Sunday, March 17, 2013

Alya yang tidak mahu ke sekolah.

Assalamualaikum.

Menaip entry ini saja buat hati aku sayu. Hmm. Today mau cerita pasal Alya yang tidak mau ke sekolah. Apa sebenarnya yang terjadi sama anak aku ni. Dulu dia tidak begini. Excited mau pegi sekolah. Nangis lagi kalau aku larang dia ke sekolah sebab dia sakit. And, sometime hari cuti pun dia nangis sebab dia tidak sekolah. Tapiiii, sekarang, which exactly about 2-3 minggu akhir ni la. Dia tidak mau sekolah. Masa awal-awal tu dia cakap dia tidak mau sekolah. Aku ingatkan dia main main seja. So, aku tidak peduli sangat. Dua minggu lalu, teachernya cakap Alya nangis hari-hari sejak beberapa hari tu. Aku tanya kenapa, teacher dia cakap dia pun tidak tahu. Tiba tiba menangis. Aku pun tidak kisahla sebab pikir biasalah budak.

Minggu ni masa aku pegi bayar yuran sama teacher dia. Aku tengok Alya tengah nangis. Bersungguh pulak tu. Bila aku tanya kenapa, teacher dia cakap,

“tidak taulah kak.. Tiap hari pun begini. Sejak yang saya cakap sama kakak hari tu, hari hari dia nangis time kelas solat dan waktu morning assembly. Tapi masa masa lain, dia okey. Kadang dia nangis sampai muntah.”

Terkejut aku dengar. Kesiannya Alya kalau macam ni hari hari. Itu maksudnya bukan dia nangis ngada ngada tu, memang ada sebab dia nangis. Nangis sampai muntah pulak tu. Balik sekolah, aku bawak Alya main main. Bawak dia cerita cerita. Tanya napa dia nangis di sekolah,tapi dia tidak  mau jawab. Entah berapa kali aku tanya, berpuluh kali mungkin ya. Dia tetap tidak mau jawab. Macam macam cara aku tanya dia supaya dia bagitau kenapa. Last last aku main soal soal sama dia. Sambil ketawa ketawa, sambil buat gaya gaya happy ceria, aku tanya dia kenapa baru dia mau jawab.

“Yaya ndak suka school, Yaya takut teacher.. teacher H (nama dirahsiakan.Haha), takut dia marah, Yaya ndak suka kelas solat sama baris..

“Sapa yang ajar kelas solat?”

“Teacher H…”

“Teacher baris siapa?”

“Teacher H..”

“Alya suka teacher apa?”

“Suka teacher Salma..Ibu teman Yaya..Ibu jangan balik..Teman Yaya di school..Yaya takut teacher..”

“Ibu mesti balik, Yaya tinggal di school sama teacher ya, Teacher Yaya comel comel, baik baik..kan?”

“Ndak mauuuu….Ndak mau school..Mau school ibu jak..”

 

Fuhh! Menjawab jugak anak aku ni akhirnya. Lega akhirnya aku tau kenapa. So, the problem here dia takut sama teachernya. Aku ada bagitau pasal ni sama teachernya. Teachernya cakap, bukan dia yang kena marah, budak yang lain, mungkin dia sangka dia yang kena marah. Hmmm. Kalau perkara ni berlarutan sampai dua minggu lagi, aku mau jumpa lagi teachernya bincang baik baik. Aku tidak kisah anak aku kena marah atau kena denda. Cuma kalau sampai dia tidak mau pegi sekolah, itu sudah jadi masalah besar. Aku takut dia terbawa bawa benda ni sampai masa masa akan datang. Nanti dia label alam sekolah ni something yang tidak best and scary. 

Aku juga perhati betul betul problem lain yang bikin Alya jadi begini. Aku nampak dia jugak rasa terbeban dengan aktiviti sekolah. Contohnya bila task yang dia dibagi ialah colour lima haiwan, dia akan warna tiga seja. Dia akan cakap, “penatlaaa…penat..”. Bikin aku terfikir yang maybe she just too small lagi. Dia baru pun berumur 3 tahun 5 bulan. Kalau ikutkan, memang kecil lagi. Lagipulak kemampuan anak masing masing beza kan? Hmmm. Then, maybe bila dia rasa tidak boleh teruskan, then cikgu yang dia takut tu pulak suruh dia teruskan, akan sebabkan dia rasa terbeban kemudian nangis kemudian rasa tidak seronok kemudian lagi tawar hati mau pegi sekolah. Fuhh.

Selain tu, dia jugak susah mau bangun pagi. Sebabnya malam pun kadang tidur lewat. So, pagi nangis kena kasi bangun sebab masih mengantuk. Aku nampak juga yang dia ni macam minta perhatian. Awal tu dia memang betul betul masalah pegi sekolah. Then, dia show yang dia unhappy to go school sama kami. Respon kami pulak banyak bagi dia perhatian supaya dia happy balik. Jadi,mungkin dia rasa yang cara ni boleh dapatkan perhatian kami. Makanya, dia pun makinla tambah tambah sana sini sebab rasa seronok pulak Abah Ibu layan spesial. Hehe. Aduhai laa anak.. Okey, setel sudah diagnosis ku yang bertajuk “punca punca yang sebabkan Alya tidak mahu dan unhappy ke sekolah”. Hehe.

Perkara ni is a new experience untuk aku. Kalau tahun tahun sebelumnya masalah anak anak yang aku hadapi macam masalah anak tidak mau susu etc, sekarang Allah bagi assignment baru. Tajuknya “menangani masalah anak tidak mau sekolah”. HEHE. Pening pening juga excited and happy juga. Suka sebab belajar benda baru. Mudah mudahan makin lama makin pandai handle masalah anak anak ni. InsyaAllah.

Okeyla kawan kawan, bertemu lagi kita di episod akan datang pada waktu dan hari yang sama. Bye-bye!

20130218_165120

3 comments:

  1. yaya..aunty daia n kwn2 aunty dulu (nama dirahsiakan) xsemangat nak pergi kuliah sebab
    1.dh terlamabat bersiap..van dh xda
    2.ada satu prof nie sgt garang
    3.mlm nanti ada test or quiz so xnak dtg r...nk study..

    ReplyDelete
  2. Ibu yaya tak join kan? kannnn....hehe

    ReplyDelete
  3. Yaya xtidur petang ka kak? Paksa yaya tidur petang lepas sekolah.. supaya cergas bila besoknya..

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design