Hari jadi Izz belum sampai lagi. Birthday dia on 28th April. Tapi, sempena bulan kelahirannya ni, aku mau cerita pasal saat melahirkan dia setahun yang lalu.
18 April 2011
Happy birthday untuk aku. Hari tu hari jadi aku. Bersamaan dengan due date Izz. Kalau ikut calculation, Izz di jangkakan akan bersalin hari ni. Tapi, namanya jugak jangkaan kan. Boleh jadi lebih awal dari itu, boleh jadi lewat dari itu. Dan tempoh maksima menunggu bayi lahir daripada tarikh jangkaan ialah 10 hari. Kalau lebih dari itu, maka terpaksalah baby dilahirkan dengan cara paksa menggunakan ubat supaya proses bersalin bermula. Dan, macam yang aku jangkakan hari ini Izz tidak lahir. (-.-) Husband pulak sudah balik kampung meninggalkan kerja di Johor padahal baby tidak lahir lagi. Sayang cuti terpakai begitu seja sedangkan patutnya cuti tu dipakai masa post natal supaya boleh menjaga aku. Kami ambil risiko untuk bercuti awal dengan sebab sangat-sangat mau husband boleh ada di sisi ku masa aku ‘bertarung’ lahirkan Izz.
27 April 2011
Sudah 9 hari berlalu dari tarikh due date. Maksudnya baby sudah lewat 9 hari. Kalau hari ni tidak bersalin jugak, esok pagi-pagi kenala aku masuk hospital untuk dipaksa bersalin. Jantung sudah dup dap dup dap ni sebab takut kalau kena induced(paksa bersalin). Ramai orang cakap…sakittttttttttttt… huhu. Aku tawakkal seja. Sentiasa aku sebut :
“tiada daya kekuatan melainkan dari Mu Ya Allah..”
Aku set benda tu dalam hati..dalam kepala..supaya aku tenang-tenang seja.
27 April 2011
Ohh..baby tidak mau keluar juga. Awal pagi, Mama sudah siapkan breakfast untuk aku makan sebelum ke hospital. Segala kelengkapan ku sudah ready, ehhh..lama sudah ready pun. Sebulan lebih yang lalu sudah ready..ekeke. Selepas semua ready, aku dengan senyum-senyum bergerak ke hospital. Mama ku orang yang paling nervous, cuak,takut segala kalau bab-bab bersalin ni. Dia bilang dia tidak sampai hati kami menanggung rasa sakit yang teramat sangat tu. Hmm, mungkin aku pun aku rasa begitu juga masa Alya sudah sampai masanya nanti kan. Jadi, aku pun dengan aktif cergas ceria tinggalkan mamaku di rumah. Biar dia tau yang aku ni anak yang kuat untuk hadapi semua ni. Aku balik-balik pun bilang sama dia :
“bersalin seja ba ni mak..semua orang pun akan merasa.. Sakitnya memang amat, tapi sekejap jak ni..happynya kita ni ndak lama dapat baby baru, InsyaAllah” – sambil sengih-sengih. Hehe. *dalam hati Allah seja yang tau.heehe*
Aku memang berhabisan berdoa supaya husband aku boleh teman aku masa bersalin. Ehhh, di kala perit gila tu husband la satu-satunya insan yang kita mau ada di sisi.huhu. aku siap bernazar supaya dia dapat masuk. Sebab, bilik husbaand–friendly di Hospital Tawau cuma satu. So, kalau masa mau bersalin tu bilik tu kosong, dapatlah bilik tu.
Lepas register and have talk dengan doctor. Aku disuruh tukar baju. Segala dalam-dalam jangan pakai ya! Oh.Baiklaaa..! Aku pun minta sama doctor supaya aku dapat bilik husband friendly. Then, doctor senyum-senyum bilang, “kamu ni kategori ibu yang bermasalah, so kamu kena masuk ward O&G. Bukan di ward maternity biasa”.
Hmmm, terus nerves. Terus layu. Sangat sedih husband tidak dapat teman masa bersalin. Mau nangis. Wuu..wuu.. Then, aku di suruh baring untuk check bukaan jalan. Nurse datang tanpa senyum. Pakai glove, terus masukkan tangan ke ‘part’ tu. Keadaan tu bukan biasa kita terima, normal la kalau badan kita automatik mengeras kan. Nurse dengan sinis, “haiii mamaaa..!..baru check begini pun sudah tekejut. Kasi rilek badanmu tu..” Ohhh nurse…sinisnya kauu. Dingin lagi-lagi la. Aku tarik nafas tahan sabar. Proses selesai. Aku dibawa ke tingkat atas ward o&g.
Sampai ward O&G, aku di bagitau oleh doktor yang hari ini akan tunggu lagi. Malam tu aku bermalam di hospital untuk tunggu kalau-kalau baby mau lahir, ni kira last chance la ni.hehe. Kalau tidak jugak, ubat la jawabnya.
28 April 2011
Pagi tu dalam pukul 7 pagi, doktor masukkan ubat induce ke ‘bawah’. Doktor explained, kalau tiada rasa sakit berjalan juga masukkan ubat kedua pukul 2 petang. Kalau tidak sakit jugak, ready untuk operation. Gulp! Takut pulak rasanya.
Selepas di masukkan ubat pagi tu, tiada apa yang berlaku jugak. Tiada sakit, tiada tanda. Maka, ubat kedua pukul 2 petang dimasukkan.
Selepas ubat kedua dimasukkan. Sudah mula rasa sakit. Senyum-senyum sudah aku. Alhamdulillah, ndak payahla aku masuk bilik operate gini.hehe.
4 petang
Rasa sakit sudah makin di rasa. Tapi, masih lagi tahap yang boleh senyum ketawa tu. Aku siap-siap minum glukos and makan coklat. Siapkan jugak bekal glukos untu bawak masuk ke dalam bilik bersalin. Ada dua air tawar orang bagi untuk memudahkan bersalin. Tapi, tiada yang aku minum. Takut aku air tu ada unsur syirik. Maklumlah, dukun sangatla banyak di Tawau. Minta maaf sangat-sangat kepada yang memberinya.
5 petang
Waktu melawat pukul 5 petang sampai 7.30 petang. Kiranya ada jugakla husband teman sejam setengah melayan rasa sakit sikit-sikit tu. Masa tu aku ndak banyak bercakap. Husband seja yang cakap macam-macam. Kadang-kadang rasa lucu jugak sebab sebarang sudah dia cakap untuk kasi tenang aku. Habis idea la tu. Hehe.
Habis waktu melawat. Air mata sudah bercucuran sebab akan berpisah sama husband. Uwaaa. Siapa mau pegang aku masa sakit nanti. Isk isk. Husband keep remind aku supaya aku tabah kali ni. Sabar dengan sakit ni bersendirian. Ulang-ulang benda tu dia cakap.
8.00 malam.
Husband terus-terus mesej bagi kata-kata perangsang. Haha. Then, aku mesej dia. Aku janji akan jadi orang yang paling tabah di sini asalkan abang janji tunaikan satu permintaan ku. (permintaan tu ndak mau cerita sini, tp bukan dalam bentuk material la. Aisehmennn.Heee~) Lepas dia janji, aku pun mula menguatkan semangat ku. HEHE. Dalam kepala ingat janji tu jak. Balik-balik cakap sama diri sendiri. Ahhh.Biarlah sakit camana pun yang penting aku dapat apa yang aku mau tu!
9.00 malam.
Masa ni sudah sangat sakit. Pehhh. Punyala sakit!!!!!!! Lain rasa sakit dengan bersalin normal tanpa ubat. Rasa sakitnya macam perut ni dari atas bahagian ulu hati ditarik dicabut dengan urat-uratnya. Ditarik pelan-pelan sampai ke bawah sekali. Rasanya segala urat perut tercabut. Allahuakbar!! Punyala sakit. Rasa macam aku mau gigit-gigit bantal yang aku peluk tu biar sampai koya-koyak. Ganas ba sakitnya ni. Tapi, kali ni aku agak rilek sikit. Aku boleh diam-diam tahan sakitnya, beza dengan masa Alya dulu macam ikan yang ndak dapat air. Badan terlipat sini sana.huhu.
Aku ingat terus permintaan ku tu. Balik-balik cakap biarlah sakit begini. Aku sanggguuuppppp(ni ndak tersebut sebab sakit betul.hehe) Tapi, ndak ada la sebut. Cakap dalam hati jak. Malu pulak orang dengar. Heee. Ndak tahan sakit, mintak request nurse cek bukaan jalan.
Nurse bagitau sudah 5cm. Fuhhh…Fuhhh. Aku dimasukkan ubat ‘poo-poo’. Masuk toilet untuk buang segalanya. Masa dalam toilet tu badan sudah menggeletar sebab sakit sangat. Aku cuma gigit bajuku sambil aku cakap sama Izz. “Sabar nakk..sikit lagi. Kau jangan stress okeh.” Aku terbayang-bayang permintaan ku yang sudah dijanji oleh husband sebagai penguat semangat. Memang berkesan jadi penguat semangat la!. Hehe.
9.30 malam
Aku dibawa ke bilik bersalin. Doktor datang untuk pecahkan ketuban. Baru jak dia mau masukkan alat, ketuban sudah pecah dengan sendiri. Alhamdulillah.
9.45 malam
Bajuku siap di tukar. Aku baring di katil sambil kakak ku teman. Syukur ada kakak nurse, boleh la dia teman aku. Dia pegang tanganku all the time. Aku rasa macam mau gigit tangan kakakku kasi koyak-koyak sebab sakit sangat. Tiap kali sakit tu datang, aku cakap dalam hati..
“bagila sakit yang lebih kuat lagi..biar cepat selesai”
Banyak betul monolog dalaman masa ni. hehe. Aku memang cukup tabah masa ni. Tiap rasa sakit yang datang aku tiada stress, tiada rasa susah. Aku cuma diam melayan rasa sakit tu. Antara selang masa sakit tu, ada beberapa saat ndak sakit. Bila sakit tu hilang, aku boleh cepat-cepat duduk minum air. Then, cepat-cepat baring sebab dalam masa beberapa saat lagi sakit tu akan datang. Masa ndak sakit tu aku rasa kuat. Boleh duduk bercakap dengan normal dengan kakak ku. Aku agak kagum jugala dengan diri aku sendiri masa ni. Hehe.
Ini kan seolah-olah sakit tu macam dinosour. Aku pulak macam harimau. Dinosour mau makan aku. Aku harimau yang tabah dan kuat semangat ni, mengaum lawan balik rasa sakit. Aku gigit dia. Hiyarkh..hiyarkhh… Ngaummmm.. Aku fight habis-habis walaupun aku kecil dan dia sangat besar.
HAHAHA. Lucu pulak perumpaanku ni. Tapi, tiap kali aku teringat saat ni. Ini lah yang aku terbayang. Serius ni. Haha.
9.55 malam
Rasa macam mau terbuang air besar.Maka, aku tau sudah Izz mau lahir. Hoyehh. Aku pun bagitau kakakku and nurse. Doctor datang and ready barang-barang bersalin. Ok. Boleh push sekarang.
Sekali push tidak lepas. Second push, rasa laju keluar benda panas dari celah paha. Masa yang sama jugak, aku tersentap sebab rasa sangat sakit di tempat tu masa Izz lalu dengan laju tadi. Rasa koyakan. Rasa macam tempat tu digilis batu pun ada. Huaaaa. Sakitnya. Terus dengar Izz nangis kuat. Senyum lega. Alhamdulillah.
Masa jahitan tu memang sakit. Euwwwww….Ngilu sekarang ni sebab teringat balik. Tempat yang aku rasa sangat sakit tadi dibasuh dan dijahit. Allahuakbar. Sakitnyaaaa. Fuhhh.
Selepas selesai jahitan. Izz yang sudah di bersihkan diletakkan di sebelahku. Izz yang baring sebelahku terus cari susu. Hehee. Comel! Then, nurse tolong aku betulkan posisi and Izz pun susu dengan lahapnya. Dalam hati, “memang boy betul la!”. hehee. Aku belum sempat lagi tengok muka Izz, sebab sampai-sampai seja Izz tadi terus disusukan. Tidak sabarnya mau tengok muka budak yang tengah nenen ni. Hehe. Dalam hati ada jugak cakap..”cepatla Izz..”. HEHE. Aku teringin betul mau tengok hidungnya, sebab masa scan 3D nampak hidungnya pesek dan kembang. Haha.
Dalam 15-20 minit jugak dia susu terus tertidur. Aku bangun tengok mukanya. oh,tidak! Insan kecil yang selama ini tinggal di dalam perutku sangat comel:D (*semua mummy pun akan rasa anak dia yang paling hensem/comel/cantek di hatinya wlupun jelas-jelas ramai lagi yang lebih .ahaha. Please no misuderstanding ya! :))
Aku tengok kulitnya bersih putih. Cantik betul kulitnya. Pink-pink begitu. Tidak puas-puas aku tengok kulitnya. Cantik! Hidungnya pun agak mancung sikit. Heeee~ Lucu. Kening tinggi, mulut kecil kaler pink-pink. Dan dia baby boy!!! Ya Allah, besarnya kurniaanMu. Alhamdulillah.
Masa lahir punyala kulit cantikk. Sekalinya after beberapa hari. HAHA. Muka beminyak dan makin hari makin hitam. Heheee~
My boy, my love. :) Dhani, kau anak lelaki pertama Mama. Jadi, kau la anak harapan Mama untuk didik keluarga kita ya. My love to u till death sayang. Mama janji akan jadi ibu terbaik dan berikan pendidikan dunia dan akhirat terbaik untuk Dhani. InsyaAllah. Mudah-mudahan rezekimu sentiasa murah, hidupmu diberkati, menjadi anak yang hebat, dilindungi dari segala bencana, panjang umur, dan direzekikan kita untuk hidup bersama sampai ke tua. InsyaAllah sayang.
Selamat Hari Lahir Eizz Eirfan Dhani Bin Muslimin.
0 comments:
Post a Comment