Tapi, lama aku depan diari..aku ndak dapat cari macamana mau manage masa ku.
Actually, aku masih lagi 'culture-shock' dengan pekerjaan tetap baruku ni iaitu menjadi Mama kepada dua bayi-bayi.
Bunyinya sweet..tapi, penatnya boleh tahan. Ini bukan mengeluh, cuma mau bercerita..ahaha.
Bangun pagi. Kemas bilik, mandikan anak-anak, uruskan susu Eizz yang mana ambil masa setengah jam jugak untuk dia kenyang. Lepas tu, temankan Alya susu pulak sebab dia mau jgak Mamanya teman dia everytime menyusu. Buat benda-benda ni sampai jugak la jam 10pagi.
Selepas 10 pagi.
Masa ni aku selalu makan-makan & minum-minum. Then, Alya pun makan n minum sekali. Maka ambil masa sejam jugak untuk makan-layan-cleaning. Taula budak umur setahun setengah. Ndak sah kalau betumpahan di sana sini. Maka harus kerja-kerja pembersihan dibuat berkali-kali. Oh.Saya ibu yang sabar :D
Jam sudah lebih jam 11.
Masa ini Alya mula la mau menulis la, mau main itu ini. Lepas tu mau tidur. Mau jugak Mama yang ayun. Tidak mau orang lain okeh. Sambil layan ngantuk Alya, layan jugak lapar Eizz. Layan punya layan 12 lebih jugak setel.
Jam 12 lebih seterusnya.
Masa ni tolong-tolong Mama di dapur. Ndak dapat tolong, teman Mak masak pun jadilaaa..Ops.hehe. Masa ni both them sleep.Leganyaaa..hihi.
Then, baring-baring jugala di depan TV rehat-rehat..hehe. Tapi, ndak lama.. Alya bangun kejap lagi and Eizz mau nenen lagi.. Rehat-rehat ni dalam setengah jam seja begitu.
Jam 1 lebih seterusnya.
Online sekejap. Lunch. Buat kek/roti. Layan Alya & Eizz. Susu-tidur-tukar diaper-main.
Jam 5 petang.
Mandikan babies.
Jam 6.30 petang.
Tengok TV.
Jam 7.30 petang.
Tolong masak. Dinner.
Jam 9 malam.
Siap-siapkan tidur anak-anak. Layan dorang sampai dorang tidur.
Nah.. Jadi, bila masa rehat ku? Masa untuk aku belajar DSLR, blogging, buat-buat kerja di laptop & internet pun sangat sikit.
Sekarang ni la masanya. Jam 1 pagi.
Sepanjang malam jugak, aku perlu bangun 3-4 kali untuk susukan Eizz & tukar diaper.
Actually, aku exhausted akhir-akhir ni..
Aku ingat mau cari supplement yang bagus untuk bagi tenaga sama aku. Ada suggestion? :D
Until now aku masih lagi tercari-cari cara untuk manage all this things dengan lebih baik n bertenaga. Aku baru jumpa 3 benda yang aku perlu buat :
1. Ambil supplement.
2. Jaga tidur. Sleep at least 6 hrs. Try hard untuk dapatkan 7 hrs.
3. Makan makanan berkhasiat.
Nah, Siapa bilang jadi surirumah n tidak bekerja itu banyak rilex..huhu.
Saya mau jadi SUPERMOM.Hiyarkhhh...!!!
**Mau mintak hadiah buku tajuk supermom la sama abang.
**Aku suka betul sama buku.(eih,siapa tanya.)
0 comments:
Post a Comment