Monday, September 3, 2012

Jom lebih sihat!

Jommm…Jommm… Hehehe

Sebelum-sebelum ni aku memang ada kesedaran jugak pasal kesihatan ni. Tapi, this year atau lebih-lebih lagi beberapa bulan akhir ni aku lebih lagi sedar. Ecewah. Hehe.

Salah satu yang keep reminding aku pasal kesihatan ni ialah program Islam itu Indah by Prof. Muhaya di Ikim.fm every wednesday jam 10 pagi :). Sapa yang belum pernah cuba-cuba dengar rancangan ni, aku punya advise dengarlah ooii kawannnn. HEHE. Kalau mau hati sejuk and happy happy jak, tenang-tenang dengarlah rancangan ni. Best la. Prof Muhaya ajar kita supaya jadi orang yang lebih baik, baiki lifestyle, baiki cara berfikir dan ajar supaya lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah. Orang yang sangat banyak kekurangannya  and kesilapan di sana sini macam aku ni, memang sangat perlukan rancangan-rancangan begini. Kadang-kadang kata-kata prof ni boleh bikin menangis woo.. MasyaAllah, beruntung orang Malaysia ada orang-orang berilmu begini yang boleh tolong-tolong kita.HEHE. So, this show I  highly recommend for all of u frens! Aku pun bukannya dengar live selalunya sebab busy(kononnnn.HAHA), selalunya dengar from Ikim website, ndak pun from blogs yang  ada kasi link utk download. Ah, kau type seja di google ‘Islam itu Indah Ikim", banyak keluar tu :)

Selepas ada sedikit kesedaran begini, aku mula peka sama perkara-perkara yang boleh membantu kesihatan ni. One of them is buat exercise di rumah. Husband aku selalu complaint sama aku yang aku ni tiada pun aktiviti yang boleh bikin berpeluh. Kalau buat kerja sikit di kebun kecil tu pun bukannya bepeluh sebab kerjaannya, sebab panas. Kehkeh. Dia bilang sebab tu aku mudah pening, perjalanan darah tidak lancar. Eh, betulkah tu?Pandai-pandai jak husband ni. Hehe. Then, aku mengeluarkan hujahku kepada husband yang aku tidak perlu exercise pun sebab aku kurus.  Tapi, actually apa guna kurus seja kan kalau tiada stamina. Jalan sikit mengah. Kerja berat sikit ampus. Tidak efektif la begitu. Wah! Hehe. Lagipun, kita perlu ada stamina and kekal sihat sebab banyak lagi ibadah yang perlu kita buat – Prof Muhaya. Kakakku yang from umrah pun cakap,

“Penatnya buat umrah. Buatlah masa muda, di masa masih kuat. Kalau tua sikit ni, konfem pancit!”

Prof Muhaya pun selalu pesan untuk jaga kesihatan supaya kita boleh beribadah dengan lebih baik di masa akan datang. Supaya masa umrah/haji, badan rasa sedap seja. Supaya jugak di masa tua nanti, kita tidaklah cepat sangat uzur sampaikan susahkan anak-anak kita. Jadi, bolehlah kita tua-tua nanti pegi melancong oversea berdua laki bini. yabedabeduuu..  Sebab mau exercise ni, kami invest duit untuk beli treadmill. Sudah dua bulan husband kasi aku cadangan ni. Tapi, aku tidak mau sebab rasa membazir. Sebabnya, boleh jak pun lari keliling rumah. Tapi lepas fikir punya fikir. Lepas tengok keadaanku yang tiada masa mau pegi outdoor, campur lagi treadmill ada offer (kehkeh). Just RM90 sebulan (buat ezypayment), rasanya it’s a good investment. Lagipun aku tengok di rumah Prof Muhaya, banyaknya mesin exercise. Dia tiap pagi ambil masa 30 minit untuk exercise (kalau tidak silap). Jadi tiru seja dia sebab dia sudah kaji duit yang kita ada bagus untuk dilaburkan di mana. Kehkeh.

Selain tu, aku juga sudah mula beli floss gigi. Muahaha. Better late than never kan?hihi. Gigi perlu dijaga sebaiknya. Kita disuruh pakai floss, pakai mouthwash, pegi klinik gigi, supaya gigi sihat mengkilat. Sekarang tengah melawan hawa nafsu yang malas untuk berus gigi ataupun sekurang-kurangnya kumur mouthwash setiap kali selepas wudhu’.

Kami jugak sudah mula makan supplement. Tidak kira la supplement apa pun. Paling jimat ialah minum madu setiap pagi. Tapi, kena konsisten. Cakap pasal konsisten, baru aku ingat, aku sudah missed 2 hari aku punya supplement.Dush! Supplement ni pentinglah untuk kekalkan kesihatan. Makanan yang kita makan sekarang tidak sama nilai zatnya dengan makanan yang nenek moyang kita makan dulu. Sekarang bahan kimia di mana-mana. Jadi, bantu badan kita dengan bagi supplement dengan niat supaya boleh beribadah dengan lebih baik. Ini advise orang pandai la ni, aku sampaikan seja. :)

Kami jugak sudah start karaoke di rumah. Eh, apa kaitan?.HAHA. Dulu aku ingat karaoke ni tiada baiknya melainkan hiburan semata-mata. Tapi, actually tidaklah jugak. Dengan karaoke, sikit-sikit kita boleh add up self esteem. Aku awal-awal malu karoke depan husband.HAHA. Tapi, sekarang kurang-kurang sudah. Mungkin next time aku boleh nyanyi dengan penuh perasaan depannya. HAHA. Walaupun nampak macam tiada benefit, tapi bagi aku you can show you feeling to your spouse by singing to her/him. Boleh mengeratkan silaturrahim juga.Hakhak. Plus, boleh mengurangkan tekanan kerja dll. Tapi, bagi aku… tidak bolehlah karaoke lama-lama. Cukup sejam lebih for a week, sebab tidak mau nanti anak-anak dapat kesan negatif.

Tadi malam aku try buat spa massage untuk husband. Tiru stepnya di youtube. Bilang husband, badan rasa sedap lepas di urut guna cara tu. Lepas ni cadang mau beli spa massage tools, supaya boleh buat di rumah. Alat-alat macam di bawah ni. Lepas tu, aku ada try massage oil di bodyshop. Wangi! Suka! Rasanya kalau pakai minyak tu untuk massage, mesti relax and nyaman kan. Macam pegi spa. Hehe. Ada juga yang guna batu-batu diletak di badan. Pastu, pasang pulak lilin wangi. Ahh. Bestnya. Semua-semua ni, belum beli lagi. Belum ada duit. Hehe. Simpan dalam wishlist seja dulu. Aku teringin jugak beli sauna tu. Heee~ Tu lambat lagi la. Itu mahal sikit, ratus-ratus. Kemaren nampak di jual jacuzzi di mall. Aduhhhh. Syoknya! Harga dalam lima ribu. Ini 10-20tahun akan datang kali ya. Huuu.

Plastic-Massage-Tool-HMT-  steam-spa

hotstonegirl equilibre-spa-tools

Wishlist…oh wishlist..

 

Pasal kesihatan, baru ini yang kami buat. Banyak lagi plan mau dibuat pasal kesihatan ni. Salah satu yang aku agak susah mau buat is about food. No add up MSG, oily food, processed food, dll. Hmm. Selain tu, cita-cita juga mau buat outdoor activity. Wall climbing!!! Type seja pun macam dadaku kembang kuncup. Excited punya pasal la ni. Naik gunung? Macam tidak larat ba. Plus, takut jatuh. Kesian sama anak-anak.Wuuuu. Kayak? Rindu! :D

Bah, ini seja yang aku mau share sama kamu kali ni. Jangan lupa ah pesan orang-orang alim, niat jaga kesihatan supaya badan kita senang beribadah :)

“Malaysiaaaa jommmm lebihhh sehatttttt…” – Amy Mastura nyanyi, iklan lifebuoy.Heee.

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design