Hai semuanya... Sekarang sudah masuk 38 weeks. Hmm.. Ya, masa menunggu hari. Syukur, sampai sekarang..aku masih lagi sihat, baby sihat. Alhamdulillah.
Malam ni..aku ada rasa kegusaran, keraguan, kekeliruan, kebimbangan, dan macam2 'ke.....an' lagila... huhu
Actually, it is about produk salindah yang aku ambil since pregnant 3 months. Baru-baru ni aku terbaca di internet this produk punya negative effect.. Antaranya, boleh turun darah la, lebih susah bersalin la..uri jadi hancur.. dll. Phewwww...seram kan. Tapi, ramai jugak yang cakap bagus. I can say 80%-90% cakap bagus.. Hmmm. its good enough kan? Tapi, still testi2 yang lain tu menghantui..
Salindah ni kebaikannya boleh memudahkan bersalin. Kurang rasa sakit bersalin and cepat bukaan. Plus, ada jugak aku baca...actually this product ndak dapat kelulusan KKM. Hmmm.. then, kenapa KKM ndak haramkan produk ni if betul2 produk ni harmful..?huhu
Lagi aku agak-agak takut when my fren, Gee... cakap masa dia bersalin semalam, doctor suruh keluarkan balik ubat salindah tu.. Reason is ndak sesuai dengan ubat hospital. Huwaa...makinla aku risau kan...
Actually, produk ni is homeopathy..then, aku pikir kenapa dia begitu harmful plak? Then, ada aku baca jugak..ada homeopathy expert ni kata.. Homeopathy ni jenis pukul rata...maksudnya, kalau orang tu ngam..bagusla kesannya.. kalau ndak, mungkin negative kesannya..
Fuhhhh... Wallauhualam..
Selepas aku di berada dalam dilema... akhirnya, aku cakap dengan diri sendiri. Aku bertawakkal padaMu Ya Allah...
begini sejala.. disebabkan 80-90% cakap bagus. Lepas tu, aku sudah pun makan ubat ni dari since 3 months pregnant.. Maka, aku teruskan seja pengambilannya..
But, this 8 april(my next appt) aku akan tanya my doctor pasal ni. Then, nanti masa admit hospital pun.. aku inform dengan doctor yang aku ada ambil ubat ni...and ask him/her what shud i do.. teruskan ja ka pengambilannya.. or stop it.
Bagi aku... senang susah bersalin ni perkara utamanya ialah disebabkan rohani/dalaman kita. Macamana hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Macamana kita dengan parents, dengan husband..dengan orang-orang lain. Lepas tu, doa-doa kita..ikhtiar kita dari segi bacaan ayat2 Al-Quran..zikir-zikir kita dll.. Aku rasa ni part yang paling penting. Aku sudah banyak tengok kes2 yang jahat sama org lain especially parents..memang seksa masa bersalin.
Ubat-ubatan lain pun membantu jugak dengan izinNYa. Memang Allah pun suruuh kita berikhtiar atas sesuatu yang kita maukan kan?
Selain tu jugak...susah senang bersalin ni adalah ujian dari Allah.. Maka, kita kenala terima sakit tu seadanya. Sakit yang kita dapat tu pun bukan dapat percuma..Tapi, tu la pencuci dosa kita sampai la kita jadi sesuci macam baby yang baru lahir... Hebat kan ganjarannya?
Masa aku bersalin kan Alya dulu.. aku ndak ambil apa2 ubat untuk bantu kelahiran.. Aku cuma baca surah maryam hari-hari masa sebulan dua lagi mau bersalin. Plus, aku baca jugak surah-suran lain selepas solat. Tapi surah Maryam aku baca hari-hari..
Masa bersalin Alya.. 3 jam lebih sakit then Alya pun lahir. Masa teran pun nda sampai 2 minit Alya sudah keluar dengan selamat...Kalau ikutkan ndak la senang betul aku bersalin berbanding orang lain. Tapi, aku cukup besyukur ni sudah kira mudah kalau di bandingkan dengan ramai lagi orang yang perlu berjam meneran, ada kena ceaser..and byk lg kes2 lain. Tapi sakitnya... argh. Tuhan seja yang tau... Sampaikan aku terbayang neraka. Dalam hati...kalau ini sudah sangat sakit, macam manalah seksa neraka... fuh!
Jadi, balik pada topik... Pasal produk Salindah ni...Aku teruskan sejala makan and aku bertawakal sajalah pada Allah disamping teruskan berdoa dan banyakkan baca ayat-ayat suci.
Aku anggap perit seksa masa bersalin nanti rezeki aku la... Segalanya dari Allah. Aku berserah... Semoga Allah mengangkat doa-doa ku ke langit dan memakbulkannya.. Mudah-mudahan Allah rezekikan aku husbandku sempat menjaga aku sepanjang rasa sakit bersalin sampailah luka-luka aku sembuh. Amin ya Allah.
once again... Aku bertawakkal... Terpulang lah kepadaMu Allah yang Maha Kuasa
0 comments:
Post a Comment