Thursday, January 10, 2013

Happy 4th anniversary

Assalamualaikum :)

20130103_210801

Segala puji bagi Allah yang memanjangkan umur, yang mengurniakan rezeki, yang memberikan rasa cinta, yang menjaga hati hati kami dan yang memberkati hidup kami.

Alhamdulillah.

Perkahwinan aku bukanlah suatu yang sudah lama di rancang. Tiba-tiba berkenalan dengan seorang lelaki yang tua 7 tahun dari aku. Tiba-tiba menjadi rapat. Tiba-tiba jadi sayang. Tiba tiba ajak kawin. Tiba tiba selamat berkahwin. Tiba tiba ada anak. Tiba tiba tidak sedar sudah empat tahun Eh eh eh. Haha. (Ya, ada unsur tambah tambah cerita di situ.Hehe) Aku kawin muda, kawin masa belajar, umur baru 22 tahun. Kawin aku tidak macam orang lain pun. Sebulan, seminggu, sehari sebelum kawin pun masih rasa..”biar betul aku mau kawin ni?? Betulkah aku ni?” Masa akad nikah tidak rasa terharu mau nangis pun, boleh pulak dalam hati masa tu “ Matilah aku..habis jak akad ni aku jadi bini dia..Oh tidakk..Habisla.. Naahhh, akad sudah lafaz. Habisla. Tinggal tunggu saksi cakap ‘sah’. Mati..matii.. Nahh!! Dia sudah cakap ‘sah’. Tinggal satu lagi. Haaaa. Dia sudah cakap sah! (Kadi angguk terus tadah tangan tanda perkahwinan sah) Aku terkebil-kebil macam tidak percaya benda ni happen. Dalam hati masih lagi…”Haaa..aku sudah jadi bini dia..sah sudaaaahhhh!!”

Hahaha. Hadoii. Entah kenapa aku begitu, mungkin sebab kepala masih lagi macam budak masa tu. Entahhh. Hihi.

Sekarang sudah empat tahun benda tu berlalu. Tapi masih segar di ingatan. Wahhh. Hidung kembang kuncup sebenarnya sebab sudah ulangtahun ke-4. Sebab bagi aku empat tahun tu bukan jangka waktu yang sekejap. Kalau masuk universiti ijazah kejuruteraan sudah boleh grade ni. Yuuhuuu. Senyum-senyum sendiri mengenangkan empat tahun yang sudah ditempuhi. Daripada aku yang tidak tahu apa-apa pasal perkahwinan sekarang sudah boleh di harap oleh keluarga untuk memasak-masak untuk ramai-ramai. HAHAHAHAHA. This isss funnnnyyyyyy!!

Sampai sekarang dorang(keluarga) boleh senyum-senyum tengok aku sediakan makanan sebab dulu memang zero! Huahua. Bab-bab kemas dan urus rumah pun aku tidak pandai. Mamaku dulu sebelum aku kawin selalu bilang aku ni menyapu pun tidak pass, camanala nanti berkahwin. Heeee. Tapi bab ni sampai sekarang tiada improvement. HAHAHA. Lemak naik banyak sangat sebab ada helper di rumah everyday except sunday. Hmm. Bukan salah aku. Hoho.

Ingat dulu awal-awal kawin duit tidak banyak pun. Kehkeh. Tambah lagi aku masih belajar. Ingat lagi masa aku konvo dulu kamera pun tiada. Pakai kamera handphone seja. Anduuu. Honeymoon pun tidak pegi mana sebab masalah yang sama. *senyum*. Tapi aku tidak sedih pun. Aku rasakan semua tu manisssss. Manis untuk diingat. Sekarang sikit-sikit hidup kami berkembang. Dari pakai kamera handphone, sekarang sudah punya DSLR. Daripada pakai barang-barang yang tiada jenama, sekarang sudah boleh beli sikit-sikit Tefal, Tupperware, Nike, dll.. HAHAHA. Lucu pulak! Daripada husband pakai motor usang pegi kerja, sekarang sudah pakai D-Max. Daripada kerjanya sebagai asisstant 2, sekarang sudah Estate Manager. Daripada no baby, sekarang sudah dapat sorang wirawati dan sorang wira. Haha. This is the bessttt partt. :D How sweet melihat hidup berubah sikit demi sikit.

Dulu masa awal-awal kawin pun aku perangai masih macam anak kecil. Suami la tempat sepenuhnya kegembiraanku. Silap sikit datang dari dia yang jugak seorang manusia biasa boleh bikin aku merajuk berhari. Kerjaku hari-hari menunggu dia balik. Bila terdengar bunyi motor menghala ke rumah, terus rasa macam mau lompat-lompat macam menang loteri. Bila lambat balik sikit, mula la hati jadi lemah..jadi pilu. Aiya!! Empat tahun ni mengajar aku untuk jadi orang yang lebih berkualiti. Haha. Daripada seorang isteri lemah dan keanak-anakan aku sudah sikit-sikit menjadi isteri profesional. Wahaha. Aku sudah menganggap menjadi housewife ni also a carrier. Karier yang aku patut kejar kejayaannya sama macam kawan-kawan aku lain kejar kejayaan di office masing masing. Di rumah ni aku letak satu tempat aku sendiri, tempat kids tidak boleh masuk. Aku bilang itu office aku. Hehe. Di situlah aku menjahit, update blog aku, bersosial di web, mencari ilmu, buat perancangan aktivti family, buat budget dan banyak lagi la. Dulu kecik hati bila husband tidak bawa jalan-jalan. Sekarang aku anggap merancang dan atur benda benda begitu is my job. Husband aku sibuk dan penat kerja kan, jadi aku anggap aku ni lah Personal Assistant (PA) dia and he is my bos. Aku yang rancang and manage semuanya termasuk bab-bab holiday. Akulah yang mencari masa kosongnya untuk manage pegi jalan. So, no moree hard feeling when he couldn’t make it.

Empat tahun ni bukanlah hari-hari pun gembira dan ketawa. Banyak perkara yang mensesakkan jiwa dulu dan aku belajar atasinya. Sebab tiada kawan dan keluarga dekat jadinya aku belajar tidak dari sesiapun. Kadang rasa mau jumpa pakar kaunseling.*senyum*. Maka belajarla dari web. Dan selebihnya aku serahkan bulat-bulat pada Allah. Hari hari pun mintak tunjukkan jalan olehNya. Lama kelamaan Allah tunjukkan aku jalan. Maka jadilah aku hari ni. Bukan macam dulu yang banyak menangis. Haha. Jadi kamu pun kalau rasa hati selalu sedih, banyakkan berdoa supaya ditunjukkan jalan. Dan selalu ingat Allah itu sangat dekat. Bila minta dia pasti bagi.  Cuma perlu sikit sabar dan banyakkan bersangka baik sama Dia. Okeyy? :D

Segala puji bagi Allah yang memberikan semuanya. Terima kasih sama suami yang sudah sangat banyak memberi. Doaku tetap sama, semoga hidup di sisi dan di hati kamu bukan seja disini, tapi berjaya hidup bersama di sana dan berjaya didik si kecil kita mendapat tempat di sana. Amin ya rabbal alamin.

*Buttt..pleaseee, cukuplah hidup bersama anak anak seja. Jangan pernah melencong hidup bersama wanita tambahan lain pula. Cukuplah aku seja wanita di keluarga kita. Hahaha. Walaupun aku ketawa sila ambil serius. Haha.*

 

Wassalam :)

3 comments:

  1. love it.congrats kak lia. nnt nak jadi macam kak lia jugak...pndai urus rumah tangga dan anak2... =))

    ReplyDelete
  2. Thanxxx shazz...oh noo..lmanya tinggalkn blog..*sigh*

    ReplyDelete
  3. mas love it......x pernah ku jemu untuk membaca blog mu mas....walaupun kita jauh berbatu jaraknya, tapi bila ku dapt bace blog mu..seperti mas berada di sisi ku sambil menceritakan kepada ku...hehehe rindu akan ketawa manis mu mas....:p di hari2 yang areda ketidak laratan nie....sayang semua sahabat2 ku...

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design