Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya semuanya. Tahun ni aku beraya di kampung aku. Hoyeahh :D

20120819_084342 20120819_073226

Indahnya pagi raya tu. Mandi air sejuk. Pakai telekung siap-siap. Naik kereta cepat-cepat sebab sudah agak lambat. kehkeh. Sepanjang perjalanan rasa tenang dan sejuk. Ramai orang naik motor kereta jalan kaki. Aku senyum senyum dalam kereta sebab suka tengok ramai-ramai orang begerak pegi masjid. Rasa negara aman dan makmur. Kehkeh. Dalam kereta kami laki bini takbir sama-sama, tidak mau lepaskan peluang nikmati pagi raya. Hehe.

Masa berhenti di traffic light, nampak kawasan perkuburan yang betul-betul di sebelah jak. Terfikir juga camana la aku mati nanti. Mati sebab apa? Bila? Sempatka tengok anak-anak membesar. Rasa untungnya kita yang masih hidup masih boleh takbir, masih boleh solat. Kan kan kan.

Sampai masjid, sudah ramai orang datang. Pakai baju kurung, baju melayu, baju kurung ketat nipis pun ada. Erk. Ada pakai heels punyala tinggi. Amboi!.Ada yang pakai make up tebal, siap fake eyelash. Cayalah lu!. Dan ramai juga anak-anak kecil datang dengan sangat comelnya. Aku ndak boleh tengok anak kecil pegi masjid, mau ngalir air mata ku. HAHA. Kau terima seja hakikat penyakitku ni. Haha. Terus rindu sama anak sendiri. Hmm, nanti la nak kau besar sikit. Kalau sekarang aku bawak si Dhani, konfem aku tidak boleh sembahyang.Hehe.

Di luar masjid sudah penuh orang. Duduk atas tanah alas surat khabar. Sama-sama takbir memuji Allah. Indahnya pemandangan. :)

Sudah habis solat, balik rumah bermaaf-maafan pulak kami laki bini. Ececeh. Sudah 4 tahun kawin, tidak pernahnya rasa sedih masa minta maaf. Mulakan dengan suara mendatar, mau syahdu la konon. Akhirnya mesti ketawa-ketawa jak lebih. Haih. Kalau minta maaf sama parents and mertua baru terus sebak-sebak ni. Siap sungguh-sungguh tahan mau nangis. Huu.

Indahnya pagi raya. Segala puji bagi allah yang mengurniakan perasaan begini.

Selamat Hari Raya Upin Ipin dan kawan-kawan. Aku betul-betul minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa, terasa hati dengan kata-kataku, komen-komenku di facebook, responku atas sesuatu ka..mungkin aku ternampak bajet bagus, ternampak bajet alim, ternampak mcm riya’, nampak mcm tunjuk-tunjuk..Please believe aku tiada niat ya. Aku takut bab-bab ni ba. Sebab sudah ada bberepa kes yang terasa dengan respon ku. Maka aku just gurau-gurau sakat-sakat je. Aiyak! Ampun ya. Heeee.

okeyla. I chow cincau dulu. Nanti aku buat open house datanglah ah. :D

Sunday, August 26, 2012

Try



Tryi

Monday, August 6, 2012

Didikan Al-Quran

Assalamualaikum. :)

Kita sudah pun masuk Ramadhan ke-16 kan? Seronoknya bulan ramadhan, rasa hati tenang-tenang seja.Hehe. Aku pun lebih sabar sama anak-anak, berbanding keadaanku yang sebelum ni kadang-kadang menjadi raksasa bila sabar hilang. Wargghh!! Makan budak! Haha.

Jadi, tinggal 13 hari seja lagi untuk ramadhan berakhir. Eh, sedihnya. Dan, 3 hari lagi masuk ke hari-hari Lailatul qadar. Wah, hari yang dinanti-nanti sepanjang tahun. Kumpul semua wishlist kita dan persembahkan kepada pencipta kita dengan kusyuk, mudah-mudahan Allah makbulkan doa dan diberi ganjaran. InsyaAllah. Get ready semuanya..3 days left! :)

Beberapa bulan lalu, aku mula dapat tahu banyak anak-anak kecil yang boleh hafal surah dan boleh kenal huruf hijaiyah. Paling kecil pernah aku nampak is 8 months baby girl. Kagum sangat sama ibu baby tu. Sebab semestinyala dia ibu yang cekal sampai mampu ajar anak sekecil tu. Lepas tu nampak lagi si adik beradik darwish darwisya yang sudah hafal banyak surah padahal umur baru 2-5 tahun. Adoi..lagi la kagum mencecah langit.Hehe. Hasil kajian, anak-anak yang tahu Al-quran ni mudah untuk menerima ilmu. Jadi best student pulak tu. Sebabnya, minda anak-anak kecil yang sudah dilatih dari awal akan merangsang otak mereka dengan lebih aktif, dan akhlak dorang pun tip top sebab aura al quran sudah meresap di hati.

Dalam hatiku ni rasa kagum, teruja, rasa mau buat macam tu jugak, rasa macam-macam la.. Tapi, jauh dalam hati ni selalu bilang, aku ni pun banyak ndak betul..Banyak betul suara-suara hati soal macam-macam..

Mampukah aku buat macam tu?

Perlukah ajar Izz Alya Al-quran macam yang mereka yang sudah berjaya buat?

Buat benda tu perlukan sabar tahap tinggi tu. Aku ni…hukk..

Pentingkah anak-anak hafal al-quran?

Ndak terbebankah budak-budak ni?

Untuk buat benda ni, aku kena membudayakan benda ni di rumah. kalau setakat so-so, camana mau berjaya? mampukah aku lawan nafsu malas ni?Aku ni manusia biasa yang masih tengok rancangan “so you think you can dance”..huh!

Banyak dalam kepala ni pikir benda ni. Aku rasa macam berbelah bagi, antara untuk buat dengan sungguh-sungguh sampai dorang boleh hafal ataupun mengajar setakat yang orang biasa buat, yang asalkan pandai beberapa surah Juz Amma, tahu mengaji, tahu solat..cukuplah.

Sampaikan aku ada perasaan untuk kirim emel sama ustaz Zahazan untuk mintak dia buat perkongsian pasal perkara ni. Aku pun mencari-cari jugak buku-buku pasal ibu-ibu hebat yang boleh bagi inspirasi. Aku pun terus-terus doa ditunjukkan jalan pasal ni. Mintak dilapangkan dada untuk memberi apa yang terbaik sama anak-anak, dan ditunjukkan dimana kemampuanku.

Then, Majalah Ustaz keluaran bulan lalu ada keluarkan artikel pasal kelebihan orang yang menghafal Al-quran. Beberapa hari lepas tu, keluar di facebook seorang doktor berjaya jadikan kesepuluh anaknya menjadi penghafaz dan anaknya semua pun berjaya dalam bidang masing-masing. Tidak lama lepas tu selalu pulak keluar iklan rancangan Qari Junior di TV. Nampaklah anak-anak kecil yang hafal al-quran tu. Eh,manisnyalaaa..hehe. Bila aku dengar rancangan di radio and TV selalu jak keluar sikit-sikit pasal benda ni :

“Usahala sungguh-sungguh didik anak kamu pada hari ni supaya dia boleh menjadi penolong kamu di akhirat nanti..”

“Didik anak jugak suatu jihad”

“Sabarla dalam mendidik anak, Fokus untuk jadikan anak ahli syurga”

“Syurga itu mahal, bersabarlah.”

“Niat untuk apa hantar anak tahfiz, Kalau sebab trend and kehidupan kita di rumah, pakaian kita, amalan kita tidak selari dengan anak tahfiz…tak guna jugak”

 

Then, rancangan WHI tadi pasal Al-Quran. Salah satu panelnya adalah ibu yang mendidik anak-anaknya untu hafal surah Al-quran. Dia ceritakan pasal dia punya determination and keinginannya untuk jadikan anak-anaknya saham terbesar di akhirat nanti. Lepas tu ustaz tu pulak ada cakap begini, “menurut Yusuf Qardhawi, ajar anak menghafal al-quran dulu…”

Dan, sekarang pun masa type entry ni hujan tengah lebat. Terus dalam hati bilang, “Hujan rahmat..mungkin sengaja Allah mahu tunjukkan sama aku yang niat ku yang masih kecil ni adalah suatu rahmat.. :) “

Okeyla, aku just mau kongsi apa yang aku rasa. Hehe. Jom kita doa kuat-kuat, ambil peluang 10 terakhir ramadhan ni supaya Allah tunjukkan jalan, dilapangkan dada, dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa-doa yang lain. Amin. Sebelum aku cakap bye-bye, aku mau kasi tau quote yang aku suka yang dengar dr Prof.Muhaya, IKIM.

“Syurga itu mahal…”

“Anak adalah saham terbesar untuk dijadikan pencen kubur..”

“Wanita ni kalau ada suami, ada anak, ada pendapatan, ada iman…Itu sudah syurga dunia..”

 

Bye!

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design