Thursday, February 27, 2014

Mesin pujaan hati now at home

Alhamdulillah.

Syukur sangat. Happy sangat. Sebabnya one of my wishlist tercapai. Lama sudah teringin ni sebenarnya. Tapi, baru tercapai. HEHE. 

Taadaaaaaaaa…..!

Mesin jahit industri SINGER.

20140227_182525

 20140227_182513

Aku beli jenis model 200D jenis bukan yg paling laju. Yang paling laju model 300D. And, jenis yang aku beli ni keluaran yang terbaru. Tidak lagi guna motor besar  di bawah meja tu, tapi motor kecik jak. Suka sangat mesin ni sebab senyappp and smooth seja menjahit. Kelajuan pun senang adjust. Tidaklah macam mesin macm ni yang sebelum sebelum ni aku pakai. Laju habis! Sampai boleh trauma. Haha.

Dia ada function di tepi tu yang aku belum belajar lagi apa maksudnya.Hehe

 

20140227_182534

20140227_182545

Kalau orang yang biasa dengan mesin ni boleh perasan bawah mesin ni tiada sudah motor besar tu. New improvement Smile

 

 20140227_185352

Kemas sangat! Aduhhh…sangattt suka!

Inilah sebabnya aku tukar mesin. Sebab mau dapatkan jahitan yang kemas. Supaya boleh deliver quality product InsyaAllah. Smile

Senang – senang, pegilah shopping di facebook Alya Safiyyah Collection ya Smile

Okey, anak aku dah siap mandi.

Bye!

*Fuhh! Sempat update blog sementara tengok anak mandi.

Tuesday, February 4, 2014

Kehidupan sekarang

Assalamualaikum.

Fuhhhh lama gila nda tulis blog. Hakhak. Ada juga orang tanya tanya kenapa ndak penah sudah tulis blog. Hmm. Kenapa ya? Maybe shock dengan keadaan yg dapat tinggal kampung sendiri. HEHE. Seriously, aku busy sikit tinggal di sini. Sangatlah jauh beza dengan kesunyianku empat tahun lalu yang kadang kadang aku rasa badanku sudah bersatu dengan dinding. Life terlalu kaku, sunyi dan sendiri. Fuhhh. Sekarang, adedehh...ndak cukup masa jak balikbalik. Auww!

Mama balikbalik call suruh datang rumah. Kakak kakak pulak sibuk ajak shopping. Kawan kawan sini pulak suka buat aktiviti estate. Kawan kawan husband, kawan kawanku, family ku and husband, kawan kawan estate semua dekat dekat. Jadi bila dekat banyak event. So banyak event kena attend and prepare. Anak anak buah & family punya birthday seja suda berapa kena buat. Campur lagi akikah dorang, majlis khatam alquran, kenduri kesyukuran, open house..dll. Fuh. Penat tapi sereonok. Selalu apa apa yang kami buat aku memang sibuk sikit. Aku selalu kena incharge masak, buat dessert and decoration. Time tu anak anak aku pulak nanti dorang jaga. Sedar sedar jak anak aku sudah pun siap mandi, wangi, muka penuh kena bedak. Oh, soo..Bugis style! Bedak betepek di muka tanda sudah mandi. HEHE.

Di rumah sendiri pulak aku sibuk dengan business. AHAHAHAHAHA. Lucu juga ayat tu. Tapi, itulah yang aku sedang buat buat sekarang. One day aku berharap aku nda lagi ketawa bila aku cakap aku ber-bisnes, but I can say it with angkat angkat kening sambil menghantar mesej telepati, “U wanna buy?”. Maybe ramai yang nda tau aku ada buka online store named Alya Safiyyah Collection. Jual baju baju kurung and peplum budak budak kecil. Comel! Ndak tipu punya. Sekarang ni sibuk belajar mahirkan asas jahitan la ni, so I can deliver the best product . Actually, page online aku tu agak terbiar sekarang. Sebabnya, aku sibuklah pulak sekarang jual jual benda lain. Jual tudung la, bundle la, cotton la, jubah la, jeans la, spender kempiskan perutla. Haha! Sekarang kami (aku & 2 my sisters) pulak sibuk lagi mau buka kedai doorgift and barang barang for party. Comel ba. Percaya-in aku dong! InsyaAllah launching soon!

Sepanjang aku bergiat dalam bisnes kecil kecil ni. Banyak yang aku belajar. Its not all about a money. Bagi aku bisnes ni mengajar seseorang untuk menjadi orang yang lebih berkualiti. Dengan kualiti yang kau ada, people pay for your service. Aku selalu berangan angan mau buka kedai Islamik gitu, banyak perkara sunnah yang kita boleh dapat didalamnya. Wah. Best kan! Teringin juga buka kedai barang runcit yang harganya murah. Macam Mydin tu ba. Mestila orang happy membeli kan :)

Akhir akhir ni jugak aku banyak sedar sedar pasal aurat. Sob sob sob. Tentang berhijab dengan lebih sempurna. Aku bersyukur sebab banyak family and friends yang tutup aurat dengan baik. Bulan lalu aku try jeans aku, nda muat beb! Hoho. Yeaaa, Im gaining weight! Tidak pernah dalam hidup aku tidak muat baju ku. Biarlah baju 10 tahun lepas pun. This is my first time. And tiba tiba aku rasa this is a message from Allah supaya aku tinggalkan lah seluar seluar tu lagi. Isk. Tutup urat dengan baik pleaseee. Enam bulan kebelakangan ni aku banyak pakai jubah dan long skirt. Selesa. Mmmm. Mmmmm. Ya, Im fighting sebenarnya untuk tinggalkan semua pakaian begitu. Ya, Aja aja fighting! Hehe. Oh, Allah berilah kami kekuatan untuk berubah.

20131029_112244

Macam best kan kalau tutup aurat begini. Hati pun nyaman jak :)

Alya pulak sekarang sudah masuk Pra-Sekolah. Sekolahnya pun dekat sangat. Dalam estate jak. Hehe.

Dan, Izz sekarang starring sangat. Macam biasalah. Hehe. Tapiiiiiii, dia sekarang langsung tidak mau belajar. Dulu sudah pun kenal semua huruf. Sudah pun boleh ngaji sampai baris bawah. Sejak kenal Ultraman, semua sudah bye-bye. Ohhh…sesungguhnya, besarkan anak ni banyak sangat phase-nya. Kejap begini, kejap begitu. Awalnya aku sangka begini, rupanya begitu jadinya. HEHE. Tidak apalah, teruslah kita cari jalan camana mau bentuk anak kita. Pheww! :)

OKlah bye!

 

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design