Saturday, September 4, 2010

Lailatul Qadar

Setiap kali bulan Ramadhan.. Ramai orang akan tunggu-tunggu Malam Yang Penuh Rahmat tu...
kemaren, aku nonton Al-Kuliyyah di TV3 jam 5 petang. Sepatutnya kami suda gerak untuk ke UPM ambil adik ipar yang fly pagi ni ke Sandakan, Sabah...
Tapi, sebab husband punya meeting masih belum habis..so, sempat la aku tengok Al-Kuliyyah tu. Memang rezeki aku la kali untuk tengok AlKuliyyah. Sebab, topiknya..memang aku berminaaattt sangat.
Penceramah pada kali ni is Dato' Hassan Din...

Ustaz Dato Hassan Din


From yang aku dengar di Al-Kuliyyah.. Lailatul Qadar ni berlaku sekali jak dalam setiap tahun. Pada malam ni malaikat turun dengan sangat banyakkkk..sampai kan kita boleh mendengar mereka bertasbih. Bukanla setiap orang boleh dengar, orang yang special jak :) Malaikat yang banyak-banyak ni datang untuk melihat hamba-hamba Allah beribadat padaNya dan untuk saksikan mereka-mereka yang mendapat anugerah daripada Allah pada malam itu.

Apa yang mulia sangat di malam ni ialah pada malam ni Allah akan menentukan takdir setiap insan sepanjang tahun itu, maksudnya dari malam lailatulqadar hinggala malam lailatul qadar yang seterusnya..Pada malam tu akan ditentukan olehNya rezeki dan jangka hayat kita..
Best kan kalau dapat beribadat dan berdoa pada malam tu..

Malam lailatul qadar bermula maghrib sampaila masuk subuh.. :)
Sepanjang masa tu, sesiapa yang beribadat maka ibadatnya lebih baik daripada seribu bulan ataupun 83 tahun 4 bulan. Ustaz cakap lagi, dikatakan 1000 bulan oleh Allah kerana 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan, yang bermaksud 83 tahun 4 bulan tu adalah antara usia maksima manusia.. Apa yang hendak dikatakan oleh Allah menurut Ulama adalah ibadat kita pada malam itu dikira lebih tinggi nilainya berbanding ibadat kita sepanjang hidup..
Sebagai contoh :
Sekiranya sejak lahir lagi kita mengaji Al-quran sampaila meninggal dunia pd hari tua..maka, ibadat kita mengaji Al-quran pada malam LailatulQadar adalah lebih tinggi nilainya di sisi Allah..
Wah, hebatkan.. Anugerah ni hanya untuk umat Nabi Muhammad seja..
Syukurla kita sebagai umatnya.. :)

Malam lailatulqadar ni akan terjadi pada 10 malam terakhir Ramadhan, dan hanya akan terjadi pada malam-malam ganjil cth : Malam 21,23,25,27 and 29. Sesiapa yang beribadat pada malam lailatulqadar, maka..dapatla dia ganjaran yang Allah janjikan tu.. :)
Tapi, apa yang sedihnya... Bila ustaz cakap..
Ndak semua orang akan bertemu malam ni.. Kalau kita target mau beribadat on malam2 ganjil jak..Tapi, yang lain-lain tu..kita tinggal..
Ndak solat teraweh..Malam-malam lain ndak beribadat..Kurang ibadahnya di bulan Ramadhan, Boleh jadi Allah akan bagi kita halangan untuk beribadat pada malam ni..
Mungkin pada malam tu, Allah bagi sakit perut dsgb smpai kan kita ndak larat mau beribadat.
huhu...sedih kan..

Terus aku terpikir2 apa yang aku buat selama bulan mulia ni.. Nampak gaya macam ndak ada harapan mau jumpa malam lailatulqadar ni..isk2.
Malam tadi antara malam lailatulqadar.. Aku set la mau bangun sembahyang malam td. Aku teringat2 jugak aku amalan ku yang seciput tu sepanjang bulan ni..Dalam hati..dengan modal ciput tu mungkin aku antara orangnya yang Ustaz tu cakap..

Balik rumah semalam dari UPM dekat jam 11 malam.. Buat ni, buat tu..sudah jam 12 malam..
Terus plan besok kena jalan awal seawal 5am ke LCCT hantar adik.
Terus buat alarm jam 3.30..sebab mau masak untuk sahur dlu.
Dalam hati, lepas tidurkan Yaya..mau bangun solat..
Sekalinya aku buka mata..sudah jam 4am. Kelam kabut bangun masak untuk sahur. Makanya..aku pun ndak sempat bangun solat.

Dalam hati, "Betulla ustaz tu..orang macam aku ni..Allah ndak temukan aku malam mulia tu.."

Sejak terbit matahari pagi td, aku asyik perhati cuaca jak..
Aku mau tengok keadaan pagi ni..Sebab tanda2 lailatulqadar tu hanya akan dapat kita nampak bila sudah pagi selepas malam tu..
Tanda-tandanya.. sepanjang pagi tu.. Cuaca redup, cahaya matahari adalah lembut seja..
Dan, tanda-tanda tu memang ada pada pagi ni..huhu..isk2. And sekarang suda jam 11.30 am..Cahaya matahari masih lembut lagi.. Naaaa..

Yes, maybe aku terlepas malam suci tu pada tahun ni.. And, Belum tentu lagi aku jumpa malam berkat ni pada tahun depan.. :( Mungkin Allah suda menulis takdirku pada malam tadi sebelum aku sempat berdoa padaNYa.. :(
Hidup kita ni sudah ditentukan qada dan qadarnya..Tetapi, semua tu boleh berubah dengan doa..Dengan izinNYA.


Ndak apala..malam tadi mungkin seja..
Mungkin kita masih belum terlepas (for those yg senasib dengan aku..)
Jom..Usaha lagi... :)
Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNYa yang sentiasa mendapat redhaNYA.. Amin :)

0 comments:

Post a Comment

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design