Pagi tadi dapat siapkan baju tidur untuk Alya. 2 hari aku ambil masa buat baju ni. Huh, masa untuk aku menjahit pun sedikit. Pagi seja aku boleh menjahit. Sepanjang pagi tu pun, banyak sangat iklan untuk anak-anak. Buatkan Izz makanan untuk hari tu. Buat breakfast. Mandikan alya. Susukan Izz. Mengurus kebun ku. Basuh baju. Pagi pun ada berapa jam seja kan, dalam +-5 jam kan. So, aku dapat menjahit dalam 2-3 jam seja sehari. Isk isk. Sikitnyaaaaaa…cepatlah besar nak!
Okeh Ini baju yang sudah siap tu.
Kain ni jenis viscos, dijual orang dengan niat dibuat baju raya. Tapi, sebab kain dia lembut and bukan jenis licin. Maka, sesuai la dikasi jadi baju tidur. Hehe. Walaupun coraknya, sangat kebaju-raya-an, bikin orang konpius bila di buat baju tidur. Tapi, tetap masih diterima akal untuk menjadi baju tidur. Hoho.
Ehh, mau jugak kasitau disini. Kain ni CUMA RM10 for 4meter. HAHA. Beli di Pasar Rabu, Ayer Itam. Ahh. Bahagianya beli kain murah. Balance kain ni aku mau buat baju tidur aku pulak. Weee..
Aku hepi betul dapat buat baju ni. Haihh, meningkat sikit tahap jahitan aku. Sudah pandai buat lengan baju begitu. Selama ni aku sangka aku tidak pandai buat. Then, sudah cuba-cuba error-error, jadi juga akhirnya. Ahh. Indahnya perasaan begini. Indah betul aku rasa sampaikan aku baring-baring di katil untuk tidur pun, aku masih lagi tengok-tengok dress yang aku buat ni. Duduk-duduk depan TV pun, sempat lagi tengok-tengok baju ni untuk beberapa minit. Macam tidak percaya ba boleh jahit begini. HAHAHA. Ini bukan kes mau membangga diri, ini kes kejakunan namanya. Sebab selama ini mengimpikan boleh jahit lengan begini. Dan akhirnya dapat. Kenapa tidak macam angau jadinya. Hoho.
Itu saja. Babaiiiiiii!!!
*Banyak benda mau tulis di blog, tapi tidak punya banyak masa. Banyak kain yang mau dijahit, tapi tidak punya banyak masa. Banyak aktiviti family yang mau dibuat, tapi tidak punya banyak masa. Banyak benda mau di masak, tapi, tidak punya banyak masa. Banyak benda mau dibuat untuk diri sendiri, tapi tidak punya banyak masa. 24/7 macam tidak cukup. Oh Allah yang Maha Berkuasa….*
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)
*Oh Allah..jadikanlah kami orang-orang yang bijak mengurus masa..Sesungguhnya Kau lah Allah yang Maha Hebat lagi Maha Bijaksana.Amin*
cantik bju tidonya mas..macam jubah pun ada...
ReplyDeletebju alya terus, bhu eizz mana?
baju boy susah sikit la. HAHA. tiada idea sgt mau buat apa. Baju alya ada 3-4 laci, baju Izz baru 1-2 laci. Jahat kan. InsyaAllah, lepas ni aku belikan/jahitkan untuk dia baju. :)
ReplyDelete