Haaa. Camana tu? Macam-macam kebimbanganku ni. hehe. Fly sendiri dengan Izz yang berumur setahun and Alya yang berumur 2 tahun 7bulan. Ini semua gara-gara si Fizzy mau kawin 27 mei ni. Gara-gara aku sudah isytihar diriku sebagai BFF tegar, maka haruslah aku datang kan. Kawan punya pasal la ni. Aiyaa! Hehe.
Antara problem yang berlegar-legar di kepala aku sekarang ni ialah :
1. Since aku naik AirAsia, balai berlepas airasia dengan kapal terbang tu jauh. Kena jalan kaki jauh barulah sampai ke tangga kapal terbang tu. Tidak macam MAS, jalan pun pakai pejalan kaki auto, bediri jak tunggu sampai ke kapal terbang. Ahh. Heaven~. Benci MAS sebab mahal betul. Huhu. Jadinya, camana aku mau bawa anak-anak aku jalan kaki dengan begitu jauh. Adalah –+1km kan jaraknya? Selalunya Alya nangis-nangis tidak mau jalan lagi selepas beberapa minit berjalan. Nanti dia nangis-nangis minta dukung. Huhu.
2. Masa dalam kapal terbang selama 2jam 45 minit tu. Sebelum-sebelum ni Izz tidak pernah lagi tidak meragam. Mesti nangis-nangis after sejam di atas. Bosan la tu. Nangis kadang-kadang raung-raung. Alya pulak kalau tiada abahnya akan nangis terus-terus cari abahnya. Tanyala tu mana abah? Mana Abah? Tidak ka haru kalau anak-anak aku nangis serentak. Menangisla aku jawabnya. Hehe.
3. Izz yang direct breastfeeding. Hurm. Selalunya sebelum ni husband aku cover aku untuk aku susukan Izz. Sekarang sendiri cmana tuh? Harapkan nursing cover tidak boleh sebab Izz tarik nursing cover tu sesuka hatinya. Plus dia tidak mau pakai tu sebab panas. Menyusu bukan sekali dua pulak tu. Izz kalau menyusu masa travel memang kerap. Camana mau susukan Izz kalau sebelahku nanti lelaki. Matai! Suruh Alya duduk sebelah stranger then aku duduk tepi tingkap pulak mesti dia takut and nangis. Ish ish.
4. Camana mau bawak barang 2 anak dalam satu beg agak kecil. Tidak boleh pakai beg besar sikit sebab susah nanti. Aku kena bawak dua pasang baju ganti, 2 pampers, 2 kain lampin, wet tissue, galaxy tab(ini penting untuk kasi Alya leka),minyak (persediaan sakit perut), gula-gula, 2 jaket, stokin untuk aku. Hadoi.
5. Nanti dalam flight camana alya tidur ah? Sebelum ni dia tidur atas riba abah dia. Sekarang duduk atas seat sendiri, cmana mau tidur? Aku tidak boleh harap sebab ada Izz. Kasi baring atas seat pulak tidak boleh sebab sudah panjang. Sandaran kerusi pulak tidak boleh adjust sangat. Tidur duduk? Jatuh la budak tu kalau tidur duduk.
6. Camana pulak kalau budak-budak ni poo-poo? Huhu. Kena masuk tandas dua-dua sekali la kan? Nasib baik Izz sudah boleh jalan. Then, aku terbayang, kalau alya yang poo-poo.. Kami bertiga masuk toilet, aku bersihkan Alya, biarkan Izz bediri sebelah aku, nanti pulak Izz akan pungut-pungut apa yg dia nampak dalam toilet tu masuk mulut pulak tu. Menjerit-jerit la aku nanti. Tidak pun menari-nari menyanyi-nanyi sambil bersihkan Alya untuk tarik perhatian Izz supaya dia tidak buat benda lain. Haha.
7. Camana kalau hujan? Ini lagi haru. From tangga kapal terbang ke airport building ada laluan-laluan yang tiada bumbung. Payung disediakan, problemnya cmana aku mau pegang payung, pegang stroller lagi. Hurm.Mudah-mudahan la tidak hujan. Amin.
Okehla. Itu la list kebimbangan aku setakat ni. Actually, aku sudah sediakan solutions untuk semua tadi. Cumanya, tetap susah jugak. But, its ok la. Hidup mana boleh senang terus kan, hidup macam tuan puteri mana best. Sekali-sekali kenala kuatkan semangat kuatkan hati kuatkan fizikal. Barula badan sihat dan mudah-mudahan kesabaran yang kita simpan kuat-kuat dalam hati buat Allah sayang sama kita. :D
Tolong doakan aku tenang-tenang seja ya. Hehe. Kerana aku adalah salah seorang di dunia ni yang takut naik flight. Tapi, rasa takut ni sejak aku ada anak. Antara perkara Top 10 yang menggembirakan aku di dunia ini ialah bila pilot bilang begini :
“Flight attendants please be seated for the landing..”
Then..Bushhh! tayar kapal terbang sudah cecah tanah. Ahhh. Legaaaaaaaaaaaaa….
Tidak best pulak kalau tiada post gambar. Hehe
Okeh. Sekian. Bye!!!!!!!!!!!
Susah naik flight bila tiada teman,bila bawa anak lagi tu.tapi ipar saya.ada anak 4 tahun,2 tahun lebih,1 tahun dan tengah sarat mengandung 6 bulan,seorang diri ja pulg kl dengn anak2.
ReplyDelete