Friday, October 7, 2011

Open House Aidilfitri 2011

Oiiiii!!!!!!!!!!! Lambatnya update!!!!

Ya..ya, aku tau….Fuhhh…*Sighhhhh*

Okey, 25 sept yang lepas.. Aku buat open house yang pertama untuk sepanjang hidup aku. Hari itu sangat bersejarah buat aku. SANGAT. Ya la, aku tidak pernah terfikir pun aku boleh buat benda tu. Tidak pernah terfikir pun yang aku boleh masak sebanyak tu, untuk 80 orang. Mungkin 80 tu sedikit untuk sesetengah orang, tapi aku.. neves untuk sediakan makanan untuk 80 orang tu, macam mau sediakan makanan untuk seramai satu stadium bole sepak okeh..HAHA.

Setelah aku ber’nervous’-‘nervous’-an untuk beberapa hari, kerana memikirkan open house tu, yalah..Macam-macam dalam kepala aku,

“Eh, pagi tu nanti sempat ka masak semua food before pukul 2 petang aaa?” (Jemputan aku start 2 petang)

“Eh, mesti masak dengan super duper bersih ni..make sure tiada lalat, nanti ada lalat pastu dorang sakit..habissssss! mati aku”

“Eh, cukup ka jugak makanan aku budget ni aa, nanti orang menambah sampai 4 kali, ndak cukup pulak untuk orang yang di belakang..Mau masak lebih ka lagi ya..”

“Eh, camana kalau tiba-tiba ada makanan yang hangit ka, ndak pun, nasik terlalu lembik ka..mau masak balik, ndak cukup masa pulak sudah.”

“Eh, bolehka aku masak untuk banyak orang ni aaa, nanti ndak sedap, matai!”

Astaghfirullahalazim….kerisauan aku ni menjadi penderitaan pulak sama aku. HAHA. Sampai aku tidak boleh tidur malam. Adoi. Pikir pulak tu lagi, “aku ni nanti ndak cukup tidur, nanti orang datang tengok mata aku macam panda..”

Ya rabbi…terseksa kan aku? HAHA.

 

Then, masa sabtu tu (24 sept), kami sudah mula proses-proses menjayakan program ini. Cewah! Ahaha.

Eh, kami? Lupa mau introduce..buat open house ni, aku ada dua orang pembantu. Alhamdulillah… mereka sangat helpful. Apa lagi Kak As, punyala helpful..Haih, macam aku bagi pingat anugerah pembantu terbaik jak. Haha. Kak As ni aku punya pembantu di rumah ni, dialah teman aku hari-hari di estet serba sunyi ni.  (-.-) Malu ba fully housewife ada helper di rumah. Erk!

Satu perkara yang scary untuk aku is “sempatkah siap before pukul dua?”. Aku bangun 6 pagi,aku terus buat kerja. Sejak tu la, aku megira setiap detik yang ada, mau make sure foods served on time ba. Fuhh.

Tapi, alhamdulillah sangat, jam 1.30ptg, semua makanan sudah ready di atas meja. Tinggal dessert jak semua dalam peti ais. Masa jam 1.30 tu, aku tengah everything settle kan..punyala aku LEGA! Macam aku rasa beban di bahuku ni hilang. HAHA. Jam 1.30-2.00 petang tu, aku mandi and bersiap. :D

Jam 2.15 ptg, orang-orang sudah mula datang.. :)

Pagi 25 sept 2011 :

250920111036Senduk & sudu pun belum bukak harga lagi tu..Ahaha.

250920111034Periuk nasik pinjam sama Mama Si Daia..ehehe. Thanx sangat macik!

250920111033Semua bahan-bahan sudah ready, tinggal kasi terjun jak dalam kuali yang aku pinjam dari Mama si daia.Hehe.

250920111032_2Kak As tengah goreng ayam :)

250920111031Ini pun tinggal di kasi terjun dalam kuali, biar lemas..hehe.

250920111038Me & Alya.. :) *Cepat la besar Alya, tolong Mama  buat open house next time* Smile

 

Open house time bebeh :

DSC_0011sDSC_0004

The foods. Kegundah-gulana-an berakhir yooo…!

DSC_0001DSC_0002DSC_0058Guests

DSC_0056Daia & Family

DSC_0032sDSC_0118sUs :)

DSC_0148s

Makanan lebih. Aku ndak tau mau budget, jadi aku bajet yang paling selamat. Bajet yang orang akan makan sebanyak-banyaknya.HAHA. Maka, bginila jadinya.. :) Hehe. *Biar makanan lebih, jangan kurang kan? :) * Next time, tau-tau sudahla.. :)

Hari tu aku bahagia betul rasanya. Sebabnya, aku berjaya buat open house ni dengan masakan yang aku masak, baju yang kami pakai pulak (except my husband) adalah baju yang aku jahit. Sebabnya lagi, hubungan kami sefamili dengan orang-orang di sini lebih rapat. Alhamdulillah :)

0 comments:

Post a Comment

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design