Sunday, November 27, 2011

my best frens wedding

Bila tulis tajuk entry ini, macam mau menangis rasanya. Tapi instead of nangis, aku tukar kepada senyum dan ketawa-ketawa. Sebab hati rasa gembira, kerana kawan-kawan ku ini sudah sampai di hari bahagia mereka.

Hoorayyy!!!

Happynya aku rasa, macam aku yang kawin tau! Haha. Ketawa-ketawa aku sendiri tengok pics kawan-kawan aku yang kawin ni. Haih, tidak sangka kita sudah sedewasa ini. HAHAHAAHA. *ayat tidak sedar diri anak sudah dua, tapi, jujurnya..aku masih rasa aku bujang. Oh, no…bila perasaan ini akan hilang*

okeh..okeh..Lupa mau kasi tau, siapa yang kawin sebenarnya..

on 13 nov, kawan aku Herna & Aniq berkahwin. Dua-dua pun kawan aku.. Boleh juga aku bilang sahabat aku. Dua-dua pun dekat sama aku. Aku kenal Herna di matrikulasi, then, kami rapat di UTHM. Kadang-kadang aku tidur di biliknya, kadang dia tidur di bilikku. Aku, Herna & Sen rapat masa di U. Sen, sorang lagi kawan kami. Sama sekolah dengan aku since form 1. Rapat since form 1 until now(I hope). Kami bertiga rapat, pernah buat gerai masa pendaftaran pelajar U. Kami jual nasi lemak n etc. And, akulah yang masak nasik lemak tu. Kesian pembeli nasi lemak tu kan? HAHAHA.

Aniq pulak aku kenal since aku tahun 2 kali ya. Dia kenalkan aku sama program-program U. Baik sama aku, jugak jahat. HAHA. Aku harap kamu dua bahagia la di sana ya…Eh, ayat macam pergi meninggalkan kita pulak. HAHA. Bukan itu maksud aku okeh! :D

Aku sedih betul tidak dapat majlis kawin mereka. Sangat teringin mau tengok dorang di akad nikah kan. Isk isk. Tidak apalah, tiada rezeki kita untuk berjumpa kan? :) Aku kagum sama dorang dua ni, cinta yang dipisahkan oleh laut cina selatan bukan senang mau bersatu tau. hehe. Perlukan kesabaran dan tolak ansur yang tinggi yooo… And, u both succesfully make it happen!!! Double triple congratss la sama kamu dua. :D

aniq erna

Nampak sangat Encik Aniq happy & excited sangat. ekekeke.

hey, aniq..now Erna is yours! Alwes n forever make her be the happiest women in the world okeh! And, im sure U will. Ingat lagi aku masa di U, ko suka sangat cerita pasal Erna. Sikit-sikit Erna..Heeiii…Pasal jari-jari Erna cantik mau ngadu sama aku. HAHAHA. Kalau setakat cerita jak ndak apa, ni siap kutuk jari aku ndak cantik. Ndak cantik macam Erna. Cessss!!! And Erna, aku yakin betul la kau boleh jadik isteri terbaekk punya! Happy for U! Sangat Happy! *Hugs*

mal kawin

Mal & Husband :D

Kemaren pulak one of my bestfren juga kawin, Malnizah, kami suka panggil Mal. Next month pulak satu lagi kawan & sahabat aku kawin jugak, she is Hany Puspitta, aku suka panggil pus. Macam kucing pulak kan. Haha. Sedih ba tidak dapat attend dorang kawin. Mau betul tengok dorang nikah. Mau betul tengok dia punya nerves(HAHA), dia punya eksperesi muka masa sudah bergelar isteri..  Yalah, kami dari kecil (form 1) sama-sama ba. Sama-sama rasa susah tinggal di asrama, sama-sama rasa gembiranya jugak tinggal di asrama. Dari sekolah lagi kadang-kadang kami bercerita soal kawin. Masa itu masih lagi rasa malu-malu cerita pasal ini, belum tau lagi kemana hala tuju jodoh ni, masa tu masih terpikir-pikir di mana dan macam manala jodoh itu. Terlalu banyak persoalan masa itu, sehinggakan kami berangan-angan dan kadang-kadang reka-reka cerita bab kawin ni. And now, semua kami sudah besar, masa untuk berkahwinan sudah tiba. Indahnya kan kalau boleh bersama masa tu. Kahwin satu masa yang paling berharga dalam hidup, masa paling indah, paling excited, paling terharu, sedih…Ah, semuanyala ada. Bagi aku, sangat penting untuk ada di situ menyaksikan mereka dan ada di situ menunjukkan tanda gembira kita dan bahagia kita untuknya.

Tapi, tidak apala.. Tiada rezeki kita mau bersama kan. Isk..Isk..Syukurla aku dapat hadir ke wedding Waze hari tu. Dapat tengok muka happy dia masa tu. Eih, best ba tengok dia kawin. Ingat lagi aku mukanya masa nikahnya sudah sah. Hehe.

Kalau bercerita pasal kawan, hati aku jadi kembang tau! Rasa bertenaga, rasa gembira, senyum sendiri, ketawa sendiri, nangis sendiri (eh..eh..?) ingat dorang. Aku nda tau la orang lain macam mana, tapi, aku begitu. Bagi aku, selagi kita punya masa dan masa bersama..berjumpalah walaupun sekejap. Aku rasa begini aku tau sebab ikatan yang terjalin sama kami ni akrab. Macam bilang kunyit dalam filem “Hantu Bonceng”..

"kawan menangis susah nak cari ,tapi kalau kawan sukasuka berlambak tepitepi jalan tookkk"

Beginila kehidupan dewasa, tidak seindah masa kita kecil-kecil dulu. Sekarang sudah susah mau bersama atas komitmen masing-masing kan.  Aku sedih untuk itu. Isk Isk.Perkembangan kita juga masing-masing berbeza, ada yang kawin awal betul (erk!), ada yang di kemudian, ada yang makin hari makin kaya, ada yang makin hari makin slim cantik (haha), ada yang kerjaya hebat-hebat, ah..macam-macam la. Maka, janganla jadikan itu pemisah kita. Dia nampak bahagia, nampak kaya, buat kita cemburu, rasa dengki, dan rasa jauh hati sama persahabatan. This is life, kadang-kadang kaki tidak sama melangkah (ayat mak aku!) ada yang tertinggal, ada yang laju di depan. Janganlah yang terlambat melangkah tidak mau memandang yang laju di depan kerana rasa kecil maka memencilkan diri. – U know im talking about u. And, aku pernah rasa begitu tau!. Isk.Isk. Cerita sedih. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing(Majalah Solusi). Jadi, mudah-mudahan kita tidak ada rasa dengki sama kawan kita, dan semoga kita semua menyokong dan bersatukitateguhberceraikitaroboh.cewah! Malaysia boleh!!Hahaha.

Wah..Wah…Hahahahaa.. Banyak pulak ceramahku..Hahahaha.

Okeh, kepada kawan sudah dan bakal berkahwin yang sentiasa terMMUAAHH di hatiku ni, aku mau ucap :

“Selamat menempuh alam ni. Hahaha. matilah kamu. kamu ingat kawin ni senang. HAHA. Tidak ba, jangan takut.. Ini jalan yang diredhai Allah, maka jalan ini lah yang paling bahagia, paling di sayang Allah…Itu yang paling penting. Best kan..kan..kan? Semoga kamu dimurahkan rezeki untuk boleh tinggal bersama wife/husband. Semoga kamu adalah insan-insan yang subur untuk menghasilkan anak. Hoho. Semoga kamu dan aku jugak sentiasa rasa bahagia dengan membahagiakan orang lain ya! Bab ni punya susah ooo! Kalau kamu khatam bab ni dulu, ajar aku ah! Next time jumpa kamu hopefully jumpa dengan baby bump ya.ekeke. “

Ahhh..aku ni kalau tulis entry pasal kawan susah mau stop ba. Penyakit!

Okla byeeeee!!!

Hanyyy..aku tidak dapat tengok ko kawinnn nantii..isk..isk… Kawan-kawan yang lain, kastau awal-awal kalau mau kawin ya. Okeh? :D

 

“Frens is like a star, u cant alwes see them, but u know they are there”.  - Aku harap kita boleh terus-terus ‘dekat’ sampai di hari tua. Mungkin tua-tua nanti kita boleh pegi exercise sama-sama petang-petang untuk menguatkan tulang yang makin rapuh dan menghindarkan nyanyok. HAHAHA. kan?

2 comments:

  1. klu time ak kawin nnti ko xdtg siap ko..!!!! kecuali time tue ko berpantang xpon tgh sarat anak yg ke-X...:) itu jek alasan yg ak bley terima... klu tidak ak mo hadiah set home teater...

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design