Ok, sapa - sapa yang belum pernah try resipi ni. Bolehla try :) Sebab resipinya ada di bawah...wachaaa.. :)
Resipi Asam Pedas Ayam
Bahan2 :
2 paha ayam yg sudah potong2 ( Bukan paha ayam boleh )
Cili kering 2 genggam
Asam keping 2 kpg
Serai sebatang
Bawang Merah 3 ulas / 1 Bawang Merah Besar
Bawang Putih 3 ulas
Daun kesum beberapa helai. - Kalau suka, letak la banyak sikit. klu ndak berapa suka bolela letak beberapa helai jak. Aku suka, so letak banyak sikit..hehe.
Tomato - Optional
Sayur Kobis masin - Optional
Minyak secukupnya
Cara2 :
1. Rebus cili kering sampai kembang.
2. Blend bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak. Minyak letak banyak sikit. Dalam 3/4 cawan. Masukkan bahan blend dalam kuali.
4. Masukkan air dan ayam dalam kuali.
5. Masukkan serai dan asam keping.
6. Bila ayam sudah hampir masak, masukkan daun kesum dan sayur kobis masin.
7. Bila agak-agak 5 minit lagi mau angkat, masukkan tomato.
8. Siap dihidang :)
Rupa bahan tadi yang sudah boleh di tambah air.
Selepas di letak air + ayam.
Ok, ni antara pic bahan-bahan untuk resipi ni. Harap lebih jelas :)
Serai aku suka potong-potong macam ni kalau masak asam pedas. Selalunya orang lain ketuk seja then masukkan dalam kuali.
Asam Keping
Daun Kesum
Ada 2 jenis cili kering, satu yang pedas satu yang kurang pedas. Yang pedas ni memang betul-betul pedas. Ndak sesuai buat asam pedas. So, beli yang kurang pedas ok.
Cili kering pedas
Cili kering kurang pedas
Ok. Daaa.. :)
aku and badriz: huh? cili kering kurang pedas?
ReplyDeletehehehe..kami xtau pon ade yg pedas xpedas..thankx mas!!!
welcome.. :D
ReplyDelete