Saturday, May 7, 2011

Perasan kuat.

Hari ni Eizz sudah 9 hari. Anduu baaa.. Kita ni sudah umur puluh-puluh, dia baru 9..heheee..

Jadi, maksudnya sudah 9 hari aku dalam pantang. Makin hari aku rasa makin sihat. Luka pun rasa makin sembuh, Oh.Bestnya. Dengan rasa diri yang mau-mau sihat ni buat aku rasa aku sudah sihat. Bila sudah begitu, mula la mau buat-buat kerja, perasan kuat...

3 hari lalu aku pun buat la roti. Konon-konon teringin mau makan roti. Plus, rindu jugak mau meroti.. Maka, lepas pikir-pikir terus la pigi buat roti. Lepas roti siap, sudah dipotong-potong and jamu sama orang di rumah. Mula sudah rasa sakit dari perut ke pinggang ke belakang ke otot-otot peha. Aku rasa ni sebab aku memaksa diri kali ya, aku ada jugak rasa sakit2 tu masa buat kerja-kerja..Tapi, aku tahan-tahan seja. Hmm..

Bila berjalan rasa sakit betul di bahagian rahim. Sampai susah mau berjalan + terpaksa tahan-tahan nafas mengawal sakit. Mula la rasa insaf dalam diri. Sambil cakap dalam hati, "Oh, aku belum sihat ba lagi ni.."

Selepas buat roti tu, aku rasa lemah badan sangat, sakit badan..
Sebabkan tu, siang tadi..aku tidur lama untuk rehatkan badan. Lagipun, aku memang ndak larat. Mungkin dalaman ni belum kuat kan..masih rapuh lagi. Betul la kali ya, orang bilang bersalin ni banyak urat yang putus.huhu.

Maka, aku mengambil pelajaran..mau rehat banyak-banyak la. Tapi, apa aku buat jam 1.31 am masih belum tidur. Astaghfirullah..
Begini la ni gaya ku.. Selalu perasan sihat. Kurang concern sama kesihatan sendiri. Baiklah. Aku tidur sekarang. Gud nyte semuanya.


0 comments:

Post a Comment

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design