Tuesday, January 25, 2011

Puding Roti Sos Kastad


Hai... Assalamualaikum.. :)

Petang ni kami makan puding roti sos kastad as minum petang. Sejak akhir-akhir ni aku selalu masak..hehe. Try-try resipi ini itu.. Maybe sebab aku semakin enjoy tinggal rumah. Aku pun selalu tengok rancangan Martha Stewart n Rachel Ray, diorang kan banyak cerita pasal masak-masak n pasal rumah n family. I like :)

Ok la.. Untuk sesapa yang mau try resipi ni boleh cuba. Simple jak :) ni pun tgok d myresipi.com :) Takkan la aku yang cipta kan..hehe


Puding Roti Sos Kastad

Bahan A :
4 keping Roti Putih
250ml susu segar

Bahan B :
Gula Halus 1 sb
Telur 1 biji
Butter 1 sb - butter ni di cairkan di atas api. Aku letak dalam senduk besi besar, pastu letak atas api sampai cair.
Tepung Jagung 1/2 sb
Esen Vanilla 1/2 sk
** ada jugak yang letak 1/2 sb serbuk kayu manis, tapi, aku ndak suka, so xletak..heee**

Bahan C
1 sb Kastad
1 1/2 sb Gula Halus
Setengah tin/ 200ml Susu Cair

sb - sudu besar
sk - sudu kecil
Step 1 :
Carik-carikkan roti, rendam dalam susu segar. Rendam setengah jam.

Step 2 :
Letak semua bahan B dalam bekas, then kacau sampai sebati.

Step 3 :
Letakkan bahan B yang telah sebati tadi masuk ke roti yang sudah di rendam. Sebatikan. Then, masukkan dalam loyang.

Step 4 :
Panaskan oven 180 darjah. Pastu bakar roti sehingga setengah jam/masak.

Step 5 :
Tepung jagung campur dengan sesudu air. Larutkan. Campurkan Bahan C yang lain dengan tepung jagung yang sudah larut tadi. Gaul sampai sebati. Masakkan sekejap atas api sampai pekat sedikit. Sentiasa kacau. Pastikan tidak bekerak di permukaan periuk yang kamu pakai tu ok.

Step 6 :
Kalau sos kastad nampak ndak smooth/berketul-ketul, tapis sos.

Step 7 :
Sejukkan sos n roti yang sudah masak. Masukkan dalam peti ais supaya lebih sedap. Hidang sos bila mau makan. Enjoy. :)

2 comments:

  1. good effort! keep it up..letak gmbr skalik lg best..yg step by step tuh...

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design