Friday, October 12, 2012

Movie review : Fetih 1453 & Real Steel

Assalamualaikum.

Mulakan entry dengan berasa kasihan kepada blog sendiri kerana pengabaian yang aku lakukan padanya. Hmm. Since ligat dengan twitter dan instagram dan photo-editor-ing dan pinterest, mula la aku ni tidak buka blog dan tidak buat entry. I consider it’s a wrong doing. Aiya. I love bloggggg soo muccchh. I learn a lot ba from here.

Okeh, hari ni menyempatkan diri untuk cerita pasal movie. Sedikit Fetih 1453 & Real Steel movie review. Real Steel?? Bekurun sudah baru mau buat review? Haha. Aku baru nengok semalam. Tu pun sebab keluar di FMP. Bagaimanakahhh aku boleh terlepas movie ohh-semm begini.

 

Real Steel

Movie ni pasal tinju robot yang tidak sengaja dimiliki oleh seorang anak, Max yang terjumpa robot ni di tempat besi buruk. Robot kecil dan model lama ni di latih dan berlawan. Ahh, malas la mau cerita. HAHA. Aku list kan seja what the part that I heart so much ah.

1. Aku suka betul nengok muka budak ni merayu bapanya. Dia just cakap, “pleaseee… pleaseee..” dengan eksperesi muka yang mintak kesian tu dan muka yang macam mau nangis tu. And, bapanya jawab, “ don’t look at me like that…don’t look at me like that”. Keadaan yang seorang bapa tidak tahan dari bersimpati dengan anak sendiri, and finally will say yes for what the boy ask for. Heee.

2. Palinggg suka part robot dengan Max(boy tadi) begerak naik ke pentas dengan menari. Robot tu ikut semua gerakan Max dengan muzik best dengan tariannya yang best best. Ahh. Sukanyala.

3. Part begusti tu tidak payah ceritala, memang suka. Haha.

4. Suka dengan karakter Max, bersungguh, bijak, gaya macam orang besar, ala ala macho begitu. hehe

Sudahla. Itu seja komen dari aku. Hehee

 

Fetih 1453.

Movie ni aku tengok selepas keluar di gambarnya di Majalah Solusi. Dia bukan promote movie ni, tapi cuma dipaparkan gambarnya dengan saiz kecil kerana berkaitan dengan soalan pembaca. Filem ni mengisahkan seorang seorang sultan yang telah menawan Konsantinopel di usia 21 tahun. Rasulullah pernah bersabda,

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah sebaik-baik pasukan.”

Then, inilah pemimpin yang dimaksudkan rasulullah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih.

Overall movie ni tiada yang bikin aku kagum. Dari cara penceritaannya pun tidak detail menunjukkan kehebatan sultan ini. Karakter yang dilihat jelas oleh sultan ini cuma cita-citanya yang tinggi mahu menawan kota tu. Tapi, karakter-karakter baiknya kurang dipamerkan. Sultan Muhammad Al-Fatih ni diriwayatkan adalah seorang yang kuat imannya. Tidak pernah tinggal solat tahajjud sejak baligh. Tapi, dalam movie ni ada scene dia boleh memijak-mijak tasbihnya kerana hampir putus asa dengan usahanya. Erkkk! Lagi satu Hasan pembantu sultan boleh pulak bercinta dan berzina dengan Era, kekasihnya. Erkk. Dan, dia pun tidak mesra melayan isteri dan anaknya. Begitukah gaya seorang yang beriman?  Dan, movie ni agak sukar difahami. Jadi, secara keseluruhan, movie ni menceritakan sejarah menawan kota tersebut seja tapi dari segi menceritakan karakter sebenar Sultan Muhammad, dan menceritakan kehebatan iman mereka masa itu tidak berjaya dan mungkin juga sengaja tidak diceritakan.

Aku sangat beharap movie yang menceritakan sepenuhnya iman dan akhlak orang hebat begini. Hopefully next time kan :) Mau beli la novel ni, tunggu movienya lambat sangat. Hehe.

Tapi, isteri sultan dalam movie sangatlaaaa cantik. Adui, macam bidadari. Tapi, tidak bertudung. Aiyak!

Ada blogger cerita pasal movie tokoh islam lain, tajuk : Lion of the heart. Mau pegi download la. :)

2 comments:

  1. reel steel sya tgk kt wayang 3x n smlm kt fox pun tggu jugak sampai abes sbb nk tgk last part yg his dad bersungguh2 bertinju just for the sake of his son. nk menggembirakan hati ank dia...T.T
    Demi anak2 kan..semua pun buat...teringat my parents each time tgk cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Kak kdai lsn kt mane..ade brang jait mcm pembaris n alat2 jait?

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design