Sunday, June 16, 2013

Mengajar anak di rumah

20130519_145012 20130519_145924 20130507_183119

Assalamualaikum.

Lama sudah mau tulis pasal entry. Perasan sibuk terus. Haha!

Alya sekarang sudah berumur 3 tahun 10 bulan. Izz pulak sudah 2 tahun 2 bulan. *yeaaaa!!Sudah besar*. Perkembangan dorang setakat ni is Alya sudah boleh mengaji tahap baris bawah, sama mcm Izz. Alphabet pulak Alya baru pun sampai suku kata “ba ta sa” semua tu. Maybe next week dorang sudah masuk sukukata “i” pulak. Izz pulak sudah kenal semua huruf, tapi tidak kenal huruf kecil. Hehe.

Aku sebenarnya tidak pernah pun ajar Izz mengaji and kenal huruf. Aku ter-perasan dia sudah boleh baca huruf hijaiyah  2-3 bulan lalu masa aku ajar Alya. Tiba-tiba dia datang jawab soalan-soalan yang aku tanya sama Alya. Laju pulak tu. Beria aku ketawa. Lucu bila kau rasa anak kau yang kecil tidak tahu apa apa tunjukkan yang dia sudah boleh sesuatu, walaupun sekadar sudah pandai menutup pintu. Kahkah. Aku pun tahu perkara begini lucu bila ada anak sendiri. Haha. Sejak itu, aku mula ajar balik Izz yang sudah sangat lama tertangguh. Sama juga masa aku tau dia sudah kenal huruf. Masa tu aku tengah ajar Alya jugak. Then dia datang tiba-tiba tunjuk huruf ‘W’ dengan sebut ‘abiuuu’. Guling guling juga aku ketawa. Tapi masa tu huruf yang dia tau cuma 4 huruf. Lepas dari itu aku tidak pernah jugak ajar dia lagi alphabet sebab aku fokus sama mengaji jak. Sebulan lalu, aku saja jak tunjuk tunjuk huruf sama dia. Then, dia boleh jawab semua huruf A-Z kecuali adalah 1-2 huruf yang dia tersilap.

So, aku mau share di sini macam mana kes begini boleh terjadi. Ecewahh. Kehkeh. Actually, Izz ni belajar secara tidak langsung dari video and tab. Dia suka tengok video kids song ABC, and dia suka tengok video lagu lagu huruf hijaiyah. Aku bagi tu bukanlah berniat supaya dia boleh kenal huruf sendiri, aku cuma bagi untuk hiburan sambil belajar. Then, tiba tiba dia boleh kenal semua tu dengan video jak. So, thats the key. Selalulah bagi anak anak hiburan yang educational. Supaya senang kerja kita mengajar dia. HEHE. Sampai sekarang pun Izz bila ditanya huruf hijaiyah, dia punya loghat tu ada arabic skit, and bila ditanya huruf ‘Z’, dia jawab ‘zee’ bukan ‘zek’ atau ‘zet’ yang macam kita sebut. Sebab video yang dia tengok tu dibuat oleh negara dorang. Ketara bukan ibu dia yang ajar kan. Haha.

Selepas dari hari tu aku mula ajar dia balik. Itu pun dalam seminggu just 2-4 kali seminggu. Sekali buat adalah beberapa minit. +-5 minit. Lepas tu perhatian dia sudah lari. Kalau dibandingkan, Izz lebih senang diajar banding Alya. Alya dia nampak tidak berminat and…. im sorry Ibu have to say this sayang, dia agak malas. Izz nampak suka and berminat. Alya banyak alasan untuk skip belajar. Perhatian dia cuma last for 1-2 minute. Mulalah sakit perut la, mau muntah la, penat la, pasal barang barang dia yang macam macam la. Apa yang aku perhatikan, Alya ni cepat jugak tangkap pelajaran tapi dia kurenggg berminat. Izz pulak, dia macam kurang sikit tangkap tapi dia berminat dan fokus. Then, aku fikir kenapa benda ni happen? Why some kids like this and that? Lepas fikir, aku rasa sebabnya amalan dan doa kita masa mengandung. Masa mengandungkan Alya, aku banyak berdoa supaya Alya dikurniakan sifat tabah, kakak yang hebat, bijak. Ada banyak doa sebenarnya tapi tiga benda ni la yg kira highlight. Then, dia lahir and nampaklah ciri ciri yang aku doakan. Sampaikan orang orang tanya apa rahsiah anak sabar sangat? Kehkeh. Lepas tu kesedaran perlunya cinta ilmu ada sudah sikit sikit dalam diri ni. Hehe. Then, dapat tahu pregnant lagi, aku mula berdoa supaya dapat anak lelaki yang cintakan ilmu. Berdoa supaya ilmunya banyak and banyak bagi manfaat. Ecehhh. Kata kata macam ahli panel kan? HEHE. Aku selalu jugak doa supaya Izz mau  dan suka menyusu badan. Sebab masa Alya dulu memang dia sangat sangat tidak mau susu badan. Doa jugak supaya hatinya lembut dan baik hati. Dan berjela jela lagila doa yang lain.

Maka, lahirla Izz. Izz membesar nampak sukanya sama ilmu. Suka baca buku, suka belajar, suka tengok video pelajaran. Sampaikan video tutorial belajar main golf abahnya pun dia tahan tengok. Masa dia lahir pun, diletakkan jak dia pangkuan ku, terus menghisap nenen tanpa aku perlu buat apa apa. Wahhh! And, dia jugak nampak sangat lembut hatinya. Tidak mau lawan orang. Tidak boleh tengok orang kena pukul. Tidak boleh tengok orang susah, nanti dia sibuk mau tolong. Sanggup barang dia tidak ada, asal jangan anak orang lain menangis. Huuu. So, key number 2 is Doa Ibu. Betullah kan doa ibu ni jangan main main. Silap silap boleh jadi batu macam si tanggang. Hehe. Setakat ni begitulah perkembangan anak anak ini. Semua yang datang ni pakej dari Allah. Kitalah parents yang ber-amanah besar mendidik mereka. Fuhhh.

Key number 3 pulak is SABAR. Ajar anak anak ni kena banyak banyak banyak banyak sabar. Duit banyak habis beli bahan mengajar, nanti kita paling tempat lain dia sudah rosakkan. Huuu. Selalunya bila kita ajar dia, dia akan lari, lompat lompat, tidak mau tengok buku, buat benda lain, beralasan, dan seribu macam lagi la. Kadang bila kita tunjuk huruf ni, dia baca part lain pulak. Suka suka dia jak. Sudah berapa kali juga rasanya macam panas hati masa mengajar ni sudah sampai dikepala. Tapi, tarik nafas hembus tarik hembus. Hehe. Kadang termarah jugaklah . Im really sorry my little Alya Sad smile

Key number 4 is CREATIVE. Ajar anak sangatlah kena kreatif. Kena cari video dan bahan mengajar yang bagus. Kadang kena ajar anak dengan menjerit. Kadang dengan main tulis tulis. Kadang dengan main kuiz. Kadang dengan cara main cabar-cabar siapa hebat. Ahhhhhh…Penatttt! Hahaha. Biasalah jadi ibu penatnya tiada habis sampailah kembali kepada-Nya.

Key number 5 is EMOSI. Ajar anak kena dengan emosi yang baik. Kalau tengah marah, satu bijik ilmu tiada anak kita dapat. Ini ikut pegalaman aku la. Bila hati aku marah sama Alya sebab tidak fokus, satu benda pun dia tidak boleh tangkap. Bila aku tenangkan hati, puji puji dalam hati anak aku pandai, nampak Alya boleh tangkap apa yang aku ajar. Believe it or not, aku buat eksperimen ni di rumah. Haha. Macam macam jak aku ni kan. Memang terbukti. So, memang betul eksperimen dr Muhaya yang dia selalu buat pasal persekitaran emosi yang gunakan tangan tu. Kalau kita lemparkan energy negatif, akan lemah badan orang dan sebaliknya kalau hantar energy positif. So, that what I did to my kids. And, for sure sometimes aku fail jugak. Bila aku sukar kawal emosi, aku berhenti ajar dia and buat benda lain. Hehe.

Key number 6 is NIAT. Kadang hati ni tersasar jugak menuju syaitan. Ambil pic anak and post mungkin sebab mau tunjuk anak pandai dan sebagainya. Dan akhirnya apa yang aku dapat lain. Benda ni pun bagi aku sudah terbukti sama aku. So, aku memang takut bab niat. Apa yang aku nampak bila niat aku tersasar, nampak Allah gantikan usahaku dengan benda lain. Susah aku mau cerita jelas jelas pasal bab ni, so aku doakan seja kamu yang baca ni difahamkan Allah bab ni ya. Smile

Key number 7 is ILMU. Sedangkan masak air pun perlukan ilmu, apalagi mau mengajar anak kan. hehe. Aku pun selalu bingung, kalau anak begini apa mau buat? Carilah jawapannya di buku, tidak pun google sana ini. Sama-samalah kita cari ilmu. Nabi sudah pesan,

“Sesiapa yang mahukan dunia maka (tuntutlah) ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka (tuntutlah) ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan (menuntut) ilmu.”

 

Mungkin kadang orang pelik kenapa beria sangat mau ajar anak awal sangat? Bagi aku pasal ilmu tiada limitnya. Semakin awal diajar semakin pesat otaknya berhubung. Eipp, macam iklan susu pula kan..hakhak. Lagi awal lagi bagus, ilmu kan cahaya Smile Asalkan jangan paksa anak sudahla. Aku sedih bila tengok anak orang lain sudah pandai tapi my kids belum. Bukan sedih sebab anak aku kalah ka apa, aku sedih dengan sikapku sendiri yang malas ajar anak sendiri. Sebab aku tahu semua anak berpotensi bila dia diajar, dia berhak diajar seawalnya, cuma aku perlu sabar sikit. Macam kes Alya, aku sudah ajar tapi dia masih slow begitu kan, *kahkah*, So lega sikit, sebab aku tau aku sudah try and dia masih begitu. So, maksudnya dia masih kecil lagi and disitulah tahapnya setakat ni. Bukan lagi salah aku yang abaikan dia.Cuma aku perlu belajar banyak lagi camana ajar dia. Bab didikan anak macam butik kata prof Muhaya. Kita yang design macam mana kita mau buat “butik” yang dihasilkan tu. So, beginilah butik yang aku mau hasilkan. Butik orang lain yang tidak sama macam aku tidak salah sama sekali, *asal ikut agama lah kan*, cuma beginilah kita..masing masing dengan cara masing masing kan. Smile Tidak mau lah ada isu isu lain pulak. Aku share ini cuma dengan niat mau berkongsi dengan ibu ibu yang tercari-cari perkongsian begini. Sebab aku pun begitu, sangat mencari perkongsian ibu-ibu lain. So excited bila tengok anak orang pandai, semangat mau jumpa mamanya, mau buat interview. kehkeh.

Okla. Sampi sini. Bye!!

Friday, June 7, 2013

Happy birthday Eizz Eirfan Dhani!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dhani sudah pun dua tahun. Erkkk..sudah sebulan lebih pun dia dua tahun. Tapi hari ni baru mau cerita. Aiyo! Sambutan hari jadi Dhani buat kecil kecil seja, tapi meriah! Hehe. Yalah kalau buat di kampung sebelah abah dia memang meriah. Sana ramai rakyat jelata. Hehe.

20130428_132509 20130428_133126

Tiada pulak aku ambil pic yang betul betul bagus utk tengok keseluruhan meja parti. Sad smile

 

 20130428_132420  20130428_132455

 20130428_132516 20130428_132416

Cupcakes, drinks, doorgift & birthday presents. Kesian ba budak budak ni, datang bawa hadiah pulak. Anduu.

 

20130428_134557

Mana Alya? Lari sana lompat lompat sama kawannya..ndak mau begambar. Fuhh. Pilih kek gambar batman sebab birthday boy adalah taksub pada superhero. Haha.

 

20130428_134627 20130428_134630 20130428_134650

My birthday boy! Perasan ka banyak macam titisan air di muka ku. Peluh banyak! Aku ibu yang berkerja keras untuk party ni. Fuhh. Hehe.

 

 20130428_134931 20130428_134940 20130428_134856

20130428_134850 20130428_142946 20130428_135013

Dhani’s photos..dann..hujung sekali tu sempatla tangkap gambar yaya yang lompat sana sini. Satu ni jak gambarnya jadi daripada tiga snap.. Yang lain semuanya dia lari…sabarlah wahai hati. T_T

 

Sempena birthday dia ni aku hadiahkan dia truck yang guna remote control. Masa view toy ni di website toys r us memang sudah baca description-nya untuk 4 years ++. Tapi, aku beli seja dan akhirnya dia tidak berapa tau mau layan benda ni. Dia tarik la dia punya antenna truck, dipatahkannya la antenna remote. Dia main lempar seja truck tu ke lantai. Aduh! Aduh! So, moral value-nya beli la ikut umur, kalau tidak mau ikut pun, beli la yang jarak umurnya tidak lebih setahun dari umur yang di-recommend. So, aku sudah simpan truck tu dalam almari. Nanti umurnya sesuai baru kasi balik. HEHE.

Dhani, Ibu doakan supaya Allah sentiasa memberi jalan, ilmu dan ketabahan kepada ibu untuk memberikan yang paling terbaik pada kamu. Ibu doakan kamu jadi anak yang sangat cintakan ilmu,  baik hati, tabah, mudah menerima ilmu, ada ingatan yang kuat, mudah dididik, dan direzekikan Allah ilmu ilmu yang berguna, dan dekat dengan orang orang soleh. Ibu doa lagi supaya kamu boleh memberi manfaat kepada orang lain, pada agama dan bangsa. Ehhh..sedih pula. hehe.

Salam peluk cium dan sayang yg paling dalam dari ibu, XOXO. :)

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design