Monday, November 28, 2011

Baby Monitor Apps

Android. Memang best kan? :D Sama juga la dengan iphone/ipad.. Best bah!

Sudah lama aku mau install baby monitor from android. Dari sebelum benda-benda android ni lagi. Aku beriya-iya sebab mau tengok kecanggihannya. Tapi, baru hari ni aku download n install apps ni. Busy mengurus anak kali ya. kahkah.

Okeyla, apps yang aku download from android market ni namanya ‘babycam monitor’.  Aku install yang demo jak. Try test dulu kan. Video di bawah ni aku rakam keberkesanan apps ni. Apps ni aku install di galaxy tab 10.1 di bilik aku. Then, aku view from laptop aku di ruang tamu. Dan, ternyata apps ni memang super good!

From laptop kita, kita boleh control beberapa item. Contohnya, boleh on/off lullaby song. Bila on kan lullaby song ni, nanti gtab di bilik boleh play lullaby ni for baby kita. Boleh jugak toggle night light, toggle motion detection. Bila on kan motion detection ni, nanti keluar macam..macam…em, alah..nda tau camana mau cakap. tengok video tu, nanti kamu nampak ada warna hijau macam spider web. Tu baby motion detection la  tu.

Before ni, bila letak Izz di bilik tidur sendiri. Selalu rasa risau dan tidak senang hati. Kadang-kadang rasa macam terdengar dia nangis, takut dia mau terjatuh katil la… Lagi-lagi la rumah dua tingkat ni. Adoi! Pernah jugak tepikir mau beli baby monitor tu, tapi mahal la!

Sekarang, sudah di install di gtab & gsII..senangla sikit. Yeah!

Ada banyak ‘brand’ baby monitor apps ni, antaranya Baby Monitor & Alarm, Babyphone Mobile, Bungat Baby Monitor..and, banyak lagi la.. Yang aku install ni yang demo babycam monitor, sebab tu colour videonya pun hitam putih. Lepas ni download lagi apps macam gini yang jenis lain, lepas tu baru pilih mau beli full version yang mana..hehe. Harga apps ni baru dalam rm10, harga alat baby monitor di kedai RM300 and above. Untung banyak kan? hehe. Thanx developer and android. U save lots of our money.

motorola-baby-monitor

bye-bye baby monitor (^-^) *This is Motorola baby monitor, price about RM850++, function lebih kurang sama apps yang aku cerita di atas.huhu*

Sunday, November 27, 2011

my best frens wedding

Bila tulis tajuk entry ini, macam mau menangis rasanya. Tapi instead of nangis, aku tukar kepada senyum dan ketawa-ketawa. Sebab hati rasa gembira, kerana kawan-kawan ku ini sudah sampai di hari bahagia mereka.

Hoorayyy!!!

Happynya aku rasa, macam aku yang kawin tau! Haha. Ketawa-ketawa aku sendiri tengok pics kawan-kawan aku yang kawin ni. Haih, tidak sangka kita sudah sedewasa ini. HAHAHAAHA. *ayat tidak sedar diri anak sudah dua, tapi, jujurnya..aku masih rasa aku bujang. Oh, no…bila perasaan ini akan hilang*

okeh..okeh..Lupa mau kasi tau, siapa yang kawin sebenarnya..

on 13 nov, kawan aku Herna & Aniq berkahwin. Dua-dua pun kawan aku.. Boleh juga aku bilang sahabat aku. Dua-dua pun dekat sama aku. Aku kenal Herna di matrikulasi, then, kami rapat di UTHM. Kadang-kadang aku tidur di biliknya, kadang dia tidur di bilikku. Aku, Herna & Sen rapat masa di U. Sen, sorang lagi kawan kami. Sama sekolah dengan aku since form 1. Rapat since form 1 until now(I hope). Kami bertiga rapat, pernah buat gerai masa pendaftaran pelajar U. Kami jual nasi lemak n etc. And, akulah yang masak nasik lemak tu. Kesian pembeli nasi lemak tu kan? HAHAHA.

Aniq pulak aku kenal since aku tahun 2 kali ya. Dia kenalkan aku sama program-program U. Baik sama aku, jugak jahat. HAHA. Aku harap kamu dua bahagia la di sana ya…Eh, ayat macam pergi meninggalkan kita pulak. HAHA. Bukan itu maksud aku okeh! :D

Aku sedih betul tidak dapat majlis kawin mereka. Sangat teringin mau tengok dorang di akad nikah kan. Isk isk. Tidak apalah, tiada rezeki kita untuk berjumpa kan? :) Aku kagum sama dorang dua ni, cinta yang dipisahkan oleh laut cina selatan bukan senang mau bersatu tau. hehe. Perlukan kesabaran dan tolak ansur yang tinggi yooo… And, u both succesfully make it happen!!! Double triple congratss la sama kamu dua. :D

aniq erna

Nampak sangat Encik Aniq happy & excited sangat. ekekeke.

hey, aniq..now Erna is yours! Alwes n forever make her be the happiest women in the world okeh! And, im sure U will. Ingat lagi aku masa di U, ko suka sangat cerita pasal Erna. Sikit-sikit Erna..Heeiii…Pasal jari-jari Erna cantik mau ngadu sama aku. HAHAHA. Kalau setakat cerita jak ndak apa, ni siap kutuk jari aku ndak cantik. Ndak cantik macam Erna. Cessss!!! And Erna, aku yakin betul la kau boleh jadik isteri terbaekk punya! Happy for U! Sangat Happy! *Hugs*

mal kawin

Mal & Husband :D

Kemaren pulak one of my bestfren juga kawin, Malnizah, kami suka panggil Mal. Next month pulak satu lagi kawan & sahabat aku kawin jugak, she is Hany Puspitta, aku suka panggil pus. Macam kucing pulak kan. Haha. Sedih ba tidak dapat attend dorang kawin. Mau betul tengok dorang nikah. Mau betul tengok dia punya nerves(HAHA), dia punya eksperesi muka masa sudah bergelar isteri..  Yalah, kami dari kecil (form 1) sama-sama ba. Sama-sama rasa susah tinggal di asrama, sama-sama rasa gembiranya jugak tinggal di asrama. Dari sekolah lagi kadang-kadang kami bercerita soal kawin. Masa itu masih lagi rasa malu-malu cerita pasal ini, belum tau lagi kemana hala tuju jodoh ni, masa tu masih terpikir-pikir di mana dan macam manala jodoh itu. Terlalu banyak persoalan masa itu, sehinggakan kami berangan-angan dan kadang-kadang reka-reka cerita bab kawin ni. And now, semua kami sudah besar, masa untuk berkahwinan sudah tiba. Indahnya kan kalau boleh bersama masa tu. Kahwin satu masa yang paling berharga dalam hidup, masa paling indah, paling excited, paling terharu, sedih…Ah, semuanyala ada. Bagi aku, sangat penting untuk ada di situ menyaksikan mereka dan ada di situ menunjukkan tanda gembira kita dan bahagia kita untuknya.

Tapi, tidak apala.. Tiada rezeki kita mau bersama kan. Isk..Isk..Syukurla aku dapat hadir ke wedding Waze hari tu. Dapat tengok muka happy dia masa tu. Eih, best ba tengok dia kawin. Ingat lagi aku mukanya masa nikahnya sudah sah. Hehe.

Kalau bercerita pasal kawan, hati aku jadi kembang tau! Rasa bertenaga, rasa gembira, senyum sendiri, ketawa sendiri, nangis sendiri (eh..eh..?) ingat dorang. Aku nda tau la orang lain macam mana, tapi, aku begitu. Bagi aku, selagi kita punya masa dan masa bersama..berjumpalah walaupun sekejap. Aku rasa begini aku tau sebab ikatan yang terjalin sama kami ni akrab. Macam bilang kunyit dalam filem “Hantu Bonceng”..

"kawan menangis susah nak cari ,tapi kalau kawan sukasuka berlambak tepitepi jalan tookkk"

Beginila kehidupan dewasa, tidak seindah masa kita kecil-kecil dulu. Sekarang sudah susah mau bersama atas komitmen masing-masing kan.  Aku sedih untuk itu. Isk Isk.Perkembangan kita juga masing-masing berbeza, ada yang kawin awal betul (erk!), ada yang di kemudian, ada yang makin hari makin kaya, ada yang makin hari makin slim cantik (haha), ada yang kerjaya hebat-hebat, ah..macam-macam la. Maka, janganla jadikan itu pemisah kita. Dia nampak bahagia, nampak kaya, buat kita cemburu, rasa dengki, dan rasa jauh hati sama persahabatan. This is life, kadang-kadang kaki tidak sama melangkah (ayat mak aku!) ada yang tertinggal, ada yang laju di depan. Janganlah yang terlambat melangkah tidak mau memandang yang laju di depan kerana rasa kecil maka memencilkan diri. – U know im talking about u. And, aku pernah rasa begitu tau!. Isk.Isk. Cerita sedih. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing(Majalah Solusi). Jadi, mudah-mudahan kita tidak ada rasa dengki sama kawan kita, dan semoga kita semua menyokong dan bersatukitateguhberceraikitaroboh.cewah! Malaysia boleh!!Hahaha.

Wah..Wah…Hahahahaa.. Banyak pulak ceramahku..Hahahaha.

Okeh, kepada kawan sudah dan bakal berkahwin yang sentiasa terMMUAAHH di hatiku ni, aku mau ucap :

“Selamat menempuh alam ni. Hahaha. matilah kamu. kamu ingat kawin ni senang. HAHA. Tidak ba, jangan takut.. Ini jalan yang diredhai Allah, maka jalan ini lah yang paling bahagia, paling di sayang Allah…Itu yang paling penting. Best kan..kan..kan? Semoga kamu dimurahkan rezeki untuk boleh tinggal bersama wife/husband. Semoga kamu adalah insan-insan yang subur untuk menghasilkan anak. Hoho. Semoga kamu dan aku jugak sentiasa rasa bahagia dengan membahagiakan orang lain ya! Bab ni punya susah ooo! Kalau kamu khatam bab ni dulu, ajar aku ah! Next time jumpa kamu hopefully jumpa dengan baby bump ya.ekeke. “

Ahhh..aku ni kalau tulis entry pasal kawan susah mau stop ba. Penyakit!

Okla byeeeee!!!

Hanyyy..aku tidak dapat tengok ko kawinnn nantii..isk..isk… Kawan-kawan yang lain, kastau awal-awal kalau mau kawin ya. Okeh? :D

 

“Frens is like a star, u cant alwes see them, but u know they are there”.  - Aku harap kita boleh terus-terus ‘dekat’ sampai di hari tua. Mungkin tua-tua nanti kita boleh pegi exercise sama-sama petang-petang untuk menguatkan tulang yang makin rapuh dan menghindarkan nyanyok. HAHAHA. kan?

Monday, November 21, 2011

Selamat kembali ke rumah adalah suatu kelegaan. Aahh~~

Kamu pun rasa begitu juga ka?

Bila jauh dari rumah sendiri, jadi rindu betul sama rumah..Walaupun orang-orang tersayang ada di sisi, tapi rumah kita juga tetap di rindu. Adeyy, rindu sama dapur aku. Tempat aku test-test resipi baru. Rindu sama air panas di toilet, rindu sama pokok-pokok yang aku tanam, rindu sama tempat aku dan alya main-main, rindu sama almari aku, rindu semuala! Rinduuuu…

Selepas sebulan balik kampung, dapat sampai di rumah..Wahh, leganya rasa :D Hati rasa lapang..hehe

Aku adalah sejenis manusia yang tidak suka berpisah sama barang-barangnya. Tiap kali aku balik kampung, mesti famili aku taubat tengok barang aku. Segala oven kasik naik flight balik kampung..HAHA. Sedangkan oven aku bawak balik, apa lagi barang-barang lain. HAHA. Itu hari aku mau bawak balik mesin jahitku tapi di larang.kehkeh.

Selepas sebulan bejauh sama rumah, sampai seja cek sana sini ..satu-satu hatiku hancur bekecai..uwaaaa.. Tiga pokok yang ku SAYANG-SAYANG..yang tiap kali aku tengok terus rasa mau senyum, jadi begini..

151120111418 151120111419

Pokok sebelah kiri sudah sangat kering, tapi tanahnya basah. Macam kena penyakit kali ya. Sebelah kanan pulak, macam mau pengsan aku tengok. Macam mau tarik kolar baju husband tarik ke dinding terus cakap sama dia “what have u done??”.. HAHA. Gambar kanan ni memang habis terus sudah.Isk isk. U kill me abang!! Uwaa..

151120111417Pokok di sebelah kanan ni punyala kiut dulu.. Kiutttttttttt!!! sekarang ni macam kena kanser…Uwaaaa..

Lepas aku tau pokok-pokok ku jadi begini, aku limpas-limpas dekat pokok-pokok ni pun aku buat-buat ndak tengok. Tidak mampu aku tengok, hancur hatiku..isk isk.

Mau cari pokok baru la begini, yang kiut super miut. Abang ganti balik…isk isk.

Sudahla, tidak mau cerita itu lagi.

141120111414

banyak jugak barang aku bawak kali ni. Rice box dispenser pun aku bawak. Beli di tawau, murah sikit. Rice box yang muat 38kg ni RM80 di sana? Murah ba kan? Dulu murah lagi, ni sudah naik harga. Huk.

141120111415Untuk acik bambam

211120111461

Mok Su &  Daia’s Mummy

141120111412

Untuk orang opis. Sori, ni jak ole-ole untuk kamu.hehe.

Wednesday, November 16, 2011

Yang pertama : Fitted bedsheet & Seluar Alya

Pagi ni aku sempat siapkan seluar pendek alya and fitted bedsheet. First time aku jahit dua benda ni. Jahitan banyak lagi tidak kemas, belum mencapai ISO 1009:2015 (hantam.haha).

Aku target, tahun depan mesti jahitan mau kemas n cantik sudah. Hidup mesti ada target kan? :D Bukanla aku mau buat projek bisnes besar-besaran dengan punya target begini.Ekeke.. Cuma, ini untuk kepuasan hati sendiri. Untuk membina diri jadi orang yang lebih bermutu ba. Haha.

Aku sebagai orang yang tidak bekerja rasa penting ba benda-benda begini. Kalau aku boleh capai apa-apa, walaupun benda tu apalah sangat kan, tapi..dengan skill begini, boleh boost up semangat and motivasi aku tiap hari :) – Anduu..

111020111141

Aku main pasang gitu-gitu jak. Mau tangkap gambar cepat-cepat untuk syarat jak mau letak di blog.hehe. Tu la tidak ketat tu.Hehe. Ini master bedroom di tingkat atas. Kami tinggal di bawah jak, tingkat atas kosong. Kasi pakai kejap katil ni cadar yang aku jahit untuk ambil gambar. Lepas gambar buka balik. Apa punya pekerjaan la kan.ehehe.

Sarung bantal yang aku buat pun mesti mau cantik lagi next time. Boleh buat ada piping sikit di tepi bantal. Plus, teknik menggambar jugak mesti bagus lain kali. Supaya nampak aku telah menjahit cadar dengan cantik padahal prop semata, bak kata pepatah..”indah kabar dari rupa”. Haha.

Lagi satu benda yang aku jahit :

111020111142

Aku jahit seluar biru yang dia pakai tu. It cost me only RM3. Kehkehkeh..

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design