Tuesday, September 20, 2011

Open house preparation.

Fuhhhh…

Eh..eh, belum apa apa sudah mengeluh. Ini first time aku buat open house. First time aku menjemput sebegini ramai orang. Selama ini, yang paling ramai pun datang rumah aku 6 orang. Kali ini, selepas aku kira tambah tolak bahagi, total guests is about 80 orang. Nah, 6 sama 80 orang kan jauh bezanya tu..isk.isk.

Aku ni jenis orang yang suka orang datang ke rumah. Apa lagi bila tau, dengan datangnya tetamu ke rumah, maka Allah akan memurahkan rezeki kita. Best kan! Sampai bilang orang cerdik pandai, kalau tiada yang datang ke rumah, carilah kawan dan keluarga untuk dijemput datang.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”

Jadinya, open house ni mau dibuat ahad ni. InsyaAllah. Perkara yang paling memeningkan aku ialah membuat budget makanan. Aduh, aku tidak tau la berapa banyak yang perlu di masak. Jadi, aku kenala buat kira-kira dengan teliti. Mudah-mudahan, budget yang aku buat ni tepat. Amin ya rabbal alamin. Punyala aku buat budget dengan teliti ni, jadual perjalanan perlaksanaan penyediaan makanan ni pun sudah di jadualkan okeh. Wahahaha…

Ehem, ehem..aku nerves jugak mau buat open house ni.Ekeke. Adakah aku masih tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang normal? Buat open house pun nerves ka? Tapi, ini kisah benar.

Sudahla barang-barang dapur aku pun tidak banyak, periuk besar, tempat makanan, tempat minuman pun tiada ni..Matai. Kenala pegi beli jumaat ni.. (^.^)

200920111005

Harap-harap, semua makanan cukup, tiada orang yang keracunan makanan(Erk!), semua tetamu happy, makanan semuanya boleh diterima akal, aku boleh manage semua tetamu, etc..etc..

Mudah-mudahan juga, dengan open house ni..boleh la mengeratkan silaturrahim kami sekeluarga sama semua tetamu aka warga estet C.E.P Niyor ni. Itu yang penting.

Harap-harap. Amin. Smile

pray for me..bye!

Saturday, September 17, 2011

Ku sedar dan bersyukur

Aku rasa mau menangis. Seriusly!

 

Tadi aku blogwalking..baca blog sana sini. Then, I realized something..

Betapa ramainya mommies bekerja di luar sana yang mau berhenti kerja untuk menjaga anak dan keluarga. Ramai juga yang sepertinya desperate, betul-betul mau berhenti kerja. Faktor utama sebab mau menjaga anak sendiri, mau anak membesar di depan mata, mau ada banyak masa untuk menjaga anak dan suami. Ada jugak kawan aku seorang doktor cakap benda yang sama, either itu 100% ikhlas dari hati or tidak..sekurang-kurangnya dengan berkata begitu, dia berniat juga kan.

Baru aku sedar, ramai yang mau tinggal di rumah tapi disebabkan family financial yang tidak stabil, maka harusla berkerja..Fuhh. Tiba-tiba aku rasa sedih. Selama ni, aku selalu merungut pasal tu..rungut sana sini kenapala peluang aku sempit untuk bekerja. Patutnya aku bersyukur. Walaupun aku tidak bekerja, tapi kami sekeluarga masih cukup serba serbi dari segi keperluan. Walaupun tidak mewah dan berlebih, tapi apa yang kami ada sekarang..sudah lebih dari cukup.

Betul la hidup ni is a journey. Hidup ini proses untuk menjadikan kita semakin hari semakin matang. Melalui pembacaan, pemerhatian kita belajar dan mengubah cara kita berfikir.

Betapa aku perlu bersyukur kan.

Kesedaran ini buat aku menjadi orang yang lebih bersyukur.

17092011971

Syukur ya Allah, aku punya banyak masa dan peluang bersama mereka. :')

Thursday, September 15, 2011

Aku masih dalam mood cuti..

Wah! Tajuk entry, seolah-olah seorang penjawat awam kan? HAHA.  Hey, walaupun aku tidak bekerja, tapi aku selalu rasa aku pun busy and banyak kerja sama macam orang bekerja jugak. :D Wewittt… tahniah untuk aku kerana berperasan begitu.

Kamu tau, tiap hari-hari aku di sini..aku mau penuhi dengan macam-macam benda. Aku target begini, tiap hari aku mau belajar sesuatu.  Tidak kira la apa pun benda itu, simple or sebesar apa pun dia.. New menu ka, projek jahit ka, ilmu parenting ka, ilmu agama ka, English ka..anything. Asalkan ada benda baru yang dibelajar. Aku sudah buat benda ni lama, since aku pregnantkan Eizz lagi. Kalau hari ni aku belajar cara buat bun sosej, esok aku belajar macamana mau dress for toddler pulak. Aku selalu bilang sama diri sendiri, alang-alang sudah jadi housewife ni, biar jadi housewife yang betul-betul bagus ba. Wawawawa… :D

Kami balik hari tu on 6 Sept kan, dan hari ni sudah 15 Sept. Maksudnya sudah seminggu kami di sini. Sepanjang seminggu ni, aku tidak buat apa pun..hehehehee. Tiap hari, aku melayani rasa malas aku dan menambahkan lagi lemak ku..ekeke. Tapi, aku tidak rasa senang hati. Tiap hari macam aku rasa bersalah. Rasa macam aku ada bos yang akan marah aku sebab aku tidak buat kerja. Rasa macam makan gaji buta pun ada ni. Haih.. Ganjil jugak perasaan ni kan. Aku pun kadang-kadang tidak faham. HAHA.

Weekend aku sama macam orang bekerja jugak, kami sekeluarga akan bangun lewat. Bilik kami yang tidak dimasuki cahaya matahari + aircond menjadikan bilik tu gelap-gelap dan sejuk. Memang tidak sedar la jam sudah menunjukkan jam 10. Wahaha. Kami berempat bangun lewat then pegi duduk depan TV minum milo sama roti, ataupun buat brekfast yang paling simple. Hey, kan weekend, aku pun cuti la..hehe. Dan sepanjang hari tu, aku tidak buat apa-apa la..Cuma melayankan my two + one babies di rumah tu.. Kalau weekend tidak buat kerja, aku tidak la rasa bersalam macam sekarang, sebab..kan tengah cuti..hehe.

Tapi, rasa bersalah ni kurang sikit bila mengingatkan yang anak-anak aku sakit hari tu + helper aku yang biasa tidak datang sebab sakit. So, aku ada reasons la.

okeh la dulu. Aku dengar sudah suara alya memanggil-manggil..

“Cayaannnnnn….cayaaaannnnnn…”

“Cayaannnnn…cayaannn..”

Kamu tau siapa yang dia panggil tu? she is calling her mother, Sayang. Tiru abah dia. Ya rabbi. Tolongla Alya.hehe.

Hopefully, next week aku sudah boleh start bekerja. Wah, lama betul tunggu next week kan. Haha. Yala, esok kan sudah jumaat. Alang-alang tunggu next week jak la. Hehe.

Monday, September 12, 2011

twu-kk-jhb

Hai..Assalamualaikum…

Kami sekeluarga mau ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

kepada siapa lagi kan… kepada semua yg membaca/melihat/menjeling blog ni : D

 

Kami balik bercuti on 28hb Ogos sampaila 6hb Sept. Hmm. agak lama jugakla banding dengan cuti orang lain kan.. ikutkan hati mau seja aku stay di kampung lebih lama. sebulan ka macam tu…tapi apakan daya, aku tidak boleh handle both my babies during the travel. Fuh.

Selepas bercuti di kampung seminggu lebih, sudah sampai masa untuk balik.

Awal pagi 6hb tu..kami bangun jam 4.45pagi. Bersiap-siap, then jam 6.25 sudah keluar rumah tunggu teksi sebab teksi akan ambil jam 6.30. All family members aku tiada yang available pagi tu sebab semuanya bekerja. Pergi airport ambil masa dalam 45 minit, kalau stuck di jam lagi la..boleh sejam lebih. (hey, Tawau teruk jam la. adeh!)

Lepas siapkan Alya, dia tidur balik depan TV,maka, tunggu teksi pun beginila keadaanya. Andu ba!

06092011875

And my hero, macam biasa…steady n ceria…hehehe..

06092011877

Gambar di atas ni neneknya tengah pakaikan kasut sambil menangis..ekeke.

Dalam teksi pulak :

0609201188206092011880

Dua-dua terus tidur…Eh, bukan dua..tapi tiga..ekeke. Aku seja yang sibuk snap sana sini plus tengok-tengok Tawau.. :) Gonna miss u Tawau!

Masa di flight Twu-KK, perjalanan ok seja.. Izz n Alya pun tidak sempat tidur.. Tengok view gunung kinabalu puas-puas from tingkap kapal. Maklumlah, jarang ke KK. Last aku pegi KK sebelum kawin. Tiada urusan ba di KK.hehehe.

Di KK, macik ambil datang rumahnya. Sebab ada masa renggang about 4 jam untuk next flight. Then, di airport KK untuk next flight is a disaster. Hukhuk.

Petang tu keadaan di airport KK sangat sesak. Orang beratur di line check in dengan sesaknya, boleh berlanggar bahu. Orang potong-potong line, aircond lagi macam tidak berfungsi, panas. Ni semua sebab system down. So, orang yang sangat ramai ni di check in manual jdnya sangat lambat. Orang pulak yang punya flight 2 jam lalu masih ada, orang yang next flight pulak sudah datang. Apa tidaknya, kebanjiran orang. My husband beratur untuk check ni dari pukul 2.30-5.30 ptg. 3 jam tuuu..

06092011883

The only pic yg kami ada. Tp, gambar ndak menunjukkan sangat keadaan di sana pulak.erk.

Eizz n Alya pun kesian..panas tidak boleh tidur, rimas lagi. Kami tidak ikut beratur, duduk seja di tepi jalanan…hehe. Si Alya pulak punya main ligat. Pening aku mengurusnya. Syukur la ada macik aku. Kalau tidak, tidak tau la camana aku mau uruskan dua-dua budak tu. Izz merengek-rengek, Alya pulak lari sana  sini. Fuhhh!

Pukul 6 petang, penantian berakhir.. Time to fly bebeh!

Alya sudah tidur duduk masa dalam kabin, before fly. Dia tidur terduduk dengan tidak bersandar lagi tu. Tidak penah aku tengok dia macam tu, penat sangat la tu.

Izz pulak tidur 15 minit lepas tu. Lepas dua-duanya tidur, badan, kaki lengan aku semua sakit lenguh-lenguh. Husband aku pun komplen benda sama.

06092011884

Good nyte sayangs… : )

 

Dengan sangat lapar, kami order makanan dan makan dengan lahapnya. kehkehkeh.

06092011889

Nasi lemak sebesar tapak tangan rm13. Bilang husband aku, rugi tidak makan di flight sebab bukan selalu boleh makan di ketinggian 10,000 kaki dari paras laut ni..maka, dlm flight seja msti mau makan, walaupun tidak lapar/kenyang.ekekeke.

06092011885

06092011887

 

Jam 10 malam, kami sampa i di rumah. Alhamdulillah. Iz n Alya sampai keesokannya pun asyik tidur. Masih penat la tu. Lain kali tidak mau transit KK lagi. Direct TWU-KL lagi bagus. Kurang sikit penatnya.

 

*rindunya mau menjahit, tapi tiada chance lagi mau menjahit. My helper sudah seminggu cuti sakit. Susah mau buat kerja sendiri kalau tiada dia. Get well soon Kak As.

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design