Thursday, February 9, 2012

Hidup ini singkat.

Malam ni aku tengok movie “the green zone”. Pernah kamu tengok? Cerita pasal manipulasi US terhadap negara Iraq. US memfitnah Iraq dengan mengatakan Iraq punya senjata kimia yang bernama UMD. Disebabkan alasan itu, Saddam digulingkan, rakyat Iraq menderita, letupan dan tembakan di mana-mana, perpecahan rakyat semakin banyak. Sedih kan? Aku macam tidak boleh tidur malam mengenangkan mereka. Ingat aku kes ni berlaku masa aku form 5, that’s mean 9 tahun yang lalu.

Aku sedih tengok anak-anak kecil dibunuh. Orang-orang yang tidak bersalah diseksa, dipisahkan dengan keluarga. Bila tengok penderitaan begini, rasa bersyukur ni meluap-luap. Kita jauh lebih beruntung. Tapi, hati tetap pilu mengenangkan nasib saudara islam kita di sana. Dan juga semua saudara islam kita yang tidak bernasib baik, mendapat ujian maha hebat sebegitu. Kalau bukan pun atas sebab perang, tapi kebuluran macam yang berlaku di somalia. Beribu-ribu kanak-kanak mati kerana kebuluran. Isk Isk. Tidak pun bencana alam teruk yang lain.

Bila mengenangkan semua hal-hal begini, tiada perkataan yang mampu aku ucap selain Allah Maha Besar. Sepanjang movie tadi pun itu juga yang ku sebut terus-terus,padahal cuma lakonan. Ini bukan kes mau menunjuk aku baik bla bla bla. Cuma mau cerita di sini, the fact of life. Mau cerita yang betapa kerdilnya kita kan. Kita tidak mampu buat apa-apa.

Hati akan terus sakit bila dipikirkan ketidakmampuan tu.(Ehh..hati aku seksa ba tengok perkara begini. Ahhh). Kalau aku, cuma satu benda yang boleh menstabilkan emosi ku balik iaitu bila mengingatkan yang hidup ini sangat singkat dan sementara.

Hari tu ustaz Zawawi ada cakap, ada orang susah di dunia..jadi, disebabkan kesusahnnya di dunia tu..Allah mudahkan dan senangkan hidupnya di akhirat. Ada pulak, orang bersenang sangat hasil daripada menyeksakan/menyusahkan hidup orang lain di dunia..Maka, Allah akan susahkan hidupnya di akhirat kelak. Jadi, hati yang sakit pun semakin sembuh. Ohhh..Dunia ini cuma sekejap, sakit di sini dan bersabarla..InsyaAllah, Allah membalas dengan ganjaran yang baik di sana. Kehidupan di sana jaaaauuuuhhhhhhhhhhh lebih penting. Kehidupan di sini tidak penting. Bagi Allah pun, sebelah sayap lalat itu lebih baik daripada dunia dan seisinya ini. Yang Allah pandang cuma ketaatan dan ibadah kita kepdaNYa.

Ahhhhh…Hati ku kini lebih lega. Wahai kamu-kamu saudara seislam ku yang terseksa di sana..Tabahlah kamu, kamu pasti senang di sana.

Bila cerita begini, aku selalu terkenang dengan arwah makcikku. Dia penghidap kanser. Hidup tiada harta dan susah. Menumpang di bawah kolong orang cuma. Sepanjang dia menghidap kanser, dia pegi hospital sendiri dengan bas. Padahal masa tu dia sudah benar-benar tidak larat. Hinggakan orang-orang di bas tolong tarik dia masuk ke dalam bas. Suaminya pulak tidak berlaku baik sama dia. Tengah sakit begitu, masih ditengking, di marah, dilemparkan meja. Pernah kami tengok dia membersihkan reban ayam tuan punya rumah jugak. Ahhh..sedihla kalau ingat semuanya. Tapi, dia tidak mengeluh, cuma menangis. Dialah antara orang yang paling sabar pernah aku jumpa.

Hati aku sakit bila mengenangkan hidupnya. Sakit sangat. Sekarang ni pun air mata tengah laju keluar ni.Hehe. Sedih sangat untuknya. Tapi, bila mengingatkan orang yang sabar begitu, seksa begitu.. Allah senangkan dia di sana, dan kehidupan di sana la yang abadi. Aku jadi senyum. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran sebesar-besar ganjaran makcik. Kami semua merinduimu.

Selepas menghidap kanser selama setahun, dia kembali ke rahmatullah. Sangat singkat kan, cuma setahun. Kehidupannya yang tiada sokongan positif memang sangat mempercepatkan sesuatu penyakit. Aku tidak sempat pun melihat dia buat kali terakhir. Keluargaku bukanlah berduit boleh belikan aku tiket. Jadi aku cuma menangis dari jauh. Semasa dia tenat, orang-orang yang di situ bilang dia berpeluh di dahi. Alhamdulillah. Itu tanda-tanda yang baik bila kematian berlaku.

Kerana disebabkan ini jugala aku namakan blog aku “because life is too short darling..”, kerana quote ini bukan saja reminder, tapi, sebagai motivasi dan semangat atas sesuatu kepahitan.

Semoga Allah menggolongkan kita ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa diberi petunjuk. Amin.

Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design