Sejak semalam mendapat berita sedih mengenai seorang kawan yang sedang berada di ICU. Dia mempunyai masalah kerosakan buah pinggang sejak dia mengandung. Pada 8hb yang lepas, dia telah bersalin dan anak yang dilahirkan meninggal beberapa jam selepas itu. Kawan aku tu pulak, di masukkan ke ICU kerana kegagalan fungsi kedua belah buah pinggang.
Sangat sedih aku dengan berita tu. Semalam pun aku balik-balik teringat sama dia. Mau tidur pun susah. Kami ada buat donation untuk dia, sesiapa yang ingin menderma boleh bank-in ke dalam akaun di bawah.
Nama kawan aku tu, Addawiyah Binti Awang. Ini akaun kawan kami tempat untuk kumpul donation ni. Mungkin kamu tidak kenal sama dia, tapi, mungkin ada yang mau menderma jadi aku letakkan di sini.
BANK : MAYBANK
no akaun: 151584034141 acc holder name: YUSMALIZA BINTI IBRAHIM .
Pagi ni lepas husband minum kopi sebelum pegi kerja. Dia cerita dengan aku ada kes budak kecil umur 2 tahun dan 8 tahun meninggal dunia akibat kebakaran di Sabah. Kedua anaknya di tingkat atas, dan tidak dapat diselamatkan. Sempat lagi ahli keluarga yang lain termasuk parents mendengar jeritan anak-anak kecil tu..
Uwaaaaaaaa…isk isk.. Aku nangis untuk kali keberapa sudah ni mengenangkan anak-anak tu.
Ya Allah, kerdilnya kami ni sebagai manusia. Di ambil sedikit kenikmatan yang Kau pinjamkan..jiwa dan hati kami boleh mati kesedihan.
Mudah-mudahan apa yang terjadi di sekeliling kita menjadikan kita orang yang lebih bersyukur, lebih bertakwa dan lebih taat kepadanya.
Allah Maha Besar.. Tiada daya kekuatan melainkan dariMu..
Aku masih diberikan peluang untuk melihat dan bersama dengan cintaku yang terhebat. Syukur ya Allah. Kurniakan la juga rasa dan peluang ini kepada insan yang lain. Amin.
0 comments:
Post a Comment