Tuesday, September 20, 2011

Open house preparation.

Fuhhhh…

Eh..eh, belum apa apa sudah mengeluh. Ini first time aku buat open house. First time aku menjemput sebegini ramai orang. Selama ini, yang paling ramai pun datang rumah aku 6 orang. Kali ini, selepas aku kira tambah tolak bahagi, total guests is about 80 orang. Nah, 6 sama 80 orang kan jauh bezanya tu..isk.isk.

Aku ni jenis orang yang suka orang datang ke rumah. Apa lagi bila tau, dengan datangnya tetamu ke rumah, maka Allah akan memurahkan rezeki kita. Best kan! Sampai bilang orang cerdik pandai, kalau tiada yang datang ke rumah, carilah kawan dan keluarga untuk dijemput datang.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”

Jadinya, open house ni mau dibuat ahad ni. InsyaAllah. Perkara yang paling memeningkan aku ialah membuat budget makanan. Aduh, aku tidak tau la berapa banyak yang perlu di masak. Jadi, aku kenala buat kira-kira dengan teliti. Mudah-mudahan, budget yang aku buat ni tepat. Amin ya rabbal alamin. Punyala aku buat budget dengan teliti ni, jadual perjalanan perlaksanaan penyediaan makanan ni pun sudah di jadualkan okeh. Wahahaha…

Ehem, ehem..aku nerves jugak mau buat open house ni.Ekeke. Adakah aku masih tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang normal? Buat open house pun nerves ka? Tapi, ini kisah benar.

Sudahla barang-barang dapur aku pun tidak banyak, periuk besar, tempat makanan, tempat minuman pun tiada ni..Matai. Kenala pegi beli jumaat ni.. (^.^)

200920111005

Harap-harap, semua makanan cukup, tiada orang yang keracunan makanan(Erk!), semua tetamu happy, makanan semuanya boleh diterima akal, aku boleh manage semua tetamu, etc..etc..

Mudah-mudahan juga, dengan open house ni..boleh la mengeratkan silaturrahim kami sekeluarga sama semua tetamu aka warga estet C.E.P Niyor ni. Itu yang penting.

Harap-harap. Amin. Smile

pray for me..bye!

2 comments:

  1. mas,
    kau masak sendiri? utk 80 org? k.ona utk 8 org tamu pun sudah kelam kbt okeh. hehe.

    ReplyDelete
  2. tahniah mas.. Bru complete raya org berumah tangga klu ada buat open house..hehehe, mesti jd impian ko lg untuk raya tahun depn..

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design