Musim sakit kali ya sekarang ni. Hurmmm. Sabarla mama-mama semuanya..Ujiannnn :)
Biasalah anak-anak demam, tapi kali ni demam Izz lain sikit. Petang tadi aku bawak ke klinik. Awalnya tidak mau hantar ke klinik lagi sebab ada juga ubat di rumah. Tapi, bila mula tengahari panas Izz susah mau turun. Malar seja suhu badan 38.7c ke atas.. Petang tadi sebelum ke klinik suhu badannya 39.2c. Terus cepat-cepat ke klinik sambil letak kain basah di kepala. Masa tu kawasan mata dia, di bawah telinganya ke rahang sudah kemerah-merahan. Bila disentuh kawasan tu rasa sangat panas. Lepas diperiksa doktor, then doktor bilang Izz kena penyakit “kaki, tangan dan mulut”. Tersentap aku. Dua kali aku ulang soalan sama doktor, “doctor pasti ka?” Aku ingatkan penyakit tu berbahaya dan ambil masa yang lama untuk sembuh. Sebab tu aku terkejut. Tapi, lepas doktor bagi explanation, baru aku lega-lega. Heehee.
Lepas tu doktor bagi aku tengok ulser di mulut Izz. Seram aku tengok. Kesian Izz, patutla nangis-nangis masa aku bagi makan tadi. Menyusu pun dia kejap-kejap tarik. Rupanya pedih dia menelan. Syukurla dia cuma ada ulser di mulut. Lain-lain tiada. Sebabnya penyakit ni biasanya ada tumbuh ruam di kaki dan tangan. Sebab tu namanya macam tu. Syukur….
Actually, penyakit kaki, tangan dan mulut ni bukanlah macam penyakit lain yang ambil masa yang lama untuk sembuh. Dalam masa 4 hari begitu dengan ubat yang bagus bolehla sembuh sepenuhnya. Selepas 5 hari kalau masih belum sembuh maksudnya ada masalah lain. Tapi, duration yang aku cakap ni dengan rawatan yang di bagi oleh klinik yang aku pegi tu. Sebabnya, aku baca di web, biasanya kesembuhan penyakit ni ambil masa up to 10days.
Alya pulak cuma demam biasa. Tapi, tidak taula kalau ulser tu belum keluar. Baru kejap tadi dia merengek-rengek sambil tidur and badannya pun makin panas. Sudah tampal “cool fever” di kepala.
Alya datang hiburkan Izz..hehee.
Get well soon my baby…
0 comments:
Post a Comment