Saturday, December 31, 2011

Cant stop from buying.Ohh..

20111229_155101

Kemaren aku beli kain lagi. Hoho. Aku sudah punya masalah serius sekarang. Kalau pegi kedai kain, jumpa kain cotton or linen, sebok mau beli. Hati rasa remuk rendam kalau berlalu begitu saja. Matai..

Tapi, syukurla..kain cotton sekarang sudah banyak pilihan dan agak murah banding dulu. *Ataupun selama ni aku jak nda perasan.huh* Kain pink+hitam tu rm14 semeter. Kalau dulu, mesti 20++ kain begitu. Haih, harap-harap makin murah. HEHE. Kain yang biru tu pulak, agak keras sedikit. Plan mau buat seluar untuk Eizz. Hoyehhh! Aku excited kain putih tu. Jumpa sudah aku kain putih yang bagus untuk buat blouse Alya. Kainnya halus dan lembut. SukaSukaSuka. RM 14 per meter. Hmm, satu meter boleh buat tiga blouse. So, kira murah la untuk satu blouse. HAPPY!

Aku tidak sabar rasanya mau jahit ni. Tapi, apakan daya… Anak-anak kecil ku tidak boleh tengok aku menjahit. Satu orang tarik wayar mesin. Ada yang pegi kasi off mesin. Kejap lagi panjat di belakang ku. Kejap lagi ambil gunting tikam mesin. Ya Rabbi. Memang aku mengalah kalau begini. Paling sakit hati, tengah syok menjahit Alya tekan off plug mesin. Suruh hidupkan. Senyum-senyum jak dia. Tarik nafas, bangun aku pegi tekan on balik. Baru jak menjahit 2 minit. Di kasi matinya lagi. Tarik nafas lagi. Bangun pegi kasi on. Kalau sudah 4x, aku mula urut dada. 5-6 kali? Argghh!

HAHAHA. Bulan 3 ni aku sudah ada appointment untuk pakai implanon. Maksudnya, 5 tahun dari sekarang (dengan izinNya) baru ada next baby. Uih, tindakan tegas nampak.Haha. Syukurla sudah dapat sepasang, senang hati rasanya mau jarakkan jauh dorang ni. Kalau both girl ni, kali next year aku plan mau ada baby lagi. Teringin betul anak sepasang sampai aku buat nazar kalau anak boy, aku sembelih lembu. :D Dan, dimakbulkan. Syukur.Syukur.Syukur.

Okla. Happy weekenddd… Smile

Wednesday, December 28, 2011

Mari bertanam-tanaman..Yuhuuu..

Eh, aku memang suka betul bertanam-tanaman segala ni. Eh, bahagia ku rasa. Macam menambah bilangan ahli keluarga pulak. HAHA. Tapi, kehidupan estate agak menakutkan sebab ular boleh datang. Huhu. Takut tengah berkebun-kebun, ular datang teman pulak. Isk isk. Naudzubillah. Ya Allah, janganlah Kau temukan aku dengan ular. Amin. Aku sudah 3x nampak ular di jalan raya time tengah dalam kereta. Biarlah aku tengok dari jauh dalam kereta seja, janganlah depan mata. Isk isk.

Nah, tengoklah pokok-pokok yang aku tanam. :D

271220111644

271220111646

271220111643

271220111647

271220111648

271220111645

 

Selamat tumbuh dengan subur semuanyaaaa… :D

*thanx to gee yang ingatkan aku pasal gardening yang agak lama sudah aku tinggalkan.Perasan sibuk la katakan. hehe*

Adakah kamu tahu?

Adakah kamu tahu, bahawa aku punyala cemburu bila tengok gambar kawan-kawan aku jumpa-jumpaan?

Adakah kamu tahu, bahawa kadang-kadang hati memberontak bila I missed the moment they have a blast time together?

Adakah kamu tahu bahawa aku sakit hati bila aku tidak dapat attend my friends wedding.

HAHAHAHA. *ketawa sakit hati ni.hoho*

Aku membayangkan keceriaan itu. Bestnya kamu di sana. HEHE.

Hey, beginilah kehidupan kan? Kita tidak dapat apa yang semua kita mau. Apa yang paling aku mahukan hidup di dunia ini ialah dekat sama husband dan anak-anak ku. Jadi, dengan memilih itu, aku harus jauh sama keluarga dan kawan-kawan di sana. Cuma boleh tumpang gembira dari jauh. Tumpang senyum. Tumpang ketawa. Moga kamu terus gembira seperti dalam gambar okehhh… :D

Kalaupun aku berada di tawau(kampung), tidak semestinya aku boleh join segala aktiviti mereka. Maybe, aku ni dari aspek menjadi seorang Mama adalah agak rock sedikit. Tidak kira waktu pantang, aku langgar seja keluar rumah. Last time, masa Alya baru berumur 28 hari, aku sudah keluar rumah tinggalkan Alya sama neneknya keluar sama kawan pegi tengok wayang. HAHA. *aku tidak patut ketawa kan sebab bunyinya agak kejam*. Satu keluargaku istighfar tengok gaya ku. Macam bukan orang baru lepas bersalin. Aiyo. Tapi, untuk situasi sekarang yang sudah beranak dua ni, keadaannya agak tegang. Dengan Alya yang susah mau terima hakikat bila Mamanya tiada. Izz pulak, tidak-mau-susu-tiruan-please!. So, he is direct feeding all the time. Hmm. Memang susah mau ditinggalkan. Jujur, aku memang agak bingung bila both them tidak boleh ditinggal. Aku rasa, keadaan itu tidak patut berlaku. Aku rasa, aku muda lagi. Tidak patut duduk rumah seja jaga anak. Aku benci pemikiran yang bila sudah kawin tidak boleh hang out sama kawan, tidak boleh ini..itu. Bila sudah ada anak, tidak boleh enjoy sudah. Argh. I really hate that. Please don’t give me any advice about that. Please don’t say, “ ko sudah kawin..ada anak..tidak boleh..bla..bla..” I really appreciate when you keep those advices inside you, give it to other person, but not me. Im really sorry. (Enjoy dan kebebasan yang dimaksudkan adalah tertakluk kepada hukum agama.harap tidak salah faham.peace yoo! And, really thanx to husband yg super sportingg..)

Tapi, di sebalik semua ini.. Muncul kebahagiaan yang tiada lawannya. Eh, ada lawannya. Kebahagiaan iman :) Rasa sangat bahagia hidup bersama anak-anak dan husband. Walaupun selalu buat aku bingung. Tapi, inilah racun, inilah madu. HEHE. Aku kehilangan sedikit kehidupan bersama kawan-kawan, tapi, aku dapat sesuatu yang lebih besar. Di kala aku berumur 30 tahun (5 years from now), aku sudah hantar Alya ke sekolah. Di kala aku baru mencecah 40 tahun, aku sudah menghantar Alya ke universiti. Umur 40 tahun masih steady muda remaja lagi ba. HAHAHA.kununnn!!!!

Itu lah kan, tidak semua yang kita mau kita dapat. Bersyukurla dengan apa yang kita ada. Kamu kawan-kawan aku yang masih bujang, patut happy dan bersyukur. Nikmat bersama kawan-kawan masih luas dan banyak. Di tempat kamu adalah punyala best gila tau! Siapa yang bujangan, lepas tu kurang hang out sama kawan, aku punya nasihat..

“Jangan kau begitu ba. Selalu la beraktiviti sama kawan selagi berpeluang. Hidup ini sangat singkat. Penuhinya dengan kegembiraan yang kita cipta. Jangan kita ego mau tunggu terus kawan datang sama kita. Kitala yang cari mereka. Biarla mereka tidak ingat sama kita pun. Terus-terus buat mereka gembira selagi mampu. Kalau mereka tidak appreciate ini hari, sekurang-kurangnya esok bila kita sudah tiada dia ingat. Semoga kau dan aku bahagia dengan mem-bahagiakan orang lain okehhh… :D “

29697_1472960102528_1189413110_1414755_7158733_nAgain, Im not here. Fuhh.

 

n1072484326_2345412_6566145Ini dua beradek rajin buat aku ketawa.

 

2011-12-11 20.21.0614082011837abang  n me2011-12-04 12.59.43 

Because of u, Im here..and alwes be here. :’)

 

*Ohhh..Jangan kau heran aku kuat menasihat. Semua nasihat segala sebenarnya aku tujukan terutamanya untuk aku..uh uh uh*

Saturday, December 24, 2011

Another cool apps from android

Sebelum ini husband selalu bengang kalau Alya buat phone calls bila main handphonenya. Hurm, apa tidaknya.. Telefon si itu..ini, telefon paciknya Pido tidak tau la mau berapa kali sehari, lagi parah telefon bos. Haha. Ramai yang call balik husband aku sebab ada miss called. Ini semua kerja Alya la ni.

Then, aku cari application yang boleh lock handphone tapi dalam masa yang sama the toddler boleh main handphone tu sekali. Then, I  found out this.

Toddler-Lock

Ini toddler lock app. Bila guna app ni, nanti dia akan keluar skrin ni hitam macam di atas. Then, keluar bunyi and toddler boleh main lukis-lukis atas skrin. Macam pic di atas, boleh la lukis love, star, bulat segala. Itu jak yang dia boleh buat. Tidak boleh ke mana-mana application apa lagi call out. Tapi, Alya selalu marah kalau dia ter’perangkap’ masuk dalam application ni. Dia nangis-nangis mau keluar. Tidak tahan dengar dia nangis. Unlock jugak, and buat call out again and again.

Cari lagi apps lain to solve this problem. Then, aku jumpa App Protector. Application ni dia tidak block application lain. Dia just elak toddler daripada call out.

912999-1285613048909Awal-awal tu, app ni akan suruh save pattern untuk kita gunakan bila kita mau buat call out.

 

DSC_0585Okeh. Alya tengah cuba buat call out.

 

DSC_0592After, tekan button call. Terus keluar macam ni. Dia suruh kita buat pattern yang kita macam kita sudah set tadi.

DSC_0604Haa..Alya bagi salah masuk patern. Masa ni, aku dengan husband sudah ketawa puas hati. Ketawa seolah-olah : “Haa..padan muka. Nda boleh sudah ko call out lepas ni. HA HA HA” Sebab sebelum ni, dia memang suka betul call orang. Memang sengaja mau kasi kita kelam kabut kasi off call yang dia buat tu. Kalau sudah handphone buat calling, Alya akan ketawa-ketawa mengkasi tunjuk skrin tengah buat calling. Tidak kau sakit hati? haha

DSC_0596Too many incorrect attempts! Try again in 27 seconds. Kah kah kah.

 

Sesiapa yang ada anak macam Alya, boleh la download application ini. Problem solved. Hooray! :D Happy weekend semuanya!

*Budak kecil betul-betul macam span. Kami jarang ajar dia guna android segala ni, dia banyak explore sendiri. Sekarang memang sudah pandai dan laju guna benda-benda ni. Ruginya kalau tidak ajar dia membaca masa ni kan. Ya, aku la orang yang patut dipersalahkan dalam hal ini. huhu.

Friday, December 23, 2011

Musim western food.

Akhir-akhir ni, aku super duper suka western food. Adoilaa.. Punya mengidam mau makan lagsana Pizza Hut. Then, masa malam hari tu, sempatla singgah beli lagsana.

DSC_0549

Kenapala benda ni sangat sedap. Actually, dulu aku tiada la minat sangat dengan lagsana ni. Makan pun beberapa sudu jak. Pastu, simpan dalam peti ais. Besok sambung lagi makan beberapa sudu sebab rasa cepat muak. Tapi, sekarang… Sekali ngap jak sudah habis. Rasa tidak cukup pulak tu. HAHA. Masa makan lagsana hari tu, macam mau ngalir airmata aku sebab overjoy kali ya.hehe.

Aku ingat mau masak lagsana sendiri di rumah. Tapi, aku belum jumpa lagi resepi yang ala-ala pizza hut buat. Semua resepi yang aku tengok semua pun pakai sos tomato ( Bukan sos tomato maggi tu okeh..). Aku mau resipi yang macam ni, no tomato sauce, cheese n cream only. Kamu ada resepinya? Mintak baaa..

20111223_085121

Tengok box instant lagsana ni jak pun, aku sudah geram-geram sendiri…hehe.

Last time, aku ada buat macaroni cheese..Ni nah pic nya, Tengok cheese tu buat aku geram sangat..

DSC_0490

Kawan aku ini, InsyaAllah akan sambung study di oversea. Antara perkara besar yang aku cemburui apabila beliau di sana nanti ialah cheese yang macam-macam jenis dan murah. Oh, betapa aku mencemburui kamu!

DSC_0494

Ni macaroni cheese yang aku buat tu, mau habis sudah. *Alamak, pic x cantik pulak.heee~*

Thursday, December 22, 2011

Bye-bye 2011.

Aku ingat lagi dulu-dulu.. 2009 & 2010, betapa aku stress tinggal di estate. Betapa aku sunyi. Betapa aku menangis. HAHA. Masa itu, tiada kegembiraan dalam hidupku melainkan bila husband aku balik rumah. Aiyo! Bila dengar seja bunyi motor dia mau sampai, terus aku happy. Yeaaa!! Itu jak benda yang buat aku happy. Tiap hari, kerja aku menunggu dia balik jak.. Bila sudah pukul 5.30 petang, hati sudah mula resah.. Mula tercari-cari.. Adoi. Mana abang tidak pandai balik ni.. Dapat mesej.

“Abang lewat sikit.. Bos mintak siapkan bla..bla..”

Teruslah rasa kecewa. Kalau dia balik lebih lewat, pukul 9 malam, 10 malam, 12 malam, 2 pagi… Lagi la sedih. Isk isk. Rasa masa berlalu lambat betul. Murung jak di rumah. Takut lagi tinggal sendiri. Aku memang serius takut dengan alam-alam mistik nih... oh, kenapa aku pecahkan rahsia aku..HAHA. Again and again. Nangis! Sedihnya hidup begitu. Selalu aku ngadu sama husband aku yang aku sedih hidup begini. Rasa susah, sunyi teramat sangat. And, dia pun rasa sedih betul untuk aku. Banyak kali jugak, dia mau hantar aku balik Sabah, sebab kesian tengok aku begitu. Tapi, kamu tau la.. Romi & Juli susah mau berpisah ba. HAHA. Susah senang mau hidup bersama. Haha.

Hidup aku masa tu sangat bergantung sama husband aku. Segala-galanya pun dia. Apa aku mau, kastau dia, nanti dia dapatkan untuk aku. Mau pegi mana-mana mesti dia hantar. Bila dia busy, dia penat, dia tidak boleh buat, mula la aku kecewa lagi. Kalau ingat balik, rasanya pemikiran aku masa tu masih belum matang. Childish to be exact. Huhu. Perut besar bawak baby, tapi perangai masih macam budak-budak. Hoho. Masa tu aku rasakan masa berlalu lambat betul. Bila sendiri di rumah, jadi sangat bosan dan bingung tidak tau mau buat apa. Confident level down gila-gila-la-wa-cakap-lu..hehe.

Tapi, betul la orang bilang. Masa mendewasakan kita.

2009 tahun adalah tahun murung dan sangat bergantung. 2010 pulak tahun belajar.

Hari demi hari, aku belajar menerima hakikat hidup. Menerima perjalanan hidup dengan lebih baik. Belajar untuk memperbaiki hidup. Belajar menerima segalanya tidak semestinya sama yang kita rancangkan. Belajar jadi orang yang lebih bersyukur. Belajar menerima tiap orang ada rezekinya masing-masing. Belajar menjadi hamba yang lebih baik. Belajar menjadi orang yang lebih berdikari. 

Kehidupan di tahun 2010, agak selesa sedikit.. Aku mula mengubahkan diri sedikit demi sedikit. Cari hobi baru. Cari kegembiraan lain. Dulu, sejujurnya..kegembiraanku cuma satu. Bila husband aku ada masa untuk aku. Oh, malunya bilang begini..Hohohooo.. Tapi, makin hari aku makin sedar..cinta manusia tu tidak sempurna. Di sana sini cacat celanya. Masanya yang kurang, sibuknya yang berpanjangan, penat yang selalu datang. Tapi, cinta Allah itu tidak pernah ada pasang surutnya kan? Hari-hari aku berdoa, supaya ditunjukkan aku jalan yang lebih membahagiakan aku. Jalan yang lurus, jalan yang terang, jalan yang membahagiakan semua orang especially my family. Hehe..aku memang sebok doa pasal jalan, sebab aku rasa aku sesat di mana-mana ntah. Haha.

 

A year after, mid year of 2011.

Alhamdulillah. Allah makbulkan doaku dengan memberikan aku hati yang lapang dan jalan yang lebih membahagiakan aku. Dulu sentiasa dibelenggu rasa bersalah sebab tidak kerja, sekarang hati sudah lapang. Dulu selalu rasa murung sunyi bingung tidak tau mau buat apa, sekarang rasa masa cepat betul pulak berlalu. Dulu sentiasa rasa risau orang mengata aku ni goyang kaki duduk rumah macam orang tiada pelajaran, sekarang im feel confident dengan apa yang aku buat. Orang mungkin rasa apa yang aku buat ini salah. Tapi, ada tidak kisah pun. Apa yang aku rasa ni aku yakin adalah petunjuk dariNya. Smile Sekarang aku suka menghiburkan diri dengan banyak perkara. Suka memandang dengan positif.

Hari tu aku memasak sambil pasang youtube di gtab. And make me feel energetic. Wah! Rasa bersemangat. Sambil nyanyi-nyanyi, sambil masak. Sambil lambai-lambai sama Izz & Alya yang tengah main di depan TV. Aku rasa aku betul-betul menikmati hidupku. Berbeza betul dengan perasaan dulu-dulu tu :

“adeh, mau masak lagi..bosan..bla..bla..”

“Suma kawan aku pegi ofis, why I am stuck here in the kitchen?”-Wahahaha…ganas bunyinya. Haha.

Sekarang, No..No…No… Tidak mau lagi rasa begitu. Cukupla dulu aku rasa begitu. Harap 2011 yang akan berlalu ni bawa perasaan tu jauh-jauh.

Baru-baru ni aku ada try beli shower foam brand May Aromatherapy. Sabun murah seja pun Smile. Bila pakai masa mandi, bau wangi dia tu memang menenangkan aku. Rasa relax, nyaman..Hmmm. Rasa macam syok la! Then,sekali lagi aku rasa aku menikmati hidupku. (eceh..balik-balik itu kan..) Macam ada perasaan :

“kenapa mau murung, sedih..sedangkan dunia dan kehidupan kita ni ada 1000 sebab untuk kita gembira” – *pehhh..hebat kan penangan sabun tu.ekeke

Benda ini perkara kecil seja pun, tapi, kalau kita menjadi orang yang cuba untuk bahagia, maka bahagiala kita. InsyaAllah. Selepas ini, aku mau cari lagi sabun-sabun aromaterapi macam ni. Letak banyak-banyak dalam bathroom. Sudah seharian kita penat bekerja kan, masa mandi mesti mau rasa enjoy dan boleh mendapat ketenangan.hehe.

Bagi aku, kita mesti menggembirakan diri sendiri. Dengan kita gembira, orang lain pun akan rasa begitu. Kalau kita pandang sesuatu dengan positif, maka positif jugak akan datang. This is law of attraction maaa.. :) Aku harap, aku boleh jadi orang yang sentiasa happy. Setakat ni, aku happy for many reasons sudah. Sebab pokok aku tumbuh dengan subur, sebab aku boleh jahit baju alya, cadar..bla bla bla, sebab aku boleh masak untuk famili and they love it, ah. banyak benda la. Kamu pulak camana? Aku harap kamu-kamu pun begitu. Kalau A buat kita sedih, banyak lagi B,C D etc yang boleh buat kita happy. But, for sure la..benda ini susah mau maintain kan? But, no worries. At least, sudah ada pemikiran begini, it is enough for now. Lama-lama nanti makin pandai la kita manage bab ni. :)

Ok for now… Bye everyone!

Tuesday, December 6, 2011

Pada 4 tahun lalu…

Sudah 3 tahun kami berkahwin. Tidak sedar masa tinggalkan kita terlalu pantas kan? Dengan tiga tahun berkahwin ni, dapatla kami 2 orang anak. Satu lelaki, satu perempuan. Wah!!! Tuhan seja yang tahu kegembiraanku dapat anak sepasang yang sihat. Aku memang sangat teringin anak sepasang, SANGAT!! dan, dimakbulkan olehNya.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Apa yang kami ada hari ni, semuanya bermula dengan apa yang terjadi lebih kurang 4 tahun dulu..

Masa tahun 2007, aku tahun 3 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Masa tu jugak, aku ada kawan nama Pido. Pido kenalkan aku dengan abangnya(now is my husband, kami panggil dia abg ming) dengan niat mau satukan abangnya dengan kakak ku. HAHAHAHAHAAAA….. Lucu pulak ingat part ni. HAHA. First time aku jumpa abang ming.. Ceh! Berlagak! Serius jak. Senyum pun tidak. Pastu, dia boleh tanya aku kenapa aku tidak masuk IPTA, kenapa masuk kolej. Dia ingatkan Kuittho(nama lama UTHM) tu kolej swasta. Cett..hehe.

Maka, bermula la sesi kenal mengenal antara aku- abg ming – kakak aku. Sudah kenal-kenal, maka aku dengan abg ming ter-rapat sebab bakal adik ipar kan. HAHA. Jadi, aku ni sebagai penasihat untuk satukan dorang dua la ni. Cehh..segala SMS abg ming utk kak aku, aku tapis dulu..supaya aku boleh tambah mana terkurang. Dengan niat mau tawan hati si kakak la ni. Aku ingat lagi, aku pernah marah sama abang ming, sebab dia pakai tracksuit untuk jumpa kakak aku. Aku marah dia sebab pakai selekeh-selekeh. Haha. Hasil dari perkenalan dorang ni, tidak menjadi apa-apa. Abang Ming makin hari makin malas mau contact kakak aku and my sis pun begitu. Beberapa kali kakak aku marah aku sebab dia tidak suka aku kasi kenal-kenal dorang ni. Aku dengan abang ming pulak makin rapat. Banyak kali keluar berdua dengan alasan..

“heyy…kami bakal jadi adik-abang ipar okehhh”

Kawan-kawan and family sudah mula ejek-ejek kami. Dorang rasa macam kami pulak yang bakal bersatu. Bila orang cakap begitu, aku melatah dengan menjawab.

“MENGARUTTTT!!!” – all im doing for the sake of my sister okeh.

Tapi, sudah melakukan plan A, Plan B, Plan C untuk satukan dorang ni.. Tapi, tidak boleh jugak menjadi satu. Alasannya, tidak ada hati la, susah la, susah mau kenal la, rasa tidak serasi la, tidak ngam la..macam-macam la alasannya. Tapi aku teruskan juga suruh dorang bersatu, sebab aku suka betul dengan abang ming. Dia baik and sporting (masa tu la…HAHA). Aku suka kalau dia jadi a part of famili ku.

Semakin lama, semakin rajin abang ming lawat aku d U ku. Masa tu pulak dia tengah kerja di Jasin, Melaka. Jasin-B.Pahat adalah sejam setengah. Awal-awal masa dia selalu visit aku, logik jugala alasannya.. Lama kelamaan, alasannya macam ndak berasas.

“Abang mau datang batu pahat sebab mungkin Lia teringin mau beli pinggan mangkuk untuk keluarga di kampung. Jadi abang boleh temankan.” – Erk!! Lucu betul alasan ni.

Makin selalu dia datang, makin aku heran. Kata-katanya pun mula sudah lain-lain. HAHA.

“Sekarang abang nda stress sudah kerja, sebab Lia ada sini sama abang..” – Erkkk!!! Aku ingat lagi respon aku masa ni, terus otomatik muka aku berkerut dan terkejut.

Kalau dia mesej then aku lambat sikit balas, keja lagi masukla top up RM30 ke henfon aku.

Dia selalu cakap bagusnya perempuan kawin awal sambil memberi hujah-hujahnya la. Sampai suatu masa, dia bilang sama aku. Hasrat dulu mau pikat kakak aku sudah berakhir. Hmm? Masa tu aku faham jugala sebab kakak ku pun bekeras ni nda mau. Ok, I accept that.

But, Mama aku selalu bilang. “Heranla kenapa c ipa(my sis) nda mau terima Mus(Abg Ming), sedangkan hatiku ni kuat yang Mus tu nanti akan jadi menantu ku”. Balik-balik Mamaku bilang begini, aku cuma cakap..”Doakan ja la Mak”..

Masa pun berlalu, Abg Ming dengan aku makin rapat. Aku memang senang sama dia. Masa ni dia baik  betul macam malaikat. HAHA. Pernah sekali aku call dia ngadu ada orang gila tunjuk “bird” dia dengan aku. Fuhh.. Tidak sampai sejam dari call tu, dia sudah ada depan rumah. Pernah jugak dia datang ke bp untuk makan malam sama aku. Tiba-tiba datang untuk makan malam then balik. Jauh betul makan malam dia. Cara-cara dia becakap jugak makin banyak peningkatan,

Me : Masa di sekolah dulu, aku pernah masuk kursus kepimpinan..bla..bla..

Him : Oh, kalau macam tu..besok-besok Lia bolehlah pimpin anak kita bagus-bagus. Abang kerja jak. – Double triple errrkkkk!!!!!!!!!

Dan banyak lagi la geng-geng ayat begini yang dia cakap.

 

2007 pun berlalu. Welcome 2008.

Suatu malam di bandar batu pahat, bertempat sama macam gambar di bawah. Dia ni taman di bandar tu. Ntah, aku lupa da nama dia. Tapi tempat ni tempat tumpuan ramai orang la. Ramai orang di situ, lepak-lepak dan etc. Kedai makan pun ada.

26112008185From google.

Aku tanya sama abang ming. Kenapa layan aku begini? Layan aku macam ada hati sama aku. (cewah!) Dia pun mengaku bla..bla..bla.. Aku malas la mau cerita sangat kan, nanti husband aku cekik aku sampai pengsan sebab dia malu aku dedahkan kata-kata jiwang karatnya di sini. HAHAHA.

Selepas kenyataan tertutupnya tu, aku tiadala pulak respon apa-apa. Tiada jugak, “okeh, now we are girlfriend & boyfriend”. Jujurnya, masa tu aku tiada perasaan c***a lagi.( perkataan terpaksa di-star-kan, sebab malu pulak rasanya guna perkataan tu.HAHA) Cuma rasa senang yang amat sama dia. (Eh, adakah ini cinta? – Boboi, Maharaja Lawak Mega.Hohoho)

Sejak itu, dia sudah mula ajak aku berkahwin. Berkali-kali. Bila dia cakap pasal tu, aku tidak jugak respon apa-apa. Sometime aku melatah cakap..”Jangann baaa!!!”. Sometime aku ketawa. Sometime diam dengan mata terkebil-kebil.Ekeke….

April 2008, dia bilang sama aku, dia mau balik kampung bagitau familynya suruh melamar aku. Yang paling aku ingat, aku nangis dengan sepenuh hati ngadu sama Mak aku, yang abang ming ajak aku kawin. Ntah apa yang aku sedihkan sangat. Takut kali ya.hehe. Dia bilang, dia mau hantar jugak rombongan meminang, ndak kisah apa pun jawapan from family aku.

Aku tidak tau mau terima ka, tolak ka, postponed ka. Aku rasa aku terlalu muda untuk buat keputusan. Aku takut pilih jalan yang salah.

Aku pun solat hajat & istikharah. Selepas buat beberapa kali, Alhamdulillah.. Allah melapangkan dan membuka hatiku untuk menerima dia. Then, aku serahkan pada famili aku, dorang mau terima ka, tolak ka or apa ka..aku berniat untuk ikut seja. Sebab bagi aku, aku baru 22, banyak benda aku nda tau. Tidak layak untuk membuat keputusan. Masa itu, kalau ditanya sama aku apa perasaanku sama dia. Aku jawab,

“SAYANG BETULLLLL!!!!!!” wewiittt…

Maka, kami pun bertunang pada 6 Julai 2008, dan berkahwin pada 6 Disember 2008. Kawin masa tu belajar tuu…hhuhu. Sesuatu yang sangat tidak dijangkakan. huh.

DSC01342

Dan, hari ini adalah hari ulang tahun kami yang ke-3. Yeayeaaaa!!!!

Syukur pada Allah, terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan atas sokongan. Smile

“Allah itu Maha Berkuasa, jika dia ingin menterbalikkan hatimu, ia boleh berlaku dalam sesaat. Allahuakbar.”

 

*tengok ba pic kami, pic lama..punyala susah mau begambar bedua sejak ber-anak ni.fuh.*

Monday, December 5, 2011

Jom buat pedicure.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Anak-anak sudah tidur. Aku baik hati mau buat pedicure for husband. Hehe. Okeh, bahan-bahan untuk melakukan pedicure ialah :

011220111550 011220111552 011220111565 011220111568 

1.Foot Balm 2.Sepasang kaki (kalau ada sebelah kaki jak, pun tiada masalah.lagi sonang keje den) 3. Meja Jepun. 4. Towel 5.Potong Kuku Kaki.

 

Antara bahan-bahan lain yang penting juga ialah :

011220111571 011220111572

Anak-anak yang nyenyak tidur, kalau diorang bangun, lebiih baik dilupakan saja kerana yang sebelah kiri akan menggigit foot balm, yang satu lagi akan keluarkan foot scrub dan sapu di kepala muka dirinya dan orang lain juga. hoho.

011220111556 011220111554 011220111555

Pertama, potong kuku kakinya dulu. Kedua, lakukan scrub. Scrub kaki ni rasa best, macam di urut-urut pun ada. Maka, husband aku pun tertidur dengan nyenyaknya.

 011220111558 011220111557

Kemudian, kejut husband suruh dia pigi cuci kaki. Lepas cuci, lap pakai kain. Then diletakkan foot balm. Foot balm ni best, kaki akan rasa sejuk dan nyaman.. Mmmm~~

Lepas letak foot balm. Siapp!! Kaki jadi bersih, mengkilat dan bersinar-sinar. Fuyyo!

Dan, tangan aku pun jadi licin..Bestnya rasa tangan lepas buat scrub.

011220111567

Mau jugak post pic tangan dia tuh..

Foot balm and Foot Scrub yang aku pakai beli from nutrimetics. Bagi aku best la produk ni, bau dia sedap, buat kaki jadi bersih n licin. Untungla beli, sebab masa aku beli, harganya tgah sale.ekeke.

Lepas ni mau beli lagi produk-produk manicure and pedicure yang lain la. Seronok jugak buat aktiviti begini SEKALI SEKALA. Kalau dalam seminggu buat berkali-kali, boleh bikin menangis jugak ni. hehe.

Tangan licin, pahala dapat, elaun meningkat.Hohoho.

Mau dan terus mau..

Sejak akhir akhir ni aku banyak memikirkan soal rumah. Mau membina rumah dengan sebaiknya. Mau buat homeschool untuk Alya. Mau kasi lengkap segala peralatannya, kerusi meja dan alat belajarnya. Aku jugak cadang mau buat ‘office’ aku. Aku panggil itu office, tidak tau apa lagi yang sesuai untuk itu. hehe. Aku pikir macam-macam pasal mau buat office aku pelan-pelan. Office aku pastinya ada sewing machine, laptop, kamera, diari, boooks and apa seja yang aku suka di dalam sana. Office ini penting untuk aku. Penting untuk membina diri aku untuk lebih maju. Cewah. Wahaha.

Dan, paling aku pikir jugak..Mau upgrade aku punya dapur. Isi dapur aku sekarang masih di tahap ‘ala kadar’ seja. Pinggan mangkuk periuk kuali yang ada sesuai untuk tuan rumah seja, untuk tetamu macam susah sikit mau sedia. Boleh juga, tapi kalau ada 6 tetamu, 5 tetamu pakai pinggan kaler putih sama then tetamu yang satu lagi pakai pinggan plastik kaler pink.wahahaha.

Since this year, aku sudah makin rasa selesa and happy dengan apa yang aku ada.. Aku senang hati mau jemput-jemput orang datang ke rumah kasi makan-makan. Maka, I need to upgrade my kithcen. Weee… Benda ni aku sedar masa ramadhan hari tu, bila kami mau jemput orang datang rumah untuk buka puasa bersama, rupa-rupanya pnggan mangkuk tidak cukupla. Aduhainya pun!

Mangkuk aku yang sedang besarnya cuma ada 3?Hahaha.

Bila sudah belek sana sini pasal pinggan mangkuk n barang dapur segala. Tiba-tiba, terjumpa pasal langkawi. Check-check punyala banyaaaakkkkkkkkkkkk dan muuuurraaaaaaaaaahhhhhhhhhhh barang di langkawi. Aduhaiiiiiiii. Kenapa ini boleh terjadi. Maka, nafsu sudah setinggi piring astro rumahku. Rasa macam mau pegi langkawi ini malam jugak. haha.

Bila kira-kira bajet, mahal jugak mau ke sana..Ribu jugak. Lepas buat research pasal langkawi, tiba-tiba rasa penat. Masuk bilik berehat. Dan, malaikat baik hati telah menenangkan hatiku.

“Ah, nda payah tergesa-gesa mau pegi sana. Anak pun masih kecil, susah mau shopping, upgrade sikit-sikit barang dapur buat sementara ni”

Aku sedar, akhir-akhir ni aku banyak pikir pasal mau upgrade rumah. Sampai kadang-kadang perasaan ni menyesakkan aku. Padahal, sebelum ini hatiku aman sentosa seja pun walaupun segala barangku ala kadar. Bila sudah dapat yang ini, mau yang itu pulak. Sudah dapat, mau lagi yang lain. Perkara itu tiada habisnya. Betul la kan orang pandai bilang,

“Semakin kamu mengejar dunia itu, maka dunia akan lari meninggalkan kamu..Tapi, sekiranya kamu mengejar akhirat, bukan sahaja kamu semakin dekat padanya, tetapi dunia juga akan mengejarmu..”

Jadi, bersederhanala kita kan..kan..kan.. dalam menginginkan sesuatu.

Ok.bye!

Sunday, December 4, 2011

Gila kain

041220111579

Sejak aku ada mesin jahit, aku sudah jadi orang yang tergila-gila sama kain. Kemaren, pegi batu pahat..singgah nagoya textiles. Oh nooo.. Jumpa la kain-kain murah macam di atas..

mau pegi lagi lain kali… Adeh. banyak plan tapi cuma ada sikit masa…huhu.

Monday, November 28, 2011

Baby Monitor Apps

Android. Memang best kan? :D Sama juga la dengan iphone/ipad.. Best bah!

Sudah lama aku mau install baby monitor from android. Dari sebelum benda-benda android ni lagi. Aku beriya-iya sebab mau tengok kecanggihannya. Tapi, baru hari ni aku download n install apps ni. Busy mengurus anak kali ya. kahkah.

Okeyla, apps yang aku download from android market ni namanya ‘babycam monitor’.  Aku install yang demo jak. Try test dulu kan. Video di bawah ni aku rakam keberkesanan apps ni. Apps ni aku install di galaxy tab 10.1 di bilik aku. Then, aku view from laptop aku di ruang tamu. Dan, ternyata apps ni memang super good!

From laptop kita, kita boleh control beberapa item. Contohnya, boleh on/off lullaby song. Bila on kan lullaby song ni, nanti gtab di bilik boleh play lullaby ni for baby kita. Boleh jugak toggle night light, toggle motion detection. Bila on kan motion detection ni, nanti keluar macam..macam…em, alah..nda tau camana mau cakap. tengok video tu, nanti kamu nampak ada warna hijau macam spider web. Tu baby motion detection la  tu.

Before ni, bila letak Izz di bilik tidur sendiri. Selalu rasa risau dan tidak senang hati. Kadang-kadang rasa macam terdengar dia nangis, takut dia mau terjatuh katil la… Lagi-lagi la rumah dua tingkat ni. Adoi! Pernah jugak tepikir mau beli baby monitor tu, tapi mahal la!

Sekarang, sudah di install di gtab & gsII..senangla sikit. Yeah!

Ada banyak ‘brand’ baby monitor apps ni, antaranya Baby Monitor & Alarm, Babyphone Mobile, Bungat Baby Monitor..and, banyak lagi la.. Yang aku install ni yang demo babycam monitor, sebab tu colour videonya pun hitam putih. Lepas ni download lagi apps macam gini yang jenis lain, lepas tu baru pilih mau beli full version yang mana..hehe. Harga apps ni baru dalam rm10, harga alat baby monitor di kedai RM300 and above. Untung banyak kan? hehe. Thanx developer and android. U save lots of our money.

motorola-baby-monitor

bye-bye baby monitor (^-^) *This is Motorola baby monitor, price about RM850++, function lebih kurang sama apps yang aku cerita di atas.huhu*

Sunday, November 27, 2011

my best frens wedding

Bila tulis tajuk entry ini, macam mau menangis rasanya. Tapi instead of nangis, aku tukar kepada senyum dan ketawa-ketawa. Sebab hati rasa gembira, kerana kawan-kawan ku ini sudah sampai di hari bahagia mereka.

Hoorayyy!!!

Happynya aku rasa, macam aku yang kawin tau! Haha. Ketawa-ketawa aku sendiri tengok pics kawan-kawan aku yang kawin ni. Haih, tidak sangka kita sudah sedewasa ini. HAHAHAAHA. *ayat tidak sedar diri anak sudah dua, tapi, jujurnya..aku masih rasa aku bujang. Oh, no…bila perasaan ini akan hilang*

okeh..okeh..Lupa mau kasi tau, siapa yang kawin sebenarnya..

on 13 nov, kawan aku Herna & Aniq berkahwin. Dua-dua pun kawan aku.. Boleh juga aku bilang sahabat aku. Dua-dua pun dekat sama aku. Aku kenal Herna di matrikulasi, then, kami rapat di UTHM. Kadang-kadang aku tidur di biliknya, kadang dia tidur di bilikku. Aku, Herna & Sen rapat masa di U. Sen, sorang lagi kawan kami. Sama sekolah dengan aku since form 1. Rapat since form 1 until now(I hope). Kami bertiga rapat, pernah buat gerai masa pendaftaran pelajar U. Kami jual nasi lemak n etc. And, akulah yang masak nasik lemak tu. Kesian pembeli nasi lemak tu kan? HAHAHA.

Aniq pulak aku kenal since aku tahun 2 kali ya. Dia kenalkan aku sama program-program U. Baik sama aku, jugak jahat. HAHA. Aku harap kamu dua bahagia la di sana ya…Eh, ayat macam pergi meninggalkan kita pulak. HAHA. Bukan itu maksud aku okeh! :D

Aku sedih betul tidak dapat majlis kawin mereka. Sangat teringin mau tengok dorang di akad nikah kan. Isk isk. Tidak apalah, tiada rezeki kita untuk berjumpa kan? :) Aku kagum sama dorang dua ni, cinta yang dipisahkan oleh laut cina selatan bukan senang mau bersatu tau. hehe. Perlukan kesabaran dan tolak ansur yang tinggi yooo… And, u both succesfully make it happen!!! Double triple congratss la sama kamu dua. :D

aniq erna

Nampak sangat Encik Aniq happy & excited sangat. ekekeke.

hey, aniq..now Erna is yours! Alwes n forever make her be the happiest women in the world okeh! And, im sure U will. Ingat lagi aku masa di U, ko suka sangat cerita pasal Erna. Sikit-sikit Erna..Heeiii…Pasal jari-jari Erna cantik mau ngadu sama aku. HAHAHA. Kalau setakat cerita jak ndak apa, ni siap kutuk jari aku ndak cantik. Ndak cantik macam Erna. Cessss!!! And Erna, aku yakin betul la kau boleh jadik isteri terbaekk punya! Happy for U! Sangat Happy! *Hugs*

mal kawin

Mal & Husband :D

Kemaren pulak one of my bestfren juga kawin, Malnizah, kami suka panggil Mal. Next month pulak satu lagi kawan & sahabat aku kawin jugak, she is Hany Puspitta, aku suka panggil pus. Macam kucing pulak kan. Haha. Sedih ba tidak dapat attend dorang kawin. Mau betul tengok dorang nikah. Mau betul tengok dia punya nerves(HAHA), dia punya eksperesi muka masa sudah bergelar isteri..  Yalah, kami dari kecil (form 1) sama-sama ba. Sama-sama rasa susah tinggal di asrama, sama-sama rasa gembiranya jugak tinggal di asrama. Dari sekolah lagi kadang-kadang kami bercerita soal kawin. Masa itu masih lagi rasa malu-malu cerita pasal ini, belum tau lagi kemana hala tuju jodoh ni, masa tu masih terpikir-pikir di mana dan macam manala jodoh itu. Terlalu banyak persoalan masa itu, sehinggakan kami berangan-angan dan kadang-kadang reka-reka cerita bab kawin ni. And now, semua kami sudah besar, masa untuk berkahwinan sudah tiba. Indahnya kan kalau boleh bersama masa tu. Kahwin satu masa yang paling berharga dalam hidup, masa paling indah, paling excited, paling terharu, sedih…Ah, semuanyala ada. Bagi aku, sangat penting untuk ada di situ menyaksikan mereka dan ada di situ menunjukkan tanda gembira kita dan bahagia kita untuknya.

Tapi, tidak apala.. Tiada rezeki kita mau bersama kan. Isk..Isk..Syukurla aku dapat hadir ke wedding Waze hari tu. Dapat tengok muka happy dia masa tu. Eih, best ba tengok dia kawin. Ingat lagi aku mukanya masa nikahnya sudah sah. Hehe.

Kalau bercerita pasal kawan, hati aku jadi kembang tau! Rasa bertenaga, rasa gembira, senyum sendiri, ketawa sendiri, nangis sendiri (eh..eh..?) ingat dorang. Aku nda tau la orang lain macam mana, tapi, aku begitu. Bagi aku, selagi kita punya masa dan masa bersama..berjumpalah walaupun sekejap. Aku rasa begini aku tau sebab ikatan yang terjalin sama kami ni akrab. Macam bilang kunyit dalam filem “Hantu Bonceng”..

"kawan menangis susah nak cari ,tapi kalau kawan sukasuka berlambak tepitepi jalan tookkk"

Beginila kehidupan dewasa, tidak seindah masa kita kecil-kecil dulu. Sekarang sudah susah mau bersama atas komitmen masing-masing kan.  Aku sedih untuk itu. Isk Isk.Perkembangan kita juga masing-masing berbeza, ada yang kawin awal betul (erk!), ada yang di kemudian, ada yang makin hari makin kaya, ada yang makin hari makin slim cantik (haha), ada yang kerjaya hebat-hebat, ah..macam-macam la. Maka, janganla jadikan itu pemisah kita. Dia nampak bahagia, nampak kaya, buat kita cemburu, rasa dengki, dan rasa jauh hati sama persahabatan. This is life, kadang-kadang kaki tidak sama melangkah (ayat mak aku!) ada yang tertinggal, ada yang laju di depan. Janganlah yang terlambat melangkah tidak mau memandang yang laju di depan kerana rasa kecil maka memencilkan diri. – U know im talking about u. And, aku pernah rasa begitu tau!. Isk.Isk. Cerita sedih. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing(Majalah Solusi). Jadi, mudah-mudahan kita tidak ada rasa dengki sama kawan kita, dan semoga kita semua menyokong dan bersatukitateguhberceraikitaroboh.cewah! Malaysia boleh!!Hahaha.

Wah..Wah…Hahahahaa.. Banyak pulak ceramahku..Hahahaha.

Okeh, kepada kawan sudah dan bakal berkahwin yang sentiasa terMMUAAHH di hatiku ni, aku mau ucap :

“Selamat menempuh alam ni. Hahaha. matilah kamu. kamu ingat kawin ni senang. HAHA. Tidak ba, jangan takut.. Ini jalan yang diredhai Allah, maka jalan ini lah yang paling bahagia, paling di sayang Allah…Itu yang paling penting. Best kan..kan..kan? Semoga kamu dimurahkan rezeki untuk boleh tinggal bersama wife/husband. Semoga kamu adalah insan-insan yang subur untuk menghasilkan anak. Hoho. Semoga kamu dan aku jugak sentiasa rasa bahagia dengan membahagiakan orang lain ya! Bab ni punya susah ooo! Kalau kamu khatam bab ni dulu, ajar aku ah! Next time jumpa kamu hopefully jumpa dengan baby bump ya.ekeke. “

Ahhh..aku ni kalau tulis entry pasal kawan susah mau stop ba. Penyakit!

Okla byeeeee!!!

Hanyyy..aku tidak dapat tengok ko kawinnn nantii..isk..isk… Kawan-kawan yang lain, kastau awal-awal kalau mau kawin ya. Okeh? :D

 

“Frens is like a star, u cant alwes see them, but u know they are there”.  - Aku harap kita boleh terus-terus ‘dekat’ sampai di hari tua. Mungkin tua-tua nanti kita boleh pegi exercise sama-sama petang-petang untuk menguatkan tulang yang makin rapuh dan menghindarkan nyanyok. HAHAHA. kan?

Monday, November 21, 2011

Selamat kembali ke rumah adalah suatu kelegaan. Aahh~~

Kamu pun rasa begitu juga ka?

Bila jauh dari rumah sendiri, jadi rindu betul sama rumah..Walaupun orang-orang tersayang ada di sisi, tapi rumah kita juga tetap di rindu. Adeyy, rindu sama dapur aku. Tempat aku test-test resipi baru. Rindu sama air panas di toilet, rindu sama pokok-pokok yang aku tanam, rindu sama tempat aku dan alya main-main, rindu sama almari aku, rindu semuala! Rinduuuu…

Selepas sebulan balik kampung, dapat sampai di rumah..Wahh, leganya rasa :D Hati rasa lapang..hehe

Aku adalah sejenis manusia yang tidak suka berpisah sama barang-barangnya. Tiap kali aku balik kampung, mesti famili aku taubat tengok barang aku. Segala oven kasik naik flight balik kampung..HAHA. Sedangkan oven aku bawak balik, apa lagi barang-barang lain. HAHA. Itu hari aku mau bawak balik mesin jahitku tapi di larang.kehkeh.

Selepas sebulan bejauh sama rumah, sampai seja cek sana sini ..satu-satu hatiku hancur bekecai..uwaaaa.. Tiga pokok yang ku SAYANG-SAYANG..yang tiap kali aku tengok terus rasa mau senyum, jadi begini..

151120111418 151120111419

Pokok sebelah kiri sudah sangat kering, tapi tanahnya basah. Macam kena penyakit kali ya. Sebelah kanan pulak, macam mau pengsan aku tengok. Macam mau tarik kolar baju husband tarik ke dinding terus cakap sama dia “what have u done??”.. HAHA. Gambar kanan ni memang habis terus sudah.Isk isk. U kill me abang!! Uwaa..

151120111417Pokok di sebelah kanan ni punyala kiut dulu.. Kiutttttttttt!!! sekarang ni macam kena kanser…Uwaaaa..

Lepas aku tau pokok-pokok ku jadi begini, aku limpas-limpas dekat pokok-pokok ni pun aku buat-buat ndak tengok. Tidak mampu aku tengok, hancur hatiku..isk isk.

Mau cari pokok baru la begini, yang kiut super miut. Abang ganti balik…isk isk.

Sudahla, tidak mau cerita itu lagi.

141120111414

banyak jugak barang aku bawak kali ni. Rice box dispenser pun aku bawak. Beli di tawau, murah sikit. Rice box yang muat 38kg ni RM80 di sana? Murah ba kan? Dulu murah lagi, ni sudah naik harga. Huk.

141120111415Untuk acik bambam

211120111461

Mok Su &  Daia’s Mummy

141120111412

Untuk orang opis. Sori, ni jak ole-ole untuk kamu.hehe.

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design