Asslamualaikum.
Lama sudah ni angan angan mau main tenis. Nampak macam best jak main tenis ni. Tapi jujur memang tidak konfiden boleh main. Hehe. Banyak kali juga mintak beli raket tenis sama husband. Sambil minta sambil dalam hati ketawa ketawa cakap sendiri, “Eksen seja kau minta raket, macam pandai! tengok tengok nanti kerjamu pungut bola seja. Haha!”
Last week, ikut husband pegi tukar tali raket. Jumpa raket best, colour pulak pink purple. Oh tidakk. Comelnyaa! Mintak main main sama husband sebab harganya agak mahal bagi aku. Then, husband serius belikan. Gulp! Dalam hati, “Matiiii..serius si kawan belikan. Sekali nanti kejaku pungut bola jak, marahla si tukang beli ni. Hehe”
Masa mau pegi main tenis petang tu, Dhani super excited tengok raket aku. Meraung sebab maukan raket aku. Haduii! Bagi jak dia pegang, memang raket tu tidak lepas dari pelukannya. Sepanjang perjalan ke court tenis, Dhani cium beberapa kali raket aku sambil senyum senyum. Ya ampun, kenapa sudah anak aku ni. Excited melebih lebih. Hormon bujang dia datang lagi la ni. Perasan betul boleh main. Haihh.
Tidak apa, kasi dia posing dulu. Kehkeh. Macam mau gigit la budak ni.
Tidak apa sekali lagi, kasi chance dia main sekejap. Habis scratch raket aku. T_T
Aktiviti merampas bermula. Hiyarkhh..hiyarkhh.
Dhani : Anan(jangan/tidak mau) tet(raket) ni..
Me : No, no. Ibu mau main sudah ni, pakai raketmu ni na..
Dhani : *meraung*
Akhirnya perlawanan pun bermula. Hiyarkhh..hiyarkhh.. Tapi, si kecilku tu tetap setia di sisi perasan yang dia pun one of the player. HEHE. Maka, kami main beregu campuran la ni.
Dhani maintain sibuk kejar bola, baling bola, tangkap bola. Dia masih lagi sangka dia pun player juga. Haha.
Kesimpulan, main tenis sangat best. Aku menjangkakan ia akan jadi satu ketagihan kelak. Haha! Aku tidak sangka aku boleh main. Aku rasa raket tu yang buat aku boleh main. Sebab dia ringan, senang handle, tidak menyakitkan sebab pasang shock absorber dan yang penting jugak kaler purple pink. Haha! Memang sedap pakai, orang yang tangan kayu macam aku pun jadi boleh main. Raket aku ni brand Wilson BLX Pro Tour, just to let u know for those interested.
Jom main tenis!!
0 comments:
Post a Comment