Thursday, September 15, 2011

Aku masih dalam mood cuti..

Wah! Tajuk entry, seolah-olah seorang penjawat awam kan? HAHA.  Hey, walaupun aku tidak bekerja, tapi aku selalu rasa aku pun busy and banyak kerja sama macam orang bekerja jugak. :D Wewittt… tahniah untuk aku kerana berperasan begitu.

Kamu tau, tiap hari-hari aku di sini..aku mau penuhi dengan macam-macam benda. Aku target begini, tiap hari aku mau belajar sesuatu.  Tidak kira la apa pun benda itu, simple or sebesar apa pun dia.. New menu ka, projek jahit ka, ilmu parenting ka, ilmu agama ka, English ka..anything. Asalkan ada benda baru yang dibelajar. Aku sudah buat benda ni lama, since aku pregnantkan Eizz lagi. Kalau hari ni aku belajar cara buat bun sosej, esok aku belajar macamana mau dress for toddler pulak. Aku selalu bilang sama diri sendiri, alang-alang sudah jadi housewife ni, biar jadi housewife yang betul-betul bagus ba. Wawawawa… :D

Kami balik hari tu on 6 Sept kan, dan hari ni sudah 15 Sept. Maksudnya sudah seminggu kami di sini. Sepanjang seminggu ni, aku tidak buat apa pun..hehehehee. Tiap hari, aku melayani rasa malas aku dan menambahkan lagi lemak ku..ekeke. Tapi, aku tidak rasa senang hati. Tiap hari macam aku rasa bersalah. Rasa macam aku ada bos yang akan marah aku sebab aku tidak buat kerja. Rasa macam makan gaji buta pun ada ni. Haih.. Ganjil jugak perasaan ni kan. Aku pun kadang-kadang tidak faham. HAHA.

Weekend aku sama macam orang bekerja jugak, kami sekeluarga akan bangun lewat. Bilik kami yang tidak dimasuki cahaya matahari + aircond menjadikan bilik tu gelap-gelap dan sejuk. Memang tidak sedar la jam sudah menunjukkan jam 10. Wahaha. Kami berempat bangun lewat then pegi duduk depan TV minum milo sama roti, ataupun buat brekfast yang paling simple. Hey, kan weekend, aku pun cuti la..hehe. Dan sepanjang hari tu, aku tidak buat apa-apa la..Cuma melayankan my two + one babies di rumah tu.. Kalau weekend tidak buat kerja, aku tidak la rasa bersalam macam sekarang, sebab..kan tengah cuti..hehe.

Tapi, rasa bersalah ni kurang sikit bila mengingatkan yang anak-anak aku sakit hari tu + helper aku yang biasa tidak datang sebab sakit. So, aku ada reasons la.

okeh la dulu. Aku dengar sudah suara alya memanggil-manggil..

“Cayaannnnnn….cayaaaannnnnn…”

“Cayaannnnn…cayaannn..”

Kamu tau siapa yang dia panggil tu? she is calling her mother, Sayang. Tiru abah dia. Ya rabbi. Tolongla Alya.hehe.

Hopefully, next week aku sudah boleh start bekerja. Wah, lama betul tunggu next week kan. Haha. Yala, esok kan sudah jumaat. Alang-alang tunggu next week jak la. Hehe.

0 comments:

Post a Comment

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design