Sunday, October 21, 2012

KL for SD Annual Award & Sewing gadget

Jumaat lepas kami sefamili datang KL lagi untuk attend husband punya company annual award di KL Convention Centre. This time dorang lebih  meriah dari last year.

2012-10-19 20.37.36Macam Anugerah Bintang Popular sudah aku nengok stage ni..kehkeh.

2012-10-19 21.53.33  20121019_210022 20121019_212054

Ini antara artis yang ada. Selain tu Uji Rashid & Alleycats. Ya ampunnn. Pacik pacik punya pilihan ba. hakhakhak. Lain kali jemputla Aizat ka, Hujan ka, Shila Amzah…heeeee~ Geli hati aku dengar orang besorak masa Jamal buat show. Kehkeh. No wonder dia dijemput. Yalah, majoriti guest pun 40+ kannn. Hmm. heeee.

Okeh, tu ndak penting. Apa yang penting aku mau cerita pasal sewing gadget yang aku beli di kedai LSN. Lamaaaaaa sudah mau pegi LSN. Tapi, kalau bukan sebab tiada masa, kurang duit pulak. Aiyak! So, this time harussss pegi. LSN ni untuk information penggemar barang jahit macam aku ni, dia punya servis sangat bagus. Either kau beli dengan dorang atau tidak, kau tanya apa seja pasal mesin dorang akan layan. Aku selalu tanya dengan dorang di forum wanitamelayu, tidak pun aku tanya via online chat di website dorang. Pernah jugak call untuk tanya pasal barang dorang. Masa aku pegi kedai dorang nampak la ada beberapa award yang dorang dapat. No wonder la dengan servis begitu kan. Aku datang actually untuk beli mesin jahit tepi. Maka, belilah la aku mesin jahit tepi Brother 3034D. Harganya RM1299.Dia ajar semua sekali di kedainya tu.

20121021_152545Now we are bestfriend. Lets do lots of projects ahead…weeee..

20121020_133514Kedai LSN. Finally we met!

Lepas tu, aku tengok barang jahit yang dia jual. Barang-barang yang dia jual adalah jauhhhh lagi murah. Tidakkkkkk. Aku sudah banyak beli from internet. Aku ada beli from internet satu box sewing foot dengan 15 pieces feet berharga rm200. Sekali aku tengok ada di kedai LSN , sebijik sama macam aku punya, tapi description sheet nya berwarna, tidak macam aku punya just fotostat. Tapi, gambar semua sama and tertulis situ made from Taiwan. Packing dia nampak lebih kemas dari aku punya. Aku tanya harganya cuma rm120, tapi ada less 20% jadila RM90… Pastu aku cerita dengan pekedai tu, dia cakap barang yang aku beli tu mesti barang tiru China made. Dia pesan next time beli Taiwan made. Bagus sikit. Sudahla aku punya barang tiru, mahal 2x ganda pulak tu. Aduh. Aduh. Sakit jiwa ba. Tapi, husband keep telling me biasalah tu tertipu di masa awal-awal ni. Lepas ni tau sudah. Hmm. Betul juga. So, its okayyy la. hehe.

20121021_150403Ini sewing foot set yang aku beli.Huuu.

 

Barang lain yang aku beli macam di bawah ni :

IMG_20121021_013518

Tape maker yang aku beli ni saiz 18mm & 12mm cuma RM 11 & RM12.20. Selalu aku jumpa tape maker RM30++. This one palingg murah. Bobbin case aku selalu jumpa mesti RM20++. This one only RM8.50. Aku baru jak beli last 2 weeks tempat bobbin RM25. Fuhh! Kenapa aku tidak pegi kedai ni dulu. Barang-barang ni semua brand Prym & Newey. Dia cakap barang-barang ni import from German. Tidak dijual di kedai biasa atas faktor quality control. Barang-barang ni baru dijual dalam 2 bulan. Patutlah dia tidak jual di websitenya, sebab barang baru lagi. So, lepas ni..kita beli ja la from dia punya website. Horray! Lepas aku guna all this thing, will gonna make a review about this product ah. Sooonnnn… :)

Haih. Happynya jumpa kedai jahit yang barangnya murah, jual online pula tu. Ahhh. You are my saviour la. Heeee. Thanx LSN! Cewahhh. Patutnya kedai ni kena kasik aku diskaun ni sebab promote kedai ni. Hehe.

Entri ni dibuat adalah khas untuk sewing lover. Sebab selama ni aku selalu google pasal sesuatu barang tu tapi susah mau jumpa orang yang share pasal benda ni. Then, aku berniat bila aku jumpa something good about product/place or whatsever , I will share. Sebabnya mesti ramai di luar sana yang macam aku tercari-cari information pasal benda-benda begini... Im telling this because some people call this a show-off. Setiap orang adalah berbeza bergantung kepada tahap pemikiran dan niat masing-masing kann… Winking smile

Okayy..Happy sewing friends!!

0 comments:

Post a Comment

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design