Tuesday, August 23, 2011

Janganlah kau angkuh pada pendirianmu.

Sejak kecil, dalam diri aku sudah tertanam mau jadi orang yang menghasilkan duit pada suatu masa nanti, menjadi orang yang punya pendidikan yang tinggi. Aku selalu bilang pada diri sendiri, “At least aku belajar sampai Master”. Since aku form 1, aku selalu bilang begitu.

Aku jugak selalu bilang yang..

“Tidak mau kawin awal, paling awal pun umur 27 tahun!”

“TIDAK mungkin aku tidak bekerja selepas kawin!”

“Aku akan berkahwin selepas aku stabil dalam kerjaya!”

“Aku heran betul dengan orang yang ndak kerja lepas kawin ni la..Sudah ada pelajaran, mak bapak kasi pegi sekolah, lepas tu decide mau duduk di rumah jaga anak dan suami jak? Pegila keluar bekerja..Masalah anak? Masalah kecil la tu, Hantar la nursery, semua orang pun begitu la.”

“Aku tidak akan kahwin masa belajar, one of the things yang ndak akan aku lakukan”

(Sedih pulak type benda-benda di atas, tapi lucu jugak..Hheee)

Yes, begitula antara ayat-ayat aku dulu.. Dan, yang bestnya..Aku selalu bilang begitu dengan angkuhnya. Pada masa tu, aku tidak rasa pun yang aku telah meletakkan perkara-perkara tu di kepala ku dengan angkuhnya. Dan bukanlah juga, aku berkata begitu dengan angkuh dan eksennya, cuma.. Aku YAKIN, bila aku tidak suka satu perkara tu , maka perkara itu tidak akan aku lakukan, bukan setakat tidak akan aku lakukan, tapi, TIDAK TIDAK TIDAK akan aku lakukan.

Which means itu sudah cukup menunjukkan yang aku angkuh dengan berkata begitu kan. Seolah-olah Allah itu tiada, kerana Dia lah yang mengizinkan kita untuk menyempurnakan sesuatu hal. Sehingga aku lupa, Allah itu Maha Besar dan Maha Kuasa, bila Dia mau terbalikkan hatimu..Itu boleh berlaku dengan sekelip mata.

10:23. Maka apabila Dia telah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.”

Dahulu..

  1. Bagi aku kejayaan itu cuma satu, Bila kau mampu keluar bekerja and making money, dan kau mampu membeli kereta,rumah dll dengan duit kau sendiri. Dan bagi aku, Semakin tinggi gaji kau, semakin success lah kau.
  2. Bila aku tengok wanita bekerjaya, hati aku macam mau meletup.Haha. Over excited kali ya. Aku ingat bila lecturer aku bercerita pasal kejayaan mereka dengan projek-projek mereka yang successful, aku kagum habis, seolah-olah air liur aku meleleh mendengar. Seolah-olah jak ok! Tapi, aku tidak tambah-tambah cerita ni, begitula hati aku yang sebenar.
  3. Bila semester break, balik kampung.. Aku suka bercerita sama family aku, terutamanya mak aku. “Mak..kawan aku keja IT, gaji boleh dapat macam ni..macam tu..”. “Mak, nanti kasi aku keja di KL ya..aku mau keja sana..bla..bla..”. “Mak, nanti aku mau keja dari bawah dulu..Ndak kisah gaji berapa..mau kumpul skill banyak-banyak..”
  4. Bila aku nampak housewife yang tidak bekerja, aku menggeleng-gelengkan kepala. Kadang-kadang aku agak marah sebab tidak setuju. Geram pula kadang-kadang kerana dia menghabiskan masanya di rumah sehinggakan kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya tidak digunakan dengan sebaiknya.
  5. Bagi aku, housewife yang tidak bekerja tu kolot, tidak berfikiran jauh dan luas, bertindak seolah-olah tiada pelajaran, tiada masa depan, hidupnya tidak mencabar dan sangat mendatar, dan yang paling best lagi, “Hey, Im not that type of women la!”
  6. Bila aku di suruh buat bayangan akan seorang suri rumah, aku terbayang macik sedang duduk di beranda rumah, sambil mengayun buaian anaknya, sambil tu juga dia memerhatikan anak-anaknya yang leka bermain di halaman rumah. Dia juga memakai baju T-shirt + sarung, bersanggul (haha..ini pun terbayang okeh!) = Tiada apa yang boleh dibanggakan.
  7. Orang yang bekerja ni best, nanti English dia boleh fluent, boleh jumpa ramai orang, kenalan ramai, kawan ramai. Self esteem pun tinggi yooo..

Setelah mempunyai idealogi sebegini rupanya… Setelah keangkuhanku yang sudah lakukan tanpa aku sedari,  maka bermulalah episod di mana Allah menunjukkan kuasaNya dengan memberi pengajaran kepadaku tentang setiap perkara itu bukanlah terletak 100% di tangan manusia. tetapi, semuanya dengan kehendakNya. Segala yang aku kononya tidak mau dan tidak suka lakukan pada suatu masa dulu datang satu-satu dan terjadi pada aku.

Aku berkahwin masa belajar, mengandung masa projek akhir, konon tidak mau kawin awal, tengok-tengok kawin pada umur 22 tahun yooo… Tidak bekerja selepas kawin pulak tuh! Heyyy..Mana aku punya pendirian yang kononnya bila aku tidak mau maka tidak akan terjadi tu? dan semua yang aku buat ni bukanlah atas dasar paksaan, tapi dengan rela hati.

Okeh, cerita di sambung.

Selepas kawin beberapa bulan, aku pregnant. Husband yang penyayang itu (ececeh..) melarang aku cari kerja. Bilangnya nanti dulu, lepas bersalin nanti la cari kerja. Aku pun setuju. Lepas bersalin, anak pulak masih kecil. Kesian rasa hati mau tinggalkan dia. Lagi-lagi kami tinggal di estate, nursery di luar pun jauh, keluarga pun tiada dekat-dekat. Mau fly 3 jam baru jumpa family. Pikir terus-terus macam mana mau bekerja keadaan begini, ada solution..which is jd husband wife hujung minggu seja, means aku bekerja jauh dari tempat kerja husband. Anak pulak hantar ke nursery. Tapi, hati tidak cukup kuat untuk buat begitu. Dalam masa yang sama, stress juga sebab masa makin hari makin mebuatkan degree aku expired. Yalah, makin lama tidak kerja, makin lupa segala ilmu. Dush!

8 bulan berlalu, aku masih tidak kerja.. Dan pregnant lagi. Open-mouthed smile

Aku gembira dan terkejut jugala. Tapi, gembira Alya sudah ada teman. (beberapa kali juga aku nangis tengok dia sunyi tiada kawan. Dia berdiri di gril menunggu orang-orang limpas di jalan,oh.kasihan anakku). Masa pregnantkan Eizz mula la hidup aku tidak keruan. Mula la aku memikirkan masa depan karier aku. Apa perlu aku buat? Sepertinya, ada seja halangan yang buat aku tidak boleh keluar bekerja. Bila dengar seja si polan si polan sudah kerja ini itu, terus rasa  diri ni useless betul. Rasa macam orang tiada pelajarn pulak. Haih. Self esteem jatuh merudum. Soalan dibenci : Apa kerja sekarang?

Maybe orang lain tidak faham kenapa aku begitu sensitif dengan perkara ni, airmata telampau murah bila cakap soal kerja. Bila husband aku dinaikkan pangkat, separuh aku happy, separuh aku cemburu. Cemburu sampai bad mood. Tengok muka mertua happy dengan kerja anaknya, tambah lagi aku cemburu. Dalam hati, bila la mak ayah aku mau senyum begitu disebabkan aku. Dengar kawan dapat kerja, aku menangis. Aku jugak tidak faham bila aku tanya kepada kawan aku samada aku perlu bekerja+jauh from husband(dua perkara ini adalah pakej bagi orang estate macam kami) ataupun tidak kerja, dan kawans au dengan mudahnya menjawab “tidak perlu”. Kadang-kadang aku rasa dorang ni saja mau sedapkan hati aku.

Hal-hal begini serius buat aku stres tau. Mungkin sebab pendirianku yang jauh bercanggah dengan situasi tu. HAHA. Aku rasa semakin lama semakin tertutup peluangku untuk menggunakan degree aku. Bukan aku tidak mau kerja, cuma..banyak hal-hal yang mendorong aku tidak bekerja or pergi kursus apa-apa. Bila aku pikir balik, ini semua sebab Allah mahu memberikan pengajaran pada aku. Dulu kan aku angkuh yang hal ni tidak akan berlaku pada aku…jadi, Allah menyempitkan urusanku sehingga aku tidak dapat bekerja, biar aku sedar sikit yang semua itu atas kehendakNya dan sure atas faktor usaha sendiri juga.

Sekarang Eizz sudah lahir, halangan untuk bekerja tu pun sudah kurang. Aku sudah boleh keluar cari kerja sekitar Kluang sebenarnya. Walaupun sukar dapat pekerjaan di Kluang, tapi manatau aku ada rezeki kan. Kalau ada yang offer untuk aku bekerja, aku fikirkan, tapi, keinginan untuk keluar mencari kerja sudah agak tawar. Kerja di luar Kluang, memang aku tolak la. Hati pula sudah mula rasa sayang menjadi housewife. 2010 tahun stress, menangis bingung apa perlu di buat. Tapi pada tahun 2011, semakin hari semakin kurang, fikiran pun positif, hati pun lapang. Mungkin Allah sudah memakbulkan doaku dengan memberiku petunjuk. Sebab itulah begini kan.

SEKARANG.

  1. Bagi aku kejayaan itu luas. Success itu ialah, apabila kau mampu buat sesuatu dengan baik dan dedikasi. Tidak kirala apa bidang pun, either can making money or not. Yang paling penting, happy dengan apa yang dilakukan maka kamu benar-benar success in life la..ehehehe.
  2. Bila tengok wanita bekerjaya, aku masih lagi macam dulu. Masih lagi kagum sangat-sangat. Tapi, aku juga kagum sama housewife. Bukan senang mau jadi housewife tau! Fuhh… Aku memang tabik habis-habis la dengan housewife yang tiada helper di rumah. Oh, anda sememangnya hebat!- Jujur dari hati.
  3. Bila balik kampung, aku tidak pernah sudah cakap pasal kerja. Aku cakap pasal cucunya jak.HAHAHAHA. Dan jugak, cerita-cerita sama adik beradik yang memberi inspirasi untuk membuka bisnes.Woohoo!!!
  4. Bila  nampak housewife di mana-mana, di luar or di web or d tv, aku sibuk mau tau..apa dorang buat di rumah, macam mana dorang habiskan 24 jam dorang, camana dorang manage rumah, anak-anak, financial dll… Suka jugak baca blog dorang :D
  5. Aku sudah tidak menganggap housewife itu seperti dalam no.5 di atas. Tapi, mereka adalah orang yang sangat mulia. Mereka kuat dan mereka hebat. Terpulang la kepada diri mereka sendiri mencorakkan diri bagaimana, mau jadi wife yang kool ka, hot ka, cantik bergaya 24/7 ka, berilmu ka, di samping famili. Sekarang aku makin sedar, biarpun kamu cuma surih rumah, but, still..U can do whatever you want. Mau buat aktiviti outdoor ka, mau itu ka, ini ka..All u can do it bebeh! But, sure..dengan sedikit kesabaran. Harusla tunggu masa yang sesuai due to faktor family. Bilang orang, “pelan-pelan kayuh”. ekeke..
  6. Sekarang, bila aku terbayangkan housewife. Aku akan terbayang Angelina Jolie with kids. Ekekeke…
  7. Sure, dengan bekerja skill akan terasah dengan sendirinya. English, communication, dll skill makin hari makin bagus. Tapi, di rumah juga..kita boleh improve macam-macam skill. English boleh dibelajar bah! Belajar sama anak-anak. Mungkin boleh sediakan satu masa untuk buat kelas English di rumah. Al maklumlah English aku poor..hukhuk. :D
  8. Masih jeles lagi sama yang bekerja, tapi, aku tidak sedih lagi..yeayeaaa… Jeles ngada-ngada jak sekarang ni.  Aku mau jadi  housewife yang hebat pulak lepas ni..Hhheeee.. EDITED : Jeles ni sampai bila-bila pun akan jeles. Tapi, aku selalu bilang begini. Tidak semua benda kita mau kita dapat, kalau pilih A, mungkin tidak dapat B. Bersyukurla dan hargai atas apa yang kita ada, kita berjuta-juta lebih bertuah dari orang lain. :D  - Maka, hati akan tenang.

Mungkin ada yang mau tau, kenapa aku boleh berubah begini. Jawapannya, masa dan doa. Masa mematangkan pemikiran aku, masa bagi aku membuka pandangan aku dengan lebih luas dengan banyak membaca, google sana sini, tengok kehidupan orang lain dan mencontohi jugala.. Tahun 2010, aku struggle mencari di mana patut aku letak diri aku.  Selepas berdoa dengan banyak, aku makin selesa dengan kedudukan aku sekarang. Sekarang, bila jumpa orang..Aku lagi deluan yang cakap, “saya tidak bekerja…”. Pernah ada satu kakak ni, dia agak geram dengan aku sebab aku tidak bekerja padahal aku ada degree. Aku senyum-senyum ketawa seja. No hard feeling. Wah! aku improve a lot.

Jadi, summary :

Kita ni tidak boleh cakap yang aku ndak akan begitu begini, sebab Allah itu Maha Kuasa, apa pun boleh terjadi. Gantilah dengan “InsyaAllah, aku tidak akan begitu..” Kerana semua perkara yang ingin kita lakukan adalah dengan izinNya. Ini samalah dengan konsep taufik dan hidayah. Kadang-kadang, kita ini dapat hidayah untuk pergi ke Terawih misalnya. Sudah ready siap-siap mau pegi..Tapi, perut pulak sakit, sampai tidak dapat pergi. Kita sudah dapat hidayah, tapi tidak dapat taufik. Allah tidak mengizinkan kita pergi. Ada pulak yang sihat boleh pergi ke Teraweh, tapi tidak pergi jugak. Haa, ini namanya dapat taufik, tapi tidak dapat hidayah. Erk! Bilang Mamaku juga ini adalah kisas, dulu ndak mau..ndak mau konon, sekarang jadi sama diri sendiri. Aku juga kadang-kadang bilang begini,

“Apa yang jadi ni karma..”

Aku pun nda tau sesuai ka ndak aku cakap itu karma. Hentam seja…ehehehe..

Itulah, Allah sudah berfirman seperti di bawah.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah. Al Baqarah:216)

Maka, kalau tidak suka tu berpada-pada la..Jangan jadi macam aku.hehe. Sekarang, aku tidak berani sudah bilang-bilang begitu..Ndak mau begini la, begitula.. Aku bilang seja, “mudah-mudahan aku tidak begitu..” Sama jugak halnya, bila kita mendengar tentang sesuatu maksiat, janganlah kita dengan angkuh bilang yang aku tidak akan begitu.. Contoh: Aku tidak akan buka tudung aku.. Belum tentu lagi kita boleh tahan ujian yang Allah bagi untuk kita terus mengekalkan tudung kita. Tapi, lebih baiklah kita berdoa supaya Allah menetapkan hati dan iman kita.

Renung-renungkan…Dan, selamat beramal!

:D

12 comments:

  1. saya sgt jeles tgk kawan2 yang mama nya tak kerja. bila2 masa boleh jumpa dan bercerita itu ini. Tapi bila belajar tinggi2 masuk U, saya rasa juga rugi kalo ndak kerja. tapi syaza mau jadi cikgu sja, walaupun busy jugak, tpi masih mampu bersama anak2..syaza lagi suka masa bersama family banyak berbanding duit banyak tapi ndak punya masa. nanti anak2 terbiar, tak cukup kasih sayang pula. Syukur akak tak kerja, if nk kerja pon buat dari rumah. boleh tengok anak2 membesar depan mata dan akak tak kan menyesal kalau anak2 akak nanti jadi pape sbb akak dah buat yang terbaik. Plus, kalau akak besarkan sndri anak2 depa mata 24/7, anak2 lagi rapat dan lagi seronok, tmbh2 bila diorng dah besar sket nanti. Bahagia lebih. InsyaALLAH, orang mungkin nampak suri rumah ini tak berjaya, tapi sebenarnya suri rumah adalah orang yang paling berjaya kalau dia mampu menjadikan rumah tangga dia mengikut ajaran ALLAH. Dia lah orang yang paling berjaya andai dapat bantu suami masuk syurga sama2. Akak bleh ajar anak2 hafal Quran bila ada masa, dulu parents saya ajar sendiri baca Quran so that diorng bleh pastikan saya baca dan tak ponteng kelas mengaji Quran.
    All the best akak. saya menyokong Suri rumah. Pandai2 jaga 'harta' suami, insyaALLAH kejayaan itu ada di mana2.
    maaf, akak tulis pnjang, saya komen pon pnjang.=)

    ReplyDelete
  2. Kakak pernah baca blog satu orang ibu ni yang berpelajaran, tapi jadi suri rumah. tapi dia tidak berhenti sampai situ seja. Dia buat class untuk anak-anaknya di rumah. Macam home-school lah & now dia sudah famous. tapi kakak betul2 lupa sudah nama blog orang tu.
    Tapi maksud kakak di sini, walaupun Lia nda dapat keluar utk bekerja, tapi Lia boleh manfaatkan ilmu yang Lia ada tu untuk anak-anak. Rajin-rajin baca blog/website orang2 putih tu. diorang tu bukan setakt degree, sampai professor pun ada tapi jadi suri rumah. tapi tu lah, diorang tidak berhenti sampai setakat itu seja.

    ReplyDelete
  3. eeee aku like entry neh. share bah di fesbuk. biar org tahu dan menghargai peranan housewife yg sbnr bnrnya. teehee. *aku pula yg emosi bah*

    mas,
    ketaralah sangat kau bukan housewife yg tipikal. mnda housewife pikiran macam kau. be the best in what u do. then if ure a housewife, be the best of it. k.ona adore you for that.

    ReplyDelete
  4. ko perasan tak, yang kite xnak sangat2 tuh la kita dapat...adoi..risau aku nak ckp "Aku xnak tooot!.."

    Btw, great transition. Keep it up!

    ReplyDelete
  5. Syaza - makaseh syaza.. InsyaAllah.

    Kak ila - Iya, betul. Tu la mau baca banyak-banyak pasal life dorang. Ambil pedoman..ehehee

    K.ona - Oh. ur words really motivate me.thanx k.ona. *hugs*

    julia - iyaaa..ahahaah.kalau xmau, tu la yg dapat. kami sekeluarga sudah ambil pengajaran pasal dgn jgn bilang.."xmau..xmau.." nanti dapat..ehehe. Allah mau bagi mesej ba sama kita tu yang tidak semua benda yang kita tak suka tidak baik untuk kita. Tak kenal maka tak cinta..hehehe

    ReplyDelete
  6. Mas a.k.a Lia hehe

    superb superb..akak like gila2 entri ni..berkajang benar kau menaip ni..rajin2..
    we are in the same boat dear..
    akak pon selalu sgt rasa low self esteem dan loser je bila dah kawen tak keje2..act b4 kawen, kontrak keje dh tamat, takde pula tawaran keje..apply sana sini x melekat..
    encik hubby pula since akak dah kawen dgn dia n da baby mmg dia insist akak jd housewife ..
    kita boleh upgrade skill kita dgn jadi working at home Mother(WAHM)..
    tp Mas beruntung lagi suaminya org berpoket tebal hehe..akak byk juga pikir keje psl nk duit tetap, skg pon bru je nk stat bisnes tangible huhu..before ni underground je design website, affiliaters..internet marketing..duit lmbat masyuk..so org2 tua anggap mcm akk x membantu ekonomi family la kot..so sad sgt2..time pantang dpt tawaran sit exam Dpli xdpt pegi pula..

    so akak nk ubah paradigma..
    semua yg berlaku da hikmahnya
    hari2 akak doa, kalau betulla tempat akak ni di rumah harap Allah Guide akak..

    tp kalau anak2 dah besar x salah kot nk bekerjaya semula..sambung study mgkin hehe

    fawwaznuha.com

    ReplyDelete
  7. tu la kan...kita boleh jadi angkuh n sombong dalam keadaan tidak sedar pun....kita nda rasa kita angkuh..tapi begitu lah...
    apa pun, kita bersyukur di mana kita dan dgn apa kita ada..kalau ketentuan suatu ari ko kerja, kerja juga ko tu mas...hehehehe kami yg kerja ni, mencari2 jalan mo jadi housewife sepenuh masa...hahahaha

    ReplyDelete
  8. betul tu kak zi..Allah knows best. Mungkin sekarang akak belum boleh making money lagi. Tapi, InsyaAllah..kalau sabar+berdoa+berusaha, mesti akak boleh success sikit masa lagi. Mas ni..doa la yg buat Mas hepi dengan apa yg ada skang.. so, akak pun teruskan doa banyak2 ok.. :D

    panjang kan? Ni sebab benda ni menebal di hati ni..sebab tu la panjang..ahaha.

    ReplyDelete
  9. waz - wahh...mau jd housewife spenuh masa? aku tabik habis la orang yg sudah bekerja then berhenti sebab mau jd fulltime housewife..fuhhhh...susahnya la mau tinggalkan kerjaya tu, sbb sayang sm apa yang sudah di usahakan slama ni utk dapatkan kerja tu.. eh, take care sm bebi kecil tu aaa..hehe

    ReplyDelete
  10. you are such an inspiration for women out there... yang masih terkapai-kapai mencari prioriti antara kerjaya dan keluarga. Ada yang mampu bergerak seiring, ada yang berat sebelah sehingga mengabaikan tuntutan dan mudahnya berbuat pahala berada di sisi suami. Mas, to be a full time housewife without helper is an ambition for most women. Some would think itu sangat traditional, tetapi, guess what, your friend here punya ambition yang sama. Rezqi mu mas melimpah ruah dengan adanya eiz dan lya, saham akhirat tu mas yang ko kumpul, membuat 'wang' itu lebih bermakna. I like your post. Keep on rocking mama mas (;

    waz, semoga selamat semuanya. jadi cikgu ni busy sgt, aku kadang2 terfikir kalau kahwin, sempatkah hidupku, lakiku, anakku. since belum lagi, tunggulah let me figure out later kan. Ko bagus2 jak waz. Kagum ni kalau ko mau meng'housewife sepenuh masa selepas kerja. Kontrak waz, kontrak(;

    ReplyDelete
  11. buat jek aper yg ko seronok!!! itu lg bahagia...
    kebahagian dlm hidup tue...bukan terletak kt pangkat, duet kt bank tapi terletak dlm hati..tapi kalau ak...nak wat aper yg seronok mmg r kena pelempang.. sbb ak rse bnda yg pling seronok..tido+mkn+tido...maka kenalah ak hidarkan perkara yg menyeronakan aku...xda hasilkn aper2 kecuali lemak2 badan... :)

    ReplyDelete
  12. Kak cinoi suka la entry ni mas.
    Kak cinoi pun x sangka kau kawin dulu dr kak cinoi, n masa masih blajar lagi.

    Tapi Allah knows best. Good luck sayang, in whatever you do, be best at it!!!

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design