiku
Di hari yang tepat”


Selepas nyanyi lagu manusia sempurna-Nidji sebanyak 86 kali. Manusia sempurna betul betul datang kepada aku. Selepas berkenalan dalam beberapa bulan, selama itu juga dia menunjukkan kesungguhannya, menunjukkan sayangnya, menunjukkan tekadnya untuk melamar(geli pulak perkataan ni HAHA) aku walaupun mungkin kena tolak sebab aku masih belajar, dan sebab gadis comel ni masih budakk sangat. HEHE. Dannn…tiba tiba saja aku jadi bininya. Heee.


Allah Maha Besar, yang menggenggam hati manusia, yang mengaturkan jodoh pertemuan hambaNya.
Kepada yang putus cinta semcam kisah gadis comel tadi. Sedih boleh, tapi jangan berpanjangan. Munajat pada Allah, mengadulah pada Allah semua rasa susah yang kau rasa. Dannn, dengar lah lagu Hapus Aku- Nidji. Hehe.

Perkara tu sudah pun mungkin tujuh tahun berlalu. Aku tidak malu pun mengaku yang aku memang ‘jatuh’ masa tu. Bagi aku itu semua pengajaran didikan dari Allah untuk jadikan aku orang yang lebih baik, dan untuk dikongsi pada orang lain. Lelaki yang lepas tu bukanlah pulak jahat. Baik orangnya, hensemboy and available lagi. Nah, cepat cepat isi borang. Kekekeke. Cumanya semua ni aturan Allah kan. PermainanNya semua untuk kebaikan hambaNya. Tiada sebab lain. TIADA Smile. Apa yang perlu cuma kita perlu sedar tujuan Allah turunkan kita ke dunia. Pandang ke langit dan lihatlah kebesaran Allah. Setakat putus cinta, apalah sangat dibanding dengan nikmat yang telah Allah bagi. Allah cuma sengaja temukan kita dengan orang yang salah. SENGAJA. Sebagai didikan untuk aku dan kamu. Jom berfikiran dan hati terbuka dan jadi lebih awesome. Auuw!

Dann..dialah suami saya, kegembiraan saya, yang tidak putus putus menyayang aku, memberi aku duit(sempat lagi!), yang yang yang….aduh apa lagi ya..banyak lah tu! Tidak hensem pun tapi cukup sifat kan sudah sukurrr.*HAHAHA* Ampun aku banggg!!! 

InsyaAllah kamu yang putus cinta sekarang, akan bertemu dengan jodoh kamu yang sebenar. Aku doakan ya!
20131122_095332   20131121_222057
Husband and I celebrate 5th Anniversary. Alhamdulillah, lima tahun. *Uinah lakiku begambar, mengancam gitu* Smile

Thursday, February 27, 2014

Mesin pujaan hati now at home

Alhamdulillah.

Syukur sangat. Happy sangat. Sebabnya one of my wishlist tercapai. Lama sudah teringin ni sebenarnya. Tapi, baru tercapai. HEHE. 

Taadaaaaaaaa…..!

Mesin jahit industri SINGER.

20140227_182525

 20140227_182513

Aku beli jenis model 200D jenis bukan yg paling laju. Yang paling laju model 300D. And, jenis yang aku beli ni keluaran yang terbaru. Tidak lagi guna motor besar  di bawah meja tu, tapi motor kecik jak. Suka sangat mesin ni sebab senyappp and smooth seja menjahit. Kelajuan pun senang adjust. Tidaklah macam mesin macm ni yang sebelum sebelum ni aku pakai. Laju habis! Sampai boleh trauma. Haha.

Dia ada function di tepi tu yang aku belum belajar lagi apa maksudnya.Hehe

 

20140227_182534

20140227_182545

Kalau orang yang biasa dengan mesin ni boleh perasan bawah mesin ni tiada sudah motor besar tu. New improvement Smile

 

 20140227_185352

Kemas sangat! Aduhhh…sangattt suka!

Inilah sebabnya aku tukar mesin. Sebab mau dapatkan jahitan yang kemas. Supaya boleh deliver quality product InsyaAllah. Smile

Senang – senang, pegilah shopping di facebook Alya Safiyyah Collection ya Smile

Okey, anak aku dah siap mandi.

Bye!

*Fuhh! Sempat update blog sementara tengok anak mandi.

Tuesday, February 4, 2014

Kehidupan sekarang

Assalamualaikum.

Fuhhhh lama gila nda tulis blog. Hakhak. Ada juga orang tanya tanya kenapa ndak penah sudah tulis blog. Hmm. Kenapa ya? Maybe shock dengan keadaan yg dapat tinggal kampung sendiri. HEHE. Seriously, aku busy sikit tinggal di sini. Sangatlah jauh beza dengan kesunyianku empat tahun lalu yang kadang kadang aku rasa badanku sudah bersatu dengan dinding. Life terlalu kaku, sunyi dan sendiri. Fuhhh. Sekarang, adedehh...ndak cukup masa jak balikbalik. Auww!

Mama balikbalik call suruh datang rumah. Kakak kakak pulak sibuk ajak shopping. Kawan kawan sini pulak suka buat aktiviti estate. Kawan kawan husband, kawan kawanku, family ku and husband, kawan kawan estate semua dekat dekat. Jadi bila dekat banyak event. So banyak event kena attend and prepare. Anak anak buah & family punya birthday seja suda berapa kena buat. Campur lagi akikah dorang, majlis khatam alquran, kenduri kesyukuran, open house..dll. Fuh. Penat tapi sereonok. Selalu apa apa yang kami buat aku memang sibuk sikit. Aku selalu kena incharge masak, buat dessert and decoration. Time tu anak anak aku pulak nanti dorang jaga. Sedar sedar jak anak aku sudah pun siap mandi, wangi, muka penuh kena bedak. Oh, soo..Bugis style! Bedak betepek di muka tanda sudah mandi. HEHE.

Di rumah sendiri pulak aku sibuk dengan business. AHAHAHAHAHA. Lucu juga ayat tu. Tapi, itulah yang aku sedang buat buat sekarang. One day aku berharap aku nda lagi ketawa bila aku cakap aku ber-bisnes, but I can say it with angkat angkat kening sambil menghantar mesej telepati, “U wanna buy?”. Maybe ramai yang nda tau aku ada buka online store named Alya Safiyyah Collection. Jual baju baju kurung and peplum budak budak kecil. Comel! Ndak tipu punya. Sekarang ni sibuk belajar mahirkan asas jahitan la ni, so I can deliver the best product . Actually, page online aku tu agak terbiar sekarang. Sebabnya, aku sibuklah pulak sekarang jual jual benda lain. Jual tudung la, bundle la, cotton la, jubah la, jeans la, spender kempiskan perutla. Haha! Sekarang kami (aku & 2 my sisters) pulak sibuk lagi mau buka kedai doorgift and barang barang for party. Comel ba. Percaya-in aku dong! InsyaAllah launching soon!

Sepanjang aku bergiat dalam bisnes kecil kecil ni. Banyak yang aku belajar. Its not all about a money. Bagi aku bisnes ni mengajar seseorang untuk menjadi orang yang lebih berkualiti. Dengan kualiti yang kau ada, people pay for your service. Aku selalu berangan angan mau buka kedai Islamik gitu, banyak perkara sunnah yang kita boleh dapat didalamnya. Wah. Best kan! Teringin juga buka kedai barang runcit yang harganya murah. Macam Mydin tu ba. Mestila orang happy membeli kan :)

Akhir akhir ni jugak aku banyak sedar sedar pasal aurat. Sob sob sob. Tentang berhijab dengan lebih sempurna. Aku bersyukur sebab banyak family and friends yang tutup aurat dengan baik. Bulan lalu aku try jeans aku, nda muat beb! Hoho. Yeaaa, Im gaining weight! Tidak pernah dalam hidup aku tidak muat baju ku. Biarlah baju 10 tahun lepas pun. This is my first time. And tiba tiba aku rasa this is a message from Allah supaya aku tinggalkan lah seluar seluar tu lagi. Isk. Tutup urat dengan baik pleaseee. Enam bulan kebelakangan ni aku banyak pakai jubah dan long skirt. Selesa. Mmmm. Mmmmm. Ya, Im fighting sebenarnya untuk tinggalkan semua pakaian begitu. Ya, Aja aja fighting! Hehe. Oh, Allah berilah kami kekuatan untuk berubah.

20131029_112244

Macam best kan kalau tutup aurat begini. Hati pun nyaman jak :)

Alya pulak sekarang sudah masuk Pra-Sekolah. Sekolahnya pun dekat sangat. Dalam estate jak. Hehe.

Dan, Izz sekarang starring sangat. Macam biasalah. Hehe. Tapiiiiiii, dia sekarang langsung tidak mau belajar. Dulu sudah pun kenal semua huruf. Sudah pun boleh ngaji sampai baris bawah. Sejak kenal Ultraman, semua sudah bye-bye. Ohhh…sesungguhnya, besarkan anak ni banyak sangat phase-nya. Kejap begini, kejap begitu. Awalnya aku sangka begini, rupanya begitu jadinya. HEHE. Tidak apalah, teruslah kita cari jalan camana mau bentuk anak kita. Pheww! :)

OKlah bye!

 

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design