Sunday, April 29, 2012

Johor Premium Outlet berbaloi-baloi.

Baru saja balik dari JPO(Johor Premium Outlet) jam 8.30malam tadi. Sekarang, anak-anak sudah tidur jadi boleh la update blog.Hehe.

Sepatutnya aku pegi KL hari ni, tapi husband ada urusan sama income tax besok makanya kansel. Punyala aku sedih sampai nangis-nangis sebab sudah last minute tidak jadi. Hari ni mau pegi, kemaren baru husband aku bagitau dia kena uruskan income tax. Hmm. Aku paling sedih tu sebab aku mau betul ke pesta buku. But, he promise akan ke pesta buku next week. Hmm.Ntahla.

This morning husband ajak aku ke JPO ganti tidak pegi KL. Aku sebenarnya tidak berminat pun mau pegi JPO. Tapi, sikit-sikit mula terpengaruh sama kawan-kawan yang ramai sudah pegi. Lepas tu Kak Ona yang from KK-KL turun JB sebab mau pegi JPO. Haihh. Terus aku jadi berminat mau pegi.haha.

Sampai JPO barula aku faham apa yang ada di JPO. Sebelum ni tidak faham pun. HEHE. Rupanya di JPO tu branded factory outlet ya. Dan yang bestnya barang murah-murah sebab namanya jugak factory outlet kan. Hehe. Kedai yang ada di sana banyakla tapi aku tidak masuk semua, aku masuk kedai yang kami mampu jak.ekeke. Contohnya, Nike, Puma, Adidas, Padini, Levis, Vincci, Poney,Cotton On. Eh, tu jak kali yang kami masuk.haha. Banyak lagi yang lain macam Coach, DKNY, Calvin Klein, Versace dll..tapi, kami bukan jenis pegi tempat macam tu atas faktor mahal. Hehehe. Kami cuma orang kebanyakan biasa. :)

Aku banyak beli di Padini. Ehhh.Memang murah. Last time aku mau belikan Alya jeans di Padini tapi sebab harganya RM89.90. Maka, tidak jadila. Tadi ada jeans tu dijual dengan harga RM26 seja. Haha. Terus aku grab. Pastu baju-baju anak aku average RM9-RM16 begitu. Murah! Memang berbaloii! Seluar aku beli pun normal price RM130++ turun ke RM41. Ngee~

Pastu carik kasut bola husband. Dapatlah –+RM100 murah daripada normal price.

290420121970290420121971

Macam dalam kilang kasut aku rasa. Hehe. Aku ampus mengurus budak kecik tu, dia punyala ligat mengurus segala kasut di sana. Semua diselongkarnya. Berpeluh-peluh aku jaga dia. Pastu sibuk betul carik nenen dia, panik aku jadinya sebab malu di depan orang ramai. Hehe. Haiiyoo.

.

290420121972DSC_0524

Levis murah jugak. Selama ni banyak kali tengok jeans Levis, lepas tengok price terus blah.haha. Tengokla pic tag harga atas tu. Murah seratus jugak dari normal price. Lepas tu kalau beli 5 barang, boleh dapat 20% for every items purchased. Ngam-ngam masa mau bayar tu, ada abang cina tu dia beli 2 items. So, dia ajak kami combine dengan dua items-nya so boleh dapat 20%. Maka, dapatla kami 20% diskaun lagi. Kira-kira kami untung lagi dalam 80ringgit sebab diskaun tu. Jadi dapatlah jeans sehelai dalam rm130. Heyy.Murah tuu. Jeans pempuan banyak RM109, RM119 begitu. Tapi problemnya pulak no size. Kebanyakannya size 23,24. Tidak pun size besar 28 ke atas.

 

DSC_0527Selipar ni 8 ringgit seja pun from Vincci. Hehe.

 

290420121977290420121979

Pendapat aku JPO memang berbaloi-baloi untuk dipegi. Tapi, jangan pegi selalu, nanti habis duit. Hehe. Sekian review dari aku. Byeee~

Saturday, April 28, 2012

Selamat Hari Jadi Izz! : Kelahiran Izz.

Hari jadi Izz belum sampai lagi. Birthday dia on 28th April. Tapi, sempena bulan kelahirannya ni, aku mau cerita pasal saat melahirkan dia setahun yang lalu.

18 April 2011

Happy birthday untuk aku. Hari tu hari jadi aku. Bersamaan dengan due date Izz. Kalau ikut calculation, Izz di jangkakan akan bersalin hari ni. Tapi, namanya jugak jangkaan kan. Boleh jadi lebih awal dari itu, boleh jadi lewat dari itu. Dan tempoh maksima menunggu bayi lahir daripada tarikh jangkaan ialah 10 hari. Kalau lebih dari itu, maka terpaksalah baby dilahirkan dengan cara paksa menggunakan ubat supaya proses bersalin bermula. Dan, macam yang aku jangkakan hari ini Izz tidak lahir. (-.-) Husband pulak sudah balik kampung meninggalkan kerja di Johor padahal baby tidak lahir lagi. Sayang cuti terpakai begitu seja sedangkan patutnya cuti tu dipakai masa post natal supaya boleh menjaga aku. Kami ambil risiko untuk bercuti awal dengan sebab sangat-sangat mau husband boleh ada di sisi ku masa aku ‘bertarung’ lahirkan Izz.

27 April 2011

Sudah 9 hari berlalu dari tarikh due date. Maksudnya baby sudah lewat 9 hari. Kalau hari ni tidak bersalin jugak, esok pagi-pagi kenala aku masuk hospital untuk dipaksa bersalin. Jantung sudah dup dap dup dap ni sebab takut kalau kena induced(paksa bersalin). Ramai orang cakap…sakittttttttttttt… huhu. Aku tawakkal seja. Sentiasa aku sebut :

“tiada daya kekuatan melainkan dari Mu Ya Allah..”

Aku set benda tu dalam hati..dalam kepala..supaya aku tenang-tenang seja.

 

27 April 2011

Ohh..baby tidak mau keluar juga. Awal pagi, Mama sudah siapkan breakfast untuk aku makan sebelum ke hospital. Segala kelengkapan ku sudah ready, ehhh..lama sudah ready pun. Sebulan lebih yang lalu sudah ready..ekeke. Selepas semua ready, aku dengan senyum-senyum bergerak ke hospital. Mama ku orang yang paling nervous, cuak,takut segala kalau bab-bab bersalin ni. Dia bilang dia tidak sampai hati kami menanggung rasa sakit yang teramat sangat tu. Hmm, mungkin aku pun aku rasa begitu juga masa Alya sudah sampai masanya nanti kan. Jadi, aku pun dengan aktif cergas ceria tinggalkan mamaku di rumah. Biar dia tau yang aku ni anak yang kuat untuk hadapi semua ni. Aku balik-balik pun bilang sama dia :

“bersalin seja ba ni mak..semua orang pun akan merasa.. Sakitnya memang amat, tapi sekejap jak ni..happynya kita ni ndak lama dapat baby baru, InsyaAllah” – sambil sengih-sengih. Hehe. *dalam hati Allah seja yang tau.heehe*

Aku memang berhabisan berdoa supaya husband aku boleh teman aku masa bersalin. Ehhh, di kala perit gila tu husband la satu-satunya insan yang kita mau ada di sisi.huhu. aku siap bernazar supaya dia dapat masuk. Sebab, bilik husbaand–friendly di Hospital Tawau cuma satu. So, kalau masa mau bersalin tu bilik tu kosong, dapatlah bilik tu.

Lepas register and have talk dengan doctor. Aku disuruh tukar baju. Segala dalam-dalam jangan pakai ya! Oh.Baiklaaa..! Aku pun minta sama doctor supaya aku dapat bilik husband friendly. Then, doctor senyum-senyum bilang, “kamu ni kategori ibu yang bermasalah, so kamu kena masuk ward O&G. Bukan di ward maternity biasa”.

Hmmm, terus nerves. Terus layu. Sangat sedih husband tidak dapat teman masa bersalin. Mau nangis. Wuu..wuu.. Then, aku di suruh baring untuk check bukaan jalan. Nurse datang tanpa senyum. Pakai glove, terus masukkan tangan ke ‘part’ tu. Keadaan tu bukan biasa kita terima, normal la kalau badan kita automatik mengeras kan. Nurse dengan sinis, “haiii mamaaa..!..baru check begini pun sudah tekejut. Kasi rilek badanmu tu..” Ohhh nurse…sinisnya kauu. Dingin lagi-lagi la. Aku tarik nafas tahan sabar. Proses selesai. Aku dibawa ke tingkat atas ward o&g.

Sampai ward O&G, aku di bagitau oleh doktor yang hari ini akan tunggu lagi. Malam tu aku bermalam di hospital untuk tunggu kalau-kalau baby mau lahir, ni kira last chance la ni.hehe. Kalau tidak jugak, ubat la jawabnya.

28 April 2011

Pagi tu dalam pukul 7 pagi, doktor masukkan ubat induce ke ‘bawah’. Doktor explained, kalau tiada rasa sakit berjalan juga masukkan ubat kedua pukul 2 petang. Kalau tidak sakit jugak, ready untuk operation. Gulp! Takut pulak rasanya.

Selepas di masukkan ubat pagi tu, tiada apa yang berlaku jugak. Tiada sakit, tiada tanda. Maka, ubat kedua pukul 2 petang dimasukkan.

Selepas ubat kedua dimasukkan. Sudah mula rasa sakit. Senyum-senyum sudah aku. Alhamdulillah, ndak payahla aku masuk bilik operate gini.hehe.

4 petang

Rasa sakit sudah makin di rasa. Tapi, masih lagi tahap yang boleh senyum ketawa tu. Aku siap-siap minum glukos and makan coklat. Siapkan jugak bekal glukos untu bawak masuk ke dalam bilik bersalin. Ada dua air tawar orang bagi untuk memudahkan bersalin. Tapi, tiada yang aku minum. Takut aku air tu ada unsur syirik. Maklumlah, dukun sangatla banyak di Tawau. Minta maaf sangat-sangat kepada yang memberinya.

5 petang

Waktu melawat pukul 5 petang sampai 7.30 petang. Kiranya ada jugakla husband teman sejam setengah melayan rasa sakit sikit-sikit tu. Masa tu aku ndak banyak bercakap. Husband seja yang cakap macam-macam. Kadang-kadang rasa lucu jugak sebab sebarang sudah dia cakap untuk kasi tenang aku. Habis idea la tu. Hehe.

Habis waktu melawat. Air mata sudah bercucuran sebab akan berpisah sama husband. Uwaaa. Siapa mau pegang aku masa sakit nanti. Isk isk. Husband keep remind aku supaya aku tabah kali ni. Sabar dengan sakit ni bersendirian. Ulang-ulang benda tu dia cakap.

8.00 malam.

Husband terus-terus mesej bagi kata-kata perangsang. Haha. Then, aku mesej dia. Aku janji akan jadi orang yang paling tabah di sini asalkan abang janji tunaikan satu permintaan ku. (permintaan tu ndak mau cerita sini, tp bukan dalam bentuk material la. Aisehmennn.Heee~) Lepas dia janji, aku pun mula menguatkan semangat ku. HEHE. Dalam kepala ingat janji tu jak. Balik-balik cakap sama diri sendiri. Ahhh.Biarlah sakit camana pun yang penting aku dapat apa yang aku mau tu!

 

9.00 malam.

Masa ni sudah sangat sakit. Pehhh. Punyala sakit!!!!!!! Lain rasa sakit dengan bersalin normal tanpa ubat. Rasa sakitnya macam perut ni dari atas bahagian ulu hati ditarik dicabut dengan urat-uratnya. Ditarik pelan-pelan sampai ke bawah sekali. Rasanya segala urat perut tercabut. Allahuakbar!! Punyala sakit. Rasa macam aku mau gigit-gigit bantal yang aku peluk tu biar sampai koya-koyak. Ganas ba sakitnya ni. Tapi, kali ni aku agak rilek sikit. Aku boleh diam-diam tahan sakitnya, beza dengan masa Alya dulu macam ikan yang ndak dapat air. Badan terlipat sini sana.huhu.

Aku ingat terus permintaan ku tu. Balik-balik cakap biarlah sakit begini. Aku sanggguuuppppp(ni ndak tersebut sebab sakit betul.hehe) Tapi, ndak ada la sebut. Cakap dalam hati jak. Malu pulak orang dengar. Heee. Ndak tahan sakit, mintak request nurse cek bukaan jalan.

Nurse bagitau sudah 5cm. Fuhhh…Fuhhh. Aku dimasukkan ubat ‘poo-poo’. Masuk toilet untuk buang segalanya. Masa dalam toilet tu badan sudah menggeletar sebab sakit sangat. Aku cuma gigit bajuku sambil aku cakap sama Izz. “Sabar nakk..sikit lagi. Kau jangan stress okeh.” Aku terbayang-bayang permintaan ku yang sudah dijanji oleh husband sebagai penguat semangat. Memang berkesan jadi penguat semangat la!. Hehe.

 

9.30 malam

Aku dibawa ke bilik bersalin. Doktor datang untuk pecahkan ketuban. Baru jak dia mau masukkan alat, ketuban sudah pecah dengan sendiri. Alhamdulillah. 

9.45 malam

Bajuku siap di tukar. Aku baring di katil sambil kakak ku teman. Syukur ada kakak nurse, boleh la dia teman aku. Dia pegang tanganku all the time. Aku rasa macam mau gigit tangan kakakku kasi koyak-koyak sebab sakit sangat. Tiap kali sakit tu datang, aku cakap dalam hati..

“bagila sakit yang lebih kuat lagi..biar cepat selesai”

Banyak betul monolog dalaman masa ni. hehe. Aku memang cukup tabah masa ni. Tiap rasa sakit yang datang aku tiada stress, tiada rasa susah. Aku cuma diam melayan rasa sakit tu. Antara selang masa sakit tu, ada beberapa saat ndak sakit. Bila sakit tu hilang, aku boleh cepat-cepat duduk minum air. Then, cepat-cepat baring sebab dalam masa beberapa saat lagi sakit tu akan datang.  Masa ndak sakit tu aku rasa kuat. Boleh duduk bercakap dengan normal dengan kakak ku. Aku agak kagum jugala dengan diri aku sendiri masa ni. Hehe.

Ini kan seolah-olah sakit tu macam dinosour. Aku pulak macam harimau. Dinosour mau makan aku. Aku harimau yang tabah dan kuat semangat ni, mengaum lawan balik rasa sakit. Aku gigit dia. Hiyarkh..hiyarkhh… Ngaummmm.. Aku fight habis-habis walaupun aku kecil dan dia sangat besar.

HAHAHA. Lucu pulak perumpaanku ni. Tapi, tiap kali aku teringat saat ni. Ini lah yang aku terbayang. Serius ni. Haha.

9.55 malam

Rasa macam mau terbuang air besar.Maka, aku tau sudah Izz mau lahir. Hoyehh. Aku pun bagitau kakakku and nurse. Doctor datang and ready barang-barang bersalin. Ok. Boleh push sekarang.

Sekali push tidak lepas. Second push, rasa laju keluar benda panas dari celah paha. Masa yang sama jugak, aku tersentap sebab rasa sangat sakit di tempat tu masa Izz lalu dengan laju tadi. Rasa koyakan. Rasa macam tempat tu digilis batu pun ada. Huaaaa. Sakitnya. Terus dengar Izz nangis kuat. Senyum lega. Alhamdulillah.

Masa jahitan tu memang sakit. Euwwwww….Ngilu sekarang ni sebab teringat balik. Tempat yang aku rasa sangat sakit tadi dibasuh dan dijahit. Allahuakbar. Sakitnyaaaa. Fuhhh.

Selepas selesai jahitan. Izz yang sudah di bersihkan diletakkan di sebelahku. Izz yang baring sebelahku terus cari susu. Hehee. Comel! Then, nurse tolong aku betulkan posisi and Izz pun susu dengan lahapnya. Dalam hati, “memang boy betul la!”. hehee. Aku belum sempat lagi tengok muka Izz, sebab sampai-sampai seja Izz tadi terus disusukan. Tidak sabarnya mau tengok muka budak yang tengah nenen ni. Hehe. Dalam hati ada jugak cakap..”cepatla Izz..”. HEHE. Aku teringin betul mau tengok hidungnya, sebab masa scan 3D nampak hidungnya pesek dan kembang. Haha.

Dalam 15-20 minit jugak dia susu terus tertidur. Aku bangun tengok mukanya. oh,tidak! Insan kecil yang selama ini tinggal di dalam perutku sangat comel:D (*semua mummy pun akan rasa anak dia yang paling hensem/comel/cantek di hatinya wlupun jelas-jelas ramai lagi yang lebih .ahaha. Please no misuderstanding ya! :))

DSC0495129042011619

Aku tengok kulitnya bersih putih. Cantik betul kulitnya. Pink-pink begitu. Tidak puas-puas aku tengok kulitnya. Cantik! Hidungnya pun agak mancung sikit. Heeee~ Lucu. Kening tinggi, mulut kecil kaler pink-pink. Dan dia baby boy!!! Ya Allah, besarnya kurniaanMu. Alhamdulillah.

DSC05068

Masa lahir punyala kulit cantikk. Sekalinya after beberapa hari. HAHA. Muka beminyak dan makin hari makin hitam. Heheee~

2012-04-26 18.20.12

My boy, my love. :) Dhani, kau anak lelaki pertama Mama. Jadi, kau la anak harapan Mama untuk didik keluarga kita ya. My love to u till death sayang. Mama janji akan jadi ibu terbaik dan berikan pendidikan dunia dan akhirat terbaik untuk Dhani. InsyaAllah. Mudah-mudahan rezekimu sentiasa murah, hidupmu diberkati, menjadi anak yang hebat, dilindungi dari segala bencana, panjang umur, dan direzekikan kita untuk hidup bersama sampai ke tua. InsyaAllah sayang.

Selamat Hari Lahir Eizz Eirfan Dhani Bin Muslimin.

Thursday, April 26, 2012

My birthday 2012

Happy birthday to meeee! Eleh! Lama sudah pun. Hehee. Tapi, harus ba di cerita sama blog tersayang ni. Supaya masa akan datang kita boleh tengok balik. Kan kan kan..hehee

Macam jugak tahun-tahun lepas sambut super ala kadar punya. Haha. Cukupla makan di luar + tiup lilin. :) Lagipun next week birthday Izz pulak.

Kami makan-makan seja di Pizza Hut pun. Faveret aku kann. Kau kalau mau kasi happy aku, spend jak aku makan di pizza..ekeke.

2012-04-18 19.46.152012-04-18 19.45.39

Paling feveret. Makan sambil nangis. hehehe.

 

DSC_0379The cake!

 

DSC_0387

Izz the spoiler betul la. Alya excited tengok lilin. Birthday girl pulak syok sendiri.haha.(sampai saat menaip ni pun masih syok sendiri.haha). Aku suka muka Izz kalau marah.hehe

 

DSC_0391DSC_0393DSC_0398

Budak kecik ni nangis tidak mau duduk atas kerusi. Jadi, kasi turun dia dibawa..hehe

 

DSC_0404DSC_0408

Alya happy and gives kiss to mama.hehe

 

DSC_0419DSC_0424

Izz menganga tengok kek dipotong.HEHE.

 

DSC_0431 DSC_0432

Gambar husband tiada sebab dia tukang gambar. Betapa aku mengharapkan seorang pembantu rumah yang pandai ambil gambar and lovess photography..Senang mintak ambil kan gambar, buat photoshoot pun boleh..ekeke.

Aku ibu yang super sensitif.

Iya. betul tu. Aku super sensitif. Heee~ Super sangatla sensitif kalau bab-bab anak ni. Aduhhh. Malam ni aku tengok movie Country Strong. Ada satu scene tu, tengah sorang artis tu nyanyi atas stage pastu ber-background-kan klip video masa dia kecil-kecil, terus air mata laju jak mau keluar. Terbayang anak-anak aku sudah besar, pastu tayangkan video cam tu.

Penah hari tu gak, aku tengok Upin Ipin cerita pasal dorang satu kelas buat persembahan. Nangis jugak aku tengok Upin Ipin dan kawan-kawannya tu buat persembahan. Terbayang aku Alya buat persembahan macam tu. Astaghfirullahalazimm.

Kadang tengah aku susukan Izz pun aku boleh nangis. Terbayang dia sudah besar la. Terbayang dia masuk U la. Terbayang dia konvokesyen la. HAHAHAHAHA. Matila begini..

2012-03-30 08.24.49

Aku doakan kamu semua cepat-cepat rasa sendiri perasaan menjadi ibu.. Amin Smile

GoodNyte!

Tuesday, April 24, 2012

25th highlight

Alhamdulillah umur 25 tahun sudah berlalu. Sampai sudah di 26 tahun. Tahun ke-25 adalah tahun yang menyenangkan bagi aku. Boleh la aku cakap tahun yang baik untuk aku dan family. Antara tahun yang akan dikenang-kenang sepanjang hidup. Syukur padaNya atas nikmatnya :)

 

APRIL 2011

Izz lahir :)

DSC04909 DSC04954

Kiri : Pic di ambil masa mau pegi hospital. Kanan : Selepas kelahiran masih lagi di hospital. Pehhh. Punyalah lega selepas bersalin. :) Bulan ni sangat excited sebab dikurniakan anak lelaki. Adoohaii. Leganya dapat anak sepasang.heee~

 

Husband got promoted

Masa aku di hospital menunggu kelahiran Izz, husband datang bawa news yang sudah dapat dinaikkan pangkat. Wah, ini betul la rezeki anak.hehe. Alhamdulillah, hasil usahanya yang banyak selama ini dihargai. Hasil kesabaran aku dengan kerjanya selama ini di hargai juga.AHAHAHA. Tahniah husband dapat naik masa umur kira agak awal begini. Hmm, boleh tahan jugak rupanya kau kerja selama ni ya. ekeke.

DSC_1145

 

Transfer ke Kluang, Johor.

Happy juga pindah sini, sedih juga sebab jauh sama KL. Ahaha. Tapi, antara banyak tempat aku pindah inilah tempat ku yang paling selesa. Aisehmen. :) Rumah atas bukit walaupun tiada jiran tapi angin banyak. Ruang laman pun luas boleh jadi tempat aktiviti kami sekeluarga petang-petang. Tiada jiran, tiada kawan, kami jak la beraktiviti sesama kami.anduuu.

DSC_0026

 

OGOS 2011

My Bestfriend!

Dapat hadiah mesin jahit. Horeyyy. Mesin jahit ni banyak mengubah hidupku. Heheee~ Rasa hidup lebih bermakna dengan ada hobi. :D Betul, tak tipuuu punya!

DSC_0602

 

SEPTEMBER 2012

The very first Raya Open House

Raya tahun ni kami buat open house. Segalanya pun aku atur dan buat sendiri. Tapi, jangan salah faham, dibantu dengan dua orang pembantu ya. Kalau aku sendiri.Matai!Hehe. Ahhh..rasa diri berguna dapat buat semua ni. Baju yang kami pakai masa ni pun aku yang jahit. It boost up confident level.*Ehem ehem* (which is my big problem before this)..waa tak tipuuu punya. Heheee.

DSC_0001Seminggu aku susah mau tidur sebab memikirkan open house ni.ahaha.first time la katakan..Family pun tiada boleh tolong handle. Segalanya sendiri..huhu

 

JANUARI

My mini garden.

Bulan ni aku mulakan berkebun. *kenapalah aku tidak start lebih awal..aiiya!* Dan selepas beberapa bulan ini la hasilnya.

DSC_0021 DSC_0012

Banyak lagi la yang aku sudah tanam. Sekarang, jarang sudah aku beli sayur. Hehee. Tomato, lada, serai, sayur, dll petik seja di tepi rumah. Ahhh. Heaven~ Berkebun jugak sungguhla melapangkan dada. Ada hobi memang mempengaruhi kehidupan la. Heii..Hehehe.

Tahun ni aku sebenarnya mudah sakit. Tapi, dalaman aku rasa lebih sihat. Alhamdulillah. :D

Friday, April 13, 2012

Sehari bercuti di Pahang.

Minggu lepas kami bercuti di Pahang sehari. Semua ni gara-gara Si Gee ajak aku ke rumahnya sempena birthday budak kat bawah ni. Bila fikir-fikir, pegi jak la sebabnya

1. Tidak pernah lagi pegi ke Pahang sefamili bercuti.

2. Maybe end this year mau pindah, so, bila lagi mau sampai kan.

3. Bila lagi mau jumpa-jumpaan dengan si zharif and family. Balik-balik tanya soalan yang sama jak di facebook. So, why not make it happen this time kan. :D

 

Pagi tu kami begerak jam 12 tgahari. Husband keja on saturday. Memang kejanya begitu, sabtu kena keja half day. So, tunggu dia balik dulu then baru jalan. Sampai Kuantan pukul 4.30 petang. Fuhhh… Jauhlaa Kuantan!! Lepas check in di Sempurna Resort, kami pegi Teluk Cempedak untuk ambil angin sama Zharif.

Ok. Malas mau cerita banyak. Macam biasa, aku suka bercerita melalui gambar. So, layan pic sajaaa… Layannn..

SAMPAI & DI PANTAI

DSC_0083First met. Heheee~

DSC_0131 DSC_0170 DSC_0112

Dia excited jumpa pantai. First time.Hehe.

DSC_0145 DSC_0154

Alya beria mau main belon-belon.Hehee.

 

DINNER

DSC_0192 2012-04-07 21.18.04

Malam tu kami makan di Tanjung Lumpur, recommended oleh gee. Ya Rabbi. Sedapnya makan di situ. Murah pulak tu. Kami makan yang boleh empat orang makan(hoho) baru RM55. Kami makan sotong goreng tepung, ikan kerapu bakar, sayur kailan, telur dadar, tomyam yang aku sangat suka, jus mangga gelas besar, sirap limau, dannn..sata yang sangat sedap bikin menangis (kanan). Tapi, yang tidak bestnya ialah menunggu lama untuk sampai order sebab orang sangat ramai. Orang sampai berdiri untuk tunggu meja kosong. Pehhh.. Gambar sebelah kiri tu bubur yang aku tapau kan untuk Izz. Aku masuk kan dalam tapau tu jam 11pagi. Masa makan ni sudah jam 7.30 malam. Maksudnya sudah 8-9 jam kan. Anddd..bubur tu masih suam. Best! Termos ni aku rekomen sama kamu yang ada anak kecil. Dulu aku kalau tapau bubur, keluar pagi dalam jam 10-11, nanti jam 4-5 petang begitu mesti bubur sudah basi. Termos ni jenama Thermos untuk sapa-sapa yang berminat. :)

 

TOMORROW MORNING

2012-04-08 08.45.30 2012-04-08 08.45.09

Izz tidak mau bangun. Nangis-nangis di paksa bangun.

 

2012-04-08 09.09.26 2012-04-08 09.09.44

Sarapan adalah s**** tidak sedap. Huhu.

 

MANDI KOLAM BECAAAAALLL, bilang Alya.

2012-04-08 09.46.51 2012-04-08 09.49.33

Dua-dua gambar Alya tutup mata. Lucuuu~ Izz pulak mukanya masa turun tu steady jak. Macam boring pun ada. Haha.

 

2012-04-08 09.48.05 2012-04-08 09.22.45

Kiri :Budak kecik ni sudah sejuk. Kanan : Alya di hujung sana takut mau masuk gelung tu.. Apalaaa Yaya.hehe

 

AT GEE’S PLACE @ MUADZAM SHAH

DSC_0236 DSC_0239

DSC_0233 DSC_0269

Happy birthday Zarif.. :)

 

Serius tidak puas di Pahang. Rasanya mau extend sehari lagi. Tapi, husband ada seminar Isnin tu. Hmm. Plus, aku pun ada appointment doctor. Balik la dengan berat hatinya.

Apa yang aku suka sama Pahang :

DSC_0210 DSC_0207 2012-04-08 14.54.02 DSC_0168

Kamdar yang besar. Pusat mesin jahit. Penjual papan pemotong di tepi jalan*. Pantai. Makanan sedap-sedap.

*Kalau aku tinggal dekat-dekat sini, aku suruh pakcik tu buatkan aku satu papan pemotong yang tipis dan lebar luas. Mau kasi jadi papan uli tepung.Heheee~

 

Okla byee~~~

2012-04-07 21.13.19 2012-04-07 21.13.36 2012-04-07 21.13.00

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design